"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Makanan Iman..

Tuesday, May 31, 2011

Semalam Isteri aku masak makanan Iman entah lah kali ke berapa..

sejak mula iman makan ketika usianya 6 Bulan.. pada 07 Mei 2011.. makanan pertama Iman yang Isteri sediakan adalah bubur nasi (yang dah d bland)+ susu..

SOALAN : Kenapa 6 bulan baru nak suap makan.. kesian budak tu.. LAPAR..

Jawapan:
Kenapa aku dan Isteri ambil keputusan untuk memberi Iman makan pada usia 6 Bulan kan..
ni lah sebabnya:

Semua ibu digalakkan untuk menyusui anaknya dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga berumur 2 tahun” dan ini bermakna selama 6 bulan, bayi tidak diberi makanan lain selain susu ibunya dan tiada susu tambahan, tiada nestum, tiada air masak.. hanyalah semata2 susu ibu. Itu adalah penyusuan eksklusif.

Makanan pejal atau solid food boleh dimulakan selepas bayi berumur 6 bulan. ^ bulan 1 hari, ibu2 dah boleh mula memperkenalkan anak dengan makanan pejal. Tetapi beberapa perkara harus di ambil kira iaitu:
1) Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal.

2) Makanan pertama yang disyorkan adalah puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot (puri buah-buahan- namun elakkan buah-buahan citrus) yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, ya, itu yang sepatutnya)

3) Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut- ia akan meningkatkan risiko alergi. Garam dan gula juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini (ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam)

4) Minggu kedua, mungkin ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.

5) Ibu-ibu hendaklah berikan bayi mencuba setiap resepi yang anda buat. Jika anak menolak (mungkin tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jgn dipaksa bayi untuk terima. Cuba tackle dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga mempunyai deria rasa  – mungkin maknye juga tersalah masak (maklumlah anak pertama, hehehe).

6) Bubur nasi yang cair (untuk bayi yang baru mula menerima makanan, bubur nasi mestilah sedikit cair untuk mengelakkan sembelit- sebelum ini menyusu dgn susu ibu selama 6 bulan – mudah dihadam – jadi jgn terburu2 memberi bubur nasi yang pekat) – bubur bolehlah mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa dengan makanan. Maksud saya,bayi sudah boleh menerima makanan. Jangan juga paksa anak untuk habiskan bubur nasi kita. Perut bayi semasa ini adalah sebesar segenggam tangannya. so, tak boleh expect baby makan satu mangkuk besar.  apabila bayi sudah meningkat kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu ibu dan sayur serta ikan bilis atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi.

7) Apabila memperkenalkan makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4 day rule” – iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal, teruskan selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun allergi kepada bayi anda. Perhatikan keadaan bayi selama 4 hari samada bayi serasi dan boleh menerima makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika bayi allergi kepada makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari selepas makanan diambil. Begitu juga dgn masalah penghadaman. Anda boleh pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga dengan gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama 4 hari, maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan tunggu sehingga anak besar sedikit. Jika ok, teruskan! 

 MENU MAKANAN IMAN


Menu untuk hari ni adalah Nasi + Epal + kentang.. aku tak tahu lah rasanya mcm mana.. tapi nampak macam sedap.. aku bukan tak nak rasa tapi makanan yang sudah di bland tu nampak likat lah.. haha..

Nasi + Epal + Kentang

Sebelum di Bland


Hasilnya sesudah di bland
ni gambar makanan Iman yang aku nak kongsi untuk semua..

Saya nak berkongsi tips makanan apa yang harus dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan kepada anak  (1st solid food- 6-7 months). Ianya adalah:

Telur (terutamanya telur putih), – mengandungi bakteria salmonella

susu lembu/dairy products
makanan laut
kekacang
citrus food
yeast, cheese (keju)
MADU (dilarang sama sekali – ianya bertoksin)

** saya ingin kupas sedikit tentang MADU. mmg manis, sedap tetapi ketahuilah ianya berbahaya kepada bayi di bawah umur satu tahun. Madu kadangkala mempunyai spora botulism (clostridium botulinum) – ehem, dah lama tinggal subjek microbiology nih... yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. Jadi, saya minta ibu2 tidak memberi madu sebagai makanan ‘belah mulut’ bayi atau untuk apa2 majlis sebelum majlis hari jadi pertamanya. **

1 Komen/Ulasan:

Anonymous said...

Terbaik lah

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.