"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Makanan Untuk Kesihatan kanak-kanak 1-6 Tahun..

Monday, September 24, 2012

Dalam entry yang lepas mengenai Pemakanan Nestum bagi kanak-kanak ada seorang pembaca bertanyakan mengenai pemakanan anak-anak di peringkat umur 1-10 tahun..

Maaf lah, sebenarnya saya bukan dalam golongan pakar kesihatan terutama hal-hal berkaitan pemakanan.. Entry saya yang lepas adalah sekadar berkongsi Ilmu dari sumber yang saya perolehi..

Saya juga berterima kasih kepada Puan yang bertanya dan syabas kerana Puan adalah Ibu yang bertanggungjawab dan peka terhadap hal-hal berkaitan kesihatan anak-anak.. 

Dalam sedar atau tidak anak yang sedang membesar menjadi lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat. Tabiat makan cara sihat perlu dipupuk sejak kecil lagi. Pada usia 2 – 6 tahun, kanak-kanak telah didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur. Tiada suatu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu pelbagaikan pengambilan makanan anak anda berasaskan piramid makanan.
Piramid Makanan

1. Piramid Makanan
  • Makan sedikit – lemak, minyak dan gula
  • Makan sederhana – daging, ayam, ikan dan kacang
  • Makan banyak – sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Makan lebih banyak – bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian

a) Nasi dan gantiannya
Nasi, mee, roti dan ubi-ubian merupakan sumber utama tenaga untuk anak anda.

b) Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan ini adalah sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang membantu menjauhi penyakit.

c) Ikan, daging dan gantiannya
Kumpulan ini terdiri daripada daging, ayam, ikan, telur, kekacang, tauhu dan tempeh. Ianya membekalkan protein, vitamin dan mineral di samping sedikit lemak. Ia akan membina tubuh dan menyembuhkan luka.

d) Susu dan hasil tenusu
Susu dan hasilannya seperti keju dan dadih kaya dengan protein dan kalsium yang tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat.

Pilih pelbagai jenis makanan dari kumpulan berikut untuk anak anda yang berumur 1 – 6 tahun
Kumpulan Makanan
Pilihan Satu Sukatan
Bilangan Sukatan Sehari
1 – 3 tahun
4 – 6 tahun
Nasi dan gantiannya
½ cawan nasi
½ cawan bijirin sarapan
3 keping biskut kraker
1 biji kentang saiz sederhana
1 keping kuih
1 cawan bubur nasi
6
8
Susu
1 gelas
2 – 3
3
Ikan dan gantiannya
½ ekor ikan
1 ketul ayam atau daging saiz kotak
2 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
1 keping taukwa
½ cawan kekacang
1 biji telur
2
2
Sayur-sayuran
2 sudu makan
2
2
Buah-buahan
1 potong atau satu biji
1
1

2. Teruskan penyusuan susu ibu sehingga anak berumur 2 tahun
Susu ibu merupakan makanan yang paling sempurna buat anak-anak sejak lahir hingga ke usia 2 tahun. Oleh itu, para ibu digalakkan menyusukan anak-anak pada usia berkenaan dan mengurangkan pengambilan susu tepung.

3. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 1 – 3 tahun
Sarapan pagi
· 1 gelas susu
· 2 keping roti disapu sedikit marjerin dan jem
Minum pagi
· 3 keping biskut
· ½ gelas minuman bersusu
Makan tengahari
· ½ cawan nasi
· 1 ketul ayam goreng kicap
· 2 sudu makan sayur
· Air masak
Minum petang
· 1 keping kuih
· 1 potong buah
· ½ gelas minuman bersusu
Makan malam
· 1 mangkuk mihun sup
Minum malam
· 1 gelas susu
4. Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 4 – 6 tahun
Sarapan pagi
· 1 cawan mihun goreng
· 1 gelas minuman bersusu
Minum pagi
· 3 keping biskut
· 1 gelas minuman bersusu
Makan tengahari
· 1 cawan nasi
· 1 ketul ayam masak merah
· 2 sudu makan sayur
· 1 potong buah-buahan
· Air masak
Minum petang
· 2 keping kuih
· 1 gelas minuman bersusu
Makan malam
· 1 cawan bubur nasi campur ikan
· Air masak
Minum malam
· 1 gelas susu

Bila anak-anak tidak berminat untuk makan…..
Tarik minat anak anda terhadap makanan
  • Libatkan anak di dalam memilih dan merancang menu
  • Bawa bersama ke pasar dan ambil peluang ini untuk menerangkan kepentingan pelbagai jenis makanan
  • Galakkan anak membantu semasa menyediakan makanan


Sediakan makanan yang menarik
  • Hidangkan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik
  • Gunakan peralatan yang berbagai warna dan bentuk
  • Hidangkan secara berasingan agar lebih menarik
  • Jangan mencampur semua makanan dalam satu bekas

Jadikan waktu makan saat yang menyeronokkan
  • Elakkan memarahi anak anda semasa makan
  • Jangan ugut anak anda untuk makan
  • Elakkan berbincang mengenai makanan yang tidak digemari di depan anak-anak
  • Galakkan anak anda makan sendiri
  • Makanlah bersama-sama

Kanak-kanak selalunya tidak boleh makan banyak pada sesuatu ketika kerana perut mereka kecil. Oleh itu, mereka perlu diberi makan 4 – 6 kali sehari. Di samping 3 hidangan utama, makanan ringan yang berkhasiat juga boleh diberikan. Walau bagaimanapun pemilihan makanan ringan haruslah daripada bahan yang mengandungi rendah kandungan garam dan gula.

Beri makanan ringan yang berkhasiat
Makanan ringan yang digalakkan : Jagung rebus, sandwic, buah-buahan, susu kacang soya, biskut kraker, susu, dadih, air buah, bebola ikan, keropok lekor

Makanan ringan yang tidak digalakkan
Snek dalam paket, Ubi kentang goreng, Gula-gula, Coklat, Biskut krim, kek manis, Minuman bergas, Sirap

Vitamin Tambahan
Vitamin tambahan tidak diperlukan jika anak anda mengambil pelbagai jenis makanan dalam sukatan yang mencukupi. Dapatkan nasihat daripada kakitangan kesihatan sebelum mengambil vitamin tambahan.

Pengawasan berat badan anak anda
Pengambilan makanan anak yang mencukupi akan mendorong pertumbuhan anak yang sempurna. Oleh itu, adalah perlu anda mengawasi berat badan anak anda sendiri. Ini boleh dilakukan dengan cara menimbang berat badan anak anda dan mencatatkannya ke atas kad kesihatan anak untuk menentukan samada anak anda mencapai berat badan yang sepatutnya. Sekiranya berat badan anak tidak meningkat, bawalah anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Penambahan berat badan yang memuaskan
Garisan yang menghala ke atas selari dengan garisan piawai menunjukkan bahawa kanak-kanak berkembang dengan baik selaras dengan arah yang dijangkakan.
Bengkuk pembesaran yang menaik – Tanda baik

Peningkatan berat badan yang tidak memuaskan
Garisan yang mendatar menunjukkan kanak-kanak mengalami masalah dan perlukan perhatian. Ibubapa dan kakitangan kesihatan perlu bertindak segera.
Bengkuk pembesaran yang mendatar – Tanda amaran

Petua
  1. Sediakan makanan sebaik sahaja masuk waktu makan.
  2. Elakkan memberi makanan ringan menghampiri waktu makan
  3. Potong makanan kecil-kecil untuk memudahkan anak anda makan
  4. Beri peluang anak anda menikmati rasa semulajadi makanan tanpa menambah garam atau perasa
  5. Timbang anak anda setiap bulan untuk mengetahui tahap tumbesarannya.

Ok lah sampai di sini dulu.. Untuk mendapatkan maklumat berkaitan anak-anak saya sarankan untuk anda layari blog ANAKKU dan SARAKIDS.. Sebab saya sendiri selalu mendapatkan maklumat untuk anak saya dari blog ini.. 

di petik dari : http://www.anakku.net.my

19 Komen/Ulasan:

E-sihat.com said...

info pemakanan kanak-kanak yang bagus. Thanks for sharing.:-)

Saiful Runner said...

Sama-sama.. Mudahan ianya dapat membantu kita sebagai Ibu Bapa dalam memberi yang terbaik kepada si Manja..

Terima Kasih kerana melayari Blog saya..

mama syakira said...

info2 yg bernafaat dan bagus..terima kasih sayangilah anak kerana itu Amanah kita..lakukan yang terbaik untuk mereka meharungi masa2 akan datang dengan dunia yang lebih mencabar..
jom singgah..http://mutiarasyakira98.blogspot.com/

Saiful Runner said...

Terima kasih Mama.. mudahan kita dapat berkongsi maklumat untuk memastikan si manja kita mendapat yang terbaik.

Unknown said...

assalamualaikum jemput singgah ke blog sy snfaizah.blogspot.com. Blog tentang Produk kesihatan Shaklee yg di yakini HALAL,SEMULAJADI & BERKESAN. Cadangan vitamin kanak2 yg mempunyai masalah seperti

-sering demam (batuk berkahak,selsema)
-tiada selera makan
-imun sistem yg lemah
-kurang tumpuan dalam pelajaran
-asthma, allergic, eczema dll.

Anonymous said...

Saiful,u ni terima kasih je..blog u bukan best pun..u punya blog kwan i tk suka..u ni muka je hands9 tpi blog hampeh...•﹏•jngan marah...i ckap je ok..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Thanks for sharing this to our mom..saiful,u dh ada baby ke?sori tanya.baby u vogue gitu..

Unknown said...

Saya dah ada Baby.. 3 Orang..

Unknown said...

Terima kasih Kawan.. seperti saya cakap.. Saya bukan penulis yang hebat.. Tapi saya niat untuk berkongsi apa yang perlu dengan pembaca yang lain.. Alhamdulillah.. Ada yang menerima..

Dan terima kasih kerana memberi comment.. Sedidaknya saudara/Saudari sudi menyingah blog saya itu dah cukup.. Mudahan Saudara / Sudari dalam Rahmat Allah.. Aamiin

Anonymous said...

It's hard to come by well-informed people minneapolis lofts for sale this topic, but
you seem like you know what you're talking about!
Thanks

Anonymous said...

Have you ever thought about including a little
bit more than just your articles? I mean, what you say is valuable and everything.

However think about if you added some great photos or videos to give your posts more, "pop"!
Your content is excellent but with images and videos, this website could undeniably
be one of the greatest in its niche. Terrific blog!

Review my homepage minneapolis lofts

Anonymous said...

3: The role of HCG in a pregnant աomɑn's
body is to make suге thе dеveloping baby receives calories and nutrіents to surviѵe.
A vast helpful information on the HCG dіet protocol is availаble through HCG suрpliers an internet-based.
Apart from that, men are fine to lose weight with HCG.

I woսld like to back up a minute and give you a little
history, I have lost hundreds of pounds in my lifetime, and in fact I have nevеr been on any diet that I didn't loose weight.
These drops sell for about $25 online (I սsed these because ɑ lady at work bought them and didn't
use them so I paid $32 for three 2oz bottles.



Also visit my site - Hcg Weight Loss Tracking Sheet

Anonymous said...

Perhaps tҺe best one is to lose weight qսickly and safely.
When combined wіth a very low calorie diet, the peгson is subsisting
more on their stored fat than on what they are eating.
The last thing any dieter needs is to lose precious muscle mass,
becauѕe that is what keeps your metabolism at its best.
Till now, doctorѕ were unable to explain hоw the HCG
diet worked in the human body and critics across the
world were hаving a fiеld day claiming that thе HCG hormone had nothing
to do with weight losѕ, rather the seveгe calorie restrictions were responsible for it.
Ensure that you put away any sugary stuff such aѕ veгy sugary
foods, foods that are processed and օr any other heavily starched
foodstuffs For example a meal that entails, 100g lean meat, fisҺ or ϲhіcken, witɦ a vegetable like spinach or
cabbage is allowеd.

Feel free to visit mу blog post :: expected Weight loss hcg diet

Mama Khalish Shoppe said...

Assalamualaikum en saiful...sy berminat nak baca info entry ni tapi wallpaper blog ni buatkan fontnya jadi gelap xboleh baca..boleh tukar tak?

Unknown said...

Terima Kasih Mama Khalish kana memilih ruangan blog saya.. In Shaa Allah saya akan buat perubahan dan penambahbaikan.

efie muhamad said...

Info yang sangat membantu.. Terima kasih ya...

Fisya said...

Info pemakanan yg bagus.Tq for sharing

fisya said...

Info pemakanan anak2 yg bagus.Good sharing.

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.