"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Perkembangan Izzati 1 tahun 1 Bulan..

Wednesday, March 13, 2013

Semalam saya dan Isteri membawa Nurul Izzati ke Klinik Putrajaya untuk pemeriksaan bulanan/Tahunan.. (Lambat sikit dari tarikh pemeriksaan asal kerana ada urusan lain).. 

Isteri saya sahaja yang berurusan dengan Jururawat, saya pulak sibuk melayan teletah Nurul Iman (kakak Nurul Izzati) di luar klinik.. selepas pemeriksaan saya dapat berita yang tidak sedap di dengar mengenai perkembangan percakapan Nurul Izzati..

Sepatutnya (menurut jururawat yang merawat) pada usia Izzati sekarang 1 tahun 1 bulan, perkembangan dia dah boleh menyebut perkataan ma, ibu, pa, papa, abah. dll. Tapi sebalikkanya.. 

Jururawat cakap hal ini tak perlu dirisaukan lagi kerana Nurul Izzati boleh mengeluarkan perkataan ta..ta..ta, a..a..a.. dll. Selepas 3 bulan Izzati kena ke Klinik lagi untuk pemeriksaan dan kami sebagai Ibu Bapa dinasihatkan agar sentiasa berkomunikasi dan mengajar Izzati dengan perkataan mudah.

Selepas hal itu, tumpuan saya hanya pada izzati sahaja. Hari ini saya mengambil sedikit masa bekerja dengan mencari maklumat berkenaan perkembangan bayi berumur 1 tahun. 

perkembangan anak 1 tahun

perkembangan kakan-kanak 1 tahun....kanak-kanak yang berumur ini kebiasaanya mempunyai banyak kemahiran baru yang cuba diterokai misalnya:

1. Dari segi pendengaran mereka banyak memahami perkataan,arahan dan beberapa pernyataan dari kita terutama bagi ibunya. misalnya kita memberi arahan sebelum makan mesti membaca doa dan dia akan menadah tangan seolah-olah membaca doa dan bertepuk tangan semasa menyanyi lagu tepuk amai-amai.

2. Dari segi penglihatan pula mereka lebih cenderung untuk mendapatkan objek yang lebih jauh darinya mungkin dia pernah melihatnya ketika dia masih bayi, mungkin objk yang lebih jauh adalah lebih penting dalam perkembangan kanak-kanak pada waktu ini.

3. Dari segi pertuturan pula pada ketika ini mereka sudah pandai membuat banyak bunyi biasanya perkataan yang mula-mula mereka akan panggil adalah ayah dan ibunya iaitu terutama sekali ma, mi, pa, yah dll. kebayakan berbentuk vokal

Sumber dari : Bicara hati

Dari sumber ini saya dapati perkembangan pertama dan kedua seperti diatas, Alhamdulillah tiada masalah untuk Izzati.. Cuma perkembangan ke-3 tu yang merisaukan bagi saya.. 

Mungkin kah kerana saya dan Isteri kurang bercakap dengan Nurul Izzati..Setelah mencari maklumat saya temui kaedah "Bagaimana cara untuk melatih anak anda supaya cepat bercakap?"

1. Dinasihatkan selalu bercakap dengan anak, walaupun mungkin anak langsung tak memeperdulikan dan seronok bermain sahaja. Tersuksan berkomunikasi (jangan berputus asa) dan berinteraksi dengan mereka, ucapkan sesuatu perkataan itu berkali-kali depan mereka, Insya'Allah dalam beberapa ketika sahaja, anak anda akan mampu meniru apa yang anda ucapkan.

2. Gunakan ayat yang pendek dan mudah, Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pasti ada ruang (Pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya mereka berpeluang memberi maklum atau tindak balas.

3. Mimik muka kita sebagai ibu bapa semasa bercakap amat penting, Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu perkataan atau ayat.

4. Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepada mereka.

5. Dedahkan anak kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6. Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh mereka. Jika apa yang disebutkan tidak jelas, anda mesti membantunya dengan menyebut perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.

7. Pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak anda mampu mengikutnya.

8. Selagi mana anak anda boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatana perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepasa mereka, bertanya kepada mereka dan cuba minta mereka bercakap.

9. Andainya anak-anak sudah mula boleh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang semurna. Contohnya, apabila anak menyebut "nak", tanyakan kembali "Izzati nak apa?" Nak susu?" Nak mainan?". Jadikan ianya suatu kebiasaan.

10. Jangan sesekali memaksa anak-anak bercakap dan jagan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

Sumber asal : Halawah.net (*saya cuma buat sedikit pengolahan).


Selain dari itu, ada sumber menyatakan aktiviti yang sesuai juga dapat merangsang perkembangan pertuturan anak-anak sejak lahir hingga mencecah dua atahun adalah seperti berikut:

- Aktiviti mengenal warna
- Mengira objek
- Menggunakan pergerakan seperti melambai tangan sambil mengucapkan 'selamat tinggal'
- Bercakap dengannya ketika anda sedang melakukan sesuatu perkara bersamanya seperti sedang memandikannya, memberi makan, menyusu atau ketika bermain dengannya
- Kenalkan si kecil dengan bunyi haiwan dan terangkan dengan lebih spesifik tentang haiwan tersebut
- Membacakan buku cerita kepada anak-anak. Pilih buku yang memuatkan gambar yang besar, menarik dan berwarna-warni. Buat sesi bersoal jawab melibatkan gambar di dalam buku cerita tersebut untuk merangsang mindanya.


TAHUKAH KITA?
Penggunaan televisyen juga boleh merangsang perkembangan bahasa bagi si kecil.Kita  perlu bijak memilih program TV yang sesuai dengan tahap perkembangan umur anak. 
Abah, ibu dan kakak sayang Nurul Izzati..

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.