"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Dari Tun Dr Mahadir Mohamad

Thursday, September 5, 2013

Tertarik dengan kata-kata dan nasihat dari Tun Dr Mahadir (Bekas Menteri Malaysia) berkenaan kehidupan rakyat Malaysia.. Kenyataan ini saya ambil dari ruangan FB beliau (klik sini)

Saya bernasib baik kerana dapat melihat budaya dan masyarakat orang lain sepanjang pengalaman saya sebagai seorang pelajar di Eropah. Ada juga saya bertegur sapa, berkawan baik dengan orang setempat dan persahabatan itu masih kekal lagi sehingga sekarang.


Kadang-kala kami berbual tentang negara masing-masing, bagaimana sosio-ekonominya, politik dan sebagainya. Dan saya tidak terlepas juga untuk menceritakan tentang menariknya Malaysia sebagai sebuah negara yang telah pesat membangun sejak mengecapi kemerdekaan dari British 56 tahun yang lalu.


Dari keadaan di kawasan perumahan saya di Selangor, sehinggalah ke pulau-pulau yang cantik di Sabah dan Sarawak, demografi kaum-kaum dalam negara, penggunaan Bahasa Inggeris kita yang agak unik berbanding negara lain, dan juga resam kelas tinggi, pertengahan dan rendah di Malaysia, semuanya saya ceritakan pada mereka.
Mereka agak terkesima dan sangat berminat untuk datang ke negara kita. Tetapi, ada sesuatu yang membuatkan mereka hairan. Lalu satu soalan terpacul keluar dari mulut mereka. "Dari apa yang saya dengar dari kamu, orang Malaysia suka makan di luar. Bukankah makan di luar agak mahal berbanding masakan sendiri?" tanya mereka. 
Saya terdiam. Dan, apabila saya membuat perbandingan hidup saya di sana sebagai pelajar kais pagi makan pagi, berbanding di Malaysia, membuatkan lidah saya lebih terkelu. Saya muhasabah kembali tentang 'habit' kebanyakan golongan kelas pertengahan di Malaysia secara amnya.


Di Eropah, rata-rata kawan saya yang datang dari kelas pertengahan masih lagi memakai 'smartphone' HTC yang berusia tiga ke empat tahun lepas. Di Malaysia pula, rata-rata kelas pertengahan yang saya nampak menunjuk-nunjuk iPhone 5 ataupun Samsung Galaxy S4 mereka di Facebook. Di Eropah, pelajar-pelajar di sana menggunakan dapur dengan sebaik mungkin untuk menyediakan makanan. Di Malaysia, kebanyakan kawan saya yang menetap di rumah sewa sekitar universiti, dapur pun tak berasap, nak masak pun tak tahu. Makan di luar sahaja kerjanya, kadang-kala (selalu?) ternampak check-in di restoran mahal-mahal.


Itu belum lagi cerita tentang soal kereta. Di Eropah, kebanyakan keluarga hanya ada sebuah kereta, itu pun dari model yang ala kadar, sekadar memudahkan mereka untuk ke sana dan ke mari pabila berlakunya masalah. Ada di antara isi rumah mereka, kereta pun tak ada. Di Malaysia, ada keluarga kelas pertengahan sampai lima enam buah keretanya di rumah. 


Banyak lagi sebenarnya yang saya boleh bandingkan di antara kita dan orang Eropah. Tapi semuanya menjurus kepada pengurusan kredit kita secara kolektif. Ya, memang bukan semua keluarga/orang kelas pertengahan bersifat begini, tapi kalau sampai kita semua boleh nampak dengan mata kepala sendiri, itu dah bukan isu luar biasa, itu sudah jadi norma, sudah meresap ke dalam mentaliti sendiri.


Mungkin kita tak suka harga barang naik, ramai yang kononnya tertekan bila kerajaan lakukan penyelarasan subsidi. Saya pun tak gemar akan hal begini, tapi kita kena beringat. Sebenarnya kita terlampau berada di dalam zon selesa. Muhasabah kembali perbelanjaan kita, rasionalkan apa yang perlu dan tidak perlu, dan kita buat penekanan tentang apa yang bagus untuk seluruh masyarakat, seperti penggunaan pengangkutan awam. 


Kalau rasa-rasa servis kurang memuaskan, buat surat aduan dari penduduk setempat. Jangan selesaikan semua masalah dengan menggunakan duit sendiri, kerana anda pembayar cukai. Dan seperti saya janjikan sebelum ini, saya akan kupas lagi tentang perlaksanaan pengangkutan awam di sekitar Lembah Klang pada masa akan datang.
Dan kepada menteri yang berkaitan juga, jangan ingat rakyat saja yang perlu ikat perut. Elaun bulanan ahli parlimen pun kenalah dikurangkan. Perbelanjaan kerajaan pun haruslah rasional sikit. Jangan tolak semua sengsara pada rakyat sahaja.


And no, I'm not being sarcastic on the last part, not even the very least of it.


- RS



10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.