Tercapai jugak hasrat untuk merasai dan melepaskan geram untuk membeli buku menarik dengan harga yang murah. Ikutkan promosi, pesta buku Big Bad Wolf di Mines ni hanya beroperasi bermula 05 sehingga 16 Disember 2014 sahaja..
Ingatkan terlepas lah peluang untuk ke sana sebab tugasan yang mendesak.. Pada hari Jumaat baru-baru ni si Isteri memberi tahu pesta buku tu dilanjutkan sehingga 21 Disember 2014.. Apa lagi, semua program pada 21 Disember tu saya cancel semata-mata untuk ke pesta buku ni. heheee..

Untuk pengetahuan semua Big Bad Wolf merupakan salah satu pesta buku besar-besaran yang membolehkan kita sebagai pengunjung menikmati pameran dan jualan buku pelbagai genre termasuklah buku-buku terlaris dan best-seller. Harga yang ditawarkan jangan cakap le.. tersangat-sangat menarik.. Tulah saya jadi rambang mata, sehingga wife tegur "Ai abg.. membeli melebihi dari orang yang mengajak nampak".. saya hanya tersenyum je.. hehee..
Mana taknya buku yang sepatutnya berada dipasaran dengan harga RM20 keatas boleh dapat harga RM3 saja, terutama buku kanak-kanak.. buku kulit keras (hard-cover).. Sebanyak 3.5 juta buku pelbagai judul di pesta kali ni, dengan diskaun kalau tak slah saya sehingga 95 peratus..
Ini lah kali pertama saya menjejakkan kaki ke pesta buku yang membariskan buku-buku pilihan sebanyak tu. Memang mengujakan pertama kali masuk ke dewan MIECC. Selama ini hanya dengar cerita-cerita dari corong radio dan cite-cite dari kawan-kawan sahaja mengenai pesta buku Big Bad Wolf. Sekarang daha alami baru boleh share dalam blog, mudahan tahun depan rakan-rakan lain tak lepaskan peluang ini..
0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .