"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

.::. Sahabat...dan...Kekasih .::.

Monday, September 3, 2012

Ramai orang mengutamakan kawan dari kekasih ... dan ada juga mengutamakan kawan kerana kekasih ... 

Kita tergolong dari yang mana...?

hadirnya seorang kekasih sejati sebagai pelengkap kehidupan dan mengisi kekosongan hati... hadirnya kawan sebagai sahabat sejati... berkongsi segala suka duka dan teman sepermainan dan belajar....

Antara kawan dan kekasih Yang mana harus kupilih... Kawan pengubat kesunyian, Kekasih penyembuh kelukaan... Antara kawan dan kekasih Yang mana harus didahulukan.... Kawan tempat mengadu, Kekasih tempat bermadu...


Antara kawan dan kekasih Keduanya tak bisa kusisih... Kawan menghulurkan bantuan, Kekasih menghulurkan sokongan... Antara kawan dan kekasih Keduanya aku harapkan... Kawan sekuntum senyuman, Kekasih sepenuh perhatian...

Antara kawan dan kekasih Bilakah akan kutemui... Kawan sejujur kata, Kekasih setulus setia... Andai kawan itu kekasihku Andai kekasih itu kawanku Akan kuhadiahkan Sedalam lautan Setinggi kayangan Kasih sayang tiada sempadan... Insya'Allah..


Mencintai dan dicintai merupakan salah satu cabang bahagia yang dicari oleh semua orang..
tanpa cinta... hidup kita bagaikan lesu... suram tak bermaya... begitu juga yang kita alami.

Cinta itu satu perkara yang paling sukar untuk kita miliki dan paling sukar untuk kita genggam agar ia  tidak terlerai.. jatuh berkecai..

tapi apa yang berlaku ini harus di jadikan pengajaran bersama.. sesungguhnya CINTA KPD ILAHI adalah segalanya.. tapi lumrahlah kita manusia yang punya hati dan perasaan, punya nafsu yangg berkeinginan tinggi… kita tak lari dari semua yg berlaku...

Antara sahabat dan kekasih…. Agaknya mana yg paling terdekat buat kita… ??? 

Banyak yang memilih sahabat sebab dialah org yg selalu mendampingi kita mendengar setiap luahan dan sering bersama kita dalam menyelesaikan dan berkongsi apa pun….
Jadi bagaimana pulak dengan kekasih… Bagi saya antara sahabat dan kekasih.. dua2 pun penting kan…  

dalam sahabat perlu ada sayang dan dalam cinta pun perlu ada sayang..

sahabat dan cinta takkan perlu dibuat pilihan...  umpama kita perlu memilih antara mak dan ayah.. 
jadi yang terbaiknya cubalah kita manjadikan kekasih kita sahabat baik kita kerana keduanya amat rapat dan penting buat kita...

Bagaimana pula yang sudah berkahwin...

Bagi yang sudah beristeri seperti saya... jadikanlah Isteri/suami kita sahabat yang paling terbaik dari sahabat yang ada sekarang kerana Isteri/suami kita lebih mengetahui dan paling rapat dengan kita...

Ada seorang sahabat saya bertanya, kehidupan rumah tangga dia tidak stabil dan sentiasa bergolak kerana berbeza pendapat mengenai sahabat dan kekasih... Saya tak nafikan memang sukar untuk kita menerima perubahan dari kehidupan yang bebas (bujang) kepada kehidupan yang penuh tanggungjawab..

Bagi saya pokok pangkal dari semua permasalah ini ada pada dari kita sendiri, banyak jalan penyelesaian yang boleh kita gunakan... dan dalam hal berkaitan "kawan dan kekasih" bagi saya kita perlu meletakkan masa dan kepercayaan sebagai kunci utama...




0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.