"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

IKHLAS.. Adakah hanya sekadar Perkataan.?.

Tuesday, September 25, 2012


Entry kali ini adalah berkenaan dengan IKHLAS, Dari rakan di FB menyatakan "ikhlas untuk berkawan.." saya terfikir apa sebenarnya rahsia disebalik perkataan IKHLAS, kerana seringkali menggunakan perkataan ini dan hanya perkataan ikhlas sahaja.. mesej akan terus sampai ke hati (macam ada misteri je kan). Saya mencari maklumat dari buku dan Internet, dah seminggu saya mencari untuk faham misteri berkenaan Ikhlas ini baru saya dapat rumuskan..

Ada yang menyangka bahawa keikhlasan itu, hanyalah ada dalam perkara-perkara ibadah semata–semata seperti solat, puasa, zakat, membaca al – Quran, haji dan amal-amal ibadah lain. 

Sebenarnya ikhlas harus ada dalam amalan seharian yang lain.

Contohnya apabila senyum, perbuatan itu haruslah ikhlas. Ketika mengunjungi saudara, harus ikhlas. Ketika meminjamkan sahabat barang yang diperlukan, itu juga harus ikhlas. 

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda:
“Tidaklah engkau menafkahi keluargamu yang dengan perbuatan tersebut engkau mengharapkan wajah Allah, maka perbuatanmu itu akan diberi pahala oleh Allah, bahkan sampai sesuap makanan yang engkau letakkan di mulut isterimu.” (HR Bukhari Muslim)

Renungkanlah sabda baginda ini, “hanya” dengan sesuap makanan yang seorang suami yang diletakkan di mulut isterinya, apabila dilakukan ikhlas kerana Allah, maka Allah akan memberinya pahala. 

Abdullah bin Mubarak berkata: “Betapa banyak amalan yang kecil menjadi besar kerana niat, dan betapa banyak pula amal yang besar menjadi kecil hanya kerana niat.”

Rasulullah bersabda: 
“Seorang lelaki melihat dahan pohon di tengah jalan, dia berkata: Demi Allah aku akan singkirkan dahan pohon ini agar tidak mengganggu kaum muslimin, Maka dia pun masuk syurga kerananya.” (HR. Muslim).


Ikhlas adalah satu perkataan yang mandalam maknanya ibarat air susu yang keluar antara saluran najis dan darah, ia tetap putih bersih dan tidak tercemar malah rasa darah atau bau najis pun tidak keluar bersama.. jadi tak perlu lah menggunakan perkataan ikhlas itu sebab mungkin kita akan rasa mampu dan yakin untuk menyatakan ikhlas kerana kita belum diuji..

Cerminlah diri, dimana kedudukan kita jika diberi pilihan situasi yang menguntungkan dan situasi mendesak.. Rasanya tentu diantara kita termasuk saya akan memilih situasi yang menguntungkan..

Tapi saya percaya dan yakin.. jika seseorang faham makna ikhlas serta keperluannya dalam kehidupan seharian.. rasanya kita akan menghargai dan berusaha untuk menjaganya sebaik mungkin.. 

Pesanan Imam al-Ghazali: “Manusia semuanya mati, kecuali yang masih hidup iaitu orang yang berilmu tetapi umumnya orang yang berilmu itu sedang nyenyak tidur, kecuali yang berjaga iaitu orang yang berilmu dan beramal. Tetapi orang yang beramal itu pula sering tergoda atau terpedaya kecuali yang tidak terpedaya iaitu hanya orang yang ikhlas. Tetapi ingatlah bahawa ikhlas itu berada dalam keadaan yang amat sukar ibarat telur di hujung tanduk.”

Sekadar berkongsi pendapat dan luahan hati..

Makanan Untuk Kesihatan kanak-kanak 1-6 Tahun..

Monday, September 24, 2012

Dalam entry yang lepas mengenai Pemakanan Nestum bagi kanak-kanak ada seorang pembaca bertanyakan mengenai pemakanan anak-anak di peringkat umur 1-10 tahun..

Maaf lah, sebenarnya saya bukan dalam golongan pakar kesihatan terutama hal-hal berkaitan pemakanan.. Entry saya yang lepas adalah sekadar berkongsi Ilmu dari sumber yang saya perolehi..

Saya juga berterima kasih kepada Puan yang bertanya dan syabas kerana Puan adalah Ibu yang bertanggungjawab dan peka terhadap hal-hal berkaitan kesihatan anak-anak.. 

Dalam sedar atau tidak anak yang sedang membesar menjadi lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Tabiat makan cara sihat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Pada usia 2 – 6 tahun, kanak-kanak telah didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur. Tiada suatu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu pelbagaikan pengambilan makanan anak anda berasaskan piramid makanan.
Piramid Makanan

1. Piramid Makanan
  • Makan sedikit – lemak, minyak dan gula
  • Makan sederhana – daging, ayam, ikan dan kacang
  • Makan banyak – sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Makan lebih banyak – bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian

a) Nasi dan gantiannya
Nasi, mee, roti dan ubi-ubian merupakan sumber utama tenaga untuk anak anda.

b) Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan ini adalah sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang membantu menjauhi penyakit.

c) Ikan, daging dan gantiannya
Kumpulan ini terdiri daripada daging, ayam, ikan, telur, kekacang, tauhu dan tempeh. Ianya membekalkan protein, vitamin dan mineral di samping sedikit lemak. Ia akan membina tubuh dan menyembuhkan luka.

d) Susu dan hasil tenusu
Susu dan hasilannya seperti keju dan dadih kaya dengan protein dan kalsium yang tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat.

Pilih pelbagai jenis makanan dari kumpulan berikut untuk anak anda yang berumur 1 – 6 tahun
Kumpulan Makanan
Pilihan Satu Sukatan
Bilangan Sukatan Sehari
1 – 3 tahun
4 – 6 tahun
Nasi dan gantiannya
½ cawan nasi
½ cawan bijirin sarapan
3 keping biskut kraker
1 biji kentang saiz sederhana
1 keping kuih
1 cawan bubur nasi
6
8
Susu
1 gelas
2 – 3
3
Ikan dan gantiannya
½ ekor ikan
1 ketul ayam atau daging saiz kotak
2 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
1 keping taukwa
½ cawan kekacang
1 biji telur
2
2
Sayur-sayuran
2 sudu makan
2
2
Buah-buahan
1 potong atau satu biji
1
1

2. Teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun
Susu ibu merupakan makanan yang paling sempurna buat anak-anak sejak lahir hingga ke usia 2 tahun. Oleh itu, para ibu digalakkan menyusukan anak-anak pada usia berkenaan dan mengurangkan pengambilan susu tepung.

3. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 1 – 3 tahun
Sarapan pagi
· 1 gelas susu
· 2 keping roti disapu sedikit marjerin dan jem
Minum pagi
· 3 keping biskut
· ½ gelas minuman bersusu
Makan tengahari
· ½ cawan nasi
· 1 ketul ayam goreng kicap
· 2 sudu makan sayur
· Air masak
Minum petang
· 1 keping kuih
· 1 potong buah
· ½ gelas minuman bersusu
Makan malam
· 1 mangkuk mihun sup
Minum malam
· 1 gelas susu
4. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 4 – 6 tahun
Sarapan pagi
· 1 cawan mihun goreng
· 1 gelas minuman bersusu
Minum pagi
· 3 keping biskut
· 1 gelas minuman bersusu
Makan tengahari
· 1 cawan nasi
· 1 ketul ayam masak merah
· 2 sudu makan sayur
· 1 potong buah-buahan
· Air masak
Minum petang
· 2 keping kuih
· 1 gelas minuman bersusu
Makan malam
· 1 cawan bubur nasi campur ikan
· Air masak
Minum malam
· 1 gelas susu

Bila anak-anak tidak berminat untuk makan…..
Tarik minat anak anda terhadap makanan
  • Libatkan anak di dalam memilih dan merancang menu
  • Bawa bersama ke pasar dan ambil peluang ini untuk menerangkan kepentingan pelbagai jenis makanan
  • Galakkan anak membantu semasa menyediakan makanan


Sediakan makanan yang menarik
  • Hidangkan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik
  • Gunakan peralatan yang berbagai warna dan bentuk
  • Hidangkan secara berasingan agar lebih menarik
  • Jangan mencampur semua makanan dalam satu bekas

Jadikan waktu makan saat yang menyeronokkan
  • Elakkan memarahi anak anda semasa makan
  • Jangan ugut anak anda untuk makan
  • Elakkan berbincang mengenai makanan yang tidak digemari di depan anak-anak
  • Galakkan anak anda makan sendiri
  • Makanlah bersama-sama

Kanak-kanak selalunya tidak boleh makan banyak pada sesuatu ketika kerana perut mereka kecil. Oleh itu, mereka perlu diberi makan 4 – 6 kali sehari. Di samping 3 hidangan utama, makanan ringan yang berkhasiat juga boleh diberikan. Walau bagaimanapun pemilihan makanan ringan haruslah daripada bahan yang mengandungi rendah kandungan garam dan gula.

Beri makanan ringan yang berkhasiat
Makanan ringan yang digalakkan : Jagung rebus, sandwic, buah-buahan, susu kacang soya, biskut kraker, susu, dadih, air buah, bebola ikan, keropok lekor

Makanan ringan yang tidak digalakkan
Snek dalam paket, Ubi kentang goreng, Gula-gula, Coklat, Biskut krim, kek manis, Minuman bergas, Sirap

Vitamin Tambahan
Vitamin tambahan tidak diperlukan jika anak anda mengambil pelbagai jenis makanan dalam sukatan yang mencukupi. Dapatkan nasihat daripada kakitangan kesihatan sebelum mengambil vitamin tambahan.

Pengawasan berat badan anak anda
Pengambilan makanan anak yang mencukupi akan mendorong pertumbuhan anak yang sempurna. Oleh itu, adalah perlu anda mengawasi berat badan anak anda sendiri. Ini boleh dilakukan dengan cara menimbang berat badan anak anda dan mencatatkannya ke atas kad kesihatan anak untuk menentukan samada anak anda mencapai berat badan yang sepatutnya. Sekiranya berat badan anak tidak meningkat, bawalah anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Penambahan berat badan yang memuaskan
Garisan yang menghala ke atas selari dengan garisan piawai menunjukkan bahawa kanak-kanak berkembang dengan baik selaras dengan arah yang dijangkakan.
Bengkuk pembesaran yang menaik – Tanda baik

Peningkatan berat badan yang tidak memuaskan
Garisan yang mendatar menunjukkan kanak-kanak mengalami masalah dan perlukan perhatian. Ibubapa dan kakitangan kesihatan perlu bertindak segera.
Bengkuk pembesaran yang mendatar – Tanda amaran

Petua
  1. Sediakan makanan sebaik sahaja masuk waktu makan.
  2. Elakkan memberi makanan ringan menghampiri waktu makan
  3. Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak anda makan
  4. Beri peluang anak anda menikmati rasa semulajadi makanan tanpa menambah garam atau perasa
  5. Timbang anak anda setiap bulan untuk mengetahui tahap tumbesarannya.

Ok lah sampai di sini dulu.. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan anak-anak saya sarankan untuk anda layari blog ANAKKU dan SARAKIDS.. Sebab saya sendiri selalu mendapatkan maklumat untuk anak saya dari blog ini.. 

di petik dari : http://www.anakku.net.my

Join program Fighting Breast Cancer

Sunday, September 23, 2012

FIGHTING BREAST CANCER..

Ini lah kali pertama saya join aktiviti masyarakat bersama isteri dan anak-anak.. Sebenarnya dah lama nak join aktiviti seperti ini tapi tak berpeluang.. 

Aktiviti Jom Sertai Jalan Kaki Terbesar Di Malaysia Bersama AVON jadi sebahagian dari 'lautan merah jambu' di Putrajaya semalam.. memang cantik dan best.. Tujuan aktiviti ini adalah untuk membantu pesakit Kanser Payudara seluruh nagara..


Program amal anjuran Avon Malaysia di Putrajaya disertai lebih 8,000 peserta dari seluruh negara, dengar kata tahun ni mencatat penyertaan teramai dari tahun sebelumnya.. yang bestnya ramai jugak kaum Adam yang tak melepaskan peluang untuk join.. aktiviti ini mencipta rekod baru dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai acara Jalan Kaki Amal Kanser Payu Dara Terbesar di negara ini.. Tahniah.. 


Jarak hanya 4.5km.. Program ini adalah satu pendedahan untuk keluarga.. Nurul Iman dan Nurul Izzati pun tak buat hal pada hari tu, mungkin suka dengan aktiviti ini.. Lagipun ramai jugak keluarga yang bawak anak kecil untuk turut sama berjalan sejauh 4.5km.. 

Selepas join aktiviti Fighting Breast Cancer ini saya tertarik untuk mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai penyakit ini.. Selama ini saya hanya tahu mengenai penyakit ini wujud.. maklumat lain mengenai penyakit ini tak pernah terlintas difikiran untuk ambil tahu.. Sehingga selepas join aktiviti sihat ini, Alhamdulillah minda saya lebih terbuka untuk mengetahui dan mencari maklumat mengenai penyakit kanser payu dara..

Persoalannya tahukah kita mengenai Kanser Payudara.. Dari pencarian saya Kanser payudara merupakan kanser yang paling tinggi kejadiannya dan penyebab utama kematian di kalangan wanita di Malaysia.

Kanser payudara berpunca dari sel-sel dalam tisu payudara yang berkembang dalam keaadaan yang tidak terkawal. Jika tidak di kesan dan dirawat secepat mungkin, kanser payudara boleh merebak ke kelenjar limfa dan bahagian badan yang lain seperti tulang, paru-paru dan hati..

Menurut kajian Penyakit ini bukan menyerang kaum wanita malah kaum Adam juga tidak terkecuali.. Tetapi hanya 1% sahaja.. Di Amerika Syarikat lebih kurang 1% daripada kanser payudara terdiri daripada kaum lelaki. Sebanyak 1,690 kes baru di jumpa di kalangan kaum lelaki setiap tahun (anggaran 2005), dan lebih kurang 460 akan meninggal dunia akibat penyakit ini.. 

Awas kaum Adam.. jangan pandang enteng mengenai penyakit ini.. 

Ada pendapat menyatakan Kaum Adam tidak patut meninggal dunia akibat penyakit ini hanya kerana tidak sedar penyakit ini boleh menyerang di kalangan kaum Adam juga.. Emm.. Apa pendapat anda?.. Bagi saya setiap penyakit yang ada kita perlu ambil tahu walaupun hanya dari mulu orang lain..

Majoriti kes kanser payudara lelaki adalah di kalangan pesakit dalam lingkungan umur 50an atau 60an. Sama seperti kaum wanita, gen kanser payudara (BRCA2) juga membawa kesan kepada kaum lelaki dan meningkatkan risiko menghidap kanser payudara.

Sehingga kini penyebab utama kanser payudara masih belum diketahui dan dipercayai bahawa lebih daripada satu faktor yang mengakibatkannya. Pakar pengkaji percaya bahawa faktor penyebab termasuk faktor genetik dan faktor alam sekitar. 

Real Men Wears PINK.. 
Itulah serba sedikit maklumat yang saya dapat dan rasanya baik untuk dikongsikan bersama.. Sumber maklumat mengenai penyakit Kanser Payudara tu saya perolehi dari Internet.. Kalau nak dapar maklumat lebih lanjut rajin-rajin le mencari ye..

Lepas penat lelah kami berjalan selama hampir 1 jam.. apa lagi ke restoran di Putrajaya le, lupa pulak nama restoran tu tapi yang saya inggat restoran tu terletak di precinct 8.. Kak Young saya belanja hehe.. Rezeki kan.. 


Nak lihat gambar program aktiviti Fighting Breast Cancer bersama AVON (klik sini)

Ok lah sampai di sini dulu entry untuk hari ini hehe.. By..

Umat Islam digegarkan dengan Filem Menghina Nabi..

Friday, September 21, 2012

Bulan September 2012 Umat Islam seluruh dunia kembali digegarkan dengan filem penghinaan kepada Rasulullah saw..

Sebuah filem yang berjudul “Innocence of Muslims” mengegarkan dunia Islam karana Nabi Muhammad saw digambarkan dengan prilaku yang sangat buruk dan dilakonkan oleh seorang artis Amerika Serikat.

Diangarkan kos perbelanjaan Filem adalah sebanyak US$ 5 juta, dalam filem itu Nabi Muhammad saw digambarkan dengan kelakuan yang sangat jauh dari sejarah kehidupan Rasulullah saw itu sendiri.. Filem ini seolah-olah sengaja ditayangkan bersamaan dengan peringatan peristiwa 11 September.

Semalam 20 September 2012 berita terbaru dari Seorang pelakon dalam filem terbitan California menyatakan beliau ditipu dan tidak menyedari bahawa filem itu bakal mengisahkan Nabi Muhammad s.a.w.


Pelakon, Cindy Lee Garcia, dari Bakersfield, California, yang muncul seketika dalam klip filem tersebut mengaku menjawab panggilan casting tahun lalu untuk tampil di sebuah filem berjudul Dessert Warrior.

"Itu terlihat tidak nyata bagi saya. Sepertinya tidak satu pun yang menunjukkan kami pernah difilemkan di sana. Semua di sana kelihatan ganjil," terang Garcia dalam wawancara dengan telefon seperti dilaporkan Stratis Times, Khamis (13/9).

Klip-klip filem tersebut ditayangkan di YouTube dengan beberapa judul berbeza termasuk 'Innoncence of Muslim ". Filem itu menggambarkan Nabi Muhammad saw sebagai  perilaku kejam dan agresif. Rujukan dari republika.co.id

Dan hari ini di paparan FB rakan saya yang belajar di US memaparkan pawagam yang bertanggungjawab menayangkan filem tersebut musnah..


Allahu AKBAR. A picture of a cinema in America that was going to play the film of the Prophet Sep 18 at noon.An earthquake hit that area that caused the
building into two pieces.The Americans are so shocked at the miracle that they didn't allow full media coverage on the topic and that's why you didn't hear about it on the news today!

SHARE THIS around and let people know that Allah is protecting the prophet.

Rebut Saf Hari Jumaat...

Thursday, September 20, 2012

Masjid Salahuddin Al-Ayyubi,
Wangsa Maju Kuala Lumpur
Dihari penuh rahmat ini, mari kita sama-sama panjatkan kesyukuran kerana diberi satu hari lagi peluang untuk meneruskan kehidupan dan beribadah kepada-NYA..

Alhamdulillah, selesai sudah solat jumaat tadi (5 Zulkaedah 1433H)..baru je.. Dalam banyak-banyak hari jumaat, terasa hari ni nak buat entri pasal rebut saf hadapan.. Alhamdulillah perasaan dengan Ikhlas nak buat lonjakan kebaikan dalam diri... Insya'Allah mudahan ia berkekalan dengan Keimanan..Amin..

Tak banyak bezanya dalam perebutan kita untuk mendapat saf hadapan selagi boleh. Kenapa saya tekankan selagi boleh? Sebabnya, tak selalu kita akan dapat saf sebaris dengan Bilal..Betul tak.. Antara sebabnya mungkin....

  • Kita terlewat sampai ke masjid, dan saf yang masih kosong mungkin belakang sedikit dari yang   hadapan, Tak pun luar masjid...
  • Memberi keutamaan pada orang lain, sebab kita masih boleh beralah..
  • Kita dah cuba rebut, tapi hanya itu je yang boleh..
  • Ramai yang lagi semangat untuk dapatkan saf hadapan..
Kadang-kadang ada jugak alasan untuk tidak kedepan untuk mencari saf... Pernah belaku pada diri sendiri hehee.. antaranya... 

  • Kalau kat depan tak ada saf kosong macam mana? 
  • Orang kata jangan tukar-tukar tempat, nanti rahmat kita dapat kat orang lain, 
  • Nak senang keluar awal, so kat sini paling senang nak keluar awal derr.. 
  • Tak kurang juga.. Nak jaga selipar/moto

Haha, itu antaranya la kenapa ada yang tak nak rebut saf , tapi itu semua sikap sendiri. Selagi boleh rebut saf hadapan, saya akan cuba buat, lagi pun, kesempurnaan solat bergantung kepada kesempurnaan saf

Imam selalu pesan, sebelum mulakan solat, “lurus dan rapatkan saf, isi saf-saf hadapan dulu, sesungguhnya, kesempurnaan saf itu adalah kesempurnaan solat”. Jadi, tak kira kita solat ber-jemaah yang mana, kita kena rebut saf hadapan... Sekian saja celoteh dari saya…hari ni…wassalam..

p/s: Kalau kita solat jumaat bersama-sama anak-anak yang masih kecil, elok kalau dapat didikan awal mengenai ini..tak gitu kawan-kawan??

Kemalangan...

Wednesday, September 19, 2012

Assalammualaikum....

Pagi ini saya salah seorang mangsa attitude pengguna jalan raya yang boleh di katakan pentingkan diri sendiri.. Nasib badan lah kan..Geram jugak, tapi benda dah belaku.. Alhamdulillah kecederaan tak teruk.. Pengajaran untuk diri sendiri dan mungkin pemandu yang lain agar menghormati pengguna jalan raya yang lain..

Hari ni keluar rumah ke tempat keja seperti biasa jam 07:05 pagi.. Jalan raya pun tak lah jem teruk sangat, pemanduan saya pun tak lah laju sebab tak ada benda nak di kejar kan..

Gambar Hiasan
Selepas simpang lampu isyarat saya memandu dengan kelajuan 20km/j..jalan yang selalu saya lalu berhampiran Plaza phoenix ni sentia jem.. tiba-tiba je kenderaan corolla Altis putih dengan tanpa beri lampu signal membelok ke kiri (rasanya nak lari dari kesesakan)..

tindakan spontan saya tekan brake moto.. masa tu jarak moto saya dengan kenderaan (Corolla Altis) terlalu dekat, jadi faham-faham le brek macam mana pun mesti berlangar jugak.. Alhamdulillah saya sempat elak dan kawal dari terjatuh ke dalam longkang berhamiran.. Tak dapat bayangkan kalau terjatuh dengan moto dalam longkang..Allah huakhbar.. Alhamdulillah hanya belaku kecederaan ringan dan moto saya tak mengalami kerosakan teruk.. cedera hanya di bahagian kaki sahaja mungkin akibat terjatuh... Kereta Corolla Altis putih tu hanya mengalami calar dan pecah di side mirror kiri akibat berlanggar dengan moto saya..
Lakaran kawasan kejadian..
Apa lagi terus saya menuju ke kereta Altis tu dan tumbuk cermin pintu kiri minta dia keluar.. Habis bahasa kesat saya keluarkan pada pemandu tu.. pemandu tu berbangsa china.. umur pun sekitar 30an.. seorang penjawat Awam di Bangsar.. Dia pun mengaku kesalahan dia dan akan bertanggungjawab.. 


Bro yang membantu
semasa  kejadian
Mungkin saya ni jenis orang yang berlembut hati kot (puji diri pulak hehehe).. selepas lihat moto dan cedera saya pun tak teruk sangat saya pun bersalam dengan pemilik kenderaan Corolla Altis tu dan minta maaf sebab mengeluarkan kata kesat.. dia pun minta maaf sebab cuai dalam pemanduan..

Terima Kasih juga kepada bro ni yang tolong saya dan sanggup menjadi saksi kejadian yang berlaku tu.. rasanya bro ni berbangsa Vietnam dari rupa parasa dan dialek bahasa melayu semasa kami berkomunikasi... Apa pun terima kasih Bro, sorry tak terfikir pulak nak tanya nama.. tapi saya sempat bersalam dan ucap terima kasih.. Bro pun cakap yang bekerja di pusat snooker berhampiran tempat kejadian..

Kecederaan di Ibu jari kanan dan kaki kanan..
p/s : Berhati-hati ketika menungang moto.. dan kepada pemandu kenderaan lain ingat sikit bukan kita je yang menggunakan jalan dan buka kita je yang bayar cukai jalan.. kalau nak kejar masa... keluar le awal sikit.. jangan sebab masalah sendiri sampai menyusahkan orang lain pulak..

Apa yang penting bagi lah signal.. Hai!!! dah terjadi pada hidung sendiri terfikir pulak... tak ada ke undang-undang di Malaysia yang nak saman pemandu kenderaan yang tak bagi signal.. kadang-kadang benda yang di anggap remeh ni lah punca belakunya kejadian yang besar (sekadar beri pendapat)..

Kisah Kaum Lelaki...

Saja nak kongsi pendapat dan pandangan.. dah duduk sorang-sorang di Pejabat sambil menunggu masa nak balik ini mula lah terfikir macam-macam..heheee.. 

pernah terfikir tak kaum ADAM.. kenapa wanita sekarang mudah menyerah mahkota yang begitu berhaga kepada kamu seperti aku LELAKI...

Bagi saya.. berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan.. Apabila seorang kaum lelaki itu benar-benar jatuh cinta dia akan menunjukkan kesetian pada kekasihnya dengan ikhlas, malah perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas... Memanglah hati lelaki ni terkenal dengan sikap keras, tapi jangan tak percaya, hati lelaki juga mudah menjadi lembut.. selembut kapas... malah ada segelintir lelaki yang terlalu mabuk dengan cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya... Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya terluka. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan pulak..


Dari pengalaman, sekiranya lelaki yang berada di samping, sentiasa menunjukkan sikap bersungguh-sungguh melakukan sesuatu dengan rela hati... ternyata... itu lah lelaki yang layak dipilih untuk teman hidup... tapi awas lah perlu meneliti latar belakang sebenar lelaki tersebut.. takut tertipu pulak..
Kaum lelaki juga suka memberi nasihat...Jangan pulak anggap kami ini jenis orang yang kuat membebel.... Ingat, nasihat bermaksud mengingati dan tanda sayang hehee... lelaki akan sentiasa mengingati orang yang dia sayangi agar hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah... Itu tandanya dia amat menyayangi perhubungan... Jadi, terbukalah mendengar nasihatnya..



CEMBURU!!!.. emm...

Masalah ini selalunya bermain dengan hati dan perasaan... kebanyakannya cukup tidak suka dengan sikap ni, seba dari perasaan cemburu kita akan kongkong orang yang kita sayangi (secara tak sedar).. tapi ini lah yang ada pada setiap manusia termasuk kaum lelaki... sikap ini akan mengukir banyak cerita duka jika ia berbunga... Namun jika diamati, cemburu sebenarnya tanda seseorang itu terlalu menyayangi... tapi jika ada lebih baik berbincang dari mengunakan orang tengah kan.. thing +ve..
Ada juga lelaki yang cepat berasa dan cepat marah.. saya juga tak terkecuali dari sifat seperti itu.. terutama jika apa yang diperkatakan tidak diambil perhatian... Baginya orang itu bersikap acuh tidak acuh... tapi mungkin sebaliknya..emmm..

Kalau di fikirkan kembali.. memang lucu, tapi ini lah hakikatnya bila seseorang lelaki buat sesuatu semata-mata menarik perhatian.. Malah ada yang sangup lakukan sesuatu luar dari kotak fikiran... hehee.. macam pernah alami je.. hahaha.. (jangan fikir yang bukan-bukan k)



Percaya lah kaum lelaki ini boleh menjadi rakan yang sangat baik jika kekasih hati hadapi masalah... kerana lelaki tidak suka atau rasa tidak tenteram jika kekasih hati dalam keadaan susah... Kaum lelaki juga akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan kekasih hati setia dan pandai ambil hati...

Jika kekasih hati memberitahu untuk ke satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama (outstation)... perasaan lelaki tentu akan menjadi menggelabah dan tidak menentu... betul tak (saya main agak je).. Jika ada perasaan seperti itu, tandanya si dia langsung tidak boleh berjauhan..

 Ada sebahagian lelaki sanggup menitiskan air mata demi seorang kekasih hati... Orang perempuan ni penuh dengan perasaan mudah kesihan... jadi golongan hawa ini mudah lah terharu dan percaya melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata... Bagi mereka itu sudah cukup kuat untuk menyatakan cinta.. hahahaa.. AWAS kaum Hawa.. 


Dan pengorbanan paling besar sekali apabila lelaki mementingkan diri kekasih hati berbanding dirinya.. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk kekasih hati... 


Jadi, sebagai pesanan HARGAILAH insan bernama LELAKI dan terimalah mereka seadanya… hehe...

Ok lah nak balik dah ni hehee.. sampai di sini dulu k.. Jangan lupa follow n komen.. 

Hari Tanpa Kereta di BRUSSELS, Belgium

Tuesday, September 18, 2012

BEBERAPA orang mengayuh basikal di Brusseles

BRUSSELS, Belgium - Beberapa batang jalan raya di bandar raya ini tidak dilalui sebuah kenderaan pun sempena Hari Bebas Kereta kelmarin.
Sejumlah orang berjalan, berbasikal, menunggang skuter dan memakai kasut roda semasa mereka melalui jalan tersebut.
Ia diadakan bagi menggalakkan orang ramai tidak menggunakan kereta ketika berada di kawasan bandar.
- Agensi..


Selepas terbaca berita ini di ruangan MalaysiaRia.com.my saya terbayangkan hal yang sama terjadi di Malaysia terutama di Bandar KL..

Korang dapat imagine tak kalau satu hari nanti sebahagian tempat di sekitar bandaraya terutama Kuala Lumpur diistiharkan salah satu tempat "hari tanpa kereta" untuk tempoh beberapa hari sahaja..

Saya rasa ramai yang akan berpusu-pusu ke kawasan yang diistiharkan tu, untuk bergambar dan di bukukan sebagai memory yang terindah sepanjang hidup hahaa..

Apa pulak imagine korang jika Malaysia terutama Kuala Lumpur melancarkan hari tanpa kereta?..

Terima Kasih Kawan yang berkunjung...

Monday, September 17, 2012

Tajuk macam ayat tak habis je (tergantung) sebanarnya tak tahu nak letak tajuk yang sesuai untuk entry hari ni.. Ceritanya.. Semalam cuti umum semperna hari 1 Malaysia, saya buat jamuan makan di rumah.. Sekadar makan mengalas perut je.. tujuannya untuk mengeratkan lagi silaturahim dengan rakan-rakan..

Menu makan semua di sediakan sendiri oleh Isteri tercinta heheee.. Terima Kasih sayang.. Terima kasih Daun keladi tahun depan Insya'Allah kita buat lagi heheee..

Ilham untuk buat jamuan makan ni tercetus dari keinginan Yusri untuk bertandang ke rumah saya.. Bila difikirkan lebih baik masak lebih sikit dan jemput beberapa orang rakan yang terdekat je.. Nak jemput ramai-ramai dah lepas bulan Syawal kan hehee.. Sorry lah rakan yang tak di jemput tu ye.. Insya'Allah tahun depan k..

Apa pun terima kasih le pada sahabat ku Yusri sebab mencetuskan ilham untuk buat jamuan makan.. Ni kira pra-open house lah sebab kali pertama saya buat jamuan makan di rumah sendiri.. 

Juga, Terima kasih buat rakan-rakan yang hadir terutama Keluarga Yusri, Khalis serta Isteri, Shahriman pengantin baru (Rakan-rakan yang saya harap sangat datang pada hari tu).. Alhamdulillah.. Lepas jamuan tu rasa puas, seronok dan penat sikit hehee.. 

Insya'Allah tahun depan kalau panjang umur dan murah rezeki leh buat lebih sikit dan jemput ramai sikit hehee.. Entry kali ni tak ada gambar le sebab tak terfikir pun nak masukkan dalam blog hehe..

Ok lah.. sampai sini dulu ye.. Jangan lupa komen.. By..




Motivasi diri.. Kesabaran

Thursday, September 13, 2012

SEBAGAI manusia sering diuji dengan pelbagai cabaran dalam kehidupan seperti sakit, kesusahan hidup dan kematian, ketabahan manusia menghadapi ujian Allah banyak bergantung kepada keimanan seseorang.

Kita tentu sedar.. Ujian datang ketika keadaan kita yang tidak menentu padahal keinginan kita tidak seperti itu, Jadi akan lahirlah perasaan sakit hati mungkin menjadi motivasi diri agar hari-hari yang mendatang lebih baik. 

Tulisan kali ini hanya untuk pesanan dan nasihat diri saya kerana kekurangan sifat sabar... Hai!!!... itu saja yang saya mampu ucapkan..  

Sya sedar segala yang terjadi sudah tertulis, jadi apa yang perlu saya fikirkan hanya untuk memperbaiki keadaan dikemudian hari yang belum terjadi... mungkin perlu perbayakkan berdoa, kerja keras dan juga sedekah agar kehidupan jadi lebih baik lagi.. lagi... dan... lagi...

Sebenarnya dalam sesuatu kenangan tersirat suatu pengalaman yang amat berharga kalau direnungkan kembali. Pengalaman itulah yang jadikan sebagai panduan untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Memang lumrah manusia tidak lari dari melakukan kesilapan, tapi dalam masa yang sama kita dapat suatu pengalaman yang amat berharga yang boleh dijadikan sebagai pengajaran untuk hari-hari yang mendatang supaya kesilapan itu tidak akan berulang kembali..

Allah SWT berfirman bermaksud, "Kamu sekalian Kami uji dengan keadaan serba ketakutan, lapar dan serba kekurangan, baik mengenai harta, jiwa, mahupun mengenai hasil tanaman, dan buah-buahan, gembiralah orang yang sabar, tidak ditimpa sesuatu musibah, mereka (berserah diri kepada Allah) dengan mengucapkan: kami kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali." (Al-Baqarah: 156).

"Hai orang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sesungguhnya takwa." (Surah Ali Imran:102).

"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah memberi kepadanya jalan keluar (dari segala kesukaran) dan diberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka." (Riwayat Surah Ath Thalaq:2-3).

Saya percaya.. setiap ujian dan dugaan dalam kehidupan adalah untuk mendidi dan menjadikan saya ataupun kita manusia sejati iaitu beriman, bertakwa, serta meneruskan tujuan hidup mencari keredaan Allah.

Firman Allah bermaksud : "Tidak ada manusia yang paling mulia di sisi Allah melainkan yang benar-benar takwa kepada Allah." (Al-Hujarat:13)

Teringat pesanan dari seorang ustz ketika menuntut di Kolej.. hal mengenai kesabaran, Katanya Nabi SAW pernah mengingatkan dalam sabdanya bermaksud: "Sabar yang sebenarnya pada saat bermula tertimpa musibah." (Riwayat Al Bukhari).

Saya tertarik bila ustz Asrol menyentuh mengenai hal kesabaran, selepas kelas saya berjumpa secara individu untuk mendapatkan hujah yang lebih lanjut mengenai kesabaran.. pesan ustz Asrol kepada saya, reda dan sabar adalah kekuatan yang ada dalam diri seseorang bagi menghadapi ujian dan musibah (Itu lah perkataan yang saya ingat hingga sekarang).. tetapi sebagai manusia sikap lupa ketika musibah datang membuatkan perbuatan dan tindakan tidak dapat dikawal..

Ada pepatah mengatakan kesempurnaan hidup terletak pada tiga perkara, iaitu pandai menahan hati dalam menjunjung agama, sabar ketika ditimpa musibah dan pandai mengatur belanja.

Sedar atau tidak.. sebenarnya sifat sabar memainkan peranan penting dalam kehidupan..

Saya pernah terbaca satu artikal di ruangan Motivasi dan saya tertarik dengan kata-kata yang digunakan penulis..cukup mendalam maksudnya.. ini sebahagian dari kata-kata yang ditulis oleh penulis, mudahan kata-kata ini boleh dijadikan renungan..

"Sabar terhadap teman yang menyakitkan lebih baik daripada mencacinya. Mencaci adalah lebih daripada memutuskan silaturahim dan memutuskan silaturahim adalah lebih baik daripada berkelahi".

Ternyata dalam kehidupan ini, tidak ada seorang pun dapat lari dan terlepas daripada merasai kesedihan dan tidak seorang manusia pun yang terhindar daripada menanggung kesusahan. Jadi jalan penyelesaiannya adalah bersabar.. Saya sedar bukan mudah untuk melaksanakannya.. tapi itu lah hakikat dalam kehidupan.. Nak tak nak kena atasi..

Percayalah dunia ini adalah tempat ujian dan cubaan. Semuanya ini adalah ke arah mencari reda Allah..

Kita sebagai ibu bapa (bagi yang dah ada anak).. tak dapat dinafikan melayan anak-anak yang baru meningkat usia selalunya akan menguji kesabaran dan membuatkan tindakan kita jadi tidak waras.. Bersabar lah.. kerana semua kebahagiaan terletak pada kesabaran ibu bapa yang menentukan sama ada bahagia atau sebaliknya dalam rumah tangga.. 

Mari sama-sma kita renungi dalam kehidupan kita seharian... ternyata rata-rata dari kita tidak berjaya mendapatkan apa yang kita sukai, melainkan kita bersabar pada perkara yang kita tidak senangi.. Tepuk dada tanya diri..

Brtul lah kata orang dahulu... sifat sabar dapat memaafkan kesalahan orang lain dan juga tabah menjadikan hati tenang, fikiran dan perasaan sanggup menahan penderitaan dihadapi dalam kehidupan penuh cabaran..

Mudahan kita menjadi insan yang penyabar.. Amin..


Cermin kereta Pecah..

Wednesday, September 12, 2012

Ini lebih kurang kes baling batu, sembunyi tangan.. Ni bukan belaku pada kenderaan saya ye hehe.... jangan salah faham, tapi belaku pada kenderaan rakan saya.. Belaku semasa paking di tempat keja..
Gbr Hiasan je.
Tapi saya yakin, ini mesti angkara batu yang terpelanting semasa rumput dipotong di sekitar kawasan berdekatan..

Buktinya?

Menurut cerita, Memang pagi tadi ada aktiviti memotong rumput di kawasan kejadian.. yang paling terang angkara pemotong rumput di kawasan berhamiran kenderaan rakan saya tu hanya sebahagian rumput sahaja di potong... emmm... 


Kalau tak mengaku juga kesalahan, memang nak kena la kan.. Mujurlah rakan saya ni jenis orang yang cool je, kalau saya lah di tempatnya... tak tahu lah apa yang terjadi.. Rasanya kena habiskan hal dengan orang bertanggungjawab tu dulu... baru fikir urusan kenderaan.. Apa pun buat rakan saya, harap bersabar ye.. Ini semua ujian Allah...

Hampir sejam jugak kami menunggu di kedai cermin kenderaan, melayang lah RM 250.00 hari ni untuk cermin belakang sahaja.. Ni saya letakkan peta lokasi kedai cermin kereta yang terkenal dengan harga yang murah.. Semasa kami sampai bersusun kereta mewah untuk tukar cermin..


Lokasi kedai cermin kereta..
Kita tunggu apa tindakan dari empunya kereta terhadap orang yang bertanggunjawab tu.. Harap ada jawapan yang positif..

Buat kawan ku.. sorry ye.. sebab tercerita di Blog hehe... 

Kesihatan Rohani..

Tuesday, September 11, 2012

Kesakitan datang seperti ribut dan perginya seperti semut.. tentu ada diantara kita pernah mendengar keluhan ini.. Ternyata kesihatan adalah faktor utama yang peru diberi perhatian kerana ia merupakan salah satu daripada lima modal yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada umatnya bagi memenuhi tuntutan kehidupan..
Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj 

Saya lebih berminat untuk menulis mengenai kesihatan Rohani selepas membaca tajuk Merawat Jiwa Raga yang Sakit dari Majalah Solusi Isu 47 dimana Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj merupakan ketua Unit Perkembangan Kendiri dan profesionalisme di UKM menyatakan “ penafian manusia yang berterusan terhadap kehendak fitrah dan nalurinya untuk menjalani kehidupan fizikal yang dipadu arah oleh kalbu dan rohani yang segar megenal Penciptanya, hanya akan menjerumuskannya ke lembah penderitaan batin yang begitu berat untuk ditanggung.”

Saya tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan dan mengaitkannya dalam kehidupan yang saya sendiri lalui.. Ternyata kesihatan rohani dalam diri seseorang individu amat penting dimana jika ianya tidak dalam keadaan sihat pasti ia akan mempengaruhi fizikal yang tidak sihat.. apa yang saya faham Kesihatan Rohani adalah melibatkan Hati dan perasaan..

Saya pasti tentu diantara kita pernah mengalami perasaan kecewa, marah, benci, dengki, rindu dan apa saja yang melibatkan hati.. perasaan yang lahir dari hati akan mempengaruhi fizikal, jika  rohani melahirkan sifat yang baik pasti kesannya pada fizikal juga akan menunjukkan sesuatu yang baik dan menyenangkan..

Pokok pangkalnya bagaimana untuk mengawal dan mendidik rohani agar ianya sentiasa terdidik untuk sentiasa dalan keadan baik.. Tidak dinafikan untuk mendidik rohani bukanlah sesuatu pekara yang mudah, sebagai manusia tidak akan lari dari bermain dengan perasaan melibatkan hati, ternyata ianya bukan sesuatu yang menguntungkan malah ianya lebih banyak merugikan, menyakitkan dan yang paling teruk ianya akan mempengaruhi insan disekeliling kita.. Tidak hairan lah jika kita mendengar kisah bunuh diri kerana putus cinta, kerana marah, kerana cemburu dan sebagainya.. Mudahan kita dihindarkan dari pekara yang merosakkan akidah..Amin..

Langkah terbaik yang saya pernah amalkan untuk mengawal bagi memastikan hati atau rohani dalam baik hanyalah sabar, Doa, melakukan aktiviti yang berfaedah dan berkongsi dengan rakan jika perlu..

Sebenarnya dalam Islam ada digariskan sifat Mahmudah untuk merawat hati, dimana kita disarankan untuk bertaubat, khauf, mahabbah, zuhud, tawakal, ikhlas, syukur, reda, sabar dan banyak mengingati mati..

Dari sifat ini kita akan menjadi insan Rabbani..Insya’Allah.. selain itu jiwa kita juga akan menjadi lebih tenang dan lebih kreatif dalam membuat keputusan terutama dalam menyelesaikan masalah.. 

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.