"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Kasihi Ibu Bapa kita..

Wednesday, April 17, 2013

Pagi ni terlintas untuk saya menulis "Kasihi Ibu Bapa kita"..
Mungkin kerana naluri saya sebagai  Bapa kepada dua orang puteri yang masih berumur 3 tahun kebawah. Ternyata jika disebut tugas dan tanggungjawab Ibu Bapa ianya bukanlah suatu yang mudah, percaya atau tidak ianya bukan boleh dibayar walaupun dengan wang.
Bukan mengungkit tapi sekadar berkongsi cerita, Dari segi masa, wang, tenaga memang kita sebagai anak tak akan mampun membayarnya kepada mereka (ibu bapa kita). Semua ini dari apa yang saya sendir alami dalam menempuh untuk membesarkan dua orang puteri tersayang.

Sejak  mereka (anak-anak) dalam kandungan lagi saya menanam azam dan cita-cita untuk memastikan mereka mendapat pendidikan, kasih sayang dan segalanya walaupun terpaksa bergadai nyawa. Mungkin pekara yang sama jugak pernah dialami oleh ibu bapa kita untuk membesarkan kita dulu. 

Masa, wang dan tenaga saya lebih banyak dihabiskan untuk anak-anak yang tersayang kerana saya tak mahu mereka terasa terbiar. Segala aktiviti dan cita-cita saya letakkan ke peringkat entah ke berapa kerana fikiran saya hanya tertumpu untuk membesarkan mereka berdua. Hari ini merupakan hari ke-3 Nurul Iman deman, saya dan Isteri tidak lena tidur masing-masing bergilir-gilir untuk menjaga Nurul Iman bagi memastikan suhu badanya dalam keadaan yang stabil. 

Ini lah tugas dan tanggunjawab kita sebagai IbuBapa? tapi pernahkan kita persoalkan apa pula tugas dan tanggungjawab kita sebagai anak kepada mereka (Ibu Bapa)?..
Marilah kita merenung kembali semasa kita kecil dulu apa yang telah dilakukan oleh kedua ibu-bapa kita, merekalah yang memberi susu kepada kita, menyuap makanan ke mulut kita, memandikan kita, memakai pakaian kepada kita, mendodoi dan menidurkan kita, membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita, menghantar kita ke sekolah demi melihat anaknya ini menjadi insan berguna di kemudian hari.

Mungkin ada antara kita pada ketika ini ibu-bapanya telah pergi buat selama-lamanya, seharusnya kita sebagai anak mendoakan mudahan roh-roh mereka ini ditempatkan dikalangan suhada dan solihin.

Sekiranya ibu-bapa kita masih bersama dengan kita di dunia ini, marilah sama-sama kita mengingati mereka, mungkin pada ketika ini ibu-bapa kita berada jauh di kampung sana, di rumah yang usang, ketika hujan mereka kebasahan, ketika kemarau mereka kekeringan, kadang-kala ibubapa kita berada dalam kelaparan dan keperitan akibat kesempitan hidup, sedangkan kita sebagai anak-anaknya yang berada di kota ini dalam kemewahan dan tidak merasa itu semua.

Ingatlah Kasih sayang mereka (ibubapa) kepada anak-anak sentiasa sepanjang hayat, pengorbanan dan kudrat dicurah siang-malam tak kenal penat dan jemu, hanya tahu memberi dan tidak mengharapkan apa-apa balasan. Segala kesusahan dan penderitaan tidak pernah dikongsi bersama dengan anak-anak.

Ketahuilah bahawa ketidakredh0an ibubapa kepada sikap keji anak-anak ini akan mengundang kemurkaan ALLAH SWT. Selama mana kita tidak diredhai oleh ibu-bapa, selama itu juga kita hidup dalam kemurkaan dan derhaka terhadap ALLAH SWT. Ambillah kesempatan yang ada ini untuk menyayangi sebelum mereka pergi untuk selama-lamanya.

Renungkan firman ALLAH SWT yang bermaksud :
 Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya(ibubapa) kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.” -Surah al-Israa’:24
Bergelinangan air mata saya menulis kali ini, semuanya ikhlas dari hati naluri saya sebagai Bapa. Harapan dan Doa saya mudahan anak-anak kita menghargai pengorbanan kita sebagi IbuBapa dan ingatlah walaupun kita menghadiahkan Istana Emas untuk mereka sekali pun. Pasti tidak terbayar dengan Pengorbana yang pernah mereka sumbangkan untuk membesarkan kita.
Iman Deman dan di tahan di Hospital (Si Ibu dalam pantang) - Pengorbanan ibu


0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.