"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Gambar anak yatim

Thursday, August 9, 2012



Gambar yang amat menyentuh hati..
seorang anak yatim melukis gambar "ibu"nya dan tidur bersama lukisan itu :

Ya Allah sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi pelukan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui....


Rasulullah S.A.W yang kita cintai begitu prihatin terhadap anak-anak yatim. Bahkan Baginda merupakan seorang yatim paitu sejak kecil. 
Pada zaman jahiliah, penduduk kufar Quraisy Makkah sering memperlakukan kezaliman terhadap anak-anal yatim. Anak yatim pada zaman itu seperti anak yang tiada halatuju kehidupan. Sekirannya ibu seorang anak yatim dinikahi oleh lelaki lain, warisan berupa harta si anak dihabiskan oleh bapa tirinya sehingga mengakibatkan si anak yatim hidup merempat.
Namun, kedatangan Islam telah merubah semua persepsi negatif terhadap anak-anak yatim ini. Sebagaimana firman ALLAH SWT :

كَلَّا بَل لَّا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ
“Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya); “

وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ
Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;


وَتَأْكُلُونَ التُّرَاثَ أَكْلاً لَّمّاً

Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),
وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبّاً جَمّاً
Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!
[Surah AL-Fajr : 17-20]

Menurut Muqatil, seorang ahli tafsir ayat tersebut menjelaskan mengenai kisah Qudamah bin Maz’un, yang merupakan seorang anak yatim diperlakukan dengan kejam oleh Umayyah bin Khalaf seorang pembesar Quraisy yang zalim.
Peringatan-peringatan dari ALLAH Subhanahu Wa Taala banyak ditegaskan mengenai kewajiban dan berhati-hati dalam mengendalikan harta anak yatim sebagaimana firman ALLAH Subhanahu Wa Taala :
“Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai ia dewasa dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungjawabannya”
[Surah al-Isra : 34]

ALLAH Subhanahu Wa Taala tidak pernah mempersiakan kekasih NYA dan berfirman :

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيماً فَآوَى
“Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? “
Mari kita fahami dahulu keadaan anak yatim piatu di zaman sebelum kedatangan Islam sebelum saya kongsikan kisah Junjungan Mulia yang kita cintai Sayyidina Rasulullah bersama anak yatim di pagi Syawal. Barangkali kita boleh bandingkan nasib anak-anak yatim piatu di zaman kita ini, artikal ini saya perolehi dari satu blog kisah Rasulullah s.a.w.
Ahmad Musthafa Al-Maraghi dalam tafsirnya menyebut, apabila seseorang bergelar yatim di Makkah, maka kehidupan mereka ibarat sudah di yakinkan akan gelap gelita. Ini termasuklah kerosakan akhlak, kehidupan yang disia-siakan dan tekanan perasaan kerana kehilangan ayah dan ibu. Ini disebabkan tiada sesiapa yang mengambil peduli akan untung nasib anak-anak yatim kerana masing-masing sibuk mementingkan diri sendiri. Anak-anak yatim ketika itu menjadi sesat disebabkan pengaruh jahiliah arab kufar. Walaubagaimanapun tidak kepada Rasulullah yang dipelihara kemaksumannya oleh ALLAH Subhanahu Wa Taala Yang Maha Mulia.
Kisah ini terjadi di Madinah pada pagi Hari raya Aidulfitri. Sebagaiamana yang diketahui, betapa Rasulullah s.a.w amat menyintai anak-anak yatim piatu. Diriwayatkan pada suatu  Hari raya Aidulfitri   ketika Baginda keluar dari rumah untuk menunaikan solat sunat  Hari raya Aidulfitri.  Baginda telah melihat sekumpulan kanak-kanak girang bermain, tertawa meraikan kehadiran lebaran. Kanak-kanak itu mengenakan pakaian baharu.
Tiba-tiba, Rasulullahs.a.w terpandang kepada seorang kanak-kanak berpakaian lusuh, compang-camping yang duduk sendirian dan menangis tersedu-sedu. Baginda mendekat gadis kecil itu dan mengusap kepalanya dengan tangan Baginda yang mulia dan bertanya dengan suaranya yang lembut; 

”mengapa engkau menangis nak…”. Rasulullah s.a.w yang memiliki hati yang lemah lembut turut pilu.
Anak itu terkejut kehairanan dan menjawab tanpa menoleh kearah yang bertanya, tanpa mengetahui kekasih ALLAH sedang berbicara dengannya :
“Biarkan aku sendirian.” Dia berkata lagi dengan perlahan : “Ayahku telah mati dalam pertempuran bersama Nabi S.A.W dan ibuku berkahwin lagi. Harta ku habis dimakan oleh suami ibuku dan aku diusir dari rumahnya. Pada hari raya yang suci ini, semua anak pasti menginginkan beraya dengan kedua orang tuanya. Aku melihat rakan-rakanku begitu gembira, bahagia bersama keluarga mereka. Sedangkan aku, tidak seperti mereka yang beruntung. Aku teringatkan ayah. Itu sebabnya aku menangis.
Andai ayahku masih bersamaku, tentu dia tidak membiarkaku seperti ini. Hari raya tahun lalu, dia membelikanku baju berwarna hijau lengkap bersepatu. Aku sangat bahagia ketika itu, namu kini aku tidak mendapatkannya lagi untuk selama-lamanya. Aku telah menjadi anak yatim….”
Mendengarkan kisah gadis kecil itu, Rasulullah S.A.W semakin sedih. Tanpa disedari airmata Baginda yang mulia menitis membasihi wajahnya. Kemudian dengan penuh kasih sayang Baginda membelai rambut anak gadis itu sambil berkata : “anakku, hapuskan airmatamu, angkatlah kepalamu dan dengarlah apa akan kusampaikan kepadamu. Apakah engakau ingin aku menjadi ayahmu? Apakah engkau ingin agar Fatimah R.A menjadi kakakmu? Dan apakah engkau ingin Aisyah menjadi ibumu? Bagaimana pandapatmu mengenai cadanganku ini wahai anakku? ”
Mendengarkan ucapan itu, gadis tersebut berhenti menangis. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya dan memandang dengan takjub wajah penuh bercahaya manusia agung yang berdiri dihadapannya. MASYAALLAH… orang yang turut bersedih bersamanya ialah Sayyidina Rasulullah s.a.w. Betapa anak gadis ini telah mencurahkan segala isi hatinya kepada kekasih ALLAH Subhanahu Wa Taala.
Katakanlah tuan-puan, hati mana, jiwa mana yang akan menolak pelawaan daripada manusia mulia ini. ALLAHU ALLAH. Anak gadis itu tersenyum dan tanpa kata dan mengganggukkan kepalanya perlahan sebagai tanda persetujuan.
Kemudian Rasulullah s.a.w memimpin tangan anak itu menuju ke rumah Baginda, Sepanjang perjalanan, gadis itu tersenyum riang dan terhapus kesedihan diwajahnya.
Setibanya di rumah Rasulullah s.a.w gadis kecil itu disambut dengan mesra oleh Sayyidah Fatimah Az-Zahra. Sayyidah Fatimah membersihkan tubuh gadis kecil itu, menyisir rambutnya dan memakaikan baju baharu dan sepatu yang indah.
Bahkan, Ummul Mukminin, Aisyah R.A menyediakan makanan khas bersempena  Hari raya Aidulfitri.  Rasulullah s.a.w juga memberikan wang saku kepada si anak. Setiap ahli keluarga Baginda menyantuninya dengan penuh kasih sayang. ALLAHU ALLAH. Betapa girangnya gadis kecil itu memiliki ayah seperti Rasulullah s.a.w. Begitu pula Rasulullah s.a.w Sayyidah Aisyah dan Sayyidah Fatimah begitu gembira meraikan kegembiraan anak gadis kecil itu.
Begitulah keperibadian Rasulullah s.a.w sebagai panduan kita dalam kehidupan. Betapa hampirnya Baginda s.a.w dengan anak-anak yatim-piatu. Kini, cuba kita letakkan perasaan anak-anak yatim tersebut sebagai diri kita Atau anak-anak yatim piatu yang berdekatan, raikanlah mereka semampunya. Tidak perlu sehingga berbelanja besar, membuat majlis-majlis besar, cukup mengikut kadar kemampuan yang ada.

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.