"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Puasa anak-anak Ramadhan 1439H

Wednesday, May 16, 2018


RAMADHAN PERTAMA
17 May 2018

Alhamdulillah.. Diberi peluang kita bertemu Ramadhan 1439H...

Terasa gatal tanggan untuk menulis mengenai semangat anak-anak menghitung hari untuk bertemu bulan Ramadhan kali ni.. Alhamdulillah mudahan semangat ni kekal hingga akhir hayat..

Tidak untuk tahun sebelumnya.. Ketika Iman berumur 7 tahun manakala Izzati 5 tahun, bila saya dan isteri sebut je Ramadhan. Pelbagai persoalan dan ada jugak rungutan dengan perkataan kenapa, letih, lapar.. Sampai hilang akal jugak nak beri jawapan dalam mendidik Iman untuk mengenal dan membiasakan dia dengan Puasa.. 

Tahun sebelumnya, Iman bersahur lewat (Jam 7.00 pagi) sebelum ke sekolah Agama. Tahun untuk mengenalkan iman dengan Puasa di bulan Ramadhan.. Alhamdulillah sepanjang bulan ramadhan tahun lepas, ada hari yang iman boleh berpuasa penuh sehingga waktu berbuka dengan bersahur lewat.

Tahun ni, saya dan isteri telah bersetuju untuk mengajar Iman berpuasa penuh dengan bersahur awal.. Pagi tadi kejutkan Iman untuk bangun awal, tetapi Izzati pulak yang bangun, Nampak semangat Izzati untuk menunaikan ibadah puasa seperti kakaknya jugak.. 

Alhamdulillah. tak sabar pulak abah nak tunggu petang ni, nak tahu keputusan dan cerita puasa 2 orang anak perempuan abah. yang Izzati tak hirau sangat sebeb ini lah kali pertama berpuasa, lagi pun pagi tadi, Izzati berkali ingatkan diri dia jang masukkan air dalam mulut dan telan.. nanti kalau kita ajar lain, jadi keliru pulak dia.. Jadi saya ambil langkah biar dulu n tengok petang ni mcm mana..
 
Kami tak pernah menghadkan tempoh mereka berpuasa dan menjanjikan apa-apa ganjaran. Hanya menerangkan ganjaran dari Allah jika amalan berpuasa dilakukan. Kami percaya peringkat umur Iman dan Izzati harus digalakkan berpuasa dan berbuka hanya apabila mereka merasa tidak mampu atau lemah. Dari hukum, anak-anak , orang sakit digalakkan cuba berpuasa terlebih dahulu dan berbuka sekiranya mereka tidak mampu.

Dari Abdullah Bin Umar r.a : 
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, seshungguhnya Allah menyukai rukhsahNya dilaksanakan sebagaimana Dia membenci maksiat dilakukan.

Dari Prof. Dr. Rozieta Shaary memberitahu anak kecil boleh mula boleh dilibatkan dalam ibadah seawal usia mereka tiga tahun.

Katanya, dalam usia tersebut ibu bapa boleh secara berperingkat mengajar tentang konsep berpuasa itu sendiri.


"Ajarkan anak berniat dan mulakan dengan berpuasa selama dua jam bagi hari pertama untuk kanak-kanak berusia tiga tahun. Jika mampu anjak ke tiga jam untuk keesokan harinya dan begitulah seterusnya. Jika anak sudah berusia enam tahun boleh galakkan anak untuk berpuasa penuh atau separuh hari jika mampu.


"Pada ketika usia anak di bawah enam tahun, ibu bapa seharusnya menerapkan konsep berpuasa itu sendiri sebagai menahan lapar dan dahaga.


"Ibu bapa juga perlu menerangkan pada anak-anak bahawa berpuasa melatih diri untuk menahan diri daripada perasaan tak elok dan menahan perangai, mulut dari menuturkan sesuatu yang sia-sia, terangkan dalam bahasa yang mudah difahami anak," jelas beliau.
 
 
Pemakanan

Pakar pemakanan dari Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan, Rose Hanizan Mat Hassan berpendapat, melatih kanak-kanak berpuasa boleh dimulakan dari usia tujuh tahun ke atas sekiranya mereka boleh berpuasa.

"Tumbesaran fizikal dan perkembangan otak kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun masih aktif dan memerlukan nutrien yang lengkap.

"Pengosongan dalam kawasan perut bagi kanak-kanak di bawah usia tujuh tahun lebih cepat berbanding dewasa, keadaan ini sukar bagi anak kecil menahan lapar," jelasnya.

Rose Hanizan juga berkata bahawa sebelum melatih anak berpuasa sebaiknya pastikan anak berada dalam keadaan sihat.

"Lihat carta tumbesaran anak dan pastikan perkembangan mereka seperti tinggi dan berat badan baik.
"Sebaiknya juga latihan berpuasa ini dilakukan secara berperingkat, tidak digalakkan berpuasa penuh pada hari pertama melatih puasa.

"Latihan berpuasa dilakukan secara berperingkat ini lebih memberikan kekuatan fizikal dan mental kepada anak berbanding berpuasa penuh pada hari pertama melatih puasa," ujarnya.

Rose Hanizan turut berkata, corak pengambilan pemakanan anak pada bulan puasa juga sama seperti orang dewasa, sama dengan bulan-bulan yang lain.Semasa bersahur dan berbuka anak-anak harus makan makanan yang seimbang dan terdiri dari pelbagai kumpulan makanan.

Ini termasuklah kumpulan makanan karbohidrat seperti nasi, roti, bijirin dan hasil bijirin. Kumpulan ini memberikan tenaga, vitamin, mineral, serat (fiber) dan sedikit protein serta memberikan rasa kenyang yang lebih lama dalam perut.

Makanan karbohidrat ringkas seperti makanan manis dan mengandungi gula yang tinggi tidak digalakkan diambil dalam kuantiti yang berlebihan kerana ia boleh mendatangkan pelbagai penyakit.
Kumpulan makanan yang perlu diambil bagi anak-anak untuk tumbesaran adalah makanan berprotein seperti ayam, ikan, daging, telur dan kekacang.

Kumpulan ini juga kaya dengan vitamin B, zat besi dan zink. Ia penting juga untuk penyembuhan tisu dan pembinaan otot. Susu dan hasil tenusu juga kumpulan protein yang kaya dengan kalsium serta beberapa vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran anak-anak. Ia perlu diambil sekurang-kurangnya tiga kali sehari semasa bersahur, berbuka, dan sebelum tidur.

Manakala kumpulan yang kadang-kadang ibu bapa tidak ambil berat tetapi sebenarnya penting adalah buah-buahan dan sayur-sayuran. Kumpulan ini penting dalam menyumbangkan sumber serat dan mineral serta beberapa vitamin yang penting untuk tumbesaran.

Ia juga merupakan kumpulan yang mengandungi anti oksida tinggi bagi mencegah sesetengah penyakit di masa hadapan. Ia digalakkan mengambil setiap kali bersahur dan berbuka.

Menurut Rose Hanizan menambah, anak-anak juga tidak digalakkan mengambil makanan dalam kuantiti yang berlebihan kerana ia akan merangsang aktiviti keasidan yang tinggi dalam kawasan perut.

Ini akan menjejaskan kesihatan anak - anak seperti mudah mendapat gastrik.
"Ketika berpuasa, sebaiknya anak-anak tidak melakukan aktiviti berat. Pastikan anak minum banyak air kosong ketika berbuka juga untuk menggantikan air yang hilang pada tubuh ketika berpuasa," katanya.

Harap saya dan Isteri, mudahan izzati yang berusia 6 tahun dapat berpuasa separuh hari manakala Iman dapat menahan diri sehingga waktu berbuka. Insya Allah Esok kalau di beri peluang saya akan update dan berkongsi pengalaman anak-anak menjalani ibadah puasa. 

Sebelum saya akhiri untuk hari ni, sedikit kesimpulan yang saya cuba amalkan dalam mendidik anak berpuasa.




Kesimpulan:
1. Analisa usia anak yang mampu untuk berpuasa.
2. ‘Semangat’ ibu bapa versus kekurangan (limitation) anak-anak.
3. Persediaan dan pendidikan awal yang beterusan lagi suportif.
4. Apabila sudah bersedia, cuba untuk tidak hadkan tempoh berpuasa.
5. Makanan seimbang dan multi vitamin.
6. Rehat yang secukupnya.
7. Periksa kadar hidrasi.
6. Fleksibel.
7. Galakan dan ganjaran.
8. Jangan lupa amalan-amalan wajib dan sunat yang lain.

Akhir kata, salam Ramadhan daripada saya seisi keluarga.


0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.