Hai!!

"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi anda berpegang kepada visi dan memiliki matlamat yang jelas, anda berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya.kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Google+ Followers


Get this widget!

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JBPM KL April 2013

Monday, April 22, 2013

Sebelum saya pergi lebih jauh mengenai entry Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) untuk hari ini, adalah lebih baik kita mengenal apakah APC yang sebenarnya.
Anugerah khidmat cemerlang adalah anugerah yang diberikan kepada seseorang anggota tidak kira sama ada mereka berada di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan kerana kualiti/kuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh dan daya penarik kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

Kriteria APC selalu dinilai dari segi :

  1. Mendapat prestasi 85% ke atas;
  2. Telah disahkan ke dalam jawatan, Anggota mestilah bebas daripada dikenakan sebarang tindakan tatatertib;
  3. Anggota yang telah dinaikkan pangkat hendaklah berkhidmat tidak kurang dari tiga (3) tahun dengan tahun permulaan pertama yang diambil kira adalah pada tahun berikutnya; iaitu sebagai misalannya seperti berikut : 
    • anggota yang mendapat kenaikan pangkat pada 1.1.1998, hanya akan dipertimbangkan dalam tahun 2001 untuk penganugerahan pada Disember 2001;
    • begitu juga jika tarikh naik pangkat anggota ialah 1.7.1998, anggota juga layak dipertimbangkan dalam tahun 2001 untuk penganugerahan pada Disember 2001 dan;  
  4. Anggota yang telah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang hendaklah berkhidmat   tidak kurang dari selama lima (5) tahun perkhidmatan dengan tahun permulaan pertama diambil kira adalah pada tahun berikutnya, sebagai misalannya seperti berikut:- 

"Anggota yang mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang pada Disember 1996, akan dipertimbangkan dalam tahun 2002 untuk penganugerahan pada Disember 2002"

Hadiah bagi penerima Anugerah Khidmat Cemerlang seperti berikut:
  1. Sijil Perkhidmatan Cemerlang
  2. Hadiah Prestasi sebanyak RM1000.00
Alhamdulillah.. Syukur 23 April 2013 adalah hari yang amat bermakna bagi saya kerana  tersenarai sebagai penerima Anugerah Cemerlang dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur di Hotel Alfot Kuala Lumpur sepanjang tempoh perkhidmatan selama 6 tahun. 

Untuk pengetahun sehingga ke hari ini saya telah berkhidmat sebanyak 3 buah balai di 2 buah negeri. Sepanjang tempoh itu saya telah mengharungi pahit dan manis dari pelbagai lapisan samaada dari rakan sejawat mahupun orang awam. 

Berkad dorongan dari rakan-rakan seperjuangan saya kuatkan semangat untuk terus berkhidmat dengan menabur segala kemahiran dan ilmu yang ada untuk Jabatan tanpa mengharapkan sesuatu. Mudahan saya akan terus berusaha dan memberi sumbangan dalam jabatan dengan lebih cemerlang dari masa ke semasa.

Tertarik dengan kata-kata yang diungkapkan oleh YS Dato Wan Ketua Pengarah JBPM dalam Majlis APC tahun 2013 ini, "tidak seorang pun akan berjaya tanpa ada orang lain yang menyokong di belakangnya dan tiada seorang pemimpin pun akan berjaya tanpa ada orang lain yang melaksanakannya tugasan yang dirancangnya". dan kata-kata dari YS Pengarah JBPM Kuala Lumpur "Orang yang berjaya adalah orang yang berusaha untuk bangun semula dari terus jatuh"

Insya'Allah selagi saya hidup selagi itu saya akan terus berusaha untuk meningkatkan diri bagi mengejar impian dan cita-cita.. Mudahan segalanya mengikut landasan Islam. Amin

Akhir kata mari kita renung kata-kata ini :
" Allah beri apa yang kamu perlu, bukan apa yang kamu mahu.."
dan " Setiap Manusia amat berharga, bukan untuk dipersia " .. 

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular