Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada
aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi
keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar
ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami
berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku
menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar. Aku langsung
tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami
membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil
mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang
aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah
tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,
hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku
gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis
pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok di
lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi
perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" Malam itu,
emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang
berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup
tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang
mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal
dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup
mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan
menangis kak,semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun
bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku
bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke
sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
"Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"
"Tapi apalah maknanya bang... !" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?" Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan
merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg... .sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang
mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana
persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan... biarlah kakak yang berhenti."
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang
tercatat...
"Kak... untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari
kerja dan akan kirim wang buat akak."
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia
cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada
pemuda kampung tunggu kau kat luar!"
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apayang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku
cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-
kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara,
"Akak tak peduli apa orang lain kata."
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata,
"Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya
dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu
konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti
selalu.
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-
luka."
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak... .Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."
Apalagi... aku menangis seperti selalu. Aku berkahwin pada usia
menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan
pengurus kepada adik.
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang
adik ada."
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah
ayah tiada.
Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"
Spontan adik menjawab,
"Selain emak, kakak saya... ." katanya lantas menceritakan suatu
kisah yang langsung tidak ku ingati.
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki
ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya
hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan
memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai
di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan
calar-balar."
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa
saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya
sampai bila-bila."
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.
Get this widget!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 Artikel Popular
-
https://www.facebook.com/hyppworld?sk=app_302135146582025 Hari ni antaramuka Facebook yang pertama saya layari adalah Hotters Fireman, ...
-
Sekarang ni Iman dah genap berusia 6 bulan 16 hari.. berat iman ketika berusia 6 bulan 7.7kg.. masa ni kami bawak iman g klinik d Pahang.....
-
Mengapa Ibu Menangis ? Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. “Ibu, mengapa ibu menangis ?”. Ibunya menjaw...
-
Sedar dan tak sedar dah 19 Syaaban, lebih kurang 11 hari lagi untuk seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. Ramai yang memfokus...
-
BAGAIMANA AKU HENDAK JADI SEORANG KHALIFAH ? "Allah jadikan orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (umat Muhamad s.a....
-
Bila tengok gambar ni apa yang anda fikirkan.... tentu semua pernah mendengar peribahasa "Perjalanan beribu batu bermula dengan langk...
-
Semalam saya dan Isteri tercinta sekadar bersembang kosong.. Pelbagai topik jugak kami bukak silih berganti, tapi dalam banyak-banyak topik ...
-
Sekadar maluah pendapat mengenai lelaki, Menjadi seorang lelaki mungkin boleh menjadi kemegahan. Banyak perdebatan antara lelaki dan peremp...
-
Dalam memperkatakan mengenai tanggungjawab Menantu Terhadap Ibu Bapa Mentua, hari ini ramai yang salah tanggap mengenai tanggungjawab te...
List Blog
-
-
Crafting the Perfect Classic Bathroom Retreat With Designer Hayley Servatius - Bathrooms that make you stop and stare in awe — that’s the dream, right? The ones that feel like a little slice of heaven, perfect for soaking away the d...3 months ago
-
7 Perkara Perlu Diingat Ibu Bapa Dalam Perjalanan Membesarkan Anak-anak - Perjalanan membesarkan anak-anak adalah perjalanan yang penuh warna-warni. Ada cabaran, ada kegembiraan dan pasti ada juga detik-detik yang menyedihkan. ...1 year ago
-
Apa Tun M Cakap Benar Belaka - DI MANA kesetiaan jika setiap hari bercakap bahasa ibunda? Di mana kesetiaan jika setiap tonton saluran negara China dan India? Di mana kesetiaan jika set...1 year ago
-
𝗔𝗣𝗔 SEBENARNYA 𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗔𝗔𝗕𝗔𝗛 ? - Kaabah merupakan kiblat bagi setiap umat Islam di dunia. Setiap kali menunaikan solat, umat Islam wajib menghadap Kaabah tidak kira di mana dia berada. Wal...4 years ago
-
Prediksi Villarreal vs Espanyol 3 Februari 2019 - Prediksi Villarreal vs Espanyol 3 Februari 2019 – Pagelaran lanjutan Divisi Primera tahun 2018/2019 kini telah memasuki pekan ke 22 dan akan mendatangkan d...6 years ago
-
Be Careful What You Wish For - Satu ketika dulu, masa saya duduk berbual-bual with my mom, saya bilang something like,* Best kan kalau jadi orang kaya? Banyak duit. Bila-bila nak pergi s...7 years ago
-
2016 : My first Entry - Haish...its been a long time iolss tak hapdet..huhuhu... Makin lama makin baloq liat (pemalas tahap teruk) nk buat coretan... Alhamdulillah 2016 bermula...9 years ago
-
Adam Harith Si Pejuang Kecil. - Sewaktu mengetahui kewujudan Adam Harith dalam rahim, masa tu baru dalam sebulan kami sekeluarga pulang dari mengerjakan umrah. Seingat aku, memang ada d...9 years ago
-
-
Ambil kira ‘malang tak berbau’ ketika percutian.. - Percutian adalah waktu untuk menenangkan minda dan menikmati suasana baru di luar kebiasaan atau rutin harian. Waktu itu juga kebiasaannya dimanfaatkan un...10 years ago
-
kita semakin menjauh.. - Salam.,, Kita makin jauh,, Ya,. Aku mula merasakannya.. Tiada lagi sapa dari mu Begitu jua aku, Janggal rasa bila bertemu Padahal dulu kita satu,. Kita ...11 years ago
-
Aidilfitri bersama adik ipar baru - Salam Aidilfitri. Dah lama tak update cerita-cerita syok sendiri ;p Aidilfitri 1434 Hijrah ni Mhni beraya bersama adik ipar baru, sambutan raya kali ni pun...12 years ago
-
-
"SEDIHNYA PABILA SATU KETIKA "........... - *"Sejenak kita kongsi bersama......Semoga kegembiraan akan muncul walaupun sekali ~~"* Sedihnya terasa hati ini bagaikan ingin...14 years ago
-
Himpunan Hadis - Hadis Rasullullah 14 - *TEPUNG TAWAR,MEMUJA PANTAI DAN MANDI SAFAR* *Tidak ada kepercayaan adanya jangkitan , tidak ada kesialan , tidak ada hal - hal tak baik kerana burung...15 years ago
-
-
-
-
Peringatan :
Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.
0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .