"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

"jangan lupa bagai mana ia bermula"

Sunday, December 19, 2010

Pagi ni tempat kerja aku adakan majlis yang ringkas semperna pertukaran aku dan seorang lagi pegawai (org lama) dari tempat bertugas sekarang..

tapi apa yang menarik aku pada pagi ini adalah nasihat dari Ketua aku.. Ketua aku ni berugama Kristian, tapi cukup baik hati.. aku sempat bertugas dengan dia 4 bulan lah sebab 24hb ni aku last bekerja di Pulau Pinang..

JANGAN LUPA BAGAI MANA IA BERMULA.. ayat ni lah yang menarik aku untuk berfikir.. ayat ni memang biasa didengar tapi atas nasihat ikhlas yang diberikan tu lah yang buat aku tersentuh..

Aku akan ingat kata2 tu untuk digunakan di tempat kerja yang baru..

Ok lah .. by.

ISTILAH SEORANG PELARI

Thursday, December 16, 2010

Di suatu perlumbaan atletik seorang pelari dengan kesalnya mengatakan bahwa kekalahannya hari itu kerana penonton yang begitu ramai dan ada salah satu pelari lain yang menyentuh tangannya ketika berlari.

“Pasti ia sengaja, ingin rasanya saya memukulnya, karena itulah saya kalah!”

Jurulatih yang mendengarnya memanggilnya. “Kemarilah akan saya tunjukkan sesuatu..”
Kemudian pelatih menggambar sebuah garis di pasir.

“Seandainya garis ini adalah garis dari lawanmu, cuba bagaimana caranya agar garis lawanmu ini menjadi lebih pendek?”

Dengan semangat pelari tersebut mengatakan, “Itu sangat mudah! saya akan menghapus garis lawan ini” , sambil menghapus sebagian garis tersebut sehingga menjadi lebih pendek.

Jurulatih dengan tenang berkata , “Itulah masalahmu, di setiap kompetisi yang kamu fokuskan adalah ‘bagaimana memperpendek’ atau menjatuhkan lawan bukan ‘memperpanjang garismu’, seharusnya panjangkan garismu dan tentunya garis lawanmu akan menjadi lebih pendek”

tiada yang mustahil!!!


Menghadapi persaingan ada beberapa tips yang dapat kita pertimbangkan :

1.   Apakah kelebihan dari pesaing kita? fikirkanlah apa kelebihan mereka terhadap kita dan akuilah!
2.   Kemudian tanyakan pada diri kita apakah kelebihan yang mungkin kita miliki dibanding pesaing kita?        
      Kelebihan itulah yang harus kita tingkatkan bukan mencari kelemahan lawan.
3.   Tanyakan pada diri kita sejauh mana kelebihan pesaing kita dapat meningkatkan keupayaan kita untuk 
      mencapai hal yang lebih baik.

Ingat! satu-satunya cara untuk mengalahkan pesaing kita adalah membuat kemampuan kita menjadi lebih baik dan tiada tandingan!!
Sumber: Djodi Ismanto

05 November 2010

Monday, December 6, 2010

Hari ni 06 Disember 2010 genaplah sebulan usia anak perempuan kami...
Sorry lah coz baru nak tulis pada Blog.. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan lancar.. Ni gambar akan Perempuan aku namanya Nurul Iman..

05 November 2010

Aku tiba di kuala Lumpur seperti dalam perancangan, nak menghantar Isteri aku balik kampungnya di Pahang untuk bersalin dan berpantang di sana..aku pilih tarikh ni sebab 06 Nevember tarikh hari Depavali jadi boleh lah aku cuti lama sikit (sambung cuti).. dan dijangkakan Hari Raya Korban lah kami mungkin akan dikurniakan anak, mengikut kiraan dan tafsiran manusia lah..

Aku tiba di stesen bukit Jalil jam 5 pagi, sambil nak tunggu masuk waktu subuh dan LRT beroperasi aku sambung tidur di depan surau di Stadium Bukit Jalil.. Kali ni ramai pulak Orang mungkin sebab cuti perayaan, tempat selalu jadi tilam untuk aku sambaung tidur dah di penuh dengan orang.. aku cuma duduk dan bersandar pada tiang di tangga surau, sambil memerhatikan gelagat orang ramai di situ.. Kini fikiran aku lebih suka mengambarkan dan berfikir Isteri tersayang.. siapa tak gembira bila nak bertemu Isteri tersayang kan tambahan dalam situasi aku sekarang PJJ.. 2 minggu jugak kami tidak berjumpa kerana nak save kos..

selepas solat subuh aku terus bertolak untuk ke Putrajaya tapi aku perlu turun di station Bdr Tasik Selatan untuk bertukar ke station ERL.. sampai di station ERL sekitar jam 7 pagi, sementara menunggu ketibaan ERL aku menghabiskan masa membaca buku "Amalan dan nama Indah ketika mengandung" sebagai persediaan untuk menjadi seorang ayah..

Dalam jam 7:10 telefon bimbit aku berbunyi seperti yang aku jangkakan panggilan ini dari Isteri aku, aku senyum dan fikir tentu dia juga tak sabar nak jumpa aku..

tapi sangkaan aku meleset apa bila dia beritahu yang darah mula turun ketika dia dalam bilik air, aku jadi seperti kambing cari kandang ketika hujan tak tenang dan gelisah.. Apa yang aku fikir nak sampai di sana dan cepat hantar dia ke kampung.. selang beberapa minit aku call Isteri aku untuk bertanyakan kabar.. Isteri kau cakap jgn gelisah kerana katanya melalui pengalaman kawan2, itu adalah tanda awal dan ada salah seorang kawannya siap pergi membeli belah lagi.. Tapi aku tetap gelisah..

Aku tiba di Station ERL Putrajaya jam 8:03 dan menunggu isteri aku... tentu korang cakap boleh ke Isteri aku bawak kereta lagi.. sebenarnya aku pun fikir benda yang sama.. Tapi atas permintaan dia, nak aku tunggu di Station ERL je..

Isteri aku sampai di station ERL jam 8:20 dan aku lihat wajah isteri aku tenang je.. macam tak ada apa2 pun belaku..

Kami ke station minyak petronas untuk mengisi minyak dan membeli makanan pagi, atas permintaan aku untuk makan dalam perjalanan sebab nak kejar masa.. Isteri aku mintak untuk keluar membeli makanan.. setiap langkah dia aku perhatikan, kuat lagi Isteri aku ni.. jadi aku cuba tenangkan perasaan aku.. selepas tu kami ke rumah sewa untuk mengangkat barang2 yang belum di angkat ke dalam kereta sebab berat..

Semasa isteri aku mengemas barang aku call mak aku yang tinggal di Cheras KL untuk memaklumkan kepada dia yang aku tak dapat ke rumahnya seperti kerana keadaan Isteri aku.. Apa lagi mak aku pun gelisah, lagi gelisah dari aku bila mendapat khabar yang isteri aku mula turun darah.. perbuatan mak aku tu membuat kan aku kembali berkeadaan gelisah, di tambah pulak dengan Isteri aku yang sengaja nak melambatkan keadaan dan masa.. apa lagi kena tegur cara gelisah lah dari aku (Marah)... bila fikir balik malu pun ada, mcm aku pulak nak bersalin.. Betul lah kata Org, suami mana yang tak gelisah bila menghadapi situasi macam ni.. kan..

Setelah semuanya selesai kami bertolak ke Pahang, dalam perjalanan semua kereta yang menghalang aku kena sumpah seranah dari aku.. hahahaa.. sorry lah sebab keadaan aku yang buatkan aku jadi mcm tu.. hehee...

Jam 1200 tengahari kami tiba di Hospital besar Kuantan Pahang.. Aku bersyukur kerana mak saudara Isteri aku bekerja sebagai ketua jururawat di hospital tu.. Jadi segala urusan menjadi mudah, tak perlu lah menunggu giliran yang entah berapa lama.. Isteri aku masuk ke bilik dengan mak saudaranya, sementara aku pulak tunggu di ruang menunggu..

Ramai jugak bakal bapa yang menunggu isteri di ruang menunggu.. aku dapat lihat ini lah satu-satunya ruang menunggu di Hospital yang rata-rata dari mereka berperasaan gembira dan tidak sabar.. yang mungkin tidak terdapat di ruangan menunggu yang lain.. ada jugak beberapa orang dari nya yang baru mendapat cahaya mata, jadi dapatlah aku berkongsi perasaan dengan mereka walaupun hanya dapat memerhatikannya dari jauh.. Alhamduli'llah... Lihat wajah si Ayah yang penuh gembira membuatkan aku sebagai seorang yang bakal begelar ayah tumpang gembira..

Kini pandangan aku acap kali melihat pintu masuk ke bilik yang kini menjadi tandatanya, Apa yang isteri kau buat dalam tu? sudah bersalin ke?..Aduh!! sesekali datang perasaan gelisah dalam diri, lama jugak Isteri aku di dalam, 20 minit berlalu aku bangun dari tempat duduk rasa nak je masuk ke dalam lihat apa yang belaku.. 2 kali jugak aku ke tandas sampai dah tak tahu nak buang apa.. haha.. Selepas 1 Jam 30 Minit baru Isteri aku dan Mak saudara keluar dari bilik dengan 2 botol ubat selepas bersalin di tangan Isteri aku..

Tapi bukan persoalan itu yang bermain di fikiran, aku rasa nak tahu apa kata-kata Doktor.. dalam perjalanan menuju ke kereta aku bertanya pada isteri aku tetapi jawapan TIDAK ADA APA, itu saja yang isteri aku jawab.. tapi aku rasa jawapan tu belum memuaskan hati aku.. dalam kereta sekali lagi aku bertanya.. baru lah isteri aku cerita, Alhamdulil'llah semuanya baik..

Aku pun terus bertolak balik ke Pekan rumah mak mertua aku, dalam perjalanan adik Ipar aku call menanyakan keadaan dan lokasi kami.. katanya mak mertua aku jadi tak senang duduk menunggu kami.. asik fikirkan Isteri aku sampai lupa nak maklum pada mak mertua aku yang kami dah sampai di Pahang..

Ok lah sampai sini dulu nanti sambung lagi k...

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??

Wednesday, December 1, 2010

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ....

Kelebihan zikir ‘Laailaha illallah’

Wednesday, November 3, 2010

Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’ dengan banyaknya

Zikir yang paling utama dan tinggi darjatnya ialah "La-ilahaillallah" ertinya "Tiada Tuhan Yang Sebenarnya Melainkan Allah". Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Zikir yang paling utama ialah "La-ilahaillallah" dan doa yang mulia ialah "Al-Hamdulillah".

Kelebihan:
1.     Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah ‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.

2.     Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.

3.     Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam.

4.     Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)

5.     Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.

6.     Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailaha illallah’ sampai kepada Allah

7.     Hadis lain: Zikir ‘Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.

8.     Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah ‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing  yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.

9.     Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.

untuk dikongsi bersama...Amalkan zikir ini sentiasa.............

Dari hati : Kuatkan Aku dalam Menghadapi Dugaan..


Dalam menjalani kehidupan kat atas muka bumi ni, banyak sangat ujian yang Allah SWT bagi..kadang2 aku terduduk, tak termampu untuk menahan dan mengharungi.. Tapi aku yakin, setiap ujian yg Allah nak bagi tu pasti boleh dihadapi oleh setiap hambaNya. dalam mencari kekuatan diri yang hilang sebelum ni, aku bersyukur kerana Allah sentiasa mengasihi dan merahmati aku... tak putus2 hidayah Allah yang allah kurniakan kepada aku... Alhamdulillah... 

Cinta aku disambut dengan surat cinta daripada Allah SWT iaitu melalui kalamNYa, al-Quran... sebelum ni aku dah jarang menjenguk kitab ini... tapi skarang alhamdulillah, bila setiap hari aku membacanya, aku dah mula jatuh cinta kepadaNya... sememang al-Quran memberikan ketenangan kepada aku.. 
 


ALLAH S.W.T  berfirman: "Dan Kami turunkan dalam Al-Qur'an ayat-ayat yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman" (QS Al Isra' (17) : 82) 

" Dan Kami turunkan kepadamu Al-Qu'an untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri" (Qs An Nahl (16): 89) 

Sekarang aku dah sedar, cinta kepada manusia dengan perlaksanaan yang tidak berlandaskan syarak akan merosakkan hati tetapi cinta kepada Allah SWT akan memberikan ketenangan kpd hati dan itulah cinta sejati....

sekrang aku dah yakin:-



Jika hati sedih dan gelisah, ubatnya ada dalam Al-Qur'an,..

Jika ada penyakit dalam hati kita, ubatnya ada dalam Al-Qur'an... 
Jika engkau patah hati, ubatnya ada dalam Al-Qur'an.... 
Jika merasakan seakan-akan dunia ini menghimpit, maka bacalah Al-Qur'an 
Kerana Al-Qur'an adalah penawar hati, pemberi ketenangan......

Barangsiapa menjauhinya (Al-Qur'an) karena kesombongan, Allah akan menghancurkannya. Nauzubillah.. 


**mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang Allah nyatakan di atas...

 Siapa yang mencari-cari petunjuk dari selainnya, Allah akan menyesatkannya...

Ya Allah.. kenapa aku ni lalai? 

kenapa aku meletakkan diri aku dalam golongan org2 yg zalim?

aku bertaubat ya Allah.. 

Dia (Al-Qur'an) merupakan tali Allah yang sangat kukuh, dia merupakan peringatan yang bijaksana dan dia adalah jalan yang lurus. Dialah yang menjadikan hawa nafsu terkendali. Lisan tidak akan pernah ragu dengannya. Para ulama tidak akan merasa puas dengannya. 
Dia tidak akan pernah membosankan meskipun diulang-ulang. Keajaiban-keajaibannya tidak akan pernah habis. Dialah yang membuatnya, para jin tidak kuat mendengarnya hingga mengatakan '... 


sesungguhnya kami telah mendengarkan Al-Qur'an yang menakjubkan, (yang) memberi petunjuk kepada jalan yang lurus, lalu kami pun beriman kepadanya...' 


Siapa yang berbicara dengannya, ia akan berkata jujur dan benar, siapa yang mengamalkannya akan diberi pahala, siapa yang berhukum dengannnya akan berlaku adil, dan siapa yang mengajak orang kepadanya maka akan ditunjuki kepada jalan yang lurus" (HR At Tirmidzi) 

Sebuah hadis riwayat oleh Bayhaqi daripada Anas dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w  ada bersabda, maksudnya: 

“Hendaklah kamu beri nur (cahaya) rumah tangga kamu dengan sembahyang dan dengan membaca al-Quran.”



Ya Allah..Kau pimpinlah aku ke jalan yang benar.. 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

"...Kalau benci sekali pun jgn mengaibkan orang.. kerana mungkin kebencian kita, adalah kebaikkan buatnya....siapa tahu ya!!!..."

 
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Cerita : 'Abah.. bagilah balik tangan Ita"......................isk..isk...isk...

Tuesday, November 2, 2010


Ini sebuah kisah yang boleh menitiskan air mata bagi siapa sahaja yang membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail. Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia memang sering melakukan kesilapan...mungkin ada kesilapan yang dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya...


Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

LAGU : My Baby You - Marc Anthony

Live


piano


Lirik Lagu...


Marc Anthony - My Baby You

As I look into your eyes
I see all the reasons why
My life’s worth a thousand skies
You’re the simplest love I’ve known
And the purest one I’ll own
Know you’ll never be alone

Chorus:
My baby you
Are the reason I could fly
And cause of you
I don’t have to wonder why
Baby you
There’s no more just getting by
You’re the reason I feel so alive
Though these words I sing are true
They still fail to capture you
As mere words can only do
How do I explain that smile
And how it turns my world around
Keeping my feet on the ground

Repeat Chorus
I will soothe you if you fall
I’l be right there if you call
You’re my greatest love of all

Repeat Chorus
Arianna I feel so alive

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

Sunday, October 31, 2010


LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin (yg ada anak pompuan ramai kena ingat ni....pastikan anak solat, tutup aurat, etc) dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa...jangan percaya sangat)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita:

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini:

1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja:

1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Hikmah sujud -

Sujud lega sistem pernafasan

Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi laranganNya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang. Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat

Sabda Rasulullah S.A.W " Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4.. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.


6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa


Sekarang anda mempunyai 2 pilihan

1. Biarkan posting ini tetap dalam facebook Tok Wan. Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.

2. Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.

AMIN...

Surah Al-Munaafiquun :
Ayat : 9
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu lalai (lengah) kerana harta benda dan anak-anakmu daripada mengingati Allah (sembahyang lima waktu). Barangsiapa memperbuat demikian itu, maka mereka orang yang rugi.
Ayat : 11
Allah tiada akan memberi tempoh kepada seorang bila telah sampai ajalnya. Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu kerjakan.


Para Ulama' berpesan untuk kita jadikan pegangan JANGAN TINGGAL/LALAI BERSOLAT, ia adalah WAJIB:

Barangsiapa meninggalkan solat Maghrib , dosanya seperti berzina dengan ibunya sendiri bagi yang lelaki dan berzina dengan bapanya sendiri bagi yang perempuan!

Jadi, apakah bezanya sumbang mahram dengan meninggalkan solat Maghrib?

Meninggalkan solat Isya' , maka Allah tidak redha ia hidup di bumi-Nya.

Bermakna, setiap langkah kita tidak mendapat pelindunganNya di dunia ini. Dan lebih malang bila kita diazab di dunia yang lain nanti (akhirat).

Meninggalkan solat Subuh akan disiksa selama 60 tahun (waktu akhirat) di dalam neraka.

Perlu kita ingat bahawa azab yang paling ringan adalah sepertimana azab yang dikenakan kepada bapa saudara Rasulullah saw yang mana apabila dipakaikan kasut dari neraka maka mendidihlah sampai ke otaknya.Selama ini kita baru dapat bayangkan bagaimana air mendidih saja.....

Meninggalkan solat Zohor diibaratkan seperti meruntuhkan Ka'abah. Kalau begitu sepanjang hidup kita ini tak payahlah berangan-angan untuk menunaikan haji.

Itu adalah suatu perkara yang amat mudah...

Satu kali meninggalkan solat Asar sama dosanya dengan membunuh 1000 orang Islam.

Kat dunia ni bolehlah jadi sekutu Presiden Bush atau Obama, tak payahlah kutuk dia lagi kat dunia ni...Kita dengan dia (Bush / Obama) sama saja.

Rasulullah saw ada menyebut, tinggalkan solat adalah Kafir yang nyata.

Yang benar itu adalah dari Allah swt dan yang kurang itu adalah dari kelemahan kita yang nyata.

~Maklumat dari FB ..

Andai Ingin Sahabat......

Thursday, October 28, 2010

Apabila Ingin Bersahabat, Janganlah Kerana Kelebihannya..
Kerana mungkin dengan satu kelemahan, Kita Mungkin akan Menjauhinya..

Andai Kita Ingin Berteman, Janganlah Kerana Kebaikannya..
Kerana Mungkin dengan satu Keburukan, Kita akan Membencinya...

Andai Kita Ingin Seorang Teman, Jangan kerana sifat Ceranya..
Kerana andai dia tidak pandai mencerikan, Kita mungkin akan menyalahkannya..

Andai Kita Inginkan Sahabat yang satu,Janganlah kerana Ilmunya, 
Kerana apabila dia Buntu, Kita mungkin akan Memfitnahnya..

Andai kita Ingin Bersahabat, Terimalah dia Seadanya,
Kerana Dia seorang Sahabat, yang hanya Manusia Biasa..

Janganlah diharapkan terlalu sempurna, Kerana kita sendiri pun tidak tahu,
Apakah diri kita sendiri sudah cukup sempurna..

****
Bersederhanalah dalam persahabatan..
Insya'Allah kita tidak akan melihat
Kelemahan itu sebagai satu kelemahan...

****

CORETAN : daRi HaTi...

Buat hati ini, jua hati-hati yang belayar di samudera...

Astaghfirullah...Astaghfirullah...
Astaghfirullah al 'Adzim...
Alladzi la ilaha illa Huwal-Hayyul-Qayyum, wa-atubu ilaih...

Terasa hati ini kian lama kian gelap diselaputi dosa...
Pelbagai dosa...
Yang tersirat, mahupun yang tersurat...
Yang sengaja, mahupun yang tak sengaja...
Kian lama, kian parah...

Dan kini, kesannya mula terasa...
Diri kian lalai...
Fikiran sering memikirkan perkara-perkara yang lagha...
Semuanya berpunca dari hati...

Benarlah sabda Nabi,
"Dlm diri manusia ada seketul darah, bila baik ia,
maka baiklah seluruh (anggota badan),
bila rosak ia, maka rosaklah seluruh (anggota badan),
ketahuilah, itulah HATI.."

Dunia remaja, dunia yang sering memberi begitu banyak ujian pada hati..
Dan ujian terberat, yang amat sukar ditangani
Dan tak dapat lari dari diri remaja ialah,
ujian cinta...

Ujian inilah yang sudah banyak menumbangkan pemuda-pemuda
yang asalnya hidup berlandaskan Islam,
mengikut sepenuh ajaran Islam,
tapi akhirnya hanyut, hanyut & terus hanyut...
Hinggalah terjunam ke dalam lembah yang amat hina..
Na'udzubillah...

"Janganlah kamu mendekati zina,
Sesungguhnya ia adalah perkara yang terkutuk dan jalan yang keji"
Maknanya, jangan ada zina mata, zina telinga, zina mulut, zina hati....
Kerana semua ini adalah perkara-perkara yang mendekati zina

atau jalan yang menuju ke lembah zina...

Maka, hindarilah...!!

Rasanya, sudah cukup setakat ini
aku memulakan langkah ke alam yang tak sepatutnya aku lalui ini...
Berfantasi, berimaginasi dengan sesuatu yang aku sendiri tak pasti...
 
Cinta itu memang FITRAH, namun bila gagal mengawalnya,

maka itu yang jadi PARAH...

Insya' Allah, bila tiba masanya nanti, cinta itu akan bertaut juga...

Jodoh tak ke mana, kerana segalanya sudah ditakdirkan-Nya...

"Aku tak ada hak untuk mengasihi dia,
Dan dia tiada hak untuk mengasihi aku,

Aku tak ada hak untuk merindui dia,
Dan dia tiada hak untuk merindui aku,

Aku tak berhak untuk berada di hatinya,
Dan dia tak berhak untuk berada di hatiku...

Kerana HAK itu hanya milik pasangannya yg SAH...!!"

Cuba kita fikirkan,

Kalau lah orang yang kita suka itu
bukan pasangan yang ditakdirkan untuk kita,
Maka sebenarnya kita dah mengambil hak isteri atau suami orang yang kita suka itu...

Dan orang yang mengambil hak orang lain adalah orang yang zalim...
Dan kalau lah isteri atau suami orang yang kita suka itu tahu
yang kita pernah suka kat suami atau isteri depa,

mesti depa rasa lain macam dengan kita kan..?

Kadang-kadang mungkin boleh menimbulkan ketidakpuashatian,
ataupun yang lebih bahaya boleh menimbulkan fitnah kepada kita dan dia...

Na'udzubillah...

Cinta sebelum nikah itu cinta yang tak bermakna...
Cinta tanpa asas yang kukuh untuk dipegang...

Cinta yang perit...

Kerana tatkala hati kian diambung gelora cinta,
namun anggota tak bisa melakukan apa-apa...
 
Syariat tetap membataskan...

Hati perlu dijaga, anggota badan perlu dijaga...
Maruah, nama keluarga...
 
Dan yang paling penting panji Islam itu, yang sangat perlu dipelihara...
Jadi, mengapa perlu menyeksa jiwa tatkala jasad tak bisa melakukan apa-apa....??

Buang masa....

"Tiada cara lain untuk mengawal syahwat,
selain mengadu dan mendekatkan diri kpd Allah
dan rasa takut dgn azabNya,"

Bila diri kian jauh dari Allah,
maka makin mudah la syaitan nak perangkap kita dengan muslihatnya...

Bagi yang belajar agama,
perkara-perkara yang mengundang dosa pun boleh diislamikkan (kononnya...),

macam couple islamik, dan lain-lain....

Ini lah tipu daya dan muslihat syaitan...
Jadi, kenangkan azab Allah bila kita terfikir untuk melakukan kemungkaran,
lagi-lagi yang berlandaskan syahwat...

Insya' Allah, kalau kita benar-benar orang yang beriman,
kita tak akan berani melakukan kemungkaran itu...

Allah itu yang mencipta kita, mencipta dia...

DIAlah yang mengawal segala-galanya...
Membolehkan sesuatu yang tak boleh,
dan menggagalkan sesuatu yang sepatutnya berhasil...

Hanya DIA yang berkuasa atas segalaNya...

Jadi.. Mintalah segala-galanya kepadaNya...
Allah berfirman, "Dan berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan kepadamu,"

Tapi, makbul atau tidak itu soal kedua...
Apa-apa pun, kita cuma berserah kepadaNya...
Kalau dimakbulkan, Alhamdulillah....
Kalau tak, insya' Allah,
Allah menyediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita minta...

Allah itu lebih mengetahui atas tiap-tiap sesuatu...
Jadi, bila kita terima apa-apa, redha dan pasrah...
Kerana orang yang beriman itu
Yakin Allah hanya akan memberikan apa yang terbaik untuknya....

Tentang perasaan ini, memang susah nak hilang...
Tapi, kita akan lupa bila kita mendekati Allah..

Bila hati ini khusyuk mengingatiNya...
Lupakan lah segala cinta tak bermakna tu...

Layarkan hati menyusuri cinta seagungnya, cinta kepada Tuhan semesta alam...
Jua cinta kepada Rasul petunjuk seluruh umat...

Itu yang sebaiknya, itu yang seharusnya...

"Hidup ini perlu realistik... Laksanakan apa yang sudah ada di depan mata,
bukan memikirkan sesuatu yang tidak pasti akan datang dalam hidup kita.."

Sebagai pelajar Muslim, anak soleh (insya' Allah..), abang atau kakak...
Laksanakan dulu segala kewajipan ini...

Baru lah fikir nak jadi suami atau isteri mithali pula...

Coretan sekadar renungan dan ingatan...

~saiful... 

RENUNGAN : BilA leLaKi meNjaDi daYusssss?..


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

 1)    Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki
motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin dicoretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"

Apa yang lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini... Mudahan kita tidak tergolong.. Wahai kaum Hawa Bantulah suami, abang, ayah atau siapa saja kami ini kaum adam yang akan menanggungnya..

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya :-
"Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli
keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut
Syeikh Syuaib Arnout)


Sekian...

~saiful...



p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni syurga..

miNgGu Ke - 37

Wednesday, October 27, 2010

 Semalam genap lah Minggu ke 37 usia kandungan Isteri aku..;))

Tak sabar pulak.. Insya'Allah lagi beberapa minggu lagi aku akan bergelar ayah.. Amin.. :)....
tapi yang tak bestnya.. Aku dengan Isteri aku masih berjauhan.. sebenarnya bukan aku nak mengeluh apa yang telah ditentukan oleh-NYA.. tapi perasaan risau aku membuatkan aku tak keruan setiap masa.. bagi kawan2 yang pernah mengalami situasi macam aku tentu faham.. 
Siapa tak sayang Bini Oii... tambahan 1st Baby kan.. ;))

 Sejak dua tiga minggu lepas Isteri aku selalu cakap sakit bila aku call.. Boleh dikatakan kerap jugak dia sakit kat pinggang… Katanya rasa sengal² dan lenguh. Apa lagi perasaan sebagai seorang suami dan manusia biasa risau sudah tentu lah kan, tapi aku cuba control buat2 cool je..  Bukan saja nak lepas tanggungjawab tau.. tapi nak mengawal keadaan...

Kadang2 kesihan jugak aku dengan Isteri aku kerana terpaksa menjalani hari2 mengandungkan anak kami seorang diri cuma hari minggu je kami berjumpa... Berdasarkan pengalaman Orang perempuan yang mengandung, biasa nya masa dan minggu ke 37 ni akan rasa lenguh2, perut memulas mcm nak sengugut.. Aduh!!!!.. rasa bersalah pulak aku.. 

Maaf kan Abg sayang.. 

 Abang harap sayang menghadapinya dengan tenang dan sabar.:) 
Insya'Allah kalau tak ada apa2 hal, minggu satu lagi hari Deepavali aku akan balik kampung... bukan nak sambut raya tau.. nak hantar Isteri aku berehat dan menunggu hari sebenar kami..
 
Semalam Isteri aku ada cerita kat aku, cara penyusuan dengan betul.. aduh susah jugak aku dengar.. tu baru dengar tak tahu lah.. Banyak yang menyimpang dari apa yang aku tahu, biasalah Ilmu dari "kabar angin" haha...:D 

Ok lah sampai dini dulu.. 
Doakan semoga segalanya sihat dan selamat  ye..:D 
Insya'Allah...

Dari kekanda buat Adinda..


Isteriku..
Jadilah seorang wanita sholihah,
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada ALLAH,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Deen ALLAH,
Yang senantiasa haus dengan ibadah kepada ALLAH,
Yang senantiasa dahaga akan mengharap ridho ALLAH
Yang sholatnya adalah bekal dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang senantiasa bersama para Mujahiddah ALLAH

Isteriku...
Jadilah seorang wanita sholihah
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang senatiasa berbuat kebajikan karena sifatnya
yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak
mempunyai musuh yang bersifat jahat

Isteriku...
Jadilah seorang wanita sholihah
Yang menghormati suaminya.
Yang senantiasa berbakti kepada orang tua
dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendampingi suami dalam mendidik
anak-anaknya untuk mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Karena dunia baginya adalah rumah
sementara menuju akhirat.

Isteriku...
Jadilah seorang wanita sholihah,
Yang senatiasa bersedia untuk menjadi
makmum imamnya
Yang hidup di bawah naungan al-Quran
dan qona'ah
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan
rahmat ALLAH ke atasnya.

Isteriku...
Jadilah seorang wanita sholihah
Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga
& suaminya,
Matanya kepenatan karena membaca al-Quran,
Suaranya lesu karena penat berzikir,
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesigapan
Karena dia sadar betapa indahnya menjadi wanita
sholihah melebihi perhiasan apapun didunia
Semakin sadar bertambah usianya bertambah
kematangannya.

Duhai isteriku..
Jadilah seorang wanita sholihah
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Karena dia mengimpikan syurga ALLAH.

~saiful~

 
* * * * *

Setia Suami menginginkan yang terbaik untuk rumahtangga yang dibina..
      Setiap Isteri juga inginkan rumahtangga yang terbina kekal selamanya..
Harapan IbuBapa untuk anak yang bakal dilahirkan menjadi orang yang berguna dan bertakwa..
     Berdoalah kepada Allah mudahan apa yang dihajat dan diimpikan menjadi kenyataan.. Amin..

Nasihat Ayah : Inilah erti kehidupan

Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.

Setiap kita di dunia ini tidak mahu memilih jalan yang derita. Hakikatnya tanpa usaha keajaiban tidak akan berlaku.

Kita jangan selalu mengharap…kerana mengharap tidak pasti tertunai. Tetapi kita boleh bersabar…kerana kesabaran itu mengajar kita erti kehidupan. Jangan menangis kerana gagal dalam cinta..sebab manusia akan meninggalkan apa yang dicinta.

Keinsafan bukan mudah untuk ditatang, tapi jelas diulang-ulang. Sesungguhnya lidah itu lebih berbisa dari segala senjata. Jadi sebelum berkata fikirkan akibatnya.

Zaman berubah tetapi dendam manusia tidak pernah berubah. Lelaki yang gagah mustahil tidak pernah menangis. Tetapi percintaan yang akan menyebabkan mereka menangis.

Nilai persahabatan diukur dengan kejujuran bukan kebendaan. Jadilah ubi yang bertutup rapat, bukannya kek yang berkrim tetapi diharungi lalat.

Kedewasaan tidak menghalang apa yang diinginkan oleh setiap insan. Manusia bagaikan layang-layang, dimana sering terikat dengan sesuatu. Tidak dapat bebas dengan sempurna kecuali tali itu putus; barulah ia bebas melayang.

Hanya untuk renungan dan dikongsikan bersama.. Maaf jika terlanjur kata terkasar dalam tulisan.. Yang baik dari Allah yang buruk datang dari kelemahan diri saya sendiri.. saiful..

++ ....aPabiLa.... ++

Tuesday, October 26, 2010

   
                         

Apabila semuanya serba tidak kena, dan anda tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat, ingatlah… anda masih boleh bersandar kepada Dia Yang Maha Mengasihi.

Apabila hidup diselubungi kegelapan, semuanya silap, carilah sinar itu dari Dia Yang Memberi Cahaya.

Apabila dibelenggu masalah, sedangkan tiada sesiapa pun yang mahu mengambil kisah, ingatlah pada Dia yang tidak pernah melukakan hatimu. Dia Maha Adil.

Apabila hati terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jangan berputus asa kerana Dia melihat segala-galanya.

Apabila lemah tidak bermaya sedangkan perjalanan masih jauh perlu diharungi, carilah kekuatan itu dari Yang Maha Perkasa.

Apabila hidup ini dirasakan seperti beban, segala-galanya goyah, bangunkan semula kota semangat itu dengan keyakinan bahawa itulah iradat-Nya.

Apabila jalan di depan digelapi mendung, sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus itu dari Dia, yang menjadi satu-satunya panduan hidup.

Apabila semua di sekeliling tidak mahu mendengar suara dan keluhanmu, jangan kecewa kerana Dia Maha Mendengar.

Apabila miskin dan papa, anda terperangkap dalam kesempitan, ingatlah kepada Dia Yang Maha Mendengar.

Apabila engkau dalam kedukaan sedangkan tiada tempat untuk melarikan diri, mengadulah kepada Dia Yang Satu.

Apabila keseorangan dan kedukaan itu seperti tiada penghujungnya, serahkan dirimu kepada Dia… satu-satunya tempat yang boleh digantungkan harapan.

Dan apabila hati disakiti dan dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa Dia sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

Allah maha mengetahuai akan apa yang hambanya kerjakan.. saiful..

HARGA SEKUNTUM CINTA

Monday, October 25, 2010

MUNGKIN RAMAI yang tidak pernah mendengar lagu apatah lagi menghayati lirik yang terkandung dalam lagu Harga Sekuntum Cinta, nyanyian Far East ini.

Masih basahdi ingatan, saat pertama kali lagu ini perdengarkan di Radio kereta, hati saya terus jatuh hati dengan liriknya.

Tajam.

Kisah si dia yang menyerahkan segala-galanya atas nama cinta, sedangkan cinta pun belum diteguk manis masamnya.

Hanya kerana jiwa bergelora dengan setiap kalimah cinta, si dia hilang kata dalam dakapan palsu, dengan rela.

Si dia itu mungkin sahaja kita. Saya. Anda. Atau memang dia.

Mungkin bagi yang pernah meneguk setitis cinta dan tahu pahit manis rasanya, cinta sudah tiada apa-apa makna, jika bukan dihalakan kepada Dia.

Namun, ramai di sana yang penasaran. Setiap kali disua dengan hidangan cinta, setiap kali itulah dia meneguknya.

Meneguk hiba dalam kehausan.

Sedangkan cinta Allah ada tersedia.

Bercintalah kerana Allah, untuk Allah dan kepada Allah. Itulah maharnya.
* * *

HARGA SEKUNTUM CINTA - Far East

Pada redup renungan berkaca
terkolam riak sesal dan kecewa.

Dialah yang semalam ditewas dunia
tergetis keasyikan dosa.

Perjalanan hidup terpaksa disukai
biarpun penuh onak yang melukai.

Dalam remang senja kau mencari
seorang kekasih menghilang diri.

Dialah yang semalam menabur janji
dibuai kesamaran mimpi.

Lupakanlah dia pendusta yang setia.
Kembalilah pada hidup lebih bermakna.

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta.
Mekar merona tubir sukma.
Walau dengan hanya tercium harumannya.

Leraikan gelora lepas di laut rasa.
Nyala asmara telah sirna.
Masih ada sinar suluh hidup bahagia.

Rayulah cinta-Nya.

* Untuk tatapan saja

Teka Teki Imam Ghazali


PERTAMA:
Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum kerabat"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).

KEDUA:
Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"
Iman Ghazali "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

KETIGA:
Iman Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

KEEMPAT:
IMAM GHAZALI : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"
Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

KELIMA:
Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab : "Pedang"
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri".

SIFAT SAYA..




Kajian Mengenai Bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.

Saiful lahir pada bulan November.





Sifat orang yang lahir pada bulan November biasanya:-

1: Banyak idea dalam perkara.
2: Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
3: Berfikiran kehadapan.
4: Berfikiran unik dan bijak.
5: Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
6: Pemikiran yang tajam.
7: Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
8: Sesuai jadi seorang doktor.
9: Cermat dan teliti.
10: Personaliti yang dinamik.
11: Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
12: Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
13: Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
14: Terlalu degil dan keras hati.
15: Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
16: Tak suka marah kecuali digugat.

Kajian Oleh:Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah

Renungan ku.. Ilham ketika duduk seorang..

Sunday, October 24, 2010

Kau dan aku jauh berbeza.....



Bismillahirrahmanirrahim

Jika seseorang melihat pemandangan yang indah,
pemandangan itulah yang dirasa indah
Tuhan yang indah tidak dirasakan,
dia tertipu di dalam seninya

Pada waktu itu nafsunya yang hidup bukan rohnya yang hidup
Itulah yang dirasakan oleh ramai sasterawan dunia,
mabuk rasa kepada kebendaan

Apabila melihat gelombang laut,
menghempas, memulas, melambung, menggulung,
terasa gerunnya laut
bukan kepada Tuhan yang dirasakan gerun,

jiwanya sudah bankrap
Rohnya sudah mati sebelum kematiannya
Dia termasuk orang yang lalai,
dilalaikan oleh suasana laut

Melihat langit dan bumi setiap hari,
terlibat dengan pergantian malam dan siang,
yang dia rasa begitulah sunnah alam,
tidak terasa pentadbiran dan kuasa Tuhan,

Hatinya sudah buta
Mereka melihat alam dan keindahannya
yang dirasa kebesaran alam bukan kebesaran Tuhan,
tersesat di dalam rasa

Itulah yang dirasakan oleh kebanyakan manusia
yang tidak ada rasa bertuhan
Rasa-rasa itulah yang ditulis oleh para sasterawan,
ia termasuk hidup yang sia-sia

Orang mengkagumi apa yang
dirasakan oleh para sasterawan
di dalam buku-buku mereka
Tapi tidak mengkagumi Tuhan
yang mencipta semuanya itu
Yang merasakannya hanya ahli sufi

Ahli-ahli sufi,
melihat alam akan melihat kebesaran Tuhan
Menggeletar hati jantung mereka,
melihat kehebatan Tuhan,
berair mata mereka, jiwanya tersentuh

Begitulah orang yang melihat alam
yang tidak bertunjangkan tauhid
terus hilang di dalam rasa
Yang dirasakan adalah kehebatan alam semesta

Orang mukmin melihat alam bertambah iman,
orang Islam melihat alam bertambah lalai
Orang mukmin melihat alam dapat Tuhan,
Orang Islam melihat alam hilang Tuhan
Inilah perbezaan ahli seni atau sasterawan dengan ahli sufi

Kisah Akak dan Adik...

Monday, October 18, 2010

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada
aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi
keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar
ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami
berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku
menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung
tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami
membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil
mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang
aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah
tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,
hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku
gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis
pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di
lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi
perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" Malam itu,
emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang
berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup
tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang
mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal
dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup
mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan
menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun
bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku
bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke
sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,

"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.

"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan
merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg... .sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang
mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana
persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang
tercatat...

"Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari
kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia
cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada
pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.

"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apayang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku
cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-
kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,
"Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,

"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu
konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti
selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-
luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak... .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi... aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia
menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan
pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang
adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah
ayah tiada.

Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab,
"Selain emak, kakak saya... ." katanya lantas menceritakan suatu
kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki
ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya
hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan
memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai
di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan
calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa
saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya
sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Video : Budak Comel Membaca Al-Quran..

Wednesday, October 6, 2010



Hebat lah Budak ni.. Comel.. Terlalu Indah ciptaan Allah..

..Menamakan Anak.... Panduan saja..

Monday, October 4, 2010



Panduan menamakan anak
============ ========

Sunat memilih nama yang baik. Memberikan nama merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya.

Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:

"Namakan denagn nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi).

Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut.

Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang. Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah
manusia.

Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak.

Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak. Memberi gelaran kepada anak Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya.


Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama.
============ ========= ========= ========= ========= =

Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah.

Siapa yang berhak, ayah atau ibu?

Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana dalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasabkan kepada ayah bukan ibu.

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.