Sakit apa tu biarlah rahsia ok!!....

Aku lihat mak aku dah tak keruan.. itu lah perasaan seorang mak pada anak2.. ternyata perpatah Seorang Ibu boleh menjaga ramai anak tu boleh di ungkapkan dalam kejadian yang melanda keluarga aku sekarang ni.. aku faham sangat perasaan mak aku ni sebab aku juga pernah menghadapi hal ini.. walaupun tak seberat yang mak aku alami.. Aku sebagai anak rasa terharu dan kagum dengan semagat mak aku kerana sanggup bersusah payah untuk tidur di Hospital demi anak yang disayangi..
Dengan usia mak 60an aku takut, keputusan untuk menjaga Abang aku di Hospital akan menjejaskan kesihatan.. Semalam aku ada call mak untuk bertanya khabar dan perkembangan mak di sana.. semasa aku call mak aku di surau dan bila ditanya tentang makan.. mak menjawab nanti lah..
Sebagai anak lelaki aku rasa bersalah kerana biarkan mak aku di Hospital tu berseorangan.. Aku tak tahu nak buat apa.. Aku berdoa moga Allah memberi kesihatan yang baik kepada mak aku untuk menjaga anak (abang aku) nya..
Moga Allah mempermudahkan segala urusan.. Amin..
Gambar Abang dan Mak di Hospital pada 12 Nov. 2011 |
0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .