"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Rancang ke Johor menghadiri kenduri kahwin

Friday, September 7, 2012

Walau pun dah masuk raya ke-20 suasana raya tu masih terasa di Malaysia ni, banyak jugak rumah terbuka kawan-kawan hari minggu ini. Kira tahun ni jemputan rumah terbuka kawan-kawan paling banyak lah saya terima.. Alhamdulillah ingat jugak korang pada saya ni...

Tapi maaflah sebab minggu ni memang  tak dapat hadir rumah korang sebab ada program lain le.. Nak menghadiri kenduri kahwin sahabat (Shahriman) di Johor.. Menurut apa yang saya baca lah, menghadiri kenduri kahwin ni wajib.. betul tak, kalau tak betul mintak tunjuk ajar ye..hehee

Berkata Abu Hurairah r.a bahawa telah bersabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud :

'Jika salah seorang antara kamu diundang , hendaklah dia menghadiri . Jika dia berpuasa hendaklah mendoakannya dan jika tidak berpuasa hendaklah dia makan makanannya ." (Riwayat Muslim )

Sebenarnya rakan saya ni melangsungkan akad nikahnya dan sanding di Bangi (rumah perempuan), rancang tu nak ke bangi je sebab kalau nak ke Johor ni faham-faham lah kan.. Jauh dan tambahan main dengan kos perjalanan.. hehehehe sengkot jugak sebab lepas raya kan... Tapi rancangan terpaksa berubah, tak dapat pergi bangi sebab tak tahu jalan nak ke rumah pengantin, si penganti lelaki ni pulak macam mengharap je rakan-rakan hadir.. rasa bersalah jugak jika tak pergi..  

So saya buat perancangan dengan Yusri (rakan shahriman jugak) untuk menghadiri kenduri shahriman di johor. ceritanya si Yusri ni pun tak dapat menghadiri kenduri Shahriman di Bangi sebab anak sulungnya demam campak.. cantik lah tu kan, mungkin dah ditentukan Allah untuk kami sekeluarga konvoi ke Johor hehee.. 

Kalau ikutkan perancangan 08 september (esok) lah kami akan konvoi ke Johor dan menghadiri kenduri kahwin Shahriman ni dengan 2 bijik kereta.. yang bestnya rancangan kami untuk naik satu kereta je (enasiatif pinjam kereta MPV).. tapi tak dapat le sebab ada alasan tersendiri hahaa.. 

Yang paling bestnya.. si Ysuri ni ada offer saya untuk bermalam di kampung (rumah maknya) di Melaka.. wah bak kata pepatah "Pucuk di cita, Ulam mendatang" hehee.. memang saya setuju sangat tu sebab rasanya suasana kampung yusri ni menarik ala-ala rumah di atas bukit.. hahhaa..

Lagi pun, bak kata si yusri lah boleh mempereratkan silaturahim keluarga.. emm betul jugak tu dan saya setuju sangat.. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan dan perjalanan kami.. Amin 

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.