Assalammualaikum.. dah lama aku tinggalkan bolg ni..
Hari ni aku nak kongsi cerita Iman yang ditahan di Hospital kerana kecuaian aku dan Isteri.. Iman mula menunjukkan riaksi demam dan selesema pada hari sabtu lagi.. tapi masih tidak ketara.. aku ingat ia hanya demam biasa..
Pada hari ahad demam iman mula ketara dan Iman mula tidak dapat tidur lena pada malam ahad.. aku hanya beri Iman makan ubat demam dan selesema sahaja.. Pad petang ahad tu aku mula kesan yang Iman mula menunjukkan tanda ada kahak.. Aku mengambil keputusan untuk merukuk Iman ke Hospital di Pekan sahaja.. Oh ya tentu semu tertanya kenapa nak rujuk di Hospital pekan sedangkan aku tinggal di KL..
Kami sekeluarga sambut raya di Kampung sebelah mertua aku di Pahang..dan untuk pengetahuan semua pada hari ahad 06 Nov. 2011 baru ni Iman dah masuk satu tahun..
berbalik cerita Iman.. di pekan hanya ada Hospital dan sebuah kelinik desa.. Hospital yang terletak di Pekan hanya melaraw pesakit kecemasan sahaja.. tapi jika aku nak membuang kahak Iman kena tunggu hingga Pegawai Perubatan selesai merawat pesakit yang kronik..
Jadi aku mengambil keputusan untuk balik sahaja kerana aku sangka ia hanya kahak sahaja.. tu lah kesilapan yang besar aku buat.. Aduh!!!
Pada malam nya Iman mula bernafas kuat seperti sesak nafas dan Iman tak dapat tidur lena.. aku dan Isteri cuba memujuk Iman hingga Iman diam dan tidur kembali.. tapi pada malam tu Iman tidak dapat tidur dengan lena kerana selepas dia batuk, Iman pasti menangis..
Pada ke esokan harinya Isnin aku dan Isteri bertolak balik ke KL... kami samapai di rumah jam 1025 malam .. Faham-faham lah kesesakan lalulintas di musim perayaan kan.. tu yang sampai lambat..
Seperti malam sebelumnya.. Iman tak dapat tidur lena.. dan kali ni aku dapat lihat Iman mula menunjukkan riaksi yang membimbangkan.. antaranya nafas Iman seperti tercungap-cungap dan diselangi dengan bunyi kahak pada tekak..
Jam 6 pagi aku mengambil keputusan untuk hantar Iman ke Hospital sahaja untuk memastikan kesihatan Iman.. Ternyata Iman memang memerlukan bantuan perubatan kerana Iman disyaki mengidap jangkitan pada paru-paru..
Kitchen Cabinet Refacing
-
Refacing your kitchen cabinets is a cost-effective way to give your kitchen
a fresh, updated look without the expense of a full remodel. It involves
repl...
1 week ago
0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .