"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Mari Bersenam...

Monday, September 10, 2012

Musim perayaan ni rata-rata dari kita tentu kurang memikirkan kesihatan keranan hidangan makanan yang begitu menarik.. Saya sekadar berkongsi dan memperingati mengenai pentingnya kita bersenam bagi memastikan kesihatan kita dalam keadaan baik dan cergas..

Makan yang banyak tanpa senaman akan membuatkan seseorang berisiko gemok, tak nafikan ada dikalangan kita (lelaki) tidak kisah dengan kegemokan.. 

Tentu semua dah tahu kesan daripada masalah kegemukan adalah meningkatnya penyakit kencing manis.. di mana statistik tahun 2012 menunjukkan seramai 3 juta rakyat kita menghidapai penyakit itu. 
Bayangkan seramai 11% daripada penduduk Malaysia menghadapi masalah penyakit kencing manis dan seramai 2 juta daripada para pesakit tersebut tidak mendapatkan apa-apa rawatan bagi mengawal penyakit.

Kajian menunjukkan antara puncapenyakit kencing manis adalah jumlah penggunaan gula yang tinggi iaitu lebih daripada 51 gram sehari. Aras yang amat tinggi berbanding jumlah yang disyorkan oleh WHO. Jumlah sepatutnya adalah tidak lebih daripada 10% daripada jumlah kalori yang kita perlukan sehari.

Di radio Bernama.. ada membincangkan tentang salah satu sebab kegemukan adalah berpunca daripada sikap rakyat kita yang tidak menjadikan amalan bersenam sebagai satu cara hidup. Ramai juga yang menelefon memberikan alasan sebab apa mereka tidak bersenam. 

Mari kita salahkan orang lain kenapa kita tidak bersenam:-

  • Bagi mereka yang makan gaji kebanyakannya menyalahkan majikan yang menekan para pekerja dengan kerja bertimbun menyebabkan mereka tak ada masa bersenam.
  • Bagi yang tinggal berjauhan dari tempat kerja menyalahkan sistem logistik negara kita yang tidak cekap menyebabkan mereka sering terkandas di atas jalanraya dan sampai lewat ke rumah. Jadi tak sempat bersenam.
  • Bagi yang ada kemudahan komputer serta internet di rumah menyalahkan Facebook kerana banyak mencuri masa mereka seharian dan terlepas masa untuk bersenam.
  • Bagi yang tinggal dipusat bandar atau taman-taman menyalahkan kemudahan persekitaran mereka kerana tidak ada rempat yang menarik untuk bersenam.
  • Bagi yang telah berkahwin pula menyalahkan para isteri kerana sentiasa cemburu jika melihat suami mereka slim dan tidak boroi takut di kebas oleh wanita lain. Jadi para isteri akan sabotaj suami daripada bersenam. Biar boroi suami mereka, agar tidak menarik perhatian.
  • Bagi para ustaz pula menyalahkan kaum wanita moden atau wanita bukan Islam yang sering bersenam di taman-taman dengan berpakaian seksi dan mengiurkan. Ini membuatkan mereka tak selesa bersenam bersama di taman, jadi lebih baik jangan bersenam daripada meleleh air liur ketika berjogging keliling taman.
  • Bagi yang tetap pendirian dan tidak suka menyalahkan orang lain pula mengaku terus terang bahawa mereka sebenarnya mals nak bersenam kerana lansung tidak menyeronokkan.
Kucing pun Bersenam
Sebenarnya permasalah yang kita ajukan adalah dari kita sendiri, kita terlalu melimitkan waktu untuk bersenam. Kebanyakan dari kita akan menghadkan waktu bersenam hanya pada waktu petang antara lepas asar sehingga magrib. Jika terlepas tempoh waktu tersebut maka habislah masa untuk bersenam.

Sedangkan kita boleh bersenam pada waktu pagi selepas subuh, waktu malam selepas insya atau waktu selepas magrib. Kita juga boleh bersenam sebentar selepas zohor atau sebelumnya dengan keluar dari pejabat dan berjalan kaki keliling bangunan atau window shopping. Yang pentingnya kita bersenam sekurang-kurangnya 3 kali dalam seminggu. Betul tak.. Pendek kata Kalau kita fikirkan ia penting pasti kita akan buat.. 

Dari apa yang saya lihat.. sikap ambil mudah dari pelbagai sudut terlalu menebat, jika dah terkena baru nak melatah.. rasa tak terlambat ke waktu tu.. Mudahan pembaca tidak mengambil mudah untuk bersenam, Insya'Allah jika kita berniat baik kerana Allah.. Allah akan mempermudahkannya..

Sumber dari : MalaysiaRia.com

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.