"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Andaian Wanita terhadap Lelaki..

Thursday, April 11, 2013

Amboi lepas baca andaian Kaum Wanita terhada lelaki memang banyaknya.. tapi ada yang boleh diterima dan ada yang rasanya tak betul sama sekali.. Apa pulak pendapat korang di luar. haha


Oleh : Farhana Ridzana Mohamed
Lelaki! Golongan yang dianggap pelindung kepada wanita, tempat berkongsi segala keperitan dan penderitaan. Namun, mereka juga boleh berubah menjadi manusia yang paling kejam hingga sanggup merosakkan kaum wanita yang sepatutnya mereka lindungi itu!

Lelaki! Insan yang bernama lelaki ini amat sukar untuk difahami. Terlalu kompleks sikap mereka, hingga memaksa seseorang wanita itu menyelami diri mereka sedalamnya untuk kenal siapa mereka yang sebenarnya. Namun begitu, lelaki di mata wanita tetap sebagai pasangan yang perlu dihormati dan disayangi selalu. Tempat mereka menumpang teduh.

Tidak dinafikan, antara topik paling hangat yang sering dibualkan apabila bersama teman-teman. Biasalah kan, sama seperti perempuan juga! Ermm..apa pula agaknya pandangan perempuan terhadap lelaki dan apa agaknya ceriteria yang sering dilabelkan oleh perempuan terhadap lelaki? Jom kita kupas sedikit demi sedikit dan sejauhmana kebenarannya. Mungkin diri sendiri yang boleh menilai sejaumana kebenaran akan tanggapan tersebut.

BEKERJA KERAS
Syabas! Mereka yang rajin berusaha untuk memantapkan lagi kerjaya mereka memang menjadi idaman dan kebanggaan wanita. Bukan apa, kerjaya adalah jaminan kehidupan yang lebih terjamin.

BIJAK
Perempuan tak suka teman lelaki mereka bodoh dan kurang pengetahuan! Malah mereka bangga jika ada teman yang memuji kebijaksanaan teman lelaki mereka. Siapa yang tidak bangga beb! Walaupun mereka sendiri kurang bijak tapi seboleh-bolehnya mereka ingin teman lelaki mereka lebih pandai daripada mereka sendiri!

BERSIFAT KELELAKIAN
Sebenarnya itu dianggap satu bonus lumayan bagi gadis yang punya teman lelaki yang good looking ni. Namun kebanyakan wanita, masih banyak ciri lain yang dititikberatkan. Buat apa sekadar wajah tampan tapi hodoh budi bahasa? Selalunya bagi seseorang gadis, paras rupa jatuh tangga kedua. Yang paling utama, seorang lelaki itu menyayangi dirinya sepenuh jiwa, dapat melindunginya serta mengambil berat.

SENSITIF
Memang sah! Mungkin lelaki kata kaum perempuan ni sensitif. Tapi jangan tak tahu, lelakipun tak kurang sensitifnya juga. Silap haribulan, kalah orang perempuan! Pantang tersentuh jiwa, mulalah muncung panjang sedepa.

EGO
Lelaki sering dikaitkan dengan sikap ego. Kalau boleh, nak orang ikut telunjuk mereka saja. Tak nak langsung dengar nasihat dan pendapat orang lain. Sesekali apa salahnya dengar pendapat orang lain. Tak semestinya apa yang dirasai betul itu memang tepat!

SUKA AMBIL MUDAH
Sikap inilah yang sering menimbulkan perselisihan faham dalam perhubungan. Bukan apa, orang perempuan ni gemar melakukan sesuatu perkara dengan teratur dan terancang. Tak suka perkara itu dibuat secara sambil lewa saja. Lelaki bersikap sebaliknya. Suka ambil mudah saja sehingga terlihat seolah-olah mereka itu tak peduli.

MANJA DAN SUKA DIBELAI
Lelaki sering dikaitkan dengan sifat macho, kuat dan maskulin. Namun pada hakikatnya, lelaki juga ingin dimanja dan dibelai. Di sebalik tubuh gagah itu terselit sikap umpama kanak-kanak dalam jiwa mereka. Mereka gemar jika dibelai oleh orang yang mereka sayangi. Walaupun mungkin ramai yang cuba menafikan, tapi itu adalah hakikat!

BIJAK MENGURUSKAN KEHIDUPAN
Lelaki juga dikatakan lebih bijak menguruskan kehidupan berbanding dengan perempuan. Contohnya hal rumahtangga. Baru beberapa hari bercinta, dah siap perancangan untuk mendirikan rumahtangga nanti! Mungkin ini didorong oleh sifat mereka yang berpandangan jauh ke depan. Tak seperti perempuan.

PERAHSIA
Siapa cakap senang nak korek rahsia lelaki? Ternyata memang sukar nak tahu tentang perasaan mereka, apa yang sebenarnya mereka rasa. Berbanding dengan wanita yang lebih terbuka dalam menzahirkan perasaan. Contohnya, cemburu. Lelaki sukar nak tunjukkan sikap cemburu mereka.

LEBIH MEMAHAMI DAN MUDAH MEMBANTU MASALAH
Itu betul! Lelaki jenis yang senang menghulurkan bantuan. Mungkin kerana mereka tidak berkira sangat. Kalau diminta bantuan, pasti kan cuba ditolong sedaya upaya. Apatah lagi kalau org perempuan yang minta. Cepat aje.. huhuhu..

AWEK JATUH TEMPAT KEDUA
Ini yang tak syok ni! Perempuan sering merasakan bahawa diri mereka itu bukan pekara terpenting dalam hidup lelaki. Ini kerana lelaki dikatakan lebih cintakan karier dan kereta berbanding awek sendiri!

MEROKOK
Memang tak patut! Rasanya sebahagian besar daripada perempuan tak suka lelaki perokok! Busuk! Tapi ramai yang terpaksa �rela dalam paksa� bila dapat pakwe perokok. Puas cuba dinasihati tapi tak masuk telinga pun. Bahkan ada lelaki yang berprinsip �biar hilang awek asal jangan hilang rokok�! Teruknya!

PENGOTOR
Berbanding dengan perempuan, lelaki kurang menjaga kebersihan diri mereka dan pengotor. Mana taknya, baju yang dipakainya sesuka hati saja dilempar ke sana sini. Kadangkala tu, baju yang tak berbasuh dipakai semula. Tak ke pengotor namanya tu!

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.