"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Kisah Nurul Iman : Masalah Sakit gigi

Friday, January 23, 2015

Gambar : Tidur menahan kesakitan
Iman sakit gigi dah 2 hari sejak 21hb sehingga sekarang. Hari ke-2nya saya dan isteri berazam untuk membawa Iman rujuk dengan Dr. gigi swasta, dengan harapan agar Dr dapat menyelesaikan masalah sakit yang ditanggung Iman. 

Masalah sakit gigi Iman buatkan Iman tak selera makan dan tidur malam pun tak lena. Bila anak-anak tak tidur lena, ayah dan ibu automatik le tak boleh tidur. Kesian Iman.

Selepas balik kerja, saya dan Isteri terus membawa Iman ke klinik berdekatan rumah di Cheras (Bandar Tun Hussin Oon). Klinik tu berdekatan dengan Rumah. Sewaktu sampai di klinik ******* (klinik pertama) kira-kira jam 1810, kami dimaklumkan Dr tak ada.. saya lihat pada jadual beroperasi klinik yang dilekatkan di pintu, klinik akan tutup jam 1900 petang. Untuk kepastian saya bertanya pada salah seorang staff di klinik tersebut, jawapannya "Dr keluar dan tak tahu jam berapa akan masuk".. Jawapan tu membuatkan saya dan isteri terus mengambil keputusan untuk mencari klinik lain. 


Alhamdulillah tidak jauh dari klinik pertama, ada klinik Ja**** (Klinik ke-2), tetapi lain pulak situasinya.. Kali ni agak mengecewakan dari segi layanan staff.. Sampai di klinik saya menolak pintu dan didapati tutup berkunci.. Saya lihat Jadual operasi klinik yang dilekatkan dipintu, Klinik tutup jam 1900. Persoalan kenapa tutup awal tak terjawab kerana tak ada kejasama dari staff klinik. Geram jugak dengan dua orang staff yang berada berhampiran pintu masuk klinik tersebut, hanya duduk memerhati dan buat tak tahu je dengan saya dan isteri yang terkinja-kinja di luar untuk mencari jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran.. 

Geram betul lah.. Rasa macam nak pecah je pintu tu..

Saya usahakan jugak untuk mencari klinik lain yang berdekatan, tetapi mengecewakan sebab semua klinik dah tutup jam 1830.. Nak balik rumah dalam keadaan Iman yang menahan sakit memang tak sanggup, Malam tu saya nekad jugak untuk mendapatkan rawatan pada Nurul Iman.. Setidaknya saya dapat jawapan punca sakit Iman tu pun dah cukup berpuas hati.

Kami singgah di masjid terdekat untuk solat maghrib dulu, Selepas solat dan makan malam di kedai.. Saya dan isteri teruskan mencari klinik, Alhamdulillah.. di permudahkan, jam 2000 baru kami jumpa klinik yang ke3 juga merupakan klinik swasta. 

Iman di beri rawatan hanya melalui pemeriksaan sahaja, Dr. menyatakan gigi Nurul Iman tidak mengalami kerosakan dan kesakitan mungkin disebabkan oleh virus. Kami diberi antibiotik dan ubat tahan sakit.

Malam tu Iman seperti sebelumnya, gigi masih sakit dan makan pun tak selera. Saya nekad memberi Iman ubat tahan sakit dan antibiotik.. Alhamdulillah untuk tempoh 6 jam Iman dapat tidur dengan lena. Tetapi paginya saya lihat mulut Iman membengkak, rasanya disebabkan gusi. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti untuk membawa Iman ke klinik Kerajaan di Putrajaya. 

Gambar Iman : Berpakaian Sekolah dengan mulut membengkak

Menurut Dr. (klinik kerajaan) gigi graham Iman mengalami pertumbuhan (gigi baru) dan bahagian gusi hadapannya pulak mengalami sedikit bengkak serta mungkin menanah. Dr. memberi antibiotik untuk membuang nanah pada gusi Iman. dan menyuruh kami membuang antibiotik dari klinik swasta.

Alhamdulillah pagi ni, bengkak pada mulut Iman menunjukkan positif. Bengkak tu kembali surut dari sebelumnya. Nasihat Dr. selepas 5 hari, Nurul Iman di suruh ke Klinik Putrajaya kembali untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya, jika perlu gigi hadapan akan di buang.

Dari pengalam pertama saya sebagai bapa kepada anak yang mengalami sakit gigi, saya nasihatkan kepada semua. Jika tidak ada pengalaman eloklah pergi rujuk kepada Hospital kerajaan terus. Kerana kualiti perkhidmatan dan rawatan disana amat saya berpuas hati jika nak dibandingkan dengan swasta. Saya tak nyatkan semua klinik swasta seperti itu tetapi untuk pengalaman saya rasanya saya dah serik untuk menerima rawatan di klinik swasta.

SEKADAR PERKONGSIAN. (INFO)
menurut Dr. Husna Razak (BDS) (KLE VK), ramai ibu bapa yang datang ke klinik kerana mereka mahu mencabut gigi anak mereka yang bergoyang. Ada juga yang mahu mencabut gigi anak mereka kerana gigi kekal telah keluar di belakang gigi susu tersebut. Jadi persoalannya, adakah perlu cabut gigi anak apabila sudah goyang?

Mengapakah gigi susu penting untuk kesihatan kanak-kanak?
  • Membolehkan kanak-kanak makan secara normal untuk pengambilan nutrisi yang penting bagi tumbesaran.
  • Membantu kanak-kanak belajar bertutur. Ketiadaan gigi mungkin akan menyebabkan kanak-kanak tersebut pelat dan lambat belajar menyebut sesetengah huruf dengan betul.
  • Membantu tumbesaran otot dan tulang muka dengan seimbang.
  • Menyediakan ‘templat’ dan tempat yang cukup untuk gigi kekal tumbuh ke posisi yang betul.
  • Memberi penampilan yang lebih menarik. Oleh itu, gigi susu yang sihat membantu perkembangan psikologi kanak-kanak.

Bilakah gigi susu perlu dicabut oleh doktor gigi?
  • Bila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu (gigi bawah) atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu (gigi atas) dan gigi susu belum tanggal lagi.
  • Bila gigi susu telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukat makan walaupun pernah di rawat beberapa kali oleh doktor gigi.
  • Bila gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya.
  • Bila dah tiba masanya untuk gigi itu tanggal tetapi tak tanggal-tanggal. Kerana biasanya bila gigi tu dan goyang sangat tetapi gigi kekal tak kelihatan bermakna gigi kekal ada di bawah gigi susu.
  • Jika takut untuk cabut sendiri.


Nota : 

Kepada ibu bapa di luar sana, bawaklah anak-anak untuk pemeriksaan gigi dari usia muda (2 atau 3 tahun). Bila kanak-kanak itu sudah biasa dan tak takut dengan doktor gigi maka senang untuk mendapatkan rawatan tidak kiralah tampalan atau cabutan. 

Gigi yang bergoyang tidak semestinya dicabut terus. Gigi susu juga tidak semestinya dicabut oleh doktor gigi. Berjumpalah dengan doktor gigi anda dan dapatkan nasihat tentang apa yang perlu dibuat :)

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.