"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Nukilan dari Abah.

Thursday, May 22, 2014

Kerenah kehidupan manusia yang bergelar suami isteri banyak ragamnya. Banyak kerenahnya yang terpaksa kita tempuhi. Dalam kehidupan yang kian mencabar ini, dalam keadaan ekonomi Malaysia yang sedikit mencekam, banyak faktor yang perlu di ambil kira terutama dalam soal kewangan. Pengurusan keluarga yang berkualiti menyebut, salah satu kejayaan untuk dicapai dalam mewujudkan pengurusan keluarga yang sempurna adalah aspek kewangan. Selain daripada itu, masa yang dilaburkan bersama keluarga juga merupakan aspek yang perlu dititik beratkan. Memang sukar untuk menguruskan keluarga. Tambahan pula beban dan tanggungjawab yang dipikul oleh ketua keluarga.
Ketua keluarga merupakan insan yang penting dalam memastikan kesempurnaan dalam keluarganya. Baik pakaian, tempat tinggal, nafkah zahir dan batin serta segala kelengkapan lagi, haruslah difikir dengan sebaik-baiknya. Haruslah dirancang agar semua itu tidak terbantut. Andaikata keperluan asas untuk hidup telah cukup tersedia, pastinya kita sudah berada dalam pengurusan keluarga yang sempurna. Memang menjadi masalah sekiranya pendapatan isi rumah tidak diuruskan dengan baik. Mana satu perkara yang perlu didahulukan dan mana satu perkara yang perlu di kemudiankan.
Semua itu menuntut untuk kita bijak dalam merancang pengurusan keluarga. saya bersyukur di atas segala rezeki yang diberikan oleh Allah. Makan minum dan perbelanjaan kehidupan keluarga semuanya tiada masalah. Saya bersyukur kerana Allah telah mengurniakan insan yang amat bermakna dalam kehidupan, seorang ISTERI yang banyak membantu dalam urusan keluarga. Terima Kasih Sayang, Sayang adalah yang terbaik dari Allah untuk abang. Hari ini, Dalam keluarga saya di kelilingi 3 wanita yang cukup untuk membuat saya tersenyum dalam meniti hari-hari indah. Namun, ada masanya saya tertekan juga. Biasalah kan. Kehidupan manusia. Ada masa perlu gembira. Ada masa perlu berduka.
Alhamdulillah. saya bersyukur sangat kerana Allah menganugerahkan dua orang puteri yang baik. Dikurniakan anak yang pandai dan rajin serta comel. Mudahan anak-anak ini dapat memberi kesenangan dan sejuk mata ibu bapa.
Pagi tu….
Perasaan rindu dan sayang kepada anak tak terbendung. rasa seolah-olah saya akan pergi jauh meninggalkan keluarga, tapi saya cekalkan jugak diri melangkah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga untuk mencari rezeki. Seperti sebelumnya, sebelum melangkah ke tempat kerja saya kucup pipi kedua-dua puteri dan berpesan pada si anak. Harapan seorang ayah, agar si anak dapat merasai pesanan yang cuba disampaikan ni.
“Iman.. Iz'zati.. Abah kerja.. petang nanti abah ambil Iman dan Iz'zati ye, Abah janji nanti ada masa kita sekeluarga bercuti, 24 jam masa yang abah ada, abah habiskan untuk Iman dan Iz'zati ye..”
Sedar tak sedar, bergelinang air mata di pipi. Siapa tak sedih? jika hati terdetik melibatkan orang tersayang. Kita kerja, tinggal anak dalam keadaan macam tu. 1001 perkara yang terbuku di hati singgah menyerikan lagi emosi di saat ini. saya sedar siapa diri saya. Gaji tak seberapa. Kadang kala terdetik juga dihati. Alangkah indahnya hidup ni jika isteri jadi suri rumah sepenuh masa. Boleh berikan perhatian sepenuhnya pada keluarga.
Namun, saya tak mungkin mampu untuk membuat keputusan macam tu disebabkan kehendak ekonomi sekarang. Gaji yang saya dapat, belum tentu dapat menyara kehidupan sekarang ni. Bukan tidak bersyukur dan Betul, Rezeki Allah yang tentukan. Susah mana pun kehidupan kita, tetap boleh meneruskan kehidupan juga. Cuma sebagai Manusia saya tak cukup kuat melalui semua tu. Hanya Doa sebagai penganti kekuatan.. "Ya Allah berikan lah hamba mu ini petunjuk dan kekuatan". 
Kadang kala terfikir juga. Adakah saya yang lebih teremosi ataupun memang kehidupan yang saya lalui sekarang agak menyedihkan?
Entah lah. Apa yang saya harapkan, apa yang saya doakan. Suatu hari nanti, saya akan mampu menanggung semua perbelanjaan keluarga dan biarlah isteri hanya menumpukan tanggungjawabnya yang pada urusan keluarga dan anak-anak.. InsyaAllah.. Mudahan niat baik ini dimakbulkan.. Aamiin..
p/s : Syukurlah selalu walaupun kita diuji dengan kesedihan. Sedih dengan ujian yang menimpa bukti sayangnya Allah pada hambanya. Thank You Allah.

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.