"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Belajar dari ARTIS dan ATLET..

Monday, August 6, 2012

Assalammualaikum dan salam Ramadhan...

Saya terjumpa artikel ini dan rasanya menarik untuk dikongsikan dalam perspektif corak pemikiran penulis artikel. Ada satu sudut cara penulis melihat yang agak menarik pada pandangan mata saya.. Sedikit perkongsian..
Ada dua perkara yang saya belajar daripada golongan karyawan.
Pertama adalah FOKUS... dan yang....
Kedua adalah PENGHAYATAN.
Seorang pelakon apabila membaca skrip lakonannya, dia membaca dengan begitu fokus dan penuh penghayatan. Usaha untuk menguasai watak lakonan di dalam skrip, membolehkan seorang gadis clubbing melakonkan watak ustazah hingga kelihatan lebih ustazah daripada ustazah. Mereka membaca dengan khusyuk, sanggup menguruskan badan atau menggemukkannya untuk melakonkan watak yang diberi.
Impak membaca seorang pelakon, lebih dahsyat berbanding impak membaca seorang pelajar Syariah di dalam kuliah universiti jam 8 paginya!

ATLET OLIMPIK
Apa yang saya belajar daripada seorang ATLET OLIMPIK?
Petikan KOSMO! ONLINE bertarikh 27 Julai 2012 menjelaskannya:
“…Menyentuh soal disiplin pula, perkara ini sangat penting untuk jadi seorang juara. Makan tak boleh seperti orang biasa, tidur tak boleh macam orang biasa. Untuk jadi seorang juara dunia, pelumba kita mesti lakukan perkara yang berbeza dengan orang lain. Kalau mereka lihat, orang biasa tidur pukul 12 tengah malam, mereka pun nak tidur pukul 12 tengah malam, kalau mereka lihat orang makan di kedai mamak, mereka pun nak makan di kedai mamak.
Kalau mereka buat perkara yang sama seperti orang biasa, mereka tak mungkin jadi juara dunia. Kalau mereka nak jadi juara, mereka mesti lakukan perkara yang luar biasa. Kalau nak jadi 10 pelumba terbaik di dunia, mereka mesti lakukan perkara yang luar biasa daripada orang lain. Jika mereka sekadar nak berkayuh di kampung, mereka boleh minum teh tarik dan roti canai. Pengorbanan itu sangat penting kalau mahu berjaya. Mereka tak boleh bersuka ria seperti orang biasa.
Kalau mereka dah sanggup berkorban, barulah kita boleh bercerita soal mahu jadi juara dunia…

KUALITI JUARA
Kualiti fokus, bekerja keras, disiplin itu jugalah kualiti yang diperlukan untuk menjadi JUARA AKHIRAT.
SYURGA FIRDAUSI hanya menerima keahilan orang-orang hebat.
Kehebatan kualiti itu saya tidak belajar daripada AGAMAWAN yang hanya BERCAKAP. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk merendahkan diri di hadapan golongan-golongan tersebut. Jika saya seorang ustaz dan mahu berdakwah kepada masyarakat, juga kepada golongan KARYAWAN dan ATLET, cara terbaik untuk mengajar mereka ialah belajar daripada mereka, terlebih dahulu.
Sebab itu saya teruja dengan Olimpik London 2012.
Saya tidak peduli kepada sejarah Olimpik.
Saya tidak nampak gangguan berita penyebaran kondom kepada atlet seperti yang diwar-warkan media.
Saya hanya nampak wajah-wajah juara.

Nor Suryani Mohamad Taibi - foto kredit http://i.telegraph.co.uk/

Saya nampak Penembak Negara, Nur Suryani Mohamad Taibi yang merupakan seorang ibu, sedang sarat mengandung lapan bulan, mengejar Pingat Emas, dengan penuh keyakinan.
Beliau menjadi wanita paling sarat mengandung dalam sejarah penyertaan Olimpik dunia!

 
Azizulhasni Awang. Foto kredit http://www.baikbike.com/

Saya nampak Pelumba Basikal Negara, Azizulhasni Awang  yang semenjak Tingkatan Tiga, menolak tiga tawaran MRSM dan Sekolah Sains, masuk ke Sekolah Sukan Negara Bukit Jalil kerana sangat jelas apa yang beliau mahu. Cita-cita asal untuk menjadi seorang doktor, diketepikan kerana fokus serta komited dengan cita-citanya menjadi Juara Lumba Basikal Dunia.

Dan Pocketrocketman, pada usia 24 tahun sudah pun bergelar Juara Dunia.

Demikian juga dengan Dato’ Lee Chong Wei (Badminton), Josiah Ng (Lumba Basikal) dan lain-lain.

TERBAIK, KEKAL TERBAIK
Semuanya mengingatkan saya kepada perbualan yang berlaku di antara Rasulullah S.A.W bersama para sahabat:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قِيلَ : ” يا رَسُولَ اللَّهِ ، أَيُّ النَّاسِ أَكْرَمُ ؟ قَالَ : أَكْرَمُهُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاهُمْ . قَالُوا : لَيْسَ عَنْ هَذَا نَسْأَلُكَ . قَالَ : فَعَنْ مَعَادِنِ الْعَرَبِ تَسْأَلُونَنِي ؟ قَالُوا : نَعَمْ . قَالَ : خِيَارُكُمْ فِي الْجَاهِلِيَّةِ خِيَارُكُمْ فِي 
الإِسْلامِ إِذَا فَقِهُوا 

Daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasulullah SAW ditanya, siapakah manusia yang paling mulia? Baginda menjawab, “Orang yang paling bertaqwa di antara mereka.” Lalu mereka (yang bertanya) berkata : “Bukan itu yang kami maksudkan.” Maka sabda baginda lagi, “Daripada keturunan Arabkah yang kamu hendak tanyakan? Mereka yang terbaik semasa Jahiliah adalah terbaik semasa Islam apabila mereka benar-benar memahami syariat Islam.” [muttafaq 'alayhi]

Yang terbaik akan terus kekal yang terbaik, apabila mereka benar-benar memahami Syariat Islam.

Sebab itu saya amat bersungguh, apabila atlet negara menghubungi saya bertanyakan garis panduan berpuasa semasa Olimpik musim panas di Kota London.

Isunya bukan sekadar hukum Fiqh. Isunya ialah daripada soalan Fiqh itu saya mahu memotivasikan mereka.

Kerana mereka telah terdahulu amat memotivasikan diri saya!
SEERU ‘ALAA BARAKATILLAAH!

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.