"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Dari kotak fikiran seorang Ayah - Untuk santapan IbuBapa

Tuesday, December 30, 2014

Sejak kebelakangan ni fikiran dan perasaan terlalu emosi (sensitif) bila terfikirkan anak-anak. Entah lah, mungkin telalu banyak membaca majalah dan cerita-cerita berkaitan anak-anak kot dan sedikit sebanyak ianya mempengaruhi.. 

Ini lah realitinya, jiwa seorang lelaki bergelar ayah.


Walupun kami sebagai lelaki, secara fizikal nampak gagah dan kuat.. Tetapi dihati kami terselit sedikit perasaan beremosi, terutama hal-hal yang berkaitan dengan orang tersayangi dan dicintai.


Terbaca artikal lama Utusan Malaysia bertarikh 08 Mac 2012 yang saya perolehi didalam stor peralatan pejabat. Artikal ini menekan bab ibubapa yang bekerja..

" KAJIAN psikologi mendapati ibu bapa yang bekerja mempunyai masa yang terlalu singkat untuk bersama anak-anak mereka.

Kajian tersebut mendapati seorang bapa hanya sempat memperuntukkan masa selama tiga (3)minit sehari bagi berbual dengan anak-anak mereka manakala ibu pula banyak menghabiskan masa bersama anak di tandas berbanding masa untuk bermanja dengan anak-anak yang masih kecil.
Keadaan ini menjadikan jurang antara anak dan ibu bapa terlalu jauh dan menyebabkan anak tidak rapat dengan orang tuanya sendiri.
Situasi ini, jika dibiarkan akan mempengaruhi perkembangan personaliti diri. Anak-anak akan membesar sebagai seorang yang lebih sensitif dan beremosi ekoran kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa mereka sejak kecil lagi. "

DESAKAN : Dalam dunia semakin moden dan mencabar hari ini, proses membesarkan anak bukanlah sesuatu yang mudah, ditambah pula kesibukan waktu kita dengan tugasan mencari rezeki.. Malah pada hari ini ada sebahagian IbuBapa yang terpaksa membawa tugasan dari pejabat ke rumah.. 

Tanggungjawab ibu bapa pada hari ni terhadap anak-anak seperti waktu kerja, "Masuk jam 0800 dan balik jam 1700." cukup singkat dan berlimit.. Natijahnya, adalah pada institusi kekeluargaan.. kesannya cukup mendalam dan berpanjangan.


Sebagai ibubapa, Ingatlah!!.. Tugas dan tanggungjawab kita bukanlah seperti waktu keja, "dari jam 0800 hingga 1700". Ianya adalah tugasan yang tidak berkesudahan dan tidak memerlukan ketekunan yang mendatangkan stress.. 



NATIJAH KESAN DAN AKIBAH.

Terutamanya ibu-ibu yang bekerja seperti saya dan Isteri, setelah sehari suntuk bekerja di pejabat atau di mana-mana sektor, diikuti pula dengan kesibukan kerja-kerja rumah, memang terlalu sukar untuk memanjakan anak-anak dengan kasih sayang yang dirindui oleh mereka. 


Natijahnya; Janganlah disuatu hari nanti, anak-anak juga tiada masa untuk menjaga kita, bila di usia tua kelak. 

Ingatlah!... Selaku ibu bapa, nilai-nilai kebaikan bukan boleh diajar melalui percakapan, tetapi mestilah melalui 'amalan atau perbuatan'. Sebagai Ibu bapa, kita mesti menjadi contoh atau 'model dari dirinya sendiri', semuanya mesti bermula di rumah

Sesiapa juga pembaca, khususnya ibu bapa, bakal ibu bapa, nasihat saya yang bergelar bapa adalah :-

Pengorbanan dan tanggungjawab dari kedua-dua pihak sebagai seorang ayah dan seorang ibu perlu. Kedua-duanya memainkan peranan yang sangat penting dalam keluarga, Faktor 'masa' untuk anak-anak itulah yang sangat penting, bukan seperti apa yang saya katakan pada awal-awal lagi, ia bukannya "seperti pergi kerja pukul 0800 dan balik pukul 1700." 


Realitinya, pada jam 0800 hingga 1700, masa kita adalah di pejabat dan anak-anak kita berada di mana?.. Jurang waktu itu begitu lama, maka nasihat saya "buatlah pilihan yang bijak!"


Menjawab persoalan Anak-anak kita di mana?

Saya sebagai ayah.. Jika diberi pilihan, saya akan memilih untuk memastikan isteri tinggal di rumah bagi menghabiskan masa bersama anak-anak. Tapi rialitinya, tidak seperti itu.. Perancangan Allah lebih sempurna.. Kadang-kadang menis jugak air mata mengenangkan kehidupan yang perlu di tempuh anak-anak.


Demi anak-anak abah.. Kalau dulu, abah dan ibu selalu balik lewat.. Tapi sekarang, Abah dan ibu akan cuba menghabiskan masa untuk kamu berdua.. Itu bukan janji tetapi azam yang abah tanam untuk kamu berdua.


Teringat ketika menghantar Iman dan Izzati ke taska, mereka seperti redha je berada ditempat orang. Belajar, bermain.. Riang berkongsi makan dan kongsi penyakit..


Sepanjang kita ditempat kerja, mereka sebagai anak-anak berada di rumah pengasuh/taska rindu kat kita.. Rindu ayah.. Rindu mama.. Tapi.. Nak cakap rindu tak reti dan tak tahu nak luahkan pada siapa.. 


Nak tulis surat, memang tak reti lagi... Jadi, bila kita ambil anak selepas waktu kerja, saat anak nampak ibu dan abahnya, anak kita tekad.. Dia nak ibunya tengok dia.. menghabiskan masa untuk di ceritakan bersama.. Nak abah dukung.. nak abah dan ibu peluk dia..


Pelbagai cara mereka akan olah dan tonjolkan kepada kita sebagai ibu bapa.. Kadang-kadang mereka akan buat perangai.. Nak makan sendiri.. Nak itu.. Nak ini.. Nak dukung.. Tumpahkan air.. sepahkan rumah..


Buat IbuBapa.. marilah sama-sama kita sedar dan faham.. Kerana hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI sahaja yang anak-anak tahu untuk memberitahu bahawa.. 


"Abah.. saya rindu dan sayang abah... Ibu.. Saya sayang dan rindu Ibu.."

Dari tafsiran protes dan buat perangai tu, cubalah.. jangan selitkan perkataan TAPI..... Marilah sama-sama kita bangun dari lamunan bahawa kita masih ada tanggungjawab yang amat penting selain mencari rezeki dan membuang masa dengan hobi yang tak ada kesudahannya.


Tanya kembali paa diri.. Apa kita buat.. Bila anak-anak bising.. Kita marah mereka.. Bila anak-anak main.. Kita herdik mereka.. Dia menangis, kita jerit "DIAM!!!!" Dia suruh ajar.. Kita jawab "AYAH NAK TGK TV" Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah-olah dia sudah cukup matang..

Sedih hati mereka sebagai seorang anak yang amat-amat merindui kasih dan pehatian abah dan ibu.. rindu pelukan ibu.. Rindu dukungan abah.. 


Ingat!! Apakah duit boleh ganti kasih sayang? Apakah jus tok guru boleh ganti suapan kasih sayang? Apakah mainan berlambak-lambak boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga? Apakah masing-masing makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama..


Sekadar Ingatan bersama..


Gambar : Puteri kesayangan Abah dan Ibu..

Apabila kehidupan dan Teknologi digambarkan dalam seni

Tuesday, December 23, 2014

Menarik.. dan pelbagai perasaan bercampur baur.. Ini lah kali pertama saya lihat hasil kerja sempurna dan mempunyai cerita yang jelas, di adaptasikan dalam buku untuk tatapan semua yang juga di jual di Pesta buka Big Bad Wolf. Untuk makluman semua Entry sebelum ini saya ada menceirtakan mengenai Pesta buku Big Bad Wolf yang diadakan di Pusat Beli Belah Mins Kuala Lumpur.

Ini adalah kata-kata seorang artis yang luar biasa, Kevin LCK.

“Ordinary Behavior is a project about the unhealthy relationship between human and technology in an everyday context.“

Artis dan pelukis ilustrasi Kevin LCK bekerja hampir secara eksklusif dalam hitam dan putih, jadi ia datang tidak mengejutkan bahawa dia menceburi objek arca estetik yang kekal sama, manakala dimensinya jelas. Dalam siri baru artis membina ke objek elektronik setiap hari diperbuat daripada kadbod seperti komputer, kamera, dan iPhone.

Artis berkata niatnya adalah untuk menunjukkan perhubungan yang tidak sihat kadang-kadang orang mempunyai dengan teknologi dan menjelaskan pandangan beliau dalam satu kenyataan artis beliau:

'Kelakuan Biasa' adalah projek mengenai hubungan yang tidak sihat di antara manusia dan teknologi dalam konteks setiap hari. Saya mahukan untuk menanggalkan penonton dari dunia sebenar buat sementara waktu, memberi mereka ruang untuk memikirkan semula dan menimbang semula cara kita bertindak dan berfikir tentang hubungan antara diri kita sendiri, objek dan persekitaran dengan teknologi dengan cara yang lebih sedar.

Anda boleh melihat bagaimana dan beberapa objek datang bersama-sama di blognya. (melalui indah / pereputan, budaya sampah dan banyak lagi).

Ini adalah hasil daripada tangan kadbod yang dibuat ukiran mikro.. kadbod Elektronik Mengandungi Absurd Miniature diorama








PROGRAM KELUARGA - PESTA BUKU BIG BAD WOLF 2014

Monday, December 22, 2014


Alhamdulillah.. 

Tercapai jugak hasrat untuk merasai dan melepaskan geram untuk membeli buku menarik dengan harga yang murah. Ikutkan promosi, pesta buku Big Bad Wolf di Mines ni hanya beroperasi bermula 05 sehingga 16 Disember 2014 sahaja.. 

Ingatkan terlepas lah peluang untuk ke sana sebab tugasan yang mendesak.. Pada hari Jumaat baru-baru ni si Isteri memberi tahu pesta buku tu dilanjutkan sehingga 21 Disember 2014.. Apa lagi, semua program pada 21 Disember tu saya cancel semata-mata untuk ke pesta buku ni. heheee.. 

Ternyata tidak merugikan walaupun buku yang saya dan isteri inginkan tak terdapat di situ. Tetapi kami dapat buku untuk 2 orang princess kesayangan.. Tengok riaksi Iman dan Izzati selepas dapat buku kegemaran, bukan main suka. siap ajak balik lagi.. Padahal Abah dan Ibunya bukan puas lagi nak bershopping buku. 

Untuk pengetahuan semua Big Bad Wolf merupakan salah satu pesta buku besar-besaran yang membolehkan kita sebagai pengunjung menikmati pameran dan jualan buku pelbagai genre termasuklah buku-buku terlaris dan best-seller. Harga yang ditawarkan jangan cakap le.. tersangat-sangat menarik.. Tulah saya jadi rambang mata, sehingga wife tegur "Ai abg.. membeli melebihi dari orang yang mengajak nampak".. saya hanya tersenyum je.. hehee..

Mana taknya buku yang sepatutnya berada dipasaran dengan harga RM20 keatas boleh dapat harga RM3 saja, terutama buku kanak-kanak.. buku kulit keras (hard-cover).. Sebanyak 3.5 juta buku pelbagai judul di pesta kali ni, dengan diskaun kalau tak slah saya sehingga 95 peratus..

Ini lah kali pertama saya menjejakkan kaki ke pesta buku yang membariskan buku-buku pilihan sebanyak tu. Memang mengujakan pertama kali masuk ke dewan MIECC. Selama ini hanya dengar cerita-cerita dari corong radio dan cite-cite dari kawan-kawan sahaja mengenai pesta buku Big Bad Wolf. Sekarang daha alami baru boleh share dalam blog, mudahan tahun depan rakan-rakan lain tak lepaskan peluang ini.. 


Bloger Sekadar Lakaran

Sunday, November 30, 2014

Assalammualaikum.. Salam Sejahtera.. 
Pemikiranku..
Sekadar pohon baik berbuah daun mencurah

dalam kemurnian dan ilmu.


Seandai kau lihat daku sempurna
renunglah bagai si arif dengan mata tajam
Usahlah di pandang kelemahan ini

nukilan ku sekadar coretan dan perkongsian
karya untuk tatapan insan tersayang
di suatu hari nanti.

Agar ianya menjadi pedoman dan peringatan 
dalam merongkah arus kehidupan.

Arus moden yang maju ini.. Terlalu banyak penulis berbakat dalam dunia blogging berkembang maju dengan jayanya, kalau ada masa online-lah.. Boleh tengok merata rata dan pelbagai nama diterbitkan untuk menjenamakan blog.. Indah dan penuh info terkini..
Selama lima tahun saya ceburi dalam dunia blogging.. Bermula dari hobi yang suka membaca blog kawan-kawan sehingga sekarang memiliki blog sendiri, الحمد لله.. Dari pengetahuan 0 untuk membina blog sehingga sekarang blog saya mendapat pujian dari pembaca dari serata dunia dan tak kurang jugak ada yang mengecam.. Terima Kasih, semua itu saya terima untuk perbaiki segala kekurangan..
Paling memberi manafaat dalam hidup saya, apabila dapat membantu beberapa kawan yang juga berkeinginan untuk memiliki blog sendiri, Ternyata meraka berbakat.. Malah pengisian blog mereka lebih menarik.. Tahniah..
Bermacam macam pahit manis diharungi sepanjang berblogging. Dari hal aktiviti harian hinggalah ke acara acara yang dihadiri ditulis dalam blog.
Cakap pasal dunia blogging macam macam karenah dan ragam blogger saya jumpa yang paling saya suka apabila terjalinnya rangkaian persahabatan antara rakan rakan blogger. Menghadirkan diri dalam aktiviti aktiviti dan acara acara yang disediakan bukan saja bertujuan untuk mempromosikan produk semata mata tetapi juga dari situlah kita dapat berjumpa dan beramah mesra dengan rakan rakan blogger yang lain, tak ada erti pilih kasih, tak ada erti blogger otai sombong sebab selama saya jumpa dengan blogger otai ni dioranglah yang paling happening dan peramah..
Paling penting bila kita join aktiviti macam ni dan sebagai blogger baru, kita jangan lupa bertegur sapa dengan diorang. Jangan lah tunggu orang nak tegur kita lepas tu bila balik update entry kita judged orang tu sombong lah itulah inilah.. bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta..
Pengalaman pahit saya apabila apa yang kita sayang dirampas orang atau di serang virus, Maksud saya sebelum ni pernah sekali blog ini tak dapat pamer antaramuka pengguna. Masa tu x tahu nak cakap ape, sedih kecewa semuanya ada, sebab segala kenangan telah saya catatkan dengan harapan ianya kekal sehingga orang tersayang (anak-anak) dapat membacanya sauatu hari nanti.. 
Masa tu memang jatuh, hilang dan rasa nak berhenti terus dari menjadi seorang blogger. Tapi atas nasihat dan pengalaman bloger yang lain, saya cuba mencari dan menyelesaikan masalah dengan harapan blog saya dapat beroperasi seperti biasa.  الحمد لله, berkat usaha dan bantuan rakan-rakan, saya kembali berjalan sebagai seorang blogger sampailah ke sekarang ni.. Dan dengah doa mudahan ianya kekal.. 
Nasihat otai bloger pada saya : "Sebagai seorang blogger WAJIB untuk mempunyai lebih pada satu email facebook, twitter, blog, instagram korang asingkan email jangan pakai email yang sama dan password korang jangan ambik mudah, Kena berjaga jaga, jangan sampai bila dah jadi baru nak menyesal".. Mudahan nasihat itu dapat membantu bukan saya, tetapi rakan-rakan yang lain jugak.
Terima kasih semua sahabat sahabat blogger dan pembaca, Saya masih baru dalam dunia bloger, Mohon bantuan untuk memberi tunjuk ajar.. Mudahan ianya menjadi bekalan kita di Akhirat kelak.. 
p/s : Pesanan Dari seorang guru pada saya, "Kepuasan sebenar adalah apabila kebaikan dan keikhlasan kita menjadi batu lonjak untuk kejayaan mereka yang betul-betul menghargai kehidupan".. ingatlah kebaikan akan di balas dengan kebaikan itu janji yang pasti..
Kredit Gambar : Street Art

Perancangan Allah, adalah yang terbaik

Friday, November 14, 2014

Permulaannya sudah banyak dugaan yang menerpa. Perjalanan yang penuh dengan onak dan duri. Ternyata ianya bukan seperti yang dipinta tapi memangnya begitu ketentuan dariNYA.

Ketahuilah, apapun yang belaku.. terimalah hakikat "Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya".. Dan Allah adalah sebaik-baik perancangNya. Yang pastinya, janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan.

Sebaiknya cuba belajar menerima hakikat kerana itulah istilah dalam kehidupan. Jika difikirkan kembali, Tak semua perkara yang kita sangka akan datang sekelip mata dan ada juga perkara yang kita tak sangka sudah datang sekelip mata. Semuanya bermula dengan penerimaan kita. Jika baik sangkaan dan penerimaan kita, maka baiklah jadinya dan baiklah jalan untuk menghadapinya. 

Mengeluh perkara biasa dalam kehidupan, adakalanya kita tak suka benda tu datang kepada kita. Kemudian kita mula mengeluh, tak puas hati, tak selesa, tak keruan dan menjadi tekanan. Dari sekarang, cuba tanamkan dalam diri agar sentiada bersedia kerana dalam kehidupan banyak ragamnya. Bersedialah untuk menerima hakikat. Itulah dugaan dalam kehidupan.

Kalau kita tak mampu, bukan sebab kita tak boleh tapi kita sudah terapkan dalam diri sendiri "memang tak boleh". Jadi hasilnya pun akan mengecewakan. Setiap dugaan dan perkara yang datang kepada kita pasti ada jalan penyelesaian. Cuma kita sahaja yang perlu mencari jalan tersebut. Mungkin sukar dan mungkin gagal menemuinya tetapi kena ingat, permulaan kepada kejayaan akan menghadapi kegagalan. Maka dari kegagalan itu kita jadikan pengajaran untuk kita berusaha mencari jalan yang lebih baik lagi. Namun, kadang kala bila sudah gagal kita malas bangkit. Kita sudah menganggap kita memang tak mampu berusaha lagi.
Saya suka memetik dari mutiara kata, ‘sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal apa itu kemanisan‘.

Kita akan rasa pahit atau gagal dahulu sebelum mengenal kemanisan atau kejayaan. Adakalanya orang merasai dahulu kemanisan barulah kepahitan dan begitu juga sebaliknya. Hidup umpama putaranroda, sejenak berada di atas, sejenak berada di bawah. Itulah ceritanya kehidupan..

Sejauh mana kita memanfaatkan ketika kita sejenak berada di atas, adakah kita sebelum ini telah melakukan yang terbaik sehingga kita berada di tahap atas? Kemudiannya apabila kita berada di bawah, adakah kita telah melakukan sesuatu yang menyebabkan kita berada di bawah kerana sebelum ini kita berada di atas?...

Kita mampu merancang sebaik mungkin segala usaha tetapi Allah yang lebih berhak menentukan sebaik-baiknya. Dan Allah jugalah sebaik-baik perancang dalam kehidupan tetapi kena ingat sentiasalah mendekatkan diri kepadaNya. Mudahan kita sentiasa diberi kekuatan dalam menempuh kehidupan.
“kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan“.

Sebab itu bila dugaan atau perkara yang kita sangka datang kepada kita, gunakanlah kebijaksanaan untuk menghadapinya. Jangan hanya menggunakan kebijaksaan untuk diri sendiri tapi kebijaksanaan dalam situasi keberadaan kita, tak dapat dilaksanakan sebaiknya. Seringkali beranggapan, kita tak mampu, kita tak boleh, kebijaksanaan hanya untuk kita maka penderitaanlah yang kita kena tanggung.
Belajarlah untuk menghadapi sesuatu perkara yang kita tak sangka datang kepada kita, belajar dalam erti kata cuba untuk menyesuaikan diri dengan perkara tersebut. Hadapinya dengan keyakinan dan usaha yang tegar. Bukan berdolak dalik, bukan mencemuh, bukan mengeluh. Semua itu adalah dugaan dalam kehidupan di dunia ini. Kita selalu mengkehendaki apa yang kita mahukan sahaja, tapi kita tak sedar, kadang kala apa yang kita mahukan sebenarnya diinginkan oleh orang lain.

KEMAHUAN!!! mungkin masanya belum tiba, mungkin masa ini milik orang lain. Pastinya pada masa akan datang, masanya sudah tiba maka kemahuan kita akan datang sendiri hasil kesabaran, ketaqwaan dan usaha ke arah kemahuan tersebut. Apa yang sepatutnya kita jadikan ikhtibar, Allah memberikan apa yang kita perlukan dan Allah memberi peluang kepada kita untuk kita lebih berusalah dan mendekatkan diri kepadaNya bagi mencapai apa yang kita inginkan.
Adakalanya kita mengharapkan kemahuan tetapi usaha kita tak sehebat kemahuan yang kita nak capai sebab itulah Allah mendidik kita untuk mengenal erti penat lelah berusaha bagi mencapai kemahuan dalam hidup. Jangan bersedih dengan keperluan yang telah kita ada, tetapi bergembiralah kelak kemahuan yang kita inginkan akan tercapai berkat kesabaran kita. Permulaan Sabar Adalah Pahit, Insya'Allah kemanisan akhirnya akan mucul..

Allah beri kita hujan lebat yang disertai dengan petir dan kilat serta guruh. Tetapi, selepas itu, Allah beri kita pelangi yang sangat indah. Subhanallah, indahnya aturan Allah.

"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)

" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)




Selamat Hari Lahir Iman ke 4

Thursday, November 6, 2014


Syukur Alhamdulillah..

Sehingga kini ikatan perkahwinan saya dan Isteri masih terikat rapi, mudahan Allah memanjangkan usia pernikahan kami.. Semoga ianya kekal sehingga ke syurga dan dikurniakan cahaya mata yang menyejukkan mata.. Amin..

Hari ni 06 November 2014, Anakku yang Pertama, sudah mencapai usianya yang ke 4 tahun. Alhamdulillah dan Selamat Hari Lahir anak ku Nurul Iman... dan...  Selama 4 tahun itu lah pelbagai kenangan yang terukir sepanjang membesarkan Iman.. sekarang, tak dinafikan saya amat merindukan saat-saat membesarkan Iman dan adiknya Nurul Iz'zati. 

Seingat saya ketika usia Iman setahun, kami sekeluarga dikurniakan seorang Puteri (Nurul Iz'zati) dan sekarang kehadiran Izzati dalam keluarga kami menambah keceriaan rumahtangga saya dan Isteri, yang paling penting Iman dah ada kawan untuk bermain. Alhamdulillah sekarang Izzati menjangkau usia 3 tahun.

Gambar Kenangan : Iman dan Izzati
Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan...

Pada usia 3 tahun, Iman menunjukkan sikap suka berkawan, teringat ketika perogram hari keluarga sebelah isteri saya. sepanjang 2 hari di hotel, dari makan hingga ke kolam renang.. semua aktiviti tu Iman nak lakukan bersama saudara mara yang hampir sebaya dengan dia.. Seolah-olah saya dan Isteri tak wujud di situ.. Bukan tu saja, kalau kawan-kawan datang rumah.. Iman akan bermain sampai lupa makan, bila semua dah balik.. mula lah dia merengek sebab lapar.. 



Semakin hari semakin menunjukkan watak seorang perempuan.. Baru saya tahu ini lah perempuan dan jiwa perempuan.. tak kita lagi dia ajak main masak-masak, pertama kali dalam hidup saya main masak-masak huhuhu.. anak punya pasa, Nak tak nak kena lah layan.. Jiwa seorang ayah sebagai lelaki melayan jiwa anak perempuan.. Bukan senang Ooo.. tapi tu lah pengalaman yang terbaik pernah saya alami.. 

Usia Iman 3 tahun 5 bulan dah pandai nak melawa, biasalah anak perempuan memang begitu lumrahnya.. Kalau bergambar tu mesti ada gaya yang dia akan buat (ala-ala model).

Gambar kenangan : Ala-ala saloma


Bab bercakap ni biasa lah kan untuk seorang kanak-kanak perempuan.. Kalau boleh di rekod dalam Malaysia Books Of Recod rasanya dah tersenarai tu.. hehehe.. dan Iman ni seorang penyayang dan pandai ambil hati saya dan Isteri.. Manja tu biasa lah budak-budak kan. Sebenarnya telatah ni lah yang comel dan kadang-kadang boleh naik darah (marah) jugak hehe..

Gambar Kenangan : Abah sayang Iman
Gambar Kenangan : Ciuman kakak untuk adik
Setiap kali balik kerja.. sebelom masuk rumah, kepala saya dah fikir apa program dan aktiviti untuk Iman dan Iz'zati.. sebab setiap kali berhadapan dengan puteri-puteri ni, diorang akan ajak saya main.. Sebagai ayah, saya rasa perlu kriatif sikit untuk anak-anak agar mereka lebih terhibur.. setidaknya terubat jugak rindu anak-anak pada kita, mana taknya sepanjang masa kita berada di pejabat... 

Hari minggu kadang-kadang tu Iman dan Izzati suka bantu Ibu di dapur.. habis dapur ibu bersepah dikerjakan dua orang ni.. gaya-gaya cheff le habis semua pinggan dan periuk dikeluarkannya, pada hal menu kuih melaka je.. dah buat kuih tu mintak abah jadi testernya... siap tanya sedap ke tak.. hahaaa.. Kalau di jual rasanya memang tak ada orang beli ni.. tapi sebabkan anak abah yang buat, telan je lah...

Gambar Kenangan : Iman dan Iz'zati di Dapur
dan yang paling abah suka sikap yang anak abah tunjukkan adalah sikap seorang muslimah.. Alhamdulillah.. dalam beberapa minggu ni, anak abah Nurul Iman sering laukan solat berseorangan (betul untuk 3 rakaat solat maghrib).. mudahan ianya kekal dan mudahan Nurul Iman dan Nurul Izzati menjadi insan yang berguna di dunia dan akhirat... 

Gambar Kenangan : Solat Maghrib
Abah rindukan anak abah walau sejam abah tinggalkan.. Abah sayang semua.. Abah sentiasa Doakan agar anak abah menjadi insan dan muslimah yang berguna.. Setiap Malam waktu anak-anak abah nak tidur, selalu tidur minita abah tidurkan dan zikir.. Waktu Iman dan Izzati tidur, abah akan rasa sunyi.. Sebab keriuhan dan keceriaan rumah abah dan Ibu adalah dari anak-anak abah sendiri.. 
Gambar Kenangan : Anak-anak abah..Tidur!!
Apapun buat Nurul Iman.. selamat hari lahir ke 4, abah ibu Doakan Iman dan Izzati semoga menjadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat... Owh ye, kalau anak-anak abah terbaca entri ini nanti ;).. abah nak pesan jadi lah Insan yang berguna dan disayangi.. Jangan lupa Abah dan ibu ye.

..ANAK-ANAK KU..


Pak Cik Ais Krim berjaya Mendapat Master

Friday, October 17, 2014

Ceritanya macam ni...

Di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Wangsa Maju, setiap kali sebelum memulakan kutbah Jumaat, Pihak Ahlijawatankuasa masjid akan memgumumkan info, aktiviti dan apa sahaja makluman berkaitan kepada ahli jemaah.

Tapi hari ni agak lain.. Ahlijawatankuasa masjid menjemput seorang lelaki lingkungan usia 40an yang hanya dikenali sebagai "Pak Cik ais krim" ... Pemua itu berdiri dengan berpakaian seperti seseorang dalam majlis konvocation di dalam dewan Universiti. Saya lihat semua jemaat tertumpu kearah beliau, rasanya perbagai persoalan bermain di fikiran semua jemaah termasuk saya... siapa pemuda ini? dan apa kaitan denga gelaran pak cik ais krim dengan beliau?..


Pak Cik Ais Krim memiliki
MASTER
Sempat juga saya bersangka bahawa pemuda itu mungkin bernazar untuk memakai pakaian itu waktu berjemaah pada hari jumaat atas kejayaan beliau.. hehee... Mana taknya, dikalangan jemaah yang hadir pada hari tu.. Hanya beliau seorang sahaja yang berpakaian konvocation lengkap.

Ternyata meleset.. 

Pemuda itu tampil kehadapan dengan memperkenalkan diri Leman.. Dari dialet percakapan beliau rasanya dari Indonesia, dan perkerjaan beliau sebelum menamatkan Master adalah sebagai penjual Ais Krim.. 

Kagum.. itu perasaan saya selepas apa yang di sampaikan oleh pemuda yang dikenali sebagai pak cik ais krim telah berjaya menamatkan Master dari Universiti Malaya dalam jurusan Usuluddin.. 

Apa yang lebih mengagumkan, pak cik ais krim ni menampung pelajaran beliau dengan menjual ais krim dan sedikit sumbangan dari jemaah-jemaah masjid ini.. dan menurut beliau segala impian dan cita-cita untuk memiliki Master akhirnya berjaya. 

Syabas saya ucapkan.. 

Saya percaya pak cik ni memiliki sikap dan fikiran yang positif serta berkeyakinan, sebab itu dia dapat mencapai sesuati yang tak disangka-sangka. Setidaknya ianya menjadi motivasi untuk saya menamatkan pelajaran dan berusaha untuk mendapatkan Master satu hari nanti.. Insya'Allah.. 

Buat Pak Cik ais krim.. anda seorang yang hebat dan tahniah atas kejayaan hari ini yang membuka mata semua jemaah yang berada di Masjid termasuk saya, sebenarnya tiada halangan untuk menuntut ilmu.. 

Sabda Rasulullah s.a.w : 

"Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga." -Riwayat Muslim dalam Sahihnya

Firman Allah yang bermaksud :

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. - Al Ankabut, ayat 69



Antara Hobi atau Tanggungjawab

Tuesday, October 14, 2014


Jika di teliti, sistem kekeluargaan ialah kelompok yang paling kecil dalam sesebuah masyarakat. Keadaan bagi sebuah keluarga itu boleh mempengaruhi masyarakat sekelilingnya. Boleh dikatakan "Berkecai keluarga, berkecailah masyarakat".. jika aman damai dan bahagia setiap kelurga akan membawa kebahagiaan kepada masyarakat itu. 

Dalam Islam, tanggungjawab adalah amanah Allah yang telah diletakkan ke bahu manusia, manusia memikul berbagai tanggungjawab di antaranya tanggungjawab kepada keluarga.. Tanggungjawab ini akan dipersoalkan Allah sama ada telah disempurnakan atau sebaliknya. 

Sabda Rasulullah, maksudnya :
“Setiap kamu adalah ketua dan setiap kamu bertanggungjawab di atas jagaannya. Lelaki (suami) adalah ketua di atas anggota keluarga rumahnya dan dia adalah bertanggungjawab di atas jagaannya itu. Perempuan (isteri) bertanggungjawab menjaga rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Bukankah setiap kamu itu ketua dan setiap kamu adalah bertanggungjawab ke atas jagaannya.”

Apabila seseorang itu selesai diijab-kabulkan maka sama ada dia sedar atau tidak dia telah memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri. Jadi nak tak nak itu lah pilihan yang perlu saya hadapi sekarang ini. Dulunya sebelum berkahwin atau bergelar ayah, jadual aktiviti saya lebih banyak dengan latihan dan pertandingan sukan (Marathon). Pagi dan petang saya akan turun berlatih samaada secara sendiri atau bersama jurulatih. Boleh dikatakan setiap bulan saya akan mengikuti even larian dari 5km hingga ke 42km. Sempat jugak menanam cita-cita untuk menempah nama dalam dunia Marathon. hehee.. 

Sekarang saya dah buat pilihan untuk tidak menjadi pelari Marathon tegar seperti dulu.. Tapi bukan berhenti terus cuma tidak terlalu extrim.. Pilihan saya sekarang adalah untuk menjadi seorang ayah dan suami yang bertanggungjawab. Ini pilihan saya, Bukan kerana si Isteri tak membenarkan, malah sokongan dari Isteri tercinta lebih kuat dari seorang sahabat. 

Cintanya saya pada sukan Larian terlalu tinggi dan saya pernah ceritakan pada entry yang lalu Zaman Gila Sukan. Pernah seorang sahabat sukan menasihati saya "Tanggungjawab bukan penghalang untuk meminati sesuatu".. saya akur dengan kata-kata tu. Jika dilihat sekarang saya tidak berhenti begitu sahaja dalam dunia sukan, cuma komitmen saya lebih kepada Keluarga. 

Bagi saya keluarga adalah utama, anak-anak memerlukan masa dan bimbingan yang sewajarnya.. Sbagai ketua keluarga, biarlah saya korbankan hobi sendiri asalkan hasil yang dituai memuaskan hati semua pihak kerana anak-anak adalah anugerah dan harta yang tak ternilai.. Jadi untuk menjadi harta yang bernilai itu perlulah dibajai dengan segala-galanya dari pelbagai sudut, bukan sekadar wang ringgit. 

Untuk Hobi ku, Insya'Allah saya akan kembali dan saya tak akan sia-siakan bakat yang dikurniakan Allah ini.. dan kepada coach lau, coach Din dan Coach Shah janji tetap janji.. saya akan terus belari selagi saya mampu belari.. Cuma masa saya untuk hobi perlu saya pertimbangkan demi tanggungjawab yang lebih utama. Tunggulah sehingga anak-anak dah pandai uruskan diri, saya akan kembali dalam dunia sukan saya. Insya'Allah.. Latihan tetap saya lakukan hingga ke saat ini, dan saya tak akan berhenti berlatih kerana "ilmu sukan bukan sekadar mengetahui tetapi perlu di peraktikkan."

Tunggu kembalinya saya sebagai Saiful Runner!!! 

Selamat Hari Lahir Isteriku

Wednesday, October 8, 2014

Selamat Hari Lahir Isteri ku..

Alhamdulillah.. syukur, Ya Allah untuk usia yang telah diberikan kepada isteri ku dan rezeki yang telah Engkau kurniakan kepada kami sekeluarga. Terima Kasih untuk ikatan perkahwinan yang telah di tentukan.. Terima Kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau kurniakan ke atas dia. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan..

Sayang ku.. pada usia yang menjagkau 31 tahun ni, tiada lain yang abang harapkan selain dari mendekatkan diri kepadaNYA. 

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk mentaati Mu...

Ya Allah Engkau jadikanlah saya sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati...

Ya Allah rezekikan kami zuriat yang soleh dan solehah yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia...

Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah...
Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah...

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku...
Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati padanya...

Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah keburukannya.. 

Ya Allah jadikanlah kehadiranku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil...
Ya Allah bukakanlah antaraku dan isteriku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka...

Ya Allah yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan kami dalam kebaikan...

Ya Allah Engkau jadikan ku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi...

Ya Allah Engkau jadikan hati isteriku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku...

Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku, Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan...

Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha...
Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku...

Aamiin..

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.