"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Kasih Suami Membawa Ke Syurga

Tuesday, April 5, 2011

Assalamualaikum readers. Hari ini saya nak menerangkan tentang satu ayat yang ringkas, yang selalunya kita dengar bukan untuk suami, tetapi ibu. Ayat pendek, 5 perkataan, jutaan makna.



Seringkali perkataan kasih ini dikaitkan dengan wanita, kerana tingginya kasih sayang mereka pada keluarga. Si ibu tak pernah berasa penat; mengandung, melahirkan, membesarkan anak-anak; tak kenal erti susah ketika menguruskan hal rumah tangga; malah mereka tak mengharapkan apa-apa balasan daripada anak-anak mereka, cukuplah sekadar si anak menjadi orang yang soleh/solehah (baik). Sepertimana yang tercatat dalam hadith bahawa tingginya kasih sayang ibu, sehingga ibu diberi keutamaan lebih berbanding bapa.
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[Shahih al-Bukhari, no: 5971]
Tetapi sebaliknya, kasih bapa bukanlah bermaksud seperti kasih sayang seorang ibu tetapi dikiaskan dengan tanggungjawab seorang suami/bapa. Seringkali apabila kita bertanya kepada lelaki tentang apakah tanggungjawab seorang suami/bapa, mereka akan menjawab memberi nafkah zahir batin, sediakan tempat tinggal, pelajaran, kemudahan dan sebagainya. Ini adalah salah satu dari tanggungjawang suami dan ia bertepatan dengan hadith yang berbunyi:
“… Rasulullah saw. bersabda: Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karana puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu.”
(Shahih Muslim No.2485)
Namun begitu, amatlah jahil jika kita meletakkan duit sebagai kayu ukur terhadap bersedianya lelaki untuk memimpin keluarga. Ini kerana Rasulullah saw. pernah mengahwinkan seorang sehabat yang tidak mempunyai apa-apa, dan akhirnya dikahwinkan juga dengan bermaharkan mengajarkan hafalan Al-Quran yang dihafalkan olehnya (Rujuk Shahih Muslim No.2554). Dalam hadith ini, sahabat dikahwinkan oleh baginda Rasulullah saw. disebabkan keinginannya untuk berkahwin.
Antara yang dialog yang paling terkenal apabila kenalan memuji suami/bapa kita ialah:
“Sayangnya suami ko tiap-tiap tahun belikan gelang”
“Bagusnya ayah ko belikan ko kereta. Senang la nak pergi kelas”

Seringkali kasih sayang suami/bapa itu juga dinilai dengan mata (kebendaan) dan kebendaan ini juga menyebabkan ramai lelaki mengukur hebatnya mereka sebagai suami/bapa. Kejahilan lelaki seperti ini yang akan merosakkan institusi keluarga, sekaligus merosakkan umat seluruhnya.
Kasih sayang suami/bapa juga bukanlah semestinya bermaksud sayang yang membelai/mendodoi anak isteri ketika mereka tidur. Ia juga tidak bermaksud melakukan kerja rumah, memasak, membasuh baju dan sebagainya. Ia sangat digalakkan untuk melakukannya sebagaimana Rasulullah saw. sendiri menolong isteri-isteri baginda melakukan kerja rumah. Tetapi adakah ia cukup dengan menyediakan keperluan keluarga, membuat kerja rumah, mereka diberi gelaran lelaki bertangunggungjawab dan penyayang? (perempuan akan berkata, i wish not more than that. Cukuplah.)
Apakah sebenarnya kasih sayang suami?
Kita perlu memberi penghargaan kepada si suami/bapa kerana penatnya mereka berkerja seharian mencari nafkah. Dan apa yang memberikan kekuatan untuk mereka berkerja sedemikian, tidak lain tidak kerana rasa mereka rasa bertanggungjawab keatas keluarga mereka. Kadang-kala; kita mempunyai suami/bapa yang tidak dapat tidur bersama keluarga disebabkan kerja syif; ataupun kita ada suami/bapa yang kerja di pelantar minyak, ataupun berlayar menaiki kapal; mereka jauh meninggalkan keluarga mereka; tetapi adakah patut kita menggelar mereka suami/bapa yang tidak penyayang?
Kasih sayang suami/bapa tidak lain tidak, merujuk kepada kesempurnaan mereka melaksanakan tanggungjawabnya membimbing isteri dan keluarga. Bukan hanya memberikan kesenangan yang bersifat sementara, tetapi kebahagiaan yang berkekalan (syurga) dan kebahagiaan sebenar (kaya/miskin pun boleh bahagia). Dan apakah tanggungjawab sebenar seorang suami? Allah telah menerangkan dalam firman-Nya dalam Al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
[At-Tahrim:6]
Allah dengan jelas menerangkan bahawa suami/bapa (khususnya) sebagai ketua keluarga hendaklah memelihara keluarganya daripada sebarang kerosakan yang membawa kepada dosa dan neraka. Betapa beratnya tanggungjawab suami jika lelaki menyedarinya. Sebenarnya inilah kayu ukur kasih sayang seorang suami/bapa kepada keluarga. Renungkan! (Terkenang waktu menghadiri kursus perkahwinan, pencaramah2 berkali-kali menerangkan tanggungjawab suami: nafkah zahir, nafkah batin. Kesian, rosak keluarga)
bersambung…

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.