"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Iman dan Izzati ke Nursery

Thursday, June 19, 2014

16 Jun 2014. (Hari Pertama)

Hari pertama hantar Nurul Iman dan Nurul Izzati ke Nursery, fikiran ini tidak habis-habis memikirkan tentang keadaan dua orang puteriku.. bagaimana minumnya? Bersihkah dia? Laparkah dia? Bagaimana dia tidur? Dia dimandikan dengan air panas atau sejuk?.. Mungkin tu lah naluri ibu bapa pada anak-anak.

Iman dan Izzati sejak lahir dijaga oleh rumah asuhan (baby sitter), jadi agak keberatan jugak saya nak hantar anak-anak ke nursery. bermacam-macam difikirkan tambahan terlalu banyak belaku kes negatif melibatkan pengasuh dan kanak-kanak.. 

Keputusan untuk menghantar Iman dan Izzati ke nursery sebenarnya dah lama kami bincangkan, tapi bukan untuk tempoh masa yang terdekat ni. Sepanjang hidup berumahtangga, ini adalah keputusan yang teramat berat yang terpaksa saya dan Isteri hadapi kerana masing-masing tak ada pilihan tambahan pengasuh yang menjaga mereka sebelum ini mengalami keguguran. Masa terlalu singkat untuk mencari nursery yang baik dan selamat untuk puteri kami.. Mujur Isteri pernah bersembang dengan jiran berkenaan taska dan nursery.

Pagi ni saya mengambil keputusan untuk menghantar Iman dan izzati ke Nursery yang jiran katakan tu.. Alhamdulillah saya lihat sendiri perwatakan kanak-kanak di situ agak manja dengan pengasuh. tapi sifat dan naluri seorang ayah seperti saya masih tidak berpuas hati mungkin kali pertama hantar. 

Rasa tak sabar nak balik untuk lihat keadaan Iman dan Izzati.. 

Hari pertama ni membuatkan saya tak lalu nak makan dan tumpuan pada kerja pun terganggu.. saya dah mohon cuit, tak diluluskan. Sekarang saya hanya mampu tawakal dan berserah segalanya pada Allah.. mudahan Allah melindungi Nurul Iman dan Nurul Izzati.

Saya ada mencari beberapa blog berkenaan nursery, tujuannya nak membaca pengalaman ibu bapa berkenaan situasa yang saya alami sekarang. Nampaknya ramai yang bagi pendapat pasal nursery dan juga babysitter...seram jugak baca.. 

Ya Allah.. saya hanya mampu bertawakal.. mudahan tak berlaku apa-apa yang tidak menyenangkan.

Jauh di sudut hati saya, terasa bersalah membiarkan anak dijaga oleh orang lain. Tapi apakan daya.. Waktu melihat Iman dan Izzati menangis ditinggalkan pagi tadi hampir mengalir air mata saya. Kasihan anak abah, bertahan ye, sayang. Insya'Allah abah akan usaha untuk perbaik ekonomi keluarga kita agar Ibu dapat menjada Iman dan izzati.

Petang tu saya dan isteri sama-sama pergi untuk mengambil Iman dan Izzati, Alhamdulillah keadaan Iman dan Izzati ceria. Cuma Iman ada memberitahu cikgu (gelaran pengasuh di nursery) memukul kepala kawan dia. 

17 Jun 2014. (Hari Ke-2)

Hari ke-2 nya agak kurang menyenangkan sikit.. sebab respon Iman tak seperti hari pertama.

Pagi tu saya dan Isteri sama2 menghantar Iman dan izzati ke taska seperti semalam.. sepanjang perjalanan Iman dan Izzati nampak ok je.. tapi apabila kereta mula menyusur di perkarangan rumah nursery je, Iman mula menangis.. saya tak indahkan, terus mendukung Iman keluar dari kereta.

Tapi Iman menangis dan mengatakan cikgu pukul Iman.. sebangai bapa agak terkejut jugak lah dengan pengakutan Iman tu, tak terfikir pun budak sebesar Iman boleh bercakap dan mengadakan cerita.

Sya terus bertanya pada pengasuh, betul ke dengan apa yang Iman katakan tu?.. Salah seorang pengasuh tu bersungguh-sungguh menafikan dan bersumpah yang dia tak melakukan perbuatan tersebut.

Keputusan pagi tu saya tinggalkan jugak Iman dan Izzati di nursery hari tu, dengan tawakal dan harapan agar tidak belaku apa-apa yang tidak di ingini pada mereka.

Alhamdulillah petang tu iman dan Izzati seperti sebelumnya, dijemput Isteri di nersery.. tapi kali ni pengasuh tu seolah menolak dari menjaga Iman dan Izzati sebabnya takut saya menyerang lagi.

Dari petang hingga ke masuk waktu Isyak saya asik memikirkan dan persoal pada diri, salah ke saya bertanya?.. 

18 Jun 2014. (Hari ke-3)

Sekali lagi kami menghantar Iman dan Izzati ke tempat nursery tu sebabnya menurut jiran dan pengalaman Ibu Bapa yang menghantar anak2 di situ.. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik.

Jadi saya yakinkan diri untuk membenarkan Iman dan Izzati berada di situ, dengan Doa agar semuanya berjalan dengan baik dan dilindungi Allah.

Mujur pihak pentadbiran nursery tu masih boleh menerima Iman dan Izzati. saya sebagai bapa berhadapan dengan salah seorang pengasuh tersebut, untuk meminta maaf atas persoalan hari tu. 

Tapi saya yakin sebagai Ibu Bapa yang di luar sana, mesti akan beranggapan yang sama seperti saya jika kelakuan anak-anak kita seperti Iman. Tambahan sekarang kes mendera anak-anak Pengasuh semakin banyak belaku.

p/s: Walau apa pun belaku, sebagai Ibu Bapa.. jangan lari dari mendengar keluhan anak-anak kita. Kita bukan saja ibu dan bapa mereka, kita juga kawan baik mereka.

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.