Hai!!

"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi anda berpegang kepada visi dan memiliki matlamat yang jelas, anda berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya.kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Google+ Followers


Get this widget!

Buat Isteriku Rahida...

Saturday, May 22, 2010






BUAT ISTERIKU

Isteriku
Maafkanlah diri ini
Terkadang tanpa kusedari
Diri ini tidaklah sesempurna peribadi
Tidak seperti dikau kehendaki
Tidak seperti yang dikau bayangi
Tidak seperti yang dikau tanggapi

Pernikahan ataupun perkahwinan ini,
Menyingkap tabir rahsia,
Terkadang aku sedari..

Dikau..
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setakwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Dikau Bukanlah Khadijah Yang Begitu Sempurna Di Dalam Menjaga …
Bukanlah Hajar Yang Begitu Setia Dalam Sengsara …
Justeru dikau isteriku..
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah…

Pun begitu aku juga tidak sehebatmana..
Aku bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajah,
Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…

Justeru ..terfikir aku..
Mengapa Mendambakan Isteri Sehebat Khadijah?
Andai Diri Tidak Semulia Rasulullah S.A.W. …
Tidak Perlu Isteri Secantik Balqis …
Andai Diri Tidak Sehebat Sulaiman
Mengapa Mengharapkan SUAMI SetampanYusuf?
Seandai Kasih Tak Setulus Zulaikha …
Tidak Perlu Mencari Suami Seteguh Ibrahim
Andai Diri Tidak Sekuat Hajar Dan Sarah …

Pernikahan ataupun Perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Setelah tersentak dari Alpa..
Akhirnya,kita harus kembali
meninjau sejarah

ada gelombang mencipta gelora
ada bayu menjadi badai
kita masih lagi berdiri di pantai
menjadi pemikir tua
dijerat falsafah manusia alpa
kutulispuisi ini
untuk seorang isteri

yang mengajarku memahami nilai cinta
supaya menjadi seorang suami yang berupaya
membina kehidupan berdua
berteraskan kesetiaan jiwa.
Tersadar didalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu

Terima kasih isteriku..

Isteriku..
Mari kukuhkan perjuangan semula
Melayari bahtera rumahtangga
Yang tidak sentiasa sentosa
Akan datang saat gelora
Menguji ertinya cinta kita
Sekuat mana akan ikatannya

Isteriku
Saat gembira kita lalui bersama
Kenangan manis kita kecapi bersama
Ingatlah kenangan indah yang buat kita tertawa
Senyum tawa kita coretkan dalam rumahtangga
Sungguh bahagia saat itu buat kita

Isteriku
Saat Duka kita hadapi jua
Ujian yang datang dari Yang Maha Esa
Tanda cinta-Nya pada keluarga kita

Isteriku…
Ketahuilah bahawa aku sedari
Betapa diriku
Menyayangimu..

Pintaku..
Dampingiku Selalu
Usah ditanyakan semalamku..
Agar aku tak akan pernah lupa..
Engkaulah temanku
Dalam perjuangan yang penuh berliku
Engkaulah permataku


Jadilah kita pasangan burung camar
terbang menjelajah langit

menatap laut biru
membawa pesan pada malam


Menikmati cinta ini hanya kerana-Nya Yang Maha Esa

2 Komen/Ulasan:

Anonymous said...

Romantiknya ayat.. nak shere boleh..

Saiful Anuar said...

Boleh je..

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular