"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Pangkat dan Jawatan hanya Pinjaman dari Allah

Wednesday, May 21, 2014

Hampir lima bulan blog ini ditinggalkan tanpa dinukilkan sebarang makalah. Hari-hari yang berlalu agak padat menyebabkan blog ini tidak terisi. Bukan menyalahkan masa, tetapi menyalahkan diri sendiri yang tidak bijak untuk mencuri ruang untuk menulis. Beberapa orang pengunjung setia blog ini ada juga memberi teguran, tetapi hanya ucapan maaf yang mampu untuk diucapkan. Masih segar nasihat guru saya, Ustaz Firdaus dan Isteri semasa mula-mula menulis di blog baru ini, pesannya “Ustaz Firdaus, menulis ini menajamkan otak kita dan mengajar kita untuk lebih berdisiplin.” “Ini baru menulis blog, belum menulis buku lagi,” getus hati kecil saya.
Menjalani hidup sehari-hari, tanpa disedari masa sangat cepat berlalu. Bergegas-gegas ke pejabat, sebelah malamnya mengisi ruang dengan aktiviti keluarga. Manakala hujung minggu meraikan Ibu yang tinggal di Bandar Tun Razak Cheras. Kepadatan jadual yang dirasai sejak menetap di Kuala Lumpur masih belum berhenti. Al-wajibat aksaru minal awqat.
Insya-Allah, kali ini saya akan cuba untuk mempersembahkan sebuah artikel buat teman-teman yang sering mengunjungi blog ini. Tak ada kene mengena dengan sesiapa pun.. Walaupun artikel ini agak pendek, diharapkan ianya bermakna untuk saya dan pembaca semua.

Maaf lah jika tulisan saya kali ini lebih berunsur Arab.. sebenarnya saya dalam proses untuk mempelajari bahasa Arab, doakan saya berjaya ye.. 


“Awak mesti ikut arahan. Saya bos,” ujar seorang ketua kepada anak-anak buahnya pada suatu hari.
“Kami juga berhak untuk memberi cadangan, bukan menerima arahan bulat-bulat,” balas salah seorang daripada anak buah tersebut.
Ketua tersebut berlalu dengan wajah merah padam. Mulut terkumat-kamit berkata sesuatu tetapi tidak didengari.
Inilah realiti di dalam dunia berorganisasi. Terdapat segelintir orang atasan yang menjadi ketua sukar mendengar kehendak anak buahnya. Bermula daripada organisasi yang kecil iaitu keluarga, sehinggalah di peringkat persatuan, jabatan, negeri mahupun di peringkat pemerintahan negara. Sikap buruk begini sememangnya wujud.
Firaun dikurniakan pangkat sebagai seorang raja, akhirnya dengan pangkat tersebut dia mengakui dirinya sebagai tuhan. Abu Jahal dikurniakan pangkat dalam kalangan masyarakat Quraisy, akhirnya kerana sayangkan pangkat, dirinya mati dalam keadaan kufur kepada Allah SWT.
Tetapi bukan semua insan yang menerima pangkat menjadi begitu. Nabi Sulaiman AS, dikurniakan oleh Allah SWT sebuah kerajaan yang besar. Tetapi dengan kerajaan tersebut, baginda mendekatkan diri kepada Allah SWT. Baginda Rasulullah SAW dikurniakan oleh Allah SWT dengan pelbagai jawatan, tetapi pada masa yang sama, bagindalah pemimpin yang paling baik dengan anak buahnya. Akhlak baginda sebagai seorang pemimpin tiada tandingannya.
Di hadapan kita terbentang dua jalan apabila diberikan pangkat. Jalan pertama, bertambah buruk akhlaknya lantaran mewarisi sikap Firaun dan Abu Jahal. Jalan kedua, bertambah baik akhlaknya kerana mengadaptasi akhlak Baginda Rasulullah SAW di dalam kehidupan sehariannya sebagai seorang pemimpin. Andai kita terpilih untuk mendapat jawatan, dimanakah letaknya kita? Marilah sama-sama kita bermuhasabah. Jawatan hanyalah pinjaman di dunia yang hanya bersifat sementara. Jangan hanya dipuja ketika berpangkat, tetapi dikeji apabila sudah tiada. Renungkanlah…



0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.