Hai!!

"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi anda berpegang kepada visi dan memiliki matlamat yang jelas, anda berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya.kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Google+ Followers


Get this widget!

Konvoi ke Rumah Pengantin Shahriman di Johor...

Sunday, September 9, 2012

Alhamdulillah.. semasa saya menulis blog ni kami sekeluarga telah selamat sampai dari perjalanan 2 negeri selama 2 hari hehe.. dengar macam jauh dan.. macam ada misi penting je kan hahhaa..

Sebelum ni saya pernah menulis.. akan ke Johor pada 08 September 2012 menghadiri kenduri kahwin kawan (Shahriman) di segamat dan kemudinnya akan ke Negeri Sembilan atas pelawaan yusri (rakan konvoi ke Johor) untuk bermalam di rumah maknya di negeri Sembilan..

Sebelum melalut lebih panjang lebar lagi, terlebih dahulu nak ucapkan banyak-banyak Terima Kasih le buat Isteri saya yang tercinta sebab ambil cuti untuk mempermudahkan perjalanan yang dirancang.. Dalam rancangan saya dan Isteri.... dia akan bekerja pada hari sabtu (28 Sept. 2012) tu sebab nak siapkan kerja yang menimbun dan segera (bos nak segera..). Tapi setelah difikirkan, mungkin akan membuatkan perjalanan menjadi lambat... so dia (Isteri) ambil keputusan untuk siapkan keja yang difikirkan penting dan segera pada hari Jumaat tu (Balik keja lambat le..).. Tq sayang..

Cek point pertama kami di R&R Ayer Keroh.. cantik jugak R&R Ayer keroh ni (1st time sampai)… kawasan yang berbukit di tambah dengan angin sepoi-sepoi bahasa (bermasah pulak hehehe).. Rasa selesa je berehat di sini.. Di R&R ni juga ada sediakan tempat permainan kanak-kanak, si Iman apa lagi.. melompat lah bila Nampak permainan kegemarannya.. BUAYAN.. Nasib baik lah masa tu tak ada orang gunakan buayan tu, kalau tidak mahu dia mengamuk sebab nak naik buayan..



Konvoi kami  exit Highway untuk menuju ke Segamat rumah Shahriman.. Exit Highway Tangkak jam 13:10pm, cuaca pada masa tu mendung je.. Kami meneruskan perjalanan  ke Segamat, sebenarnya saya tak sangka perjalanan ke rumah Shahriman sejauh ini (selepas exit tangkak kira-kira 60km ke kampung Shahriman).. Syukur Alhamdulillah dua orang puteri saya ni tak buat hal dan Yusri setuju untuk konvoi  ke rumah Shahriman sekali.. Kira saya boleh letakkan 100% kepercayaan kepada Yusri le sebab pernah belajar di Johor.. lagipun kalau sesat tak lah tension sangat, sebab sesat dalam konvoi ni lain sikit jika dibandingkan dengan sesat sendiri heheehe…

Dapat bayangkan jika perjalanan kami tanpa Yusri.. saya rasa tentu kami sekeluarga singgah dimana-mana kedai makan dan terus ke Kampung Isteri saya di Pekan je.. Rasanya tempat Shahriman ni tak lah jauh sangat dengan kampong Isteri aku di Pekan, Pahang..

Kami masuk ke simpang perkampungan Shahriman jam 14:45pm.. Sebenarnya saya kagum jugak sebab sekeliling perjalanan menuju rumah shahriman konvoi kami menempuh ladang getah.. Memang indah pemandangan dan suasana ladang getah..


Akhirnya konvoi kami sampai jugak ke destinasi pertama jam 15:05pm.. Rumah Pengantin lelaki Shahriman Bin Idris (pengantin perempuannya tak ingat pulak nama apa.. hehe sorry Shahriman).. setibanya konvoi kami pengantin baru berarak masuk ke dewan…

Alamatnya tak sempat le nak berbual dan bergambar kenang-kenangan dengan pengantin sebab dah lewat sangat, lagipun perjalanan kami masih jauh heheee (bak kata Yusri le).. Ni je gambar yang sempat saya ambil hehee..


Sorry le view-nya  jauh dan tak cantik.. lagipun juru kamera tu ramai sangat segan  nak memintas dan duduk sebelahan dengan jurukamera tu untuk ambil gambar pengantin.. sebab kamera saya tak cangih pun hehee… hehee…

Ini pulak gambar semasa kenduri di rumah perempuan di Bangi..


Oklah.. cukuplah sampai di rumah Shahiman dulu.. mata pun dah mengantuk ni.. esok Insya’Allah jika ada masa saya akan ceritakan konvoi perjalanan kami ke destinasi ke-2.. Rompin Nogoriii Sombilan…

1 Komen/Ulasan:

Anonymous said...

Dekat je dengan kampung saya tu..

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular