"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

KISAH IMAN : Hari pertama Iman di Taska

Thursday, January 8, 2015

السلام عليكم

Rasanya masih tak terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru 2015.. Tentunya banyak azam dah tersenarai untuk memastikan ianya terlaksana di tahun ni. Macam tu jugak dengan saya, mudahan ianya terlaksana. Aamiin.
Gambar : Tadika Al-Fath, Cheras Utama.

Cakap pasal tahun baru 2015 ni, ianya merupakan tahun bermakna bagi saya dan isteri kerana hari ni kami merasai pengalaman menghantar anak dara sulung kami ke Sekolah Tadika. Saya pasti ramai ibubapa yang sibuk menghantar anak ke sekolah/taska. Malah ada yang ambil cuti hari ke minggu untuk melihat dan merasai pengalaman ini.

Saya juga tak terkecuali untuk mengambil cuti :-). Walaupun hanya diluluskan cuti untuk sehari sahaja, disebabkan cuti masih dibekukan akibat bencana Banjir yang belaku di beberapa Negeri di Malaysia.. Di sebabkan bencana tu jugak, PM (Perdana Menteri Malaysia) telah mengistiharkan sesi persekolahan di seluruh Malaysia akan bermula pada 12 Januari 2015 (tarikh asal sesi sekolah 05 Januari 2015).


Gambar : Bergambar sebelum ke Sekolah
07 JAN 2015.
Merupakan hari Orientation day untuk semua pelajar baru di Tadika Al-Fath, difahamkan Orientasi ini selama 3 hari bermula pada 07 hingga 9 Jan 2015..

Uniform, sport wear & beg untuk Nurul Iman kami ambil hari sebelumnya.. Masa ambil pakaian dan kelengkapan sekolah yang lain, tengok riaksi Iman sangat excited. Seolah-olah nak ke Sekolah esok harinya, yang Nurul Izzati (adik Iman) geram je tengok peralatan sekolah si kakak. Siap mintak dibelikan untuknya jugak. Mujur Kakak pandai pujuk adik, kalau tidak letih jugak lah nak layan.

Pepagi seperti hari dan masa sebelum-sebelumnya, saya dan Isteri seperti biasa akan menyediakan persiapan apa yang perlu untuk menghantar dua orang puteri ni ke tempat asuhan. Tapi, kali lain sikit sebab perlu jugak sediakan persiapan tambahan untuk Iman ke sekolah.

Sebagai bapa saya tak dapat gambarkan perasaan ketika ini, dan mungkin perasaan ini jugak pernah dirasai oleh ibu dan ayah kita. Dibekalkan dengan harapan, kasih sayang dan cita-cita untuk lihat kita menjadi Manusia.

Sebenarnya pagi ni, Iman agak susah nak bangun sebabnya pada malam tu keadaan kesihatan Iman tidak berapa baik. Banyak kali jugak Iman terjaga malam sebab muntah-muntah. Saya sangka pagi ni memang iman tak dapat hadir untuk sesi pertama sekolah. Tapi, selepas terjaga.. Alhamdulillah.. Nurul Iman nampak sihat seperti biasa.. 

Sampai kat tadika tu dah ramai parents yang ada. Berbagai reaksi kanak-kanak dan Ibubapa saya lihat.. Seolah-olah ibu bapa pulak lebih excited dari anak-anak hehee.. Sebenarnya saya jugak macam tu..

Orientasi hari pertama ni dari Jam 8-9 sahaja. Selepas menghantar Iman di pintu tadika, saya dan Isteri tunggu di luar je. 

Tepat jam 9 pagi, sesi orientasi habis dan semua pelajar dibenarkan balik. Alhamdulillah riaksi wajah iman senyum je dan perkataan pertama yang keluar dari mulut Iman, "Kakak suka pergi sekolah.. kakak baik, kakak dengar cakap cikgu".. 


Gambar : Baru sampai sekolah
Gambar : Dalam kelas untuk sesi Orientasi (Hari pertama)
Gambar : Dalam kelas untuk sesi Orientasi (Hari pertama)
Gambar : Senyum macam nak dengan tidak je.
Gambar : Habis sesi Orientasi (Hari Pertama)
Gambar : Wajah senyum puas selepas sesi pertama

08 JAN 2015
Hari ke-2 Orientasi, tak ramai ibubapa yang hadir. 

Pagi ni, teringat hari pertama setiap tahun persekolahan, arwah ayah mesti letakkan tangan atas kepala saya. Dulu saya selalu mengelak sebab malu kawan-kawan nampak. Bila tanya mak dan kakak, rupanya ayah nak mendoakan saya.

Hari ni, saya buat perkara yang sama pada Nurul Iman. Saya letak tangan atas kepala Iman dan berdoa agar hatinya terang, dilapangkan dadanya dalam menerima ilmu, baik budi pekertinya di dalam pergaulan, mendengar kata serta nasihat cikgu dan semoga menjadi insan yg berguna kelak.

Untuk sesi persekolahan hari ke-2 kali ni, semua pelajar tadika Al-Fath perlu berbaris diluar sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Alhamdulillah, saya lihat pendedahan islam amat ditekankan. Semua pelajar mengikut cikgu membaca Al-Fatihah dan Doa penerang hati, dan saya dimaklumkan setiap pagi doa ini akan diamalkan oleh pelajar sebelum memulakan aktiviti.. Mudahan Nurul Iman dapat menguasai doa dan ilmu yang di ajar nanti. Aamiin.

Hari ke-2 ni jugak berkahir jam 9 pagi. selepas habis saya terus menghantar Iman ke tempat asuhan yang jugak milik sekolah tadika Al-Fath..

Saya juga pesan pada Nurul Iman, kalau nak buang air kecil atau besar, angkat tangan cakap kuat-kuat (sebab Iman bila bercakap suaranya slow) dengan cikgu.. minta izin nak pergi tandas. dan kalau jumpa kawan baru, salam tangan dan bagi tahu nama pada kawan.

Esok abah tak dapat teman kan Iman dah sebab tak ada cuti. Hari ke 2 ni pun abah mintak ikhsan dari Boss.. Harap Iman dapat membiasakan diri nanti, hari ke 2 ni abah hanya memerhati je dari jauh.. Alhamdulillah, abah lihat Nurul Iman dapat menguruskan diri.

Apa pun, bagi saya pengalaman pertama menghantar anak ke sekolah adalah suatu pekara yang amat bermakna. Kepada Ibubapa yang tidak pernah merasai pengalaman ini. Rebutlah peluang ni, saya pasti ianya amat memberi kepuasan kepada kita sebagai ibubapa mereka. 

Rasa macam nak mohon cuti je esok  :-).. Tapi pagi tadi cikgu dah pesan, mulai esok ibubapa tak boleh tunggu di dalam kawasan sekolah.. Kalau nak tunggu pun hanya di luar pagar kawasan sekolah. Nampak gaya, Macam abah pulak terlebih excited..

Agak-agaknya kalau hari pertama Nurul Iman masuk darjah satu nanti, mau abah ambil cuti sebulan hehehe..
Gambar : Hari ke-2, Pakai kasud sendiri untuk berbaris
Gambar : Membaca Doa sebelom aktiviti
Gambar : Dalam dalam kelas untuk sesi di hari ke-2
Gambar : Nampak gaya kena ajar susun kasud di rumah le lepas ni
kasut paling kanan (sebelah atas dan sebelah lagi bawah) tu lah kasut Nurul Iman.. hehee

Sebelum sesi persekolahan bermula, saya banyak jugak mencari maklumat dalam blog. Banyak rakan-rakan penulis yang berkongsi pengalaman dan tips menghantar anak ke sekolah.. Dalam banyak-banyak tu saya tertarik dengan tips yang dikogsikan oleh sarakit. Alhamdulillah saya peraktikan walaupun tak secara menyeluruh.

Tips ini jugak terdapat dalam buku “getting ur kids to kindergarten”. Saya harap dengan perkongsian yang di-copy (tak copy sepenuhnya, ada saya edit sikit) sedikit sebanyak dapat membantu.

1) Bawa anak melawat ke sekolah - Seperti kita orang dewasa, kali pertama berada di tempat baru, mestilah malu, berdebar-debar dan takut dengan persekitaran dan penerimaan rakan baru. Begitulah jugak anak kita, takkan kita expect dia tak menangis sedangkan dia tak pernah berenggang dari persekitarannya selama ini? Bawa dia melawat kawasan tu supaya dia familiar dengan persekitaran barunya.

2) Beritahu Kakitangan sekolah - contoh: pengasuh anak, guru, penjaga.
Beritahu mereka apakah kesukaan anak kita, apa yang dia suka makan, dia tak suka, waktu tidurnya, waktu potty dan lain-lain yang difikirkan membantu. Makin banyak info yang kita beritahu, keadaan akan menjadi lebih baik kerana anak kita akan cepat “trust” guru barunya kerana gurunya tahu apa kegemarannya. 

3) Kongsikan Pengalaman Menarik Anda di Sekolah - Ceritakan dan gambarkan masa zaman kita kecik-kecik dulu "seronok pergi school.. Boleh main dengan kawan.. dan lain-lain lagi”.
Berikan anak kita gambaran yang baik tentang sekolah, supaya mereka tidak bimbang untuk menempuh alam baru.

4) Elakkan berulang-alik - Bila dah tiba masa untuk ucapkan ‘bye-bye’, pastikan anda betul-betul keluar dari pintu kelas dan tidak berpatah balik bila terdengar tangisan anak. Percayalah, dia akan ok. Dah tiba masanya anak-anak kita belajar bersendirian bersama kawan-kawan.
Jika kita berpatah balik, percaya lah.. akan ada kesannya di masa akan datang. 

5) Bantu anak berkenalan dengan rakan baru - Bantu anak kita berkenalan dengan rakan baru. Ajak mereka duduk sama--sama dan ringan mulut untuk memulakan perbualan. Atau mulakan dengan bermain bersama-sama. 

Hari pertama kebanyakan kanak-kanak akan malu-malu atau tidak mahu, tak mengapa, kenalkan, kalau boleh hafal semua nama rakan-rakannya supaya kita boleh berborak dengan anak bila dia pulang dari sekolah setiap hari. Dengan ini sedikit sebanyak kita mengalakkan dia untuk bersekolah dan berkawan.

6) Senyum - Senyumlah, walau anda risau lihat anak anda meraung memanggil beberapa kali nama anda, atau anak anda kepit kaki atau tangan tak mahu ke sekolah sehingga terpaksa didukung guru. Pastikan dia langsug tidak nampak kesedihan kita pertama kali berpisah. 

Senyum dan katakan, “tak apa sayang. Nanti abah atau ibu ambil bila habis sekolah.”

7) Percayalah - Percayalah, anak kita akan menyesuaikan diri dengan baik. Samalah seperti kita dahulu, tak mahu ke sekolah, sampai dah jadi doktor, jadi lawyer engineer, pengarah, itu ini pun melalui proses yang sama.

Nota : Macam mana lah pulak Keadaan Nurul Izzati nanti.. Tak sabar pulak menanti hari tu.


0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.