Hai!!

"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi anda berpegang kepada visi dan memiliki matlamat yang jelas, anda berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya.kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Google+ Followers


Get this widget!

Perjalanan Ke Negeri Sembilan...

Sunday, September 9, 2012

Salam Sejahtera kawan.. Apa khabar semua ?.. tentu sihat je kan.. Alhamdulillah.. sebenarnya badan saya ni rasa penat lagi dan fikiran lebih tertumpu untuk menceritakan perajalanan 2 hari yang menyeronokkan..

Perjalanan untuk ke destinasi ke dua bermula hehe.. cuaca di Johor mendung dan hujan je pada hari tu.. Sempat jugak saya ambil beberapa keping gambar untuk dimuatkan ke dalam Blog ni.. Jalan di Johor ni pun sesak dah macam di Bandarraya pulak..



Sampai di pekan Tampin Tangkak saya kagum melihat aerial tv di kawasan perumahan berhampiran jalan utama, Tentu korang tak pernah tengok atau susah untuk percaya..cuba lihat aerial tv seperti gambar di bawah ni.. sebenarnya ini lah kali ke dua saya melihat kawasan perumahan meletakkan aerial tv tinggi.. Selain di daerah Tampin Tangkak, Johor ni.. Slim River, Perak (kawasan bukit) juga menggunakan aerial tv berbatangkan buluh atau besi yang tinggi.. 

Sorry bukan Tampin.. tapi Tangkak, Johor...

Perjalanan ke Tampin Tangkak pasti seronok bagi kaum Perempuan sebab daerah Tampin Tangkak ni terkenal dengan jualan kain yang murah dan pelbagai pilihan... Isteri saya ni geram je tengkok di kiri kanan Jalan banyak kedai-kedai menjual kain dengan harga murah.. Hehehee.. Sorry le sebab misi menuju ke Rumah Yusri di Negeri Sembilan masih jauh.. lain kali lah kita datang Tampin Tangkak ye sayang hehehe..


Konvoi kami sampai di Rambau, Negeri Sembilan jam 07:30pm.. Alhamdulillah sampai jugak kampung Yusri dengan selamat.. Sebenarnya saya tertarik untuk ke kampung Yusri ni selepas lihat paparan gambar kawasan kampung sewaktu hari raya.. memang best bila kita ubah suasana dari bandar ke kampung kan (hilang tension sekejap).. Yang bestnya suasana di sekeliling kampung dihiasi dengan pemandangan bukit bukau dan ladang getah.. 


Terima Kasih kawanku yusri dan keluarga sebab sudi mengajak saya dan keluarga bermalam di kampung yang indah, layanan pun memang baik.. Rasanya ini lah pengalaman yang tak akan saya lupakan.. Iman pun rasanya selesa jugak duduk di kampung tu sebab pagi tu Iman bangun lewat dan Izzati tidur dengan nyenyak je.. Saya dan Isteri jangan cakap lah..hehehe (tapi sempat solat subuh..Alhamdulillah..)

Ni gambar kenang-kenangan Keluarga Saya dan Yusri.. 

Gambar Isteri dan Anak-anak tercinta..

Dua keluarga.. Keluarga Yusri (Kiri), Keluarga Saiful-penulis (Kanan)

Gambar kenangan Yusri dan saya.. selik gambar anak-anak kami..
Insya'Allah kalau sudi dan ada masa kita bermalam di kawasan perkampungan mak mertua saya pulkak di Pekan, Pahang (dari pelawaan isteri saya).. suasana kampung berhampiran pantai...

Ok lah samapi sini kisah perjalanan kami.. Harap dua keluarga kami (Yusri dan Saya) akan kekal bersahabat dan kenal hingga selama-lamanya.. 

2 Komen/Ulasan:

Yem Waklu said...

Thanks Epul..Popular kejap aku dlm blog kau ni..ahaks. Eh yg mula2 tu bandar tangkak lah. Bandar yang kita exit pas plus tu sebelum ke bdr segamat nak ke rumah Man. Tampin tu kat kg aku..

Saiful Anuar said...

Hehehe.. ye ke.. ok Terima Kasih kawan sebab sudi tegur hehe..

Nama hampir sama le confius aku heheheh.. Apa pun perjalanan 2 hari tu memang best..

Ada masa nanti kita planing ke tempat lain pulak, mana tahu boleh ke kampung Isteri aku pulak ke..

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular