"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Program Kerabat Mak Yon : Bercuti ke Genting Awal tahun 2015

Monday, January 5, 2015



Gambar : Kaum Kerabat Mak Yon
Jom..Jom.. Kita bercuti ke Genting Highland!! Syok Ooo.. Dah macam kali pertama pegi je kan.. Ini kali ke-4 saya ke Genting dan Kali ke-2 bersama keluarga bercuti di sini.. Dan.. Kali ni rasa lebih best sebab dapat pergi bersama kaum kerabat keluarga Mak Yon, kira ala-ala mini Famly Day lah jugak.. Lebih kurang 6 keluarga dari 11 Beradik berkumpul untuk percutian kali ni.. Total semua dalam 25 orang jugak.. Meriah jadinya resot tu.. 


Di Tambah dengan suasana persekitaran kat Genting ni dah macam Cameron Highland.. Mana taknya, Kat Genting ni jugak ada Genting Strawberry FarmGenting Bee Farm atau Insect WorldGenting Mini Cameron dan banyak lagi..

Lokasi Pertama saya dan keluarga di Genting sebelom check in Resort adalah Genting Bee Farm.. Sebenarnya tempat ni secara tak sengaja kami kunjung.. Tujuan sebenar berhenti untuk tunggu kereta kakak sekeluarga yang tersesat dalam convoi ke resort.. Genting Bee Farm ni dekat je dengan Resort kami. Jadi kami ambil kepurusan untuk menunggu betul-betul di hadapan Farm ni.


Disebabkan masa tak lama, Kami sekeluarga hanya menikmati keindahan dan kesejukan cuaca di luar kawasan farm je.. Lagi pun nak masuk tempat ni kena bayar RM16.00, dan bagi saya tempat ni macam tak menarik je untuk aktiviti keluarga (ikut selera saya le).. Untuk pengetahuan bersama, Harga Madu yang di Jual di sini sekitar RM80 ke RM120.. selain tu, ada jugak disediakan baju kimono untuk kita ambil gambar kenang-kenangan di halaman farm ni. Bab halaman ni.. saya berani cakap yang ianya sangat cantik dan menarik.. Ramai jugak pelancong yang berkunjung untuk ambil gambar.

Gambar : Begambar di Halaman Genting Bee Farm
Convoi kami dari kaum kerabat Mak Yon bermalam di Genting View Resort, Milik syarikat yang adik perempuan saya bekerja sekarang. Alhamdulillah katanya hanya perlu bayar RM20.00 untuk Staff.. Tapi memang selesa lah.. Ada kolam renang, View di kelilingi pemandangan bukit bukau dan rumah condo tersegam indah.. Suasana di sini jugak agak tenang dan mendamaikan. 
\
Gambar : Perjalanan ke Resort
Gambar : Kolam Renang Resort
Aktiviti pertama kami sekeluarga di Resot ni adalah mandi di kolam renang.. Sejuk betul air kolam di tanah tinggi ni.. Patut le Kolam ni macam tak di sentuh je.. hehe

HARI KE-2.

Sesiapa yang ke Genting, Kalau tak ke Taman Tema Genting jadi tak lengkap.. Tapi untuk pengetahuan semua kalau ke genting masa ni memang tak best sangat.. Sebabnya Genting Team Park dalam proses pembaikan dan mungkin akan siap pada 2016. 

Jadi Kalau yang bujang-bujang dan couple-couple tu saya cadangkan tak payah lah naik ke sana sebelum tahun 2016 sebabnya hanya permainan Indoor saja ada.. Sesuai untuk keluarga yang nak bawa anak-anak bersuka ria dan untuk keluarga tu.. Rasanya ini lah masa yang sesuai sebabnya keadaan di sana tak sesak sangat.


Dan satu lagi, saya cadangkan kalau korang nak ke Genting Team Park menaiki Cable Car jangan beli tiket terus di sana, sebab harganya agak mahal.. Beli secara Online lagi murah..


Dan untuk pengetahuan semua.. makanan di Genting agak mahal sedikit Air Mineral RM3.00, Soft Drink dalam Tin RM4.00, Cap Corn RM4.00.. 


Rumusan saya, tak banyak aktiviti yang boleh dibuat di GH ni.. 



Gambar : Sebelum naik Cable Car


Gambar : Isteri dan Anak-anak
Gambar : Bersama Anak-anak
Gambar : Anak-anak dan Ibu tersayang
Gambar : Dalam Cable Car
Gambar : Pemandangan dari Dalam Cable Car
HARI KE-3
Dalam perjalanan balik, Kami singgah di Mini Cameron.. Masuk Free.. Dari depan nampak macam kedai supermart 99 je.. bila dah masuk dalam, boleh dikatakan besar jugak tempat ni.. Suasana di sini memang sebijik macam Camreon, patutlah di namakan Mini Camreon..

Keseluruhan keadaan di Mini Cameron ni agak menarik.. sebab kita boleh pluck sendiri buat Strawberry dari ladang. Sama seperti Cameron, Harga untuk sesi Pluck ni.. Deposit RM8.00 untuk satu keluarga.. Buah yang di petik akan di timbang mengikut Kg.. 


Kalau yang tak nak memetik Strawberry, boleh jugak mendapatkannya dari gerai yang terdapat di situ. Ada jugak aiskrim Malaysia Strawberry dengan harga RM2.50 satu.. Kebanyakan penjual di situ China dan Nepal.. Selain dari tu.. Sayur-sayur segar juga boleh dapat dengan harga berpatutan.


TIPS - Kalau nak beli fridge magnet Genting yang cantik, beli di kedai sepanjang jalan nak keluar, kat situ banyak pilihan..


Ok lah.. Habis sudah sesi bercuti atau program mini famly Day. Dan rasanya kami tak akan datang ke sini lagi walaupon Outdoor siap. Sebabnya banyak lagi tempat menarik boleh dikunjungi di Malaysia ni.. Balik Kuala Lumpur terfikir untuk persediaan Nurul Iman sekolah.. Nanti lah saya ceritakkan di nukilan akan datang..



Gambar : Makan tengahari di MB
Gambar : Di Ladang Mini Camreon




Gambar : Sayur segar di ladang Mini Cameron


Gamabar : Ladang Strewberry

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.