"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Nafkah Zahir adalah Hak Mutlak Isteri

Tuesday, April 2, 2013

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya: Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.

Seperti yang kita ketahui nafkah terbahagi kepada dua iaitu nafkah batin dan nafkah zahir

Nafkah batin adalah tuntutan naluri semula jadi dalam mengadakan hubungan seks manakala nafkah zahir pula adalah meliputi perkara-perkara berikut: 

i) perbelanjaan keluarga 
ii) makan minum dan pakaian 
iii) tempat tinggal 
iv) keselamatan dan perlindungan.



Dalam kehidupan kita hari ini, meskipun didapati kedua suami isteri sama-sama bekerja, namun tanggungjawab memberi nafkah masih tetap terpikul di bahu si suami. Walau bagaimanapun isteri boleh membantu di mana yang sesuai. Sumbangan isteri kepada keluarga ini dikira sebagai sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T. nanti Insya'Allah.


Sebelum kita pergi lebih lanjut hal berkaitan Nafkah Zahir ni, Saya lebih suka berkongsi persoalan yang diambil (copy) dari Blogger Pertubuhan Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM) 


Apakah Maksud Nafkah Zahir


Dari segi nafkah zahir, apakah yang dimaskudkan dengan nafkah zahir? Adakah dengan membayar segala bill perumahan itu dikatakan nafkah zahir tanpa memberi wang kepada si isteri?

Jawapan


Ahli ilmu dahulu dan sekarang telah bersepakat mengatakan bahawa suami wajib memberi nafkah kepada isterinya selama tidak nusyuz.


Termasuk yang tidak wajib diberi nafkah ialah isteri yang keluar bekerja tanpa keizinan suami.
Jumhur ulamak berpendapat bahawa nafkah isteri (nafkah zahir) ialah segala keperluan hidup, seperti tempat tinggal, makan dan pakai. Anggarannya adalah berdasarkan kepada kebiasaan satu-satu negeri dan zamannya. Juga berdasarkan kepada kemampuan suami, susah atau senang.

Masalah: Jika seorang isteri tinggal bersama suaminya, dan tidak mendapat keperluan yang mencukupi kerana kebakhilan suami, bukan kerana kemiskinannya, maka isteri boleh mengambil wang suami tanpa izinnya sekadar yang mencukupi. Tidak boleh berlebih-lebihan.

Dasarnya ialah hadis riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan al-Nasa’I dari Aisyah mengenai pengaduan Hindun tentang kebakhilan Abu Sufian yang tidak memberinya nafkah yang mencukupi. Lalu Rasulullah s.a.w. mengarahkan Hindun mengambil harta suaminya sekadar yang perlu untuk dirinya dan anaknya.

Dr. Wahbah al-Zuhaili menyenaraikan: 1 . Makan minum 2 . Pakaian 3 . Tempat tinggal 4 . Pembantu/khadam/orang gaji. Ulamak bersepakat tentang kewajipannya bagi suami yang punya keluasan harta. 5 . Peralatan dapur, pembersih dsbnya.

Pembayaran bil bulanan termasuk api dan air adalah sebahagian dari keperluan asas zaman sekarang.

"…tanpa memberi wang kepada si isteri?", apakah yang puan maksudkan dengan `wang’ di sini. Apakah ia wang keperluan (dengan maksud nafkah) atau wang saku?

Jika `wang’ yang dimaksudkan itu adalah untuk keperluan sebagai ganti dari barang keperluan dapur, atau ganti dari wang perkhidmatan, atau sebagainya, maka suami wajib beri pada isteri.

Jika `wang’ yang dimaksudkan itu adalah wang saku, suami tidak wajib beri. Ia adalah pemberian di luar kewajipannya. Dan satu kebajikan kepada isteri. Wang saku ialah wang yang diberikan setelah semua keperluan nafkah isteri dicukupkan. Wang ini adalah untuk simpanan, membeli sesuatu di luar dari kategori nafkah. Untuk kesenangan, bukan keperluan.

Sekian, Wallahu a’lam.

Sumber dari : ILMAM

RAMAI di antara kita sebagai lelaki tidak menyedari bahawa antara tanggungjawab terpenting sebagai suami adalah untuk menanggung dan memberi nafkah zahir. Ia dalam bentuk wang ringgit secara bulanan kepada isteri bagi memastikan segala keperluan rumah tangga cukup dan selesa mengikut kemampuan. Namun senario yang berlaku kepada isteri-isteri , sering kali berlaku sejak kebelakangan ini. 

Terdapat banyak aduan di pejabat-pejabat agama negeri mahupun di Mahkamah Syariah berkenaan perlakuan suami yang secara sedar atau tidak enggan, ingkar atau lalai dalam menjalankan tanggungjawab menyediakan nafkah.

Suami perlu akur bahawa hak isteri untuk mendapatkan nafkah zahir dalam bentuk wang ringgit adalah hak mutlak mereka.

Jika suami ingkar terdapat peruntukan di bawah Akta Undang-Undang Keluarga Islam (WP) 1984 dan Akta Membaharui Perkahwinan & Perceraian 1976 yang membolehkan pihak Mahkamah Syariah mahupun Sivil (dalam kes bukan Islam) untuk campur tangan dan mengeluarkan perintah sewajarnya bagi memaksa suami menunaikan tanggungjawab tersebut.

Malahan kegagalan suami untuk membayar nafkah zahir kepada isteri tanpa kerelaan dan keredaan isteri, akan dianggap sebagai hutang tertunggak yang boleh dituntut oleh isteri jika berlaku sebarang tindakan atau tuntutan di mahkamah.

Hukum atau peruntukan bagi suami menunaikan tanggungjawab itu jelas melalui firman Allah SWT:

 "Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah mengikut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepada (sekadar yang mampu)..." (Surah at-Talaq:7).

Melalui perintah Allah ini, jelas dalam apa jua keadaan (melainkan jika isteri telah tamat idah setelah bercerai, hidup dalam perzinaan atau diisytiharkan nusyuz) suami tidak boleh atau tidak sepatutnya melalaikan atau cuai dalam menunaikan hak isteri tersebut.

Sekiranya suami menghadapi masalah kewangan, jika rezekinya disempitkan Allah, dia tetap perlu menunaikan tanggungjawab itu. Melainkan suami tersebut meminta kerelaan dan keredaan isteri dalam hal yang berkenaan.

Namun, apa yang berlaku pada hari ini, sebilangan besar suami tidak pernah atau tidak berani untuk menyatakan secara jelas kedudukan kewangan mereka kepada isteri.

Lebih menyedihkan apabila mereka berandaian urusan wang ringgit dalam rumah tangga adalah kuasa dan hak mutlak suami.

Hakikatnya, isterilah yang berhak untuk meredakan dan melepaskan tanggungjawab suami dalam hal-hal kesempitan hidup sekiranya berlaku dalam rumah tangga.

Terutama apabila suami tidak mempunyai pekerjaan atau berhadapan dengan masalah kewangan.

Ada juga suami yang mempunyai persepsi sekiranya mereka membenarkan isteri bekerja untuk mencari pendapatan sendiri, maka secara automatik tanggungan nafkah zahir itu akan gugur terhadap mereka.

Persepsi ini adalah suatu penyelewengan kerana tanggungan suami terhadap isteri ia;ah dalam menyediakan wang ringgit bagi kehidupan yang selesa.

Suami perlu faham walaupun dalam situasi isteri bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, tanggungan suami bagi memberikan nafkah zahir itu tidak hilang secara automatik.

Walaupun dalam situasi pendapatan isteri adalah jauh lebih besar daripada suami.,

Oleh Dr. Tengku Naufal Tengku Mansor
Peguam Syarie Wilayah Persekutuan



0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.