"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Kali pertama Demam

Monday, May 23, 2011

Tarikh : 23 Mei 2011

Tarikh ni buat kan aku dan isteri jadi betul2 tak boleh tidur..
ni lah kali pertama Nurul Iman demam.. kami sedar yang Nurul Iman demam pun ketika dia hendak menyusu malam.. sudah menjadi kebiasaan iman akan terjada malam untuk menyusu..

Jam 0300 isteri aku kejutkan aku dari tidur mengatakan badan iman panas tanda demam... aku terus bangun dan rasa suhu badan Iman dengan tangan.. terlalu panas.. tapi iman tak menunjukkan riaksi seperti demam.. kalau budak lain tentu dah merenget dan buat hal..

Selepas Iman minum susu, dia terus sambung tidur.. tapi aku sebagai ayah tak boleh tidur dengan keadaan anak yang tidak sihat.. asik memantau suhu badan anak aku tu.. bermacam-macam lah perkara yang tidak baik terlintas di fikiran.. Aduh!!! mudahan iman tak apa-apa ..

Terfikir jugak nak hantar dia ke Klinik malam tu.. sebenarnya aku tak tahu nak buat apa.. jadi kaku dan hilang punca malam tu..

Pesanan : kalau terjadi situasi mcm aku hantar lah anak ke Klinik.. jgn jadi macam aku..

selepas berbincang dengan isteri aku, dia cakap nak tanya pendapat pengasuh, samaada perlu ke hantar Iman ke klinik tak kerana pagi tu suhu badan iman beransur pulih.. Aku setuju untuk tanya pengasuh pun kerana Pengauh tu  mungkin lebih pengalaman dalam menjada budak..selepas pengasuh merasa dengan tangan, pengasuh pun setuju menghantar iman ke klinik..

Aku tak berfikir panjang terus ambil keputusan untuk bawa Iman ke Klinik Putrajaya.. aku pilih klinik Putrajaya pun sebab aku rasa iman dah biasa dengan klinik tu, lagi pun pemeriksaan kesihatan setiap bulan pun pada klinik yang sama..

Pemeriksaan pada pagi tu menunjukkan bacaan suhu badan iman 39.9 C... Jururawat tu cakap iman berada  dalam suhu DEMAM..
Aku dan Isteri terfikir benda yang sama.. kalau pagi ni suhu badan iman 39.9C.. malam tadi jam 0300 tentu lagi tinggi sebab pada malam tu badan iman rasa terlalu panas dari pagi ni..

Alham'dulillah.. Iman tak apa-apa.. maafkan abah kerana lambat bertindak dan cuai..

Tidur kepenatan dan tak sihat

Tarikh : 24 Mei 2011

Semalam Isteri aku ambil cuti untuk menjaga Iman dan memantau kesihatan Puteri kami tu.. Isteri aku cakap keadaan terkawal dan beransur baik..

Cuma Iman tak lalu makan seperti biasa..

Isteri aku ingat iman tak makan makanan yang di masak.. isteri aku cuba masak makanan dengan perisa EPAL pula untuk membuka selera Iman kembali..
tu lah pengorbanan Ibu.. sanggup buat apa saja untuk anak.. walaupun penat.. Abang kagum dengan sayang..

Pagi ni sebelum aku pergi kerja aku uji suhu bagan Iman dengan termomiter yang kami beli semalam... suhu iman pada pagi ni 36.6..

Cerita padal termomiter / jangka suhu.. aku teringat kejadian semasa di klinik semalam.. lawak jugak..

selepas pemeriksaan kami di arah untuk ke bilik 2 untuk mendapatkan rawatan selanjutnya iaitu ubat bontot dan melembapkan badan Iman.. semasa rawatan dijalankan oleh jururawat.. namanya aku tak pasti lah.. dia tanya kami :

Jururawat :  Termomiter ada tak di rumah...

Aku : tak ada...

Jururawat : kenapa tak ada.. ni kalau jadi apa-apa yang tak diingini berlaku siapa nak jawab..

Aku & Isteri : diam dan senyum sinis saja..

Jururawat : ni kerja ke...

Aku : Kerja.. (Jawab bagi pihak Isteri)

Jururawat : Berani awak ye..
                    Anak siapa jaga....

Isteri : Pengasuh...

Jururawat : Ambil lah cuti.. jaga anak... nanti jadi apa-apa dengan pengasuh susah..

Aku : Senyum.. Betul jugak cakap jururawat tu...

melihatkan Isteri kau terkebil-kebil menahan malu selepas dimarahi Jururawat aku senyum...
hahaa.. buat Isteri tercinta sabar yee.. ni pengajaran untuk kita sabagai IbuBapa..

Bila difikirkan balik.. lawak jugak keadaan tu.. hahaaa....

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.