"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Permasalahan Anak tak dengar cakap..

Sunday, March 10, 2013


Anak-anak tak dengar nasihat.. Pasti dikalangan Ibu Bapa rungsing.. Tapi pernahkah kita mencari apa sebabnya ianya belaku dan  Mengapa?

Perkara ini sebenarnya amat penting untuk diketahui oleh bukan sahaja setiap pasangan yang akan menjadi ibubapa, tetapi jua individu yang mempunyai hubungan rapat dengan bayi atau kanak-kanak.

Usia antara 2 hingga 7 tahun merupakan waktu yang sangat aktif bagi perkembangan minda anak-anak. Didalam usia inilah, minda mereka mula mengumpul info dan input yang akan berkumpul menjadi 'sub conscious mind' atau minda separa sedar mereka. Dalam ertikata lain, kebanyakan input yang diserap ke dalam minda mereka akan membentuk cara mereka menanggapi dunia, personaliti dan lain-lain termasuk tabiat dan persepsi. Proses pengumpulan info dan input yang berupaya mempengaruhi minda separa sedar ini akan berterusan hingga keusia remaja.

Amat malang bagi ibubapa yang menggunakan usia anak-anak mereka ini penuh dengan leteran, pendekatan marah yang negatif (tidak berhikmah) dan lain-lain perlakuan negatif yang dilakukan dihadapan anak-anak ketika usia 2-7 tahun ini, seperti bergaduh di depan mereka, mengeluh dan merungut tentang masalah kewangan dihadapan mereka dan lain-lain. Semuanya ini akan memberikan impak negatif kedalam pembentukan minda separa sedar mereka.

Antaranya ialah, secara tak disedari (sub-conscious) mereka menjadi fobia dan tidak selesa dengan ibu mereka sendiri yang hanya suka meleteri mereka, walaupun mereka pada hakikatnya menyayangi ibubapa mereka. Oleh itu, sedikit-demi sedikit, hari demi hari, minda separa sedar mereka yang juga agen pertahanan diri, mula mempelajari dan memahami bahawa suara ibu adalah suatu yang menyakitkan, memberikan tekanan dan kesakitan pada diri mereka, dan memberi arahan pada minda bahawa suara ibu adalah sesuatu yang perlu diawasi dan dijauhi. Dan ini akan menghasilkan fobia atau trauma tanpa disedari oleh sesiapa.

Saya berikan contoh, seorang ibu yang mempunyai anak kecil yang masih bayi,dengan mudahnya akan dapat terjaga ditengah malam jika bayinya menangis atau pun merengek kecil. Walaupun dari segi psikologi, ini adalah kerana ikatan naluri dan instinct seorang ibu, akan tetapi juga melibatkan subconscious mind ibu bahawa suara rengekan anak adalah tanda amaran dan perlu diambil perhatian. TETAPI, ibu tersebut dapat tidur nyenyak tanpa terganggu oleh bunyi dengkuran suaminya. Ini adalah kerana subconscious mind ibu itu memahami bahawa suara dengkuran suaminya bukan perkara penting yang perlu diberi perhatian.

Maka, inilah yang berlaku pada ramai remaja, mahupun orang dewasa hari ini, yang mana sebenarnya, tanpa disedari, mereka ini fobia dengan suara ibu atau bapa mereka sendiri, sehingga mereka tidak dapat untuk menerima nasihat yang diberikan oleh ibu mereka walaupun mereka tahu bahawa apa yang dikatakan oleh ibu mereka adalah nasihat yang benar dan berguna. Hal ini berlaku adalah disebabkan minda separa sedar mereka bagai telah memasang penggera amaran bahawa suara dari ibu itu adalah suatu yang menyakitkan, memberikan tekanan dan kesakitan pada diri mereka. Maka dengan itu, input dan info yang ingin disampaikan oleh ibu ini kepada anak mereka ditolak mentah-mentah oleh mereka kerana jiwa mereka dikelirukan oleh amaran dari minda separa sedar yang tidak dapat membezakan antara nasihat dan leteran. Atau pun, anak-anak ini mengikutkan nasihat ibu itu dengan muka yang masam dan tidak ikhlas.

Maka inilah juga sebabnya, mengapa nasihat yang sama yang dikeluarkan dari lontaran suara orang lain dapat mereka ikuti atau fahami dengan mudah, ikhlas tanpa penolakan. Ini adalah kerana minda separa sedar mereka mengetahui bahawa suara ini tidak memberikan kesakitan atau keperitan dijiwa mereka.

Mulai dari hari ini, bagi sesiapa yang membaca artikel ini, samada anda adalah bakal ibubapa, atau sudah mempunyai anak, atau seorang kakak atau abang, mulailah mengubah cara pendekatan kita dengan orang-orang yang kita sayangi. Jangan kita selalu letakkan mereka didalam keadaan tidak selesa dan menyeksakan dari segi psikologi kerana ini hanya akan membuatkan sisiem pertahanan jiwa mereka yang dikuasai oleh minda separa sedar mereka akan membentuk sistem penggera amaran bahaya terhadap suara atau diri kita, kepada mereka.

Bagi mereka yang mempunyai fobia atau trauma terhadap suara atau (ada yang melihat wajah pun sudah terganggu), muhasabah kembali diri anda, beritahu minda anda bahawa mereka yang anda 'trauma' kan itu adalah orang-orang yang telah melahirkan, membesarkan anda, dan tiada sesiapa pun didunia ini yang tidak melakukan kesilapan. Lagipun, sebilangan besar dari ibubapa dahulu, tidak mempelajari pelajaran psikologi, ilmu minda dan lain-lain yang amat mudah anda miliki pada hari ini. Antara perkara yang paling baik untuk menghilangkan fobia ini ialah dengan cara muhasabah diri. Sebaiknya, semua dari kita, amalkan mengucapkan lafaz 'memberi kemaafan' dengan tulus ikhlas kepada semua orang yang kita kenali termasuk diri kita sendiri, setiap malam sebelum tidur.


Sumber : husnuzzonloa.blogspot.com

Dari sumber lain yang saya perolehi, ada beberapa pendekatan yang boleh dilakukan oleh kita sebagai Ibu Bapa bagi memastikan si manja kesayangan mendengar nasihat.. Insya'Allah..


TEGUR DULU 
   
Ada ibu bapa yang cepat naik angin apabila anak-anak melakukan kesilapan dan sekiranya ibu bapa turut mahu menasihati anak mereka ketika itu, anak akan mengambil sikap dingin dan tidak akan mendengar cakap mereka.

Tegur dan nasihat tidak boleh dilakukan serentak.

Bila menegur, fokus sahaja kepada apa yang ditegur. Jangan mencampur-adukkan dengan nasihat kerana ketika anak ditegur, dia berada dalam keadaan dipersalahkan. Anak yang ditegur juga sudah berada dalam keadaan yang negatif. Masa itu juga dia sudah menutup dirinya dan seolah-olah ada tabir antara dia dan ibu atau ayah yang menegur.
 
Anak juga tidak berada dalam apa yang dipanggil 'receptive mood'.

"Banyak mana pun kita cakap dia tak akan dengar. Makanya sering kita dengar ibu bapa mengeluh anak-anak tak mahu dengar cakap. Bukan tak hendak tapi dia tak ada mood nak mendengar."

"Jadi bila kita menegur anak, tegur sahaja kesalahan dia. Katakan kesalahan itu yang pertama, mungkin kita boleh kata emak atau ayah dulu pun macam itu, ini biasa dalam proses pembesaran."

"Cukup dengan itu, tak perlu tambah dengan nasihat. Anak-anak akan menganggap cakap kita sebagai satu bebelan, hanya memenatkan kita".

PILIH WAKTU SESUAI

Pilih waktu yang sesuai untuk menasihati anak. 

"Bila keadaan sudah tenang, mungkin masa kita minum-minum atau dalam kereta dengan anak, kita nasihat dia masa itu."

"Anak akan lebih bersedia sebab tabir yang ada masa dia ditegur dah tak ada dan dia bukan lagi berada dalam keadaan dipersalahkan."

"Katakan kita tegur dia tentang kawan-kawan dia. Beritahu dia kalau boleh cari kawan-kawan yang macam ini. Abah dulu pun cari kawan-kawan yang macam itu. Kita bercakap dengan cara mahu mendidik dia, dia akan terima".

Nasihat juga perlu dimulakan dengan kemesraan. Ibu bapa boleh mengingatkan perkara terbaik yang anak pernah buat semasa dia kecil untuk merangsang anak terus melakukan perkara yang sama.
 
"Anak mungkin tak ingat pun waktu kecil dia tapi sengaja kita kaitkan untuk dia merasa dia seorang yang bagus dan sebagainya."

"Jadi kita mulakan dengan kemesraan. Kita mulakan dengan sesuatu yang positif, barulah anak akan membuka diri dia. Ini amat perlu kalau kita mahu anak mendengar nasihat kita".

PERLU SABAR

Ibu bapa juga perlu sabar dalam menasihati anak dan pada kebanyakan masa, nasihat perlu diulang secara positif beberapa kali sebelum anak menerima sepenuhnya. Dalam proses pembentukan watak, anak-anak juga perlu diberi suatu tempoh tertentu untuk berubah.
 
Ada ibu, terus memarahi anak apabila lambat solat. Si ibu akan mengherdik dengan kata-kata "Pukul berapa sekarang? Dah nak masuk asar, zohor pun tak sembahyang lagi. Nak kena cakap baru nak buat!"

Cara yang demikian adalah negatif dan mungkin hanya dapat memuaskan hati ibu tetapi tidak membantu anak.

"Keibubapaan positif menggunakan pendekatan berikut. Kita tanya dia dengan baik sudah solat ke belum. Beritahu dia yang waktu sudah lewat dan peringatkan dia ketika dia dalam umur 10, 11 tahun tak apa tapi bila dah akil baligh, masuk usia 13 tahun, dia tak boleh lagi lewat solat. Kemudian suruh dia ambil air sembahyang dan solat.

"Tak ada kata nak pukul dia, tak mengungkit kesalahan silam dia. Kita tak kata dia malas. Setiap kali anak kita lewat solat, kita ulang dan beri masa dia untuk berubah. kita ada dua tahun untuk membentuk watak menjadi orang yang rajin solat.

"Dengan cara mengulangi nasihat, kita sebenarnya menanam nasihat dalam minda bawah sedar dia. Sebenarnya banyak tindakan manusia dibuat dalam minda separuh sedar dan spontan. Bila sampai umur 13 tahun kita hadiahkan sejadah baru umpamanya, dan katakan umur dia sudah 13 tahun dan tak boleh lagi lengahkan solat. Tengoklah nanti perubahannya."

Pendidikan memerlukan kesabaran.

TUNJUK TELADAN

"Bapa borek anak rintik" atau "Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul"! Antara faktor yang mungkin menyebabkan anak tidak mendengar cakap ibu bapa kerana sikap ibu bapa sendiri.

"Emak bapak tak buat tapi suruh anak buat. Sebagai contoh, emak bapak cakap tentang sembahyang bila azan tapi mereka sendiri tak buat.

"Lapan puluh peratus pendidikan ialah melalui teladan, 20 peratus melalui kata-kata. Anak-anak lebih percaya apa yang dia nampak daripada apa yang kita cakap atau suruh".
Dalam masa yang sama, ibu bapa juga perlu memastikan anak tahu apa yang dilakukan adalah kerana sayang dan untuk kebaikannya bukan kerana semata-mata mahu memarahinya.

Lengkapkan diri dengan kemahiran keibubapaan untuk menangani karenah anak-anak.
Ibu bapa perlu belajar kerana ada sesetengah ibu bapa tidak bersedia untuk menjadi ibu bapa semasa berkahwin. Mereka pun mungkin tidak mendapat asuhan yang sebenarnya untuk menjadi ibu bapa.

"Ada juga kalanya perkara yang kita buat tak salah tetapi kita tidak ulang kerana kita tak sedar pun apa yang kita buat itu betul. Bila ikuti program keibubapaan ini banyak yang kita boleh belajar.

"Melabur sedikit untuk kebaikan kita. Jangan segan bertanya dan banyakkan membaca. Ibu bapa perlu ambil inisiatif untuk mendapatkan kemahiran ini. Jangan ambil mudah dan ingat kita ibu bapa, kita dan tahu semua perkara".

Ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai sepatutnya belajar daripada pengalaman mendidik anak.

"Masalahnya kita tak belajar, masih ulang kesilapan kerana tiada pembaikan dalam ilmu keibubapaan". Soal "lebih dulu makan garam" juga tidak lagi boleh digunakan oleh ibu bapa dalam menegur anak.
 
Ini kerana orang yang mahu mendakwa "lebih dulu makan garam" perlu lebih berpengalaman. "Pengalaman datang daripada pertama, ramainya orang yang kita temui dan kedua, ilmu yang kita dapat dan ilmu diperoleh daripada pembacaan atau menghadiri program ilmiah atau sebagainya.

"Anak-anak hari ini ada yang lebih banyak membaca daripada ibu bapa dan lebih ramai kawan termasuk interaksi menerusi alam siber. Mereka juga boleh mendakwa lebih banyak makan garam daripada kita".

JADI ACUAN

Ada sesetengah ibu bapa yang mengambil sikap lepas tangan dan mengharapkan guru untuk mendidik dan membentuk anak mereka apabila berdepan dengan masalah anak yang tidak mahu mendengar kata.

Ibu bapa sebenarnya ialah orang yang membentuk acuan jati diri anak, bukan guru!
Justeru,jika ibu bapa melepaskan kepada guru untuk membentuk anak mereka, ia tidak akan berlaku.

"Itu sebabnya kita kata tabiat, akhlak, perilaku, pekerti, susila, semuanya ini lahir dari rumah kerana acuan emak bapak itu. "Ibu bapa kena perbaiki diri, mula solat berjemaah, makan bersama, luangkan lebih masa untuk anak-anak, nasihat dengan cara yang betul dan waktu yang sesuai, ubah cara menegur anak.
 
"Kesannya tak mungkin nampak dalam masa yang singkat. Ia akan berlaku dalam jangka masa panjang. Acuan itu akan terbentuk perlahan-lahan."

Semoga kita semua diberi Rahmat dan Keampunan serta Petunjuk oleh Allah S.W.T 

Saya nak kongsikan doa untuk anak bijak, cerdik dan mendengar kata.
(Sebagai ingatan saya juga..bila agak-agak lupa je, refer sini..hihi.. :p)


1) Baca Fatihah (1 kali)
  2) Baca Ayat Kursi (1 kali)
3) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)






4) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)










Kemudian hembuskan diubun-ubun anak niatkan agar anak menjadi anak yang soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar rajin solat dan lain-lain.

Atau cara lain:

1. Baca Surah al-Fatihah,
2. Surah Taha ayat 1 sehingga 5,
3. Diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali. Doanya,”Ya Allah,lembutkanlah hati anakku(sebut namanya),seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.(sebut namanya).” 
Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. (Kalau anak masih menyusu,hembuskan pada susu)
Ataupun:
Ketika memasak,
sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:”Wahai orang yang beriman!Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu,dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir "Ya Hayyu,Ya Qayyum,Ya Latiff dan Ya Rahman" berulang-ulang.

 

Sumber : greenyhouse.blogspot.com/husnuzzonloa.blogspot.com

2 Komen/Ulasan:

Haslina said...

sgt manfaat tips di atas

Unknown said...

Terima Kasih.. mudahan sama-sama mendapat manafaat

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.