"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Hari pertama Ramadhan 2011 dan Doa

Sunday, July 31, 2011

Tarikh 01 Ogos 2011.. adalah tarikh yang bermakna bagi umat islam.. dan aku bersyukur kenana diberi peluang untuk merasai bulan Ramadhan sekali lagi..

Alhamdulillah.. semalam tarawih aku dapat laksanakan dengan baik.. moga Allah menerima segala amalan aku.. ini lah tarawih pertama aku setelah bergelar suami dan ayah..

Puasa kali ni aku amat bersyukur kerana aku sedang melalui hidup sebagai umat yang bergelar Ayah dan Suami.. Ini lah yang aku idam-idamkan selama ini, selalunya aku lihat kakak, jiran, saudara mara melalui hidup dengan keluarga sendiri... aku hanya mampu tumpang gembira tapi tidak tahu pahit manis yang di rasai di sebalik kehidupan berkeluarga..

Aku sedar tanggungjawab aku makin banyak dan berat.. moga Allah mempermudahkan urusan aku (hambanya) ini.. amin..

Tarawih di Masjid.. adalah aktiviti yang paling aku suka (bukan nak kata aku baik)... sebab bagi aku apabila aku solat tarawih di Masjid aku rasa lebih ikhlas berbanding bertarawih sendirian... ditambah pulak dengan tazkirah di pertengahan solat..

Masjid ni melakukan solat tarawih 4 rakaat.. dan rehat dengan Tazkirah (untuk memperingati sesama jemaah).. dan disambung dengan 4 rakaat lagi...

Aku rasa tak sabar nak balik dari kerja.. sebab nak berbuka puasa dengan Isteri dan anak tersayang.. dan tahun depan tabah lagi seorang anak.. Isya'Allah... Rezeki!!

ok lah nak sambung kerja sikit.. ni aku nak kongsikan Doa hari pertaman Ramadhan.. aku cilok dair internet jugak..


  .....DOA PERTAMA HARI RAMADHAN.....


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ صِيَامَ الصَّائِمِيْنَ وَ قِيَامِيْ فِيْهِ قِيَامَ الْقَائِمِيْنَ وَ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ عَنْ نَوْمَةِ الْغَافِلِيْنَ
وَ هَبْ لِيْ جُرْمِيْ فِيْهِ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ وَ اعْفُ عَنِّيْ يَا عَافِيًا عَنِ الْمُجْرِمِيْنَ

Ya Allah, jadikanlah puasa dan ibadahku di bulan ini seperti puasa orang-orang sejati, bangunkanlah aku di bulan ini dari kelelapan tidur orang-orang yang lupa dan ampunilah segala kesalahanku, wahai Tuhan semesta alam, dan ampunilah aku, wahai pengampun orang-orang yang bersalah.


........DOA HARI KE-2 RAMADHAN............
اَللَّهُمَّ قَرِّبْنِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ سَخَطِكَ وَ نَقِمَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِقِرَاءَةِ آيَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ


Ya Allah, dekatkanlah aku di bulan ini dari ridha-Mu, hindarkanlah aku di bulan ini dari kemurkaan-Mu, dan anugerahkanlah taufik kepadaku di bulan ini untuk membaca ayat-ayat (kitab)-Mu dengan rahmat-Mu, wahai Dzat Yang Lebih Pengasih dari para pengasih.

Iman demam..

Tarikh : 31 Julai 2011

Pagi tu aku bawak iman ke kedai runcit untuk beli barangan dapur, sebab isteri aku mengidam nak makan mee kari ala pahang.. Riaksi Iman ok je.. nampak sihat je..

iman mula menunjukkan yang dia kurang sihat bila kami sampai di rumah.. iman mula merenget-renget.. aku dan isteri mula mengesyaki yang iman demam... sebab sebelum ni iman tak pernah merenget mcm hari ni.. dia seorang budak yang berdikari (itu kata pengasuh iman lah)..

Pagi tu pengasuh iman ada datang rumah, isteri aku pun pergi lah melayan tetamu yang datang, sambil mendukung iman.. yang aku pulak tolong jemurkan kain (suami yang rajin kan)..

lepas habis tugas aku menjemur pakaian.. aku ke depan, nak jugak intai apa yang di bualkan, baru beberapa langkah aku menuju ke hadapan aku lihat isteri aku dah tercegat didepan pintu toilet.. dengan habis pakaian terkena muntah iman..

aku rasa ini lah demam iman yang teruk sekali.. walau pun suhu demam iman tak mencecah kepanasan sebelumnya.. tapi demam kali ni buatkan iman tidak bermaya dan muntah-muntah...

petang tu aku bawak iman ke klinik terdekat.. klinik T & C.. katanya kinik tu adalah yang terbaik..

hari ni isteri aku ambil cuti untuk menjaga iman.. takut jugak hantar ke pengasuh dalam keadaan iman yang tidak sihat ni.. lagi pun aku lagi puas hati kalau isteri kau yang jaga iman terutama dalam keadaan iman macam ni...

Puasa dah Dekat..

Friday, July 29, 2011

Puasa dah dekat sangat2. Kalau diikutkan masa post ni ditulis, lagi 2 hari nak puasa.. tk sabar nak tempuh dan rasai solat tarawih lagi..Alhamdulillah aku di beri kesempatan sekali lagi merasainya.. malam 31 julai kena bangun awal pagi untuk bersahur... hari pertama berpuasa dengan isteri tersayang dan anak...
Seboleh-bolehnya pada tahun ni aku nak puasa yang betul2 puasa... yang diterima oleh Allah... Insya'Allah.. Kalau boleh aku tak nak buat bende2 yg bleh kurangkan pahala puasa aku macam mengata orang, tingkah laku buruk dan lain2 lagi...
Gambar2 doa serta niat di bawah “dicilok” melaluui Google dan diambil sebagai rujukan daripada banyak blog di luar sana terutamanya blog aku ni... Harap penyebaran benda2 macam ni dapat sdikit sebanyak membantu dari aspek memudahkan ibadah puasa umat Islam diluar sana. Insya'Allah...

Niat Puasa Ramadhan
Lafaz niat untuk sebulan puasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Doa Berbuka Puasa

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Selepas Berbuka Puasa


Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
Kalau kat KL ( tempat aku lah) ni selalunya masjid besar akan melakukan solat tarawih sebanyak 8 rakaat sahaja. Memang itu yang dicari-cari.... Tapi 8 rakaat yang panjang katenye… mahu menghabiskan satu juzuk. Kalau diikutkan…. kalau di Perak.. solat habis dan jemput tahfiz lagi.... malam pertama tarawih bagi aku mestilah di masjid walau ape pun alasan yang ada... Insya'Allah... 
Dikesempatan ini jugak aku dan keluarga ingin mngucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di seluruh dunia terutamanya pembaca blog ni sendiri. Mintak halal dan mintak ampun jangan doa buruk2 sbb dah nak puasa ni...  Kang ade je yang batal puasa nanti kang rugila sangat2... Selamat menjalani ibadah puasa dan jangan lupa niat serta doa2 ni semua sbb inilah yang akan dibaca pada tiap2 hari bulan ramadhan ini InsyaAllah...
Apa-apa pun….mintak dipermudahkan perjalanan tarawih di bulan yang mulia ni... Aminn...

Thursday, July 28, 2011

Sedar tak sedar hari ni usia Nurul Iman dah menjangkau 8 Bulan 3 Minggu 2 Hari.. dah besar Iman dan semakin pandai..

sekarang ni Iman dah pandai menarik barang-barang.. benda yang Iman paling suka buat sepahkan buku atau majalah.. pantang aku kemas sikit... tak pa ni permulaan untuk iman kenal dunia sebenar.. yang bestnya Ibu iman ni akan perhatikan buku yang iman koyak sebab takut buku kesayangan dia di koyakkan iman.. Kalau dah Iman koyak tak kan nak marah pulak kan...

Kalau saya atau isteri berehat-rehat sambil baca buku atau majalah, iman akan menerpa pada kami untuk ambil majalah pada tanggan kami.. padahal kami dah bagi majalah (yang tak pakai lah) pada dia.. 

Usia 8 bulan ni Iman dah pandai berdiri sendiri tanpa berpaut, tak lah lama dia berdiri... pas tu Iman akan tersengeh sendiri (suka sebab berjaya diri lah).... Akak yang mengasuh Iman pun ada cakap, Iman cepat belajar mungkin cepat berjalan nanti.. 

Bila dah pandai diri tu setiap kali kami makan dia akan ke meja makan konon-konon nak makan sekali lah.. Iman...Iman...

sekarang ni dah pandai beri tindak balas menari.. kalau dengar rentak di TV terutama retak intro TV9.. Iman akan mengoyangkan badan dalam keadaan duduk.. tanda menari lah tu..

Perbualan Bayi Sebelum Lahir.....

Tuesday, July 26, 2011

Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

Sucikanlah 4 perkara dengan 4 perkara :

1. Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan
2. Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu
3. Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Robb mu
4. Dosa-dosa mu yang lalu dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu

Sekian, semoga dapat sikit sebanyak manfaat. Jangan ditanya kebenaran atau kesahihan tentang cerita di atas, saya sekadar berkongsi cerita menarik yang diterima melalui emel. Segala yang baik datangnya dari Allah swt jua. Wallahulam...


petikan dari MalaysiaRia..

20 Fakta menarik tentang Islam..

Monday, July 25, 2011



Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Islam yang saya petik dari beberapa senarai di intenet.

1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”

2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam.

3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24. clik sini untuk melihat persamaan matematik yang lain

5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030. lihat video disini

6. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.
7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.

8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).

9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11. klik untuk lihat video

Makam Nabi S.A.W
10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi.

11. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga.

12. Jika agama lain mempunyai lebih dari 4 versi kitab suci yang berbeza satu dengan lainnya, maka Al Qur’an hanya ada satu dan tak ada pertentangan di dalamnya:


13. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat. artikel lanjut di sini

14. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii …ummatii” yang mengungkapkan betapa besar cinta Baginda kepada umatnya.
15. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah Saw menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, setelah sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama 16 bulan.

16. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling sering disebut dalam Al-Qur’an, sedangkan Maryam adalah satu2nya nama perempuan yang disebut dalam Al-Qur’an.

18. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

 
19. Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

20. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

Kursus di FRAM Ipoh Perak D.R..

Sunday, July 24, 2011

Biasa lah bagi kakitangan Kerajaan macam aku ni kena pergi kursus.. Tapi ni bukan kursus sebarangan kerana kursus ni memerlukan fizikal yang sihat dan kerja berkumpulan yang baik..

Peserta kursus kali ni 11 Orang je.. ok jugak kalau ramai lagi pening, susah nak masuk ilmu.. kursus kali ni aku di pilih sebagai Ketua Sukan lagi.. haha lawak pulak.. layan je..

Tarikha Kursus : 11 - 23 Julai 2011
Jurulatih PBK I Sahidan (Bekas SMART).. Pernah menghasilkan buku penyelamatan bagi rujukan Jabatan Bomba.


 ..TECHNICAL ROPE RESCUE.. 






Kursus Technic Rope ResQ yang di adakan di FRAM (Akademi Bomba dan Penyelamat) Ipoh selama 2 minggu ini adalah untuk kakitangan anggota dan pegawai dalam bidang penyelamatan..

Kursus ni adalah lanjutan atau Master dari kursus Rope ResQ.. Aku bersyukur kerana antara salah seorang yang terpilih untuk menyertai kursus ini.. walaupun terpaksa meniggalkan Isteri dan anak tercinta..


3 HARI MINGGU PERTAMA.

Aktiviti kami hanya tertumpu pada kelas, untuk memberi pendedahan dan mengajar taknik sebenar dalam penyelamatan menggunakan tali dan alatan penyelamatan lain..

Peserta kursus juga dibekalkan peralatan penyelamatan seperti tali one person, ResQ 8, Carabina, Full Body Hurnnes dan Glove.


2 HARI MINGGU PERTAMA.

Latihan tertumpu pada aktiviti luar..... untuk menguji kefahaman dan kemahiran sebenar peserta kursus kali ni..

Latihan ini adalah satu latihan yang benar-benar menguji kemahiran dan teknik membuat keputusan bagi peserta.. setiap peserta dibahagikan tugas mengikut jawatan masing-masing.. dimana setiap jawatan ada tanggungjawab yang tersendiri dalam memastikan kerja-kerja penyelamatan berjalan lancar dan baik..

Untuk minggu ni aku pernah di lantik sebagai Main line, Belay Line, Edge Man, Hauler dan Recee Man.. Memang banyak benda aku dapat belajar, baru aku sedar setiap tugas yang diberi perlu dilakukan dengan amanah (tidak curi tulang) supaya kerja-kerja berjalan lancar..
Latihan penyelamatan mangsa tersangkut di PILON
(Malim Nawar, Perak D.R)







MANGSA TERSANGKUT DI PILON.. adalah satu latihan penyelamatan yang sukar dan perlukan kerjasama yang baik.. masa ni aku sendiri nak jadi Recee Man.. sebab aku nak tahu skop tugas sebenar seorang yang dipilih menjadi Ricee Man..

tentu korang nak tahu apa tanggungjawab seorang yang di lantik sebagai Recee Man kan..

Skop tugas aku sebagai Recee Man adalah sebagai penyelamat pertama (first responder) selain itu aku kena buat ancher bagi proses penyelamatan seterusnya.. aku jugak kena bawak naik tali main dan belay..

Lepas baca ni rasa macam senang je kan.. haha.. tapi aku rasa susah jugak..

Alhamdulillah kerja dan latihan penyelamatan kami berjalan lancar sehingga mangsa selamat di turunkan dari PILON, mangsa kami kali ni Sumaslina (wanita tunggal dalam kursus ini).. masa penyelamatan kami juga baik ( itu kata jurulatih lah )... terbaik!!!!!!


HARI MINGGU..

Hari rehat lah.. hari ni lah buatkan aku rindu sangat-sangat pada Anak dan Isteri.. mungkin sebab hari ni hari rehat (tak sibuk), so tak ada aktiviti nak buat..

Untuk nak hilangkan rasa rindu aku ni aku ajak kawan sebilik aku jalan2 bandar Ipoh (jalan kaki je) kebetulan dia pun tak pernah datang Ipoh ni.. kawan2 lain habis semua balik.. tinggallah aku dengan seorang lagi peserta kursus je... Kami jalan dari Balai Bomba Jln Stadium ke Gerbang Malam, Esoknya kami ke Pasar karat.. Dia ok je..


1 HARI MINGGU KE-2.


Aktiviti dan latihan penyelamatan bermula.. tapi pada hari Isnin (hari pertama untuk minggu ke-2) ni kami sibuk membuat persiapan untuk bermalam di Taiping.. rancangan bermalam di Hutan tapi tak jadi atas sebab yang tak dapat dielakkan..



HARI KE-2 MINGGU KE-2.

Seawal pagi aku dah bangun.. seperti biasa lah malas nak berebut tandas dengan rakan2 lain.. Pasukan kami bertolak ke Taiping jam 0900 pagi dengan menaiki Lori Bomba..

tiba di Balai Bomba Cgkt Jering jam 0100 petang... penat jugak perjalanan menaiki Lori.. tapi bila ramai2 ni tak lah rasa sangat, sebab macam-macam gelagat yang melucukan dalam perjalanan... terutama gelagat Ibrahim budak Melaka, gelagat dia memang tak kering gusi aku dibuatnya.. Ibrahim ni suka mengusik Shamsuddin dari Balai Terengganu ( KK Kursus)...

Aku, Sumaslina, Roslee dan Apizal di lantik sebagai Chef pada kem kali ni.. jadi kami antara orang yang bertanggungjawab dalam penyediaan makanan kepada semua.. tapi atas semangat berkumpulan semua peserta kursus membanting tulang membantu menyiapkan masakan.. kenangan ni memang tak dapat aku lupakan...


HARI KE-3 MINGGU KE-3..

Latihan penyelamat kami hanya di Hose Tower Balai je.. tak ada yang menarik nak di kongsi pada hari ni.. Latihan kali ni aku dilantik sebagai sefty man, tugas ni kurang mencabar, dimana aku kena memastikan keselamatan semua mengikut format "A.R.C.H.E.R"..


HARI KE-4 MINGGU KE-4

Latihan ni di gelar Majer oleh Jurulatih.. sebab latihan ni adalah kemahiran semua teknik pembelajaran yang diajar sebelumnya.. latihan di lakukan di kawasan yang risiko (terbing bukit) kaki bukit larut...

Sampai je di tempat latihan perasaan aku jadi gementar bila lihat cerun bukit yang tinggi lebuh 400 kaki dengan kecuraman 90 darjah.. entah lah  rasa macam menghadapi situasi sebenar je...

Sebelum latihan berjalan dengan situasi yang diberi mangas tergantung di tengah curam.. kami memulakan dengan doa selamat yang di ketuai oleh Iman untuk kursus kali ni iaitu Hazarimi dari Balai Bomba Kuala Berang Terengganu...

Untuk latihan kali ni aku di lantik dan di beri kepercayaan oleh jurulatih sebagai TSO (Techical Sector Officer) untuk mengetuai latihan pada kali ni.. Untuk pengetahuan semua TSO adalah jawatan yang paling aku tak nak, bukan apa kerana TSO perlu tahu semua sudut dan sentiasa peka dalam kerja penyelamatan.. Walaupun ini adalah latihan tapi ianya melibatkan nyawa.. Memang susah dan memenatkan....

Kami naik ke bukit dengan membawa peralatan penyelamat dimana mangsa adalah Sumaslina, penyelamat Wan, Recee Fadzli, Belay Rosli, Main Line Rahimi yang lain hanya membantu..

Kerja kami bermula.. cukup lancar dengan di perhatikan oleh jurulatih...
kira-kira 2 jam, segala latihan menyelamat berakhir.. dan penutup bagi latihan dan kursus Technical Rope ResQ kami.. kami bersiap balik...
Barisan Peserta kursus




Edge man (Imam)



Kami bertolak bali ke Balai Bomba Cangkat jering untuk bersiap makan malam di luar meraikan kejayaan kami dan sebagai penghargaan kami kepada tenga pengajar kerana bersungguh-sungguh mencurah ilmu yang baik ni.. makanana kami pada malam tu...makan mee udang lah..salah satu makanan yang terkenal di Taiping ni... pendek kata rugilah jika tak singgah bila datang di Taiping ni... Ki Kuala Sepetang..

Mee Udang - Kuala Sepetang
Dalam perjalanan ke Kuala Sepetang (Posing dalam Van!!)
(Kiri : Ibrahim, Rosli dan Aku)

Barisan Peserta Kursus


Aku tengah ambil gambar Mee nak masukkan dalam Blog
sebaba mee aku dah habis masa tu.. hahaha
(Asik sangat sampai lupa naka ambil gambar mee untuk Blog)


HARI UJIAN

Hari terakhir di Cgkt Jeirng ni adalah hari untuk menguji tahap sebenar seseorang peserta kursus.. Ujian ini terdiri dari 4 yang utama antaranya Ujian Peralatan (PBK II Zainal), Ujian Ikatan (PB Awie), Ujian Ancher (PB Din) dan Ujian Sistem Takal (PBK I Sahidan)..

selepas ujian kami semua betolak balik ke FRAM Ipoh..


HARI TERAKHIR..

Adalah acara penutup dan penyerahan sijil kursus kepada peserta kursus..
dan mengistiharkan pelatih kursus terabik keseluruhan... pelatih kursus terbaik keseluruhan di pilih berdasarkan ketekunan dan cekap dalam membuat keputusan.. siapa lagi kalau bukan HAZARUL.. Tahniah!!!!!.. kawan..

Moga segala kemahiran ni digunapakai di Balai.... dan bagi aku Kursus kali ni adalah kursus yang terbaik dan meningalkan banyak memori dengan kawan2 seperjuangan... Insya'Allah kita akan bertemu lagi..

Ikatan pada stracher


Bersantai selepas latihan.. Yg dua lg tu
Bak kata Iman sebagai Saka... hahahaaa
(Uji kemahiran minda)

Sebahagian dari peserta kursus -
sebelum memulakan oerasi penyelamatan
(Kiri : Apizal, Rosli, Shamsuddin,Aku)

Lelaki Bermasalah Membisu... Perempuan Bermasalah Bercakap Tentangnya..

Thursday, July 7, 2011

•Otak lelaki terdiri dari ruang-ruang
 
–Berupaya mengasing dan menyimpan maklumat

–Lelaki melakukan satu tugas pada satu masa

–Pada hari yang banyak masalah, mereka 'menyimpan' semua masalah

=Cara otak lelaki beroperasi sebegini menjadikan mereka penyimpan masalah yang terbaik!

=Lelaki selalu kelihatan 'macho' walaupun banyak masalah kerana mereka mampu menyembunyikan masalah di dalam kepalanya tanpa menunjukkan eksprisi muka

=Lelaki yang mempunyai masalah akan mendiamkan diri dan tidak bercakap atau menceritakan masalahnya

=Perempuan yang tahu lelaki mempunyai masalah akan segera bercakap dengan harapan lelaki akan bercerita tentang masalah

=Ini adalah satu kesilapan kerana cara otak lelaki berbeza dengan cara otak perempuan

=Sebenarnya, lelaki tidak suka diganggu ketika bermasalah.. . saya cadangkan perempuan membiarkan lelaki selama 30 minit atau beberapa ketika agar beliau dapat membincangkan masalahnya dengan cara tersendiri

=Lelaki akan bercakap dengan dirinya di dalam kepala 'otaknya'... bercakap... bertanya pada diri... berteka-teki. .. berbicara dengan diri sendiri... bercakap-cakap di dalam hati dan minda sendiri..... .

=Biarkan lelaki yang mempunyai masalah menyendiri

=Lelaki tidak akan mati atau lemas di dalam masalah sendiri. Anda yang akan sakit hati nanti kerana secara amnya lelaki tidak suka membicarakan masalahnya.

=Jika lelaki tersebut menemui jawapan, anda akan dapat lihat beliau akan segera bercakap.

=Pelik tapi benar!



•Otak perempuan tidak beroperasi sebegini

–Masalah berpusing-pusing di dalam kepalanya

=Maka, perempuan perlu bercakap atau berkomunikasi bagi melegakan diri dari masalah yang berpusing-pusing di dalam kepalanya. Percakapan mereka bukan bertujuan mencari jawapan kepada masalah, tetapi hanyalah untuk bercakap dan terus bercakap... cakap, cakap, cakap tentang masalah!

=Masalah akan timbul apabila lelaki mendengar perempuan bercakap tentang masalah.

=Lelaki selalunya ingin menjadi mesin penyelesai masalah

=Jika lelaki mendengar perempuan bercerita tentang masalah, mereka akan terus menawarkan jalan penyelesaian kepada masalah tanpa diundang.

=Ini mengundang masalah... perempuan tidak perlukan jawapan segera... yang mereka perlukan ialah mengupas masalah satu per satu, sehelai demi sehelai dengan berhati-hati, jawapan tidak perlu... yang penting setiap inci masalah diperincikan!

Lelaki pelindung Wanita

Wednesday, July 6, 2011

Di bahu lelaki, terletaknya tanggungjawab lebih besar untuk mengemudi bahtera kehidupan. Malah di atas bahu ciptaan Allah jua, kita diminta untuk melindungi wanita, golongan yang lemah berbanding kita, kaum Adam.

‘Lelaki Pelindung Wanita’. Tema yang cukup mendalam. Benar, ia memberikan mesej yang ter lalu besar terutama kepada kaum adam. Lantas, mengapakah lelaki perlu menjadi pelindung kepada wanita?

Firman Allah SWT yang bermaksud: Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberinafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuanperempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuanperempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencaricari jalan untuk menyusahkan mereka.Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.” (Surah An-Nisaa’:34)

Firman Allah di atas secara jelas menyatakan bahawa lelaki menjadi pemimpin dan bertanggungjawab ke atas wanita. Maknanya bukan setakat menjadi ‘imam’ kepada golongan hawa. Malah tanggungjawab turut hadir seiring dengannya. Peranan mencari nafkah dan melindungi wanita terletak di bahu lelaki, apabila bergelar suami kelak. Namun, apa yang kita dapati ketika ini, ramai lelaki yang tidak memainkan tanggungjawab ini. Malah merekalah pula yang menjadi  perosak kepada maruah wanita. Ini dapat dibuktikan apabila begitu banyak kes rogol yang meresahkan jiwa kita saban hari.

Wanita begitu mudah diperkotak-katikkan. Lebih malang, ada juga segelintir lelaki yang bertindak lebih kejam dan tidak bermaruah. Sudah lah merosakkan nilai kemanusiaan, mereka jugalah yang begitu rakus mengumpul kekayaan dengan memperdagangkan wanita. Nilai wanita seolah-olah dipijak-pijak. Demi mendapatkan kepuasan nafsu liar, wanita dibayar bagi memperdagangkan tubuh mereka. Sepatutnya maruah merekalah yang perlu kita perjuangkan..

Bukan nak menegakkan sokong sebelah pihak tapi untuk peringatan kita sebagai kaum adam.. 

Pengorbanan Seorang AYAH..

Tuesday, July 5, 2011

setiap org mempunyai seorang ayahkan..?????maafkan saya kpd mereka yg ketiadaan ayah...kpd yg masih mempunyai ayah....kenanglah pengorbanannya selama ini yg pena mencari rezeki utk kiter supaya tidak kebuluran dan kelaparan...yg sanggup berdiri di tgh panas terik.....yg sanggup balik lmbt kerana mencari sesuap nasi utk kita....tanpa ayah adakah kiter masih hidup dgn kemewahan yg di beri oleh nyer....sayer tau setiap org akan menjadikan ayahnya sebagai seorang idola yg terhebat.....jika ditanyer siapakah org yg terhebat di dunia ini bgmu????...dan mereka menjwb AYAHKU.....siapakah idolamu utkmu di dunia ini????....mereka menjwb AYAHKU....

saya nak kongsi cerita ini (dipetik dari Internet dan hayatikannya...jgn ingat hanyer ibu yg akan terluke.. tetapi ayah juga menyimpan luke, sedih, duka dan malu yg dilemparkan oleh anaknya kpd dirinya yg tidak berdaya lg...hayati la...

Suatu ketika ada seorang anak perempuan yg bertanya kepada ayahnya,tatkala tanpa sengaja ia melihat ayahnya sedang mengusap wajahnya yang mulai berkerut,dengan badanya yang mulai membungkuk, disertai suara batuknya yang khas.

Anak perempuan itu bertanya kepada ayahnya,: "ayah, kenapa wajah ayah kian berkerut dan badan ayah kian hari kiat membungkuk?? ?" demikian pertanyaannya ketika ayahnya sedang santai di beranda, Si ayah menjawab " Karena aku lelaki "

anak perempuan itu berkata sendirian " aku tidak mengerti" dengan berkerut kening karena jawaban ayahnya membuat hatinya bingung dan ga mengerti. Ayah hanya tersenyum, dipeluk dan dibelainya rambut anaknya sambil menepuk bahunya dan berkata "Anakku kamu memang belum mengerti tentang lelaki ". Demikian bisik sang ayah yang membuat anaknya bertambah bingung.

Karena perasaan ingin tahu dan ia mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada ibunya.
"Ibu, mengapa wajah ayah kian berkerut dan badan ayah kian hari kian membungkuk? dan sepertinya ayah mengalami demikian tanpa ada keluhan atau rasa sakit ???"
Ibunya menjawab "Anakku, jika memang seorang lelaki bertanggung jawab terhadap keluarga itu memang akan demikian ". hanya itu jawaban si ibu dan anak itupun kemudian tumbuh dan menjadi dewasa, tapi ia tetap masih mencari-cari jawaban, kenapa wajah ayahnya yang tampan berubah menjadi berkerut dan badannya membungkuk??

Hingga suatu malam ia bermimpi, dan didalam mimpinya ia seolah-olah ia mendengar suara yg lembut dan kata-katanya terdengar dengan jelas, itu ternyata rangkaian jawaban pertannyaannya selama ini yang selalu ia cari.

" Saat kuciptakan lelaki, AKU membuatnya sebagai pemimpin keluarga, serta sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga tersebut, dan ia senantiasa akan berusaha menahan setiap ujungnya agar keluarganya senantiasa merasa aman, teduh dan terlindungi. "

"Kuciptakan bahunya yg kuat dan berotot untuk membanting tulang menghidupi seluruh keluarganya dan kegagahannya harus cukup kuat untuk melindungi seluruh keluarganya. "

"Kuberi kemauan kepadanya agar selalu berusaha mencari sesuap nasi yg berasal dari titisan keringatnya sendiri yang halal dan bersih, walaupun seringkali ia mendapat cercaan dari anak-anaknya, "

"Kuberikan keperkasaan dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi keluarganya ia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi keluarganya ia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan karena tersiram hujan dan terhembus angin, ia relakan tenaga perkasanya demi keluarganya dan yang selalu dia ingat adalah disaat semua keluarganya menanti kedatangannya dengan mengharapkan hasil jerih payahnya."

"Kuberikan kesabaran,ketekunan dan dan kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan membimbing keluarganya tanpa ada keluh kesah. walaupun disetiap perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan seringkali menerpanya."

"Kuberikan perasaan kuat dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun, walaupun tidak jarang anak-anaknya melukai perasaannya dan hatinya."

"Padahal perasaannya itu pulalah yang telah memberikan rasa aman disaat anak-anaknya tertidur lelap, serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat dia sedang menepuk-nepuk bahu anaknya agar selalu saling mengasihi dan menyayangi sesama saudara."

"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan kepadanya untuk memberikan pengertian dan kesadaran kepada anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang,bahkan seringkali ditentang dan ditolak oleh anak-anaknya. "

"Kuberikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengetahuan dan kesadaran bahwa istri yang baik adalah istri yang setia terhadap suaminya, istri yang baik adalah istri yang selalu menemani dan bersama-sama menjalani perjalanan hidup baik suka maupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada istri,agar tetap berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi dan saling mengasihi."

"Kuberikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti, bahwa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya pikirnya untuk mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam keluarga bahagia dan badannya yang bungkuk agar dapat membuktikan, bahwa sebagai lelaki yang bertanggung jawab terhadap seluruh keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga dan segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya. "

"Kuberikan kepada lelaki tanggung jawab penuh sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga, agar dapat dipergunakan sebaik-baiknya, dan hanya inilah kelebihan yang hanya dimiliki oleh lelaki. walaupun sebenarnya amanah ini adalah di dunia dan di akhirat."

Terkejut anak dari tidurnya dan segera ia berlari, berlutut dan berdo'a hingga menjelang subuh,setelah itu ia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika ayahnya berdiri si anak menggenggam dan mencium telapak tangan ayahnya.

"AKU MENDENGAR DAN MERASAKAN BEBANMU, AYAH"
Bila ayah masih hidup jangan sia-siakan membuat hatinya tersenyum dan gembira,Bila ayah telah tiada jangan putuskan tali silaturahim yang telah dirintisnya, dan do'akan agar TUHAN selalu menjaganya dengan sebaik-baiknya .






10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.