"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Hotters Fireman KL : Majlis Penutup di Sunway Piramid

Sunday, April 28, 2013

 Akhirnya KL Hottest Firemen Contest siri pertama berakhir, dengan perasmian majlis penyampaian hadiah diadakan di Perkarangan Lobi Sunway Pyrami pada 27hb April 2013. 

10 finalist Contest Hotters Fireman dipanggil bagi sama-sama memeriahkan lagi majlis penutup dan penyampaian hadiah.  

Pemenang Fireman Conttest 2013.. Tahniah Buat semua.
25 Semua Peserta yang terpilih
Pemenang Hotters Fireman 2013

Finalist Hotters Fireman 2013


Hotters Fireman bersama YS Pengarah JBPM KL

Pengacara Program Hotters Fireman (Final) di Sunway Piramid

YS Pengarah JBPM KL bersama Pengarah urusan HyppTV

Sesi temuramah bersama Finalist Hotters Fireman 2013

Sponser program HyppTV 







Ransangan Anak Bijak

Wednesday, April 24, 2013

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama… jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting.

Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya). 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA
Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG
Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA
Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu.” atau “Besarkan pokok ni!” atau “Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (“mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
 
Sumber : FB.Com

Papa i need u





Untuk Lelaki.. Apa yang korang akan buat jika ianya belaku pada korang?..

Tajuk gambar ni "Papa i need u" di ambil dari ruangan internet..

 

Assad membakar wanita dan kanak-kanak

Tuesday, April 23, 2013

Terkejut dengan paparan berita di ruangan FB pagi ni yang menyayat hati, Kekejaman Manusia yang hilang nialai kemanusian dan hanyat dengan keindahan Dunia. Pembunuhan beramai-ramai yang dahsyat yang telah meninggalkan beratus-ratus orang yang mati syahid termasuk kanak-kanak.

Halaman berita negara-negara Arab hari ini masih hangat membicarakan pembunuhan menyayat hati yang dilakukan oleh askar rejim Basyar beserta talibarut upahan mereka di "Ertouz Al-Fadhl" apabila ratusan mayat ditemui bergelimpangan sehari selepas operasi penyembelihan berlaku.

Jumlah tepat angka korban sehingga kini dilaporkan mencecah 566 orang, 483 orang daripadanya kalangan wanita dan kanak-kanak.

Paling menyedihkan, mereka bukan sahaja ditembak beramai-ramai, terdapat kesan kelar di leher mereka yang disembelih dengan pisau serta terdapat mayat yang hangus akibat dibakar hidup-hidup.

Kumpulan pembangkang mendakwa, pembunuhan Ahad lalu merupakan jenayah terbesar yang dilakukan rejim sejak tercetus revolusi 2 tahun lalu.

Jaringan Hak Asasi Manusia Syria pula mendakwa askar rejim dan tentera Hizbullah bertanggungjawab kerana usaha mereka bagi menguasai beberapa kawasan yang dikuasai oleh Tentera Pembebasan Syria sebelum ini.

Halaman "Berita Syam" melaporkan, hampir 100 mayat ditemui dalam sebuah perkuburan dan pengumpulan mayat-mayat penduduk masih diteruskan.

Sementara itu, di wilayah Idlib juga dilaporkan 14 penduduk awam terbunuh, 5 daripadanya adalah kanak-kanak apabila sebuah bom digugurkan mengena sebuah sekolah "Sekolah Rendah As-Syahid Ali El-Khatib".


http://www.fj-p.com
 2013/04/21 21:06:48Ditulis oleh: kebebasan dan keadilan portalAngkatan dilakukan rejim Bashar al-Assad pembunuhan beramai-ramai yang amat dahsyat di bandar New Artouz dikreditkan beratus-ratus kiri mayat, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, dan menghadapi Koalisi Nasional pembangkang merayu kepada Tentera Percuma Syria dan semua bantuan kepada rantau ini, bergantung kepada lokasi "CNN" Arabic.
 
Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan Syria, berkata bahawa "aktivis telah menemui beratus-ratus mayat yang mati telah dilaksanakan di atas tanah, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, oleh" شبيحة dan pasukan rejim juga telah membakar sebahagian daripada badan-badan, sebagai pasukan pengeboman kempen rejim manakala ibu bapa untuk mengebumikan yang mati syahid.
 
Bagi beliau, yang dikeluarkan gabungan, Wakil Negara Syria, yang terbesar pembangkang, mengeluarkan kenyataan di mana beliau berkata: "terungkap dengan peredaran minit dan jam jenayah baru, dan peningkatan bilangan mangsa di mana untuk mencapai beratus-ratus, mengikut berita melata dari kawasan mengepung rejim kumpulan yang melakukan pembunuhan beramai-ramai korban awam yang teruk di kawasan kejiranan Artouz dikreditkan dan kawasan sekitarnya. "
 
Gabungan menambah, "perihal diam antarabangsa mengenai jenayah-jenayah Palmkhoza tidak lagi menyanyi mangsa-mangsa dan keluarga mereka, dan tidak lagi Syria sia-sia sahaja Nakhweh saudara-saudara, dan senjata percuma mereka, Vhbwa tentera Wahai orang-orang Syria untuk menyelamatkan orang-orang baru dan Gota Bank."
 
Kenyataan itu datang pakatan selepas kenyataan serupa dengan salah satu yang terbesar komponennya, Majlis Kebangsaan Syria, yang berkata, "kawasan Gota Bank ke Damsyik terdedah kepada« merebut lengkap dan kesalahan-kesalahan yang dilakukan memalukan », dianggarkan jumlah kematian ratus, bersama-sama dengan 600 cedera."


Sumber : http://www.fj-p.com/article.php?id=56987

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM KL April 2013

Monday, April 22, 2013

Sebelum saya pergi lebih jauh mengenai entry Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk hari ini, adalah lebih baik kita mengenal apakah APC yang sebenarnya.
Anugerah khidmat cemerlang adalah anugerah yang diberikan kepada seseorang anggota tidak kira sama ada mereka berada di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti/kuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh dan daya penarik kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

Kriteria APC selalu dinilai dari segi :

  1. Mendapat prestasi 85% ke atas;
  2. Telah disahkan ke dalam jawatan, Anggota mestilah bebas daripada dikenakan sebarang tindakan tatatertib;
  3. Anggota yang telah dinaikkan pangkat hendaklah berkhidmat tidak kurang dari tiga (3) tahun dengan tahun permulaan pertama yang diambil kira adalah pada tahun berikutnya; iaitu sebagai misalannya seperti berikut : 
    • anggota yang mendapat kenaikan pangkat pada 1.1.1998, hanya akan dipertimbangkan dalam tahun 2001 untuk penganugerahan pada Disember 2001;
    • begitu juga jika tarikh naik pangkat anggota ialah 1.7.1998, anggota juga layak dipertimbangkan dalam tahun 2001 untuk penganugerahan pada Disember 2001 dan;  
  4. Anggota yang telah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang hendaklah berkhidmat   tidak kurang dari selama lima (5) tahun perkhidmatan dengan tahun permulaan pertama diambil kira adalah pada tahun berikutnya, sebagai misalannya seperti berikut:- 

"Anggota yang mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang pada Disember 1996, akan dipertimbangkan dalam tahun 2002 untuk penganugerahan pada Disember 2002"

Hadiah bagi penerima Anugerah Khidmat Cemerlang seperti berikut:
  1. Sijil Perkhidmatan Cemerlang
  2. Hadiah Prestasi sebanyak RM1000.00
Alhamdulillah.. Syukur 23 April 2013 adalah hari yang amat bermakna bagi saya kerana  tersenarai sebagai penerima Anugerah Cemerlang dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur di Hotel Alfot Kuala Lumpur sepanjang tempoh perkhidmatan selama 6 tahun. 

Untuk pengetahun sehingga ke hari ini saya telah berkhidmat sebanyak 3 buah balai di 2 buah negeri. Sepanjang tempoh itu saya telah mengharungi pahit dan manis dari pelbagai lapisan samaada dari rakan sejawat mahupun orang awam. 

Berkad dorongan dari rakan-rakan seperjuangan saya kuatkan semangat untuk terus berkhidmat dengan menabur segala kemahiran dan ilmu yang ada untuk Jabatan tanpa mengharapkan sesuatu. Mudahan saya akan terus berusaha dan memberi sumbangan dalam jabatan dengan lebih cemerlang dari masa ke semasa.

Tertarik dengan kata-kata yang diungkapkan oleh YS Dato Wan Ketua Pengarah JBPM dalam Majlis APC tahun 2013 ini, "tidak seorang pun akan berjaya tanpa ada orang lain yang menyokong di belakangnya dan tiada seorang pemimpin pun akan berjaya tanpa ada orang lain yang melaksanakannya tugasan yang dirancangnya". dan kata-kata dari YS Pengarah JBPM Kuala Lumpur "Orang yang berjaya adalah orang yang berusaha untuk bangun semula dari terus jatuh"

Insya'Allah selagi saya hidup selagi itu saya akan terus berusaha untuk meningkatkan diri bagi mengejar impian dan cita-cita.. Mudahan segalanya mengikut landasan Islam. Amin

Akhir kata mari kita renung kata-kata ini :
" Allah beri apa yang kamu perlu, bukan apa yang kamu mahu.."
dan " Setiap Manusia amat berharga, bukan untuk dipersia " .. 

Hukum Meminta Orang Lain Berdoa Untuk Kita

Friday, April 19, 2013

 Soalan:

Apakah hukum meminta orang lain berdoa untuk kita disebabkan orang tersebut dikenali sebagai seorang yang soleh, atau dia akan bertolak untuk menunaikan haji. Benarkah bahawa Rasulullah SAW pernah memuji seorang lelaki yang bernama Uwais al-Qarni, dan memberi dorongan kepada para sahabat untuk meminta beliau mendoakan mereka. Atau bagaimanakah huraian yang sebenarnya dalam permasalahan ini? Terima kasih Ustaz.

Jawapan:

Pada asasnya, meminta seseorang yang saleh, atau seseorang yang akan menunaikan haji untuk berdoa kepada kita dengan harapan doa tersebut dimakbulkan adalah suatu yang HARUS. Namun sekiranya permohonan doa tersebut dibimbangi dapat menimbulkan perkara yang terlarang seperti menjadikan kita hanya bergantung harap kepada doa dari orang lain sahaja, atau akan menimbulkan rasa kehebatan diri dari pihak orang yang diminta doa tersebut, maka perkara seperti ini termasuk dalam perkara yang DILARANG. Jika tiada kebimbangan ini maka ia kembali kepada hukum asalnya yang harus. Namun perlu diberi perhatian bahawa bukanlah termasuk di dalam kebiasaan para sahabat RA saling berpesan bertukar-tukar doa sesama mereka. Sebahagian orang ada yang beralasan dengan sebuah hadis yang menceritakan Nabi SAW pernah berpesan kepada ‘Omar al-Khattab RA untuk mendoakan baginda ketika beliau hendak pergi menunaikan haji dengan kata baginda:

لَا تَنْسَنَا يَا أَخِيْ مِنْ صَالِحِ دَعَائِكَ

Mafhumnya: “Jangan kamu lupakan kami (wahai ‘Omar) di dalam doa-doa kamu.” (HR Abu Daud bilangan 1498 dan Al-Tirmizi bilangan 3557. Namun  hadis ini Lemah (Dhoief) tidak Sahih dari Nabi SAW)

Tidak dinafikan terdapat riwayat yang menceritakan terdapat beberapa sahabat yang meminta dari Nabi Muhammad SAW untuk mendoakan mereka seperti yang dilakukan oleh ‘Ukkasyah bin Muhsan dan seorang lelaki yang masuk ke dalam masjid ketika baginda sedang berkhutbah dan meminta baginda berdoa supaya diturunkan hujan, lalu baginda memenuhi kedua-dua permintaan mereka. Kedua-dua hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Keadaan ini sama sekali tidak boleh dikiaskan kepada orang lain. Hal ini kerana tiada sesiapapun di kalangan kita yang dapat mencapai kedudukan yang setaraf dengan Nabi Muhammad SAW.

Berkaitan pesanan Nabi SAW kepada para sahabat untuk meminta dari seorang lelaki bernama Uwais al-Qarni agar mendoakan mereka, hal ini dikhususkan kepada Uwais. Hal ini demikian kerana jika diperhatikan dari sudut keutamaan, sudah tentu Abu Bakr, ‘Umar, ‘Uthaman, ‘Ali dan para sahabat yang lainnya adalah lebih utama berbanding Uwais al-Qarni, Uwais bukanlah seorang sahabat Nabi SAW. Sekalipun demikian baginda SAW tidak pernah menyuruh para sahabat lain meminta Abu Bakr, atau ‘Umar, atau ‘Uthman mahupun ‘Ali mendoakan untuk mereka. (Lihat Liqa’ al-Bab al-Maftuh oleh al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-‘Uthaimin)


Sumber : Hukum-Hakam

Kasihi Ibu Bapa kita..

Wednesday, April 17, 2013

Pagi ni terlintas untuk saya menulis "Kasihi Ibu Bapa kita"..
Mungkin kerana naluri saya sebagai  Bapa kepada dua orang puteri yang masih berumur 3 tahun kebawah. Ternyata jika disebut tugas dan tanggungjawab Ibu Bapa ianya bukanlah suatu yang mudah, percaya atau tidak ianya bukan boleh dibayar walaupun dengan wang.
Bukan mengungkit tapi sekadar berkongsi cerita, Dari segi masa, wang, tenaga memang kita sebagai anak tak akan mampun membayarnya kepada mereka (ibu bapa kita). Semua ini dari apa yang saya sendir alami dalam menempuh untuk membesarkan dua orang puteri tersayang.

Sejak  mereka (anak-anak) dalam kandungan lagi saya menanam azam dan cita-cita untuk memastikan mereka mendapat pendidikan, kasih sayang dan segalanya walaupun terpaksa bergadai nyawa. Mungkin pekara yang sama jugak pernah dialami oleh ibu bapa kita untuk membesarkan kita dulu. 

Masa, wang dan tenaga saya lebih banyak dihabiskan untuk anak-anak yang tersayang kerana saya tak mahu mereka terasa terbiar. Segala aktiviti dan cita-cita saya letakkan ke peringkat entah ke berapa kerana fikiran saya hanya tertumpu untuk membesarkan mereka berdua. Hari ini merupakan hari ke-3 Nurul Iman deman, saya dan Isteri tidak lena tidur masing-masing bergilir-gilir untuk menjaga Nurul Iman bagi memastikan suhu badanya dalam keadaan yang stabil. 

Ini lah tugas dan tanggunjawab kita sebagai IbuBapa? tapi pernahkan kita persoalkan apa pula tugas dan tanggungjawab kita sebagai anak kepada mereka (Ibu Bapa)?..
Marilah kita merenung kembali semasa kita kecil dulu apa yang telah dilakukan oleh kedua ibu-bapa kita, merekalah yang memberi susu kepada kita, menyuap makanan ke mulut kita, memandikan kita, memakai pakaian kepada kita, mendodoi dan menidurkan kita, membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita, menghantar kita ke sekolah demi melihat anaknya ini menjadi insan berguna di kemudian hari.

Mungkin ada antara kita pada ketika ini ibu-bapanya telah pergi buat selama-lamanya, seharusnya kita sebagai anak mendoakan mudahan roh-roh mereka ini ditempatkan dikalangan suhada dan solihin.

Sekiranya ibu-bapa kita masih bersama dengan kita di dunia ini, marilah sama-sama kita mengingati mereka, mungkin pada ketika ini ibu-bapa kita berada jauh di kampung sana, di rumah yang usang, ketika hujan mereka kebasahan, ketika kemarau mereka kekeringan, kadang-kala ibubapa kita berada dalam kelaparan dan keperitan akibat kesempitan hidup, sedangkan kita sebagai anak-anaknya yang berada di kota ini dalam kemewahan dan tidak merasa itu semua.

Ingatlah Kasih sayang mereka (ibubapa) kepada anak-anak sentiasa sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang-malam tak kenal penat dan jemu, hanya tahu memberi dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Segala kesusahan dan penderitaan tidak pernah dikongsi bersama dengan anak-anak.

Ketahuilah bahawa ketidakredh0an ibubapa kepada sikap keji anak-anak ini akan mengundang kemurkaan ALLAH SWT. Selama mana kita tidak diredhai oleh ibu-bapa, selama itu juga kita hidup dalam kemurkaan dan derhaka terhadap ALLAH SWT. Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menyayangi sebelum mereka pergi untuk selama-lamanya.

Renungkan firman ALLAH SWT yang bermaksud :
 Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya(ibubapa) kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.” -Surah al-Israa’:24
Bergelinangan air mata saya menulis kali ini, semuanya ikhlas dari hati naluri saya sebagai Bapa. Harapan dan Doa saya mudahan anak-anak kita menghargai pengorbanan kita sebagi IbuBapa dan ingatlah walaupun kita menghadiahkan Istana Emas untuk mereka sekali pun. Pasti tidak terbayar dengan Pengorbana yang pernah mereka sumbangkan untuk membesarkan kita.
Iman Deman dan di tahan di Hospital (Si Ibu dalam pantang) - Pengorbanan ibu


Ini lah Kehidupan

Tuesday, April 16, 2013

 Hari ni 17 April 2013 terima email dari seorang sahabat minta pandangan mengenai kawan makan kawan, (Maaf lah kisah dia tak dapat saya share kerana ni hal peribadi beliau). Selepas berkongsi pendapat, terlintas difikiran cerita yang ditulis salah seorang kawan di Blog beliau (Klik Sini) hal yang berkaitan realiti hidup.

Katanya :  "Hidup ini umpama lembu di dalam kandang"

So, saya ambil salin sedikit cerita perihal lembu di dalam kandang untuk tatapan bersama.


Cara Solat Dhuha

Dhuha - Solat untuk membuka pintu rezeki.

 1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat - 2 rakaat 1 salam.

2) Waktu paling afdal / sesuai untuk solat : Pagi - 20 minit selepas matahari terbit. Anggaran 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (Sebelum zuhur).



"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali



Bacaan selepas solat Dhuha
Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Latihan bersama Coach Shahrudin - Cinta suka Larian (Marathon)

Keluar Berita lagi.. Kali ni di siarkan di paparan NST..


NST - 16hb April 2013
CINTA PERTAMA: Tiada apa-apa yang boleh datang antara Shaharudin dan berjalan
KUALA LUMPUR: NEGARA maraton juara Shaharudin Hashim adalah seorang lelaki dalam cinta dengan sukan itu.

Atlet Perak dilahirkan, yang ditetapkan untuk menghidupkan 38 akhir tahun ini, telah terlibat dalam kemalangan motosikal di Jalan Duta semasa dalam perjalanan pulang ke rumah beliau daripada latihan yang dijalankan Selasa lepas. Beliau mengalami kecederaan ringan untuk kaki dan buku lali beliau.

Walau bagaimanapun, kejadian itu tidak melemahkan semangat beliau dan beliau menjangka untuk kembali dalam tindakan yang mengajar kedua-dua pendatang baru dan lama kali sama halus titik sukan dalam jarak mingguan panjang menjalankan klinik minggu depan.

Klinik, yang diadakan di Taman Tasik Titiwangsa pada waktu petang setiap hari Rabu, adalah terbuka kepada semua dan adalah percuma-caj.

Shaharudin, yang merupakan seorang anggota polis oleh profesion, berkata beliau berharap untuk membantu lebih ramai orang belajar teknik yang betul dan kaedah latihan yang diperlukan untuk cemerlang dalam sukan ini dan diharapkan, merangsang anak-anak muda untuk mengambil maraton serius.

"Sebenarnya kita mula mempunyai klinik berdasarkan jarang tahun lepas tetapi telah membuat urusan mingguan dari awal tahun ini," kata Shaharudin, yang kadang-kadang membantu keluar oleh kawan-kawannya dalam mengendalikan kelas.

"Pada masa ini kita mempunyai kira-kira 30 hingga 40 sepenuh masa yang mengambil bahagian dalam klinik setiap minggu dengan sesetengah daripada mereka yang datang dari sejauh Rawang dan Penilaian.

"Saya mengajar pendatang baru asas sukan seperti apa gear mereka perlukan, regangan, berjalan teknik dan program latihan yang sesuai untuk tahap mereka yang berubah sebagai pendahuluan mereka.

"Mereka (peserta), maka boleh mengambil apa yang dipelajari di sini dan memohon apabila mereka berjalan pada mereka sendiri."

Beliau menggesa mereka yang berminat untuk menyertai program ini tanpa mengira matlamat mereka.
"Terdapat banyak orang di luar sana yang berminat untuk mengambil sukan sama ada untuk pertandingan atau sebagai satu cara untuk kekal sihat.
The clinic starts in the evening every Wednesday,
is open to all and is free-of-charge

"Ia adalah penting untuk mengajar mereka kaedah yang betul untuk membantu mereka mengelakkan mendapat cedera dan mereka boleh mempunyai masa yang memenuhi dengan sukan.

"Ia tidak kira berapa umur anda atau sama ada anda mahu menjalankan satu 5k, 10k atau maraton penuh. Klinik ini adalah sesuai untuk semua dan adalah percuma.

Sementara itu, Shaharudin, yang dijangka mempertahankan gelaran kategori lelaki Malaysia di Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon pada bulan Jun, berkata beliau berharap untuk membuat pemulihan penuh daripada kecederaan beliau yang dialami semasa kemalangan tersebut dalam beberapa minggu.

"Ia adalah satu hari yang agak malang bagi saya kerana saya berlanggar dengan motosikal lain di bulatan di Jalan Duta.

"Kaki saya grazed dan saya menyakiti salah buku lali saya Saya tidak fikir ia terlalu serius tetapi saya akan mempunyai untuk berehat.

"Semoga ia tidak akan menjejaskan persiapan saya untuk SCKLM terlalu banyak."
Shaharudin telah mendominasi kategori, yang berfungsi sebagai kejohanan kebangsaan, sepanjang dekad yang lalu dengan sejumlah tujuh kemenangan sejak tahun 2004.

Beliau boleh dihubungi di 012-4525617 untuk maklumat lanjut mengenai klinik.

Klinik bermula pada sebelah petang setiap hari Rabu, adalah terbuka kepada semua dan adalah percuma-caj.

Sumber : NST.COM







Contest Bomba : Hotters Fireman Contest (Minggu terakhir)

Sunday, April 14, 2013

TaGeT mEnGeNa!!..

Alhamdulillah.. target aku untuk kekal ke minggu akhir tercapai.. sekarang tersenarai top 10 dalam conttest Hotters Fireman.. Perghh..

Selepas melalui beberapa persaingan dari Contest minggu pertama dengan berpakaian putih hanya memperolehi 145 undian, seterusnya ke minggu ke dua dengan memperolehi 250 undian dengan gaya pakaian celoreng dan minggu ke tiga dengan 1345 undia dengan pakaian Operasi..

dan sekarang dalam proses pengundian untuk mencari top 3, rasanya cukup lah kekal minggu ni je, bila diamati balik gambar untuk minggu terakhir ni dengan berpakaian biru kelakar sikit.. nak share pun malu.. tapi apa kan kan dayakan rupa kelakar pun rupa sendiri haha..


Gambat minggu akhir.. kelakar pulak aku tengok


Persaingan minggu akhir..

Andaian Wanita terhadap Lelaki..

Thursday, April 11, 2013

Amboi lepas baca andaian Kaum Wanita terhada lelaki memang banyaknya.. tapi ada yang boleh diterima dan ada yang rasanya tak betul sama sekali.. Apa pulak pendapat korang di luar. haha


Oleh : Farhana Ridzana Mohamed
Lelaki! Golongan yang dianggap pelindung kepada wanita, tempat berkongsi segala keperitan dan penderitaan. Namun, mereka juga boleh berubah menjadi manusia yang paling kejam hingga sanggup merosakkan kaum wanita yang sepatutnya mereka lindungi itu!

Lelaki! Insan yang bernama lelaki ini amat sukar untuk difahami. Terlalu kompleks sikap mereka, hingga memaksa seseorang wanita itu menyelami diri mereka sedalamnya untuk kenal siapa mereka yang sebenarnya. Namun begitu, lelaki di mata wanita tetap sebagai pasangan yang perlu dihormati dan disayangi selalu. Tempat mereka menumpang teduh.

Tidak dinafikan, antara topik paling hangat yang sering dibualkan apabila bersama teman-teman. Biasalah kan, sama seperti perempuan juga! Ermm..apa pula agaknya pandangan perempuan terhadap lelaki dan apa agaknya ceriteria yang sering dilabelkan oleh perempuan terhadap lelaki? Jom kita kupas sedikit demi sedikit dan sejauhmana kebenarannya. Mungkin diri sendiri yang boleh menilai sejaumana kebenaran akan tanggapan tersebut.

BEKERJA KERAS
Syabas! Mereka yang rajin berusaha untuk memantapkan lagi kerjaya mereka memang menjadi idaman dan kebanggaan wanita. Bukan apa, kerjaya adalah jaminan kehidupan yang lebih terjamin.

BIJAK
Perempuan tak suka teman lelaki mereka bodoh dan kurang pengetahuan! Malah mereka bangga jika ada teman yang memuji kebijaksanaan teman lelaki mereka. Siapa yang tidak bangga beb! Walaupun mereka sendiri kurang bijak tapi seboleh-bolehnya mereka ingin teman lelaki mereka lebih pandai daripada mereka sendiri!

BERSIFAT KELELAKIAN
Sebenarnya itu dianggap satu bonus lumayan bagi gadis yang punya teman lelaki yang good looking ni. Namun kebanyakan wanita, masih banyak ciri lain yang dititikberatkan. Buat apa sekadar wajah tampan tapi hodoh budi bahasa? Selalunya bagi seseorang gadis, paras rupa jatuh tangga kedua. Yang paling utama, seorang lelaki itu menyayangi dirinya sepenuh jiwa, dapat melindunginya serta mengambil berat.

SENSITIF
Memang sah! Mungkin lelaki kata kaum perempuan ni sensitif. Tapi jangan tak tahu, lelakipun tak kurang sensitifnya juga. Silap haribulan, kalah orang perempuan! Pantang tersentuh jiwa, mulalah muncung panjang sedepa.

EGO
Lelaki sering dikaitkan dengan sikap ego. Kalau boleh, nak orang ikut telunjuk mereka saja. Tak nak langsung dengar nasihat dan pendapat orang lain. Sesekali apa salahnya dengar pendapat orang lain. Tak semestinya apa yang dirasai betul itu memang tepat!

SUKA AMBIL MUDAH
Sikap inilah yang sering menimbulkan perselisihan faham dalam perhubungan. Bukan apa, orang perempuan ni gemar melakukan sesuatu perkara dengan teratur dan terancang. Tak suka perkara itu dibuat secara sambil lewa saja. Lelaki bersikap sebaliknya. Suka ambil mudah saja sehingga terlihat seolah-olah mereka itu tak peduli.

MANJA DAN SUKA DIBELAI
Lelaki sering dikaitkan dengan sifat macho, kuat dan maskulin. Namun pada hakikatnya, lelaki juga ingin dimanja dan dibelai. Di sebalik tubuh gagah itu terselit sikap umpama kanak-kanak dalam jiwa mereka. Mereka gemar jika dibelai oleh orang yang mereka sayangi. Walaupun mungkin ramai yang cuba menafikan, tapi itu adalah hakikat!

BIJAK MENGURUSKAN KEHIDUPAN
Lelaki juga dikatakan lebih bijak menguruskan kehidupan berbanding dengan perempuan. Contohnya hal rumahtangga. Baru beberapa hari bercinta, dah siap perancangan untuk mendirikan rumahtangga nanti! Mungkin ini didorong oleh sifat mereka yang berpandangan jauh ke depan. Tak seperti perempuan.

PERAHSIA
Siapa cakap senang nak korek rahsia lelaki? Ternyata memang sukar nak tahu tentang perasaan mereka, apa yang sebenarnya mereka rasa. Berbanding dengan wanita yang lebih terbuka dalam menzahirkan perasaan. Contohnya, cemburu. Lelaki sukar nak tunjukkan sikap cemburu mereka.

LEBIH MEMAHAMI DAN MUDAH MEMBANTU MASALAH
Itu betul! Lelaki jenis yang senang menghulurkan bantuan. Mungkin kerana mereka tidak berkira sangat. Kalau diminta bantuan, pasti kan cuba ditolong sedaya upaya. Apatah lagi kalau org perempuan yang minta. Cepat aje.. huhuhu..

AWEK JATUH TEMPAT KEDUA
Ini yang tak syok ni! Perempuan sering merasakan bahawa diri mereka itu bukan pekara terpenting dalam hidup lelaki. Ini kerana lelaki dikatakan lebih cintakan karier dan kereta berbanding awek sendiri!

MEROKOK
Memang tak patut! Rasanya sebahagian besar daripada perempuan tak suka lelaki perokok! Busuk! Tapi ramai yang terpaksa �rela dalam paksa� bila dapat pakwe perokok. Puas cuba dinasihati tapi tak masuk telinga pun. Bahkan ada lelaki yang berprinsip �biar hilang awek asal jangan hilang rokok�! Teruknya!

PENGOTOR
Berbanding dengan perempuan, lelaki kurang menjaga kebersihan diri mereka dan pengotor. Mana taknya, baju yang dipakainya sesuka hati saja dilempar ke sana sini. Kadangkala tu, baju yang tak berbasuh dipakai semula. Tak ke pengotor namanya tu!

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.