"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

KONGSI PENGALAMAN : "MAKAN NESTUM".... Diambil dari Email..

Tuesday, May 31, 2011

Re: Makan nestum

honey, saya buat website.. bisnes kecik2 je...

--- In ibu@yahoogroups.com, Hani Fadhlina Abdul Rahman
wrote:
>
> Setuju dengan pendapat fikir ... Makanan pelengkap pun seboleh-boleh
nyer jangan bagi nestum ... Bagi bubur nasi ...
>
>
>
> Fikir buat keje ape dari rumah ... ?
>
> fikir wrote:
> Kalau kita pegi klinik kesihatan skrg pun dah cakap jgn
bagi garam dan
> gula utk baby kecik... lepas setahun ok, itu pun tambah sikit2 je...
> kalau nak manis, bagi manis asli daripada buah... baby x pandai lagi
> differentiate rasa masin ke x masin... jadik jangan mulakan/ jangan
> ajar sehingga umur dia setahun.... Organ penghadaman dia x matang
> lagi, kesian... kesan bukan setahun dua nampak... tapi bila dah besar
> nanti....
>
> Islam suruh bagi susu ibu sampai 2 tahun.. dan perubatan moden pun
> mengakuinya.... 6 bulan eksklusif susu badan dan teruskan penyusuan
> sehingga 2 tahun disamping makanan pelengkap... dulu setahun je, skrg
> dah tambah....
>
> Itu la pengorbanan seorg ibu.. itu sbb Islam janjikan ganjaran besar
> utk ibu yg mengandung dan membesarkan anak... yang penting kita ikhlas
> dan sabar w/pun letih, penat, ngantuk....
>
> Anak 1st saya bekerja.. saya perah susu badan... simpan dalam fridge
> dan freezer... lepas tu bagi kat baby sitter dan nursery dia...
>
> Anak 2nd saya buat kerja dari rumah.. jadi saya dapat bagi susu badan
> fresh utk anak... alhamdulillah...
>
> --- In ibu@yahoogroups.com, Lelatul Noor Maarof wrote:
> >
> > Salam untuk semua,
> >
> > Menyampuk sikit, memang le mengikut kajian perubatan kanak2 bawah
> 4 bln tidak boleh diberi apa2 pun bentuk makanan hanya susu sahaja yg
> perlu diberi. Kerana ususnya belum boleh memproses benda2 tu semua.
> Tapi bagi sy le, sy x sangup dengar anak asik menangis saja. Apa yg sy
> buat sy beri anak sy minum air didih nasik ( air kanji nasik), atau
> seperti yg Haslinda beri pada babynya. Makanan ni pun hanya diberi
> sekadar alas perut je bukan beri sampai kenyang. Sedia maklumkan usus
> baby tidak boleh memproses seperti orang dewasa, jadi ada hadnya untuk
> memberi mereka makanan ni.
> >
> >
> > Harap dapat membantu.
> >
> >
> > Wassallam
> > HASLINDA ZAINAL ABIDIN wrote:
> >
> > Hai Jay slamat berkenalan....Thanks for your pendapat...but anyway
> kalau nak bagi baby makan tepung yang I sertakan resepinyer tu
> terpulangler....coz kan Kak Lin dah cakap lebih mudah kalau bancuh
> tepung beras tu dengan susu ibu ataupun susu formula yang anak-anak
> you all minum...nak letak secubit garam takkan bule merosakkan because
> I nipun ada gak background medical neh so..I rasa taklah memberi kesan
> kalau secubit garam dimasukkan dalam bancuhan tepung tu kalau tak
> letakpun takper terpulang....Yang paling bagus skali kalau tak bagi
> baby makan terlalu awal tp kalau dah you tidopun tak senang baby asyik
> nangis jer coz lapar penat gak kan????Lagipun bule ker tahan
> asyik-asyik you nak duduk bangun kerap buat susu formula atau bagi
> susu badan semata-mata???I rasa zaman sekarang ni semua ibu-ibu
> berkerjaya....
> >
> > Haslinda Zainal Abidin
> > CAA to GM Special Ventures Unit
> > MISC Integrated Logistics Sdn Bhd
> > Lot 88077, Jalan Perigi Nenas 7/1
> > Taman Perindustrian Pulau Indah
> > 42907 Port Klang, Selangor Darul Ehsan
> > Tel : 03-31612449 (DL)
> > 03-31612400 (HL)
> > 012-9073685 (HP)
> >
> >
> > ----- Mesej Asal ----
> > Daripada: Siti Khatijah Mohammed Hassan
> > Kepada: ibu@yahoogroups.com
> > Dihantar: Khamis, 16 Ogos, 2007 9:28:52
> > Subjek: Re: [ibu] Makan nestum
> >
> > I pun tahu sebegitu. Sebab baby bawah 6 bulan ususnya tak
> ready lagi nak digest makanan. Memang our mum akan kata "Alah kau dulu
> pun makan nestum awal juga" tapi itu dulu dan ini anak kita, Kita nak
> yang terbaik untuk mereka. Kalau baby menangis sebab lapar cubalah
> kerapkan pemberian susu. My baby baru start solid 2 months ago and she
> terus start makan blend bubur sebab dia CMPA. Tapi dia tetap juga
> lapar so saya kerapkan bagi susu badan. Alhamdulillah malam dia tak
> meragam.
> >
> >
> >
> > On 15/08/07, Jay Ray wrote:
> > salam,
> >
> > jay pun pernah dengar pasal bagi baby makan tepung ni. tapikan nak
> tanya siket...
> > ok ke bagi makan tepung (wpun dr beras) campur plaks ngan garam
> and gula, pada baby yg umurnya 3 bulan?
> > bukan ker garam tuh leh rosakkan buah pinggang baby yg lum matured
> tuh?
> > bukan apa, jay pernah dengar (or read) someone said, after 1 yr,
> baby below 6 mths, makan anything except susu ibu or formula akan
> mengalami masalah digestion yg teruk.
> > entahlah...
> >
> > aper pendapat ibu2 yg lain?
> >
> >
> >
> > Jay... Along... Hud
> >
> >
> >
> > ----- Original Message ----
> > From: HASLINDA ZAINAL ABIDIN
> > To: ibu@yahoogroups. com
> > Cc: nor norizs
> > Sent: Wednesday, August 15, 2007 9:07:01 AM
> > Subject: Re: [ibu] Makan nestum
> >
> >
> > Nor anak you tu macam muda aje umurnya so akak rasa lebih baik
> awak jgn beli nestum tp cuma awak kena rajin sket bancuhkan tepung
> beras ajer kalau terlalu muda macam tu ..memang kekadang tu anak-anak
> kalau menangis kemungkinan besar dia lapar ataupun mungkin tak kenyang
> minum susu samada susu badan mahupun susu botol...Apa kata kalau cuba
> bancuhkan tepung beras...resepinya ada kakak sertakan sekali ni.....
> >
> > 2 camb tepung beras (diayak)
> > 1 cwn air masak
> > secubit garam
> > secubit gula
> >
> > Cara-caranya:
> > Bancuhkan tepung, gula & garam dengan air masak tadi rata-rata
> dalam periuk kecil. Bila nampak dah sebati letakkan periuk kecil
> tadi atas api dapur yang kecil kacau sampai campuran tadi pekat dan
> berkilat. Sejukkan dan suapkan baby dengan air suam.....Kalau nak
> sedap lagi campurkan sket susu ibu/susu tepung masa masak tepung tadi
> takyah pakai gula......
> >
> > Haslinda Zainal Abidin
> > CAA to GM Special Ventures Unit
> > MISC Integrated Logistics Sdn Bhd
> > Lot 88077, Jalan Perigi Nenas 7/1
> > Taman Perindustrian Pulau Indah
> > 42907 Port Klang, Selangor Darul Ehsan
> > Tel : 03-31612449 (DL)
> > 03-31612400 (HL)
> > 012-9073685 (HP)
> >
> >
> > ----- Mesej Asal ----
> > Daripada: nor norizs
> > Kepada: ibu@yahoogroups. com
> > Dihantar: Selasa, 14 Ogos, 2007 2:31:05
> > Subjek: Re: [ibu] Makan nestum
> >
> > assalamualaikum. .
> > saya nak mintak pendapat... saya mempunyai kembar 2 lelaki yg
> berusia 3 bln 2 minggu. apabila dia menangis emak mertua saya selalu
> kata anak saya lapar. saya di minta belikan nestum untuk mereka. saya
> rasa serba salah.. perlukakah saya bg anak saya mkn diusia ini.. emak
> minta saya campurkan dalam susu.. saya takut anak saya tak dapat nak
> hadam dgn baik...
> >
> > Hani Fadhlina Abdul Rahman wrote:
> > Sepatut nyer baby 6 bulan ke bawah tak payah bagi makan ape2
> kecuali susu ibu ... Bayi selepas 6 bulan tak digalakkan bagi nestum
> ... Cuba buat bubur sendiri ...
> >
> > Eija < eija@ my> wrote: Assalammualaikum,
> >
> > Nak minta pendapat netters. Anak saya berusia 5 bulan. Memang
> saya beri nestum growell pagi dan petang. Tapi agak kerap menyusu
> juga. So baru-baru ni saya berikan juga makan nestum susu + sayur2an
> yg dari umur 6 bulan ke atas tu. Baru lah kenyang juga nampaknya. So
> disini saya nak tanya samada ok ke tak bagi dia makan nestum tu....
> tak de effect apa2 ke pada usus dia....terima kasih pada yg berkongsi
> pengalaman.

3 Komen/Ulasan:

Anonymous said...

nak tanya... anak saya 3 tahun. lunch dia makan nasi. berat dia 17 kg. so, i nak control berat. so, boleh tak malam bagi dia makan nestum berbandin nasi.

Saiful Runner said...

Saya bukan arif mengenai pemakanan anak-anak, tapi dari pembacaan boleh lah serba sedikit saya membantu..

Seperti yang kita ketahui anak yang sedang membesar menjadi lebih aktif dan bersikap ingin tahu. Pada masa ini mereka memerlukan lebih tenaga dan makanan yang berzat.

Pada usia 2 – 6 tahun, kanak-kanak telah didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur. Tiada suatu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu pelbagaikan pengambilan makanan anak berasaskan piramid makanan.

1. Piramid Makanan

Makan sedikit – lemak, minyak dan gula
Makan sederhana – daging, ayam, ikan dan kacang
Makan banyak – sayur-sayuran dan buah-buahan
Makan lebih banyak – bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian

a) Nasi dan gantiannya
Nasi, mee, roti dan ubi-ubian merupakan sumber utama tenaga untuk anak anda.

b) Buah-buahan dan sayur-sayuran
Makanan ini adalah sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang membantu menjauhi penyakit.

c) Ikan, daging dan gantiannya
Kumpulan ini terdiri daripada daging, ayam, ikan, telur, kekacang, tauhu dan tempeh. Ianya membekalkan protein, vitamin dan mineral di samping sedikit lemak. Ia akan membina tubuh dan menyembuhkan luka.

d) Susu dan hasil tenusu
Susu dan hasilannya seperti keju dan dadih kaya dengan protein dan kalsium yang tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat

Contoh menu sehari untuk kanak-kanak 1 – 3 tahun

Sarapan pagi
· 1 gelas susu
· 2 keping roti disapu sedikit marjerin dan jem

Minum pagi
· 3 keping biskut
· ½ gelas minuman bersusu

Makan tengahari
· ½ cawan nasi
· 1 ketul ayam goreng kicap
· 2 sudu makan sayur
· Air masak

Minum petang
· 1 keping kuih
· 1 potong buah
· ½ gelas minuman bersusu

Makan malam
· 1 mangkuk mihun sup

Minum malam
· 1 gelas susu

Insya'Allah mudahan ia dapat membantu.. Saya sarankan Puan mencari lebih banyak maklumat pemakanan dan kesihatan di ruangan Internet..

Terima Kasih..

Saiful Runner said...

Cuba lawati entry saya berkenaan Makanan kesihatan kanak-kanak di sini.

http://saifulnrahida.blogspot.com/2012/09/makanan-untuk-kesihatan-kanak-kanak-1-6.html

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.