Pada Hari pertama Iman di masukkan ke Hospital di HKL.. 08.11.2011
jam 0830..
Aku bawa Iman ke bahagian rawatan kecemasan kerana semua pesakit akan membuat pendaftaran di bahagian kecemasan dulu.. begitulah kata kakak aku yang juga merupakan salah seorang staff di HKL...
Dr pertama yang merawat Iman pada hari Isnin tu adalah Dr. Ummar yang bertugas di habagian pesakit Asma.. dan selepas itu kami diberitahu yang Iman kena tahan di Hospital untuk mendapat rawatan yang selanjutnya.. kami dibawa manaiki ambulan ke bahangin padiaterik..
 |
tercengang Iman ketika naik ambulance.. |
 |
Masa ni Iman nampak lemah je.. |
Iman di tempatkan di KK1 bilik No. 7.. Masa ni aku lihat ramai jugak Dr. pelatih.. sebenarnya aku tak percaya sangat dengan Dr. pelatih ni.. kerana mereka ni bukan mahir dalam memberi atau merawat sangat.. sorry lah.. Pada hari ni sahaja aku lihat Iman asik menangis sahaja.. aku tak tahan lah.. macam nak nangis pun ada bila Iman dalam keadaan macam tu.. kesian pulak aku tengok.. Iman ni kenal Dr. dan Jururawat.. jadi bila ada kelibat Dr or jururawat datang dia akan nangis dan peluk aku...
 |
Iman nampak lemas je selepas di beri rawatan |
 |
terus tidur bila aku letakkan dia di bantal.. |
 |
setiap beberapa minit Jururawat akan memberi Iman pakai.. |
Aku pulak tak dapat cuti.. so pada petang tu aku kena masuk pejabat.. tunjuk muka je.. sebab pada waktu tu fikiran kau dah tak boleh tumpu pada benda lain selain Iman... ni lah kuasa kasih sayang yang diberi oleh Allah pada manusia.. sesungguhnya Allah Maha Besar..
Selepas kerja aku ke HKL untuk lihat perkembangan Iman.. dengan harapan Iman beransur baik.. sebab aku tak nak Iman tinggal lama di Hospital.. Alhamdulillah pada malam tu, aku sampai iman nampak aktif kembali.. nampak saja kelibat aku di pintu Iman mula senyum dan bergerak minta di dukung.. itulah riaksi yang tak dapat aku lupakan hingga ke hari ni.. Abah sayang Iman..
 |
gelagat Iman yang semakin sihat.. |
 |
Senyuman yang menawan.. |
 |
comel lah anak Abah ni.. |
 |
Apa yang Iman fikirkan tu? |
0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .