"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Setahun kelahiran Nurul Izzati

Thursday, February 14, 2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pada 12 Februari 2013 genaplah setahun usia puteri kedua kami yang kami namakan Nurul Izzati.. Niat kami hanay nak sambut secara kecil-kecillah je di kampung Pahang.. tak sangka pulak, jadi majlis yang boleh dikatakan sederhana besar.. Ramai jugak budak yang ada termasuk sanak saudara.. Saya sambung cerita hari jadi Izzati melalui gambar je lah hehee..

              << gambar hari lahir Nurul Izzati >>

Teringat pula kenangan pada waktu ini dan tarikh ini pada tahun lepas.

Sebelum saat kelahiran tiba, aku menuggu di luar wad. Tapi disebabkan hati memang meronta-ronta ingin berada di samping isteri tercinta agar kesakitan yang ditanggung menjadi sedikit ringan. Sebagai seorang suami, aku beranikan diri menuju ke bilik bersalin.. Selama berada bersama isteri di bilik bersalin, sebagai suami jika diberi peluang.. sememangnya aku ingin menanggung segala-galanya tetapi apakan daya, Allah memilih kaum ibu untuk memikul tanggungjawab yang sangat besar itu. Allah itu Maha Mengetahui tentang apa yang tidak kita ketahui.

Syukur, sekali lagi kerana aku berpeluang menemani isteriku ketika hampir tiba saat kelahiran anak ke dua. Aku memberikan sokongan sepenuhnya agar isteriku lebih tabah menghadapi situasi itu. Doa dan kata-kata semangat terus aku bisikkan ke telinga isteriku.

Setelah mengharungi saat-saat yang mendebarkan itu, akhirnya puteri kedua kami selamat dilahirkan. Terima kasih Allah, Kegembiraan itu lebih terserlah pada wajah isteriku setelah berjaya melepasi situasi genting sebelum itu.

Antara kegembiraan isteriku selain daripada kegembiraan melahirkan puteri kami ialah pengalaman menyusukan Nurul Izzati dan Kakaknya Nurul Iman. Walaupun aku tidak pernah dan tidak akan pernah dapat merasai pengalaman itu, aku dapat merasakan bahawa saat itu paling bererti dalam sejarah hidup isteriku kerana pengalaman dari pembacaan di Internet mengenai tandom Nursing.. Akhirnya dia sendiri merasai pengalaman sebagai ibu tandom nursing. Sekalung tahniah aku ucapkan kepada isteri tercinta.

Buat Puteri-puteri ku "ingat waktu abah azan dulu ye?" aku mula mengimbau kenangan indah itu.

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.