Hai!!

"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi anda berpegang kepada visi dan memiliki matlamat yang jelas, anda berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya.kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Google+ Followers


Get this widget!

Ruang SAIFUL NANG.

Friday, May 30, 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. dan Salam Jumaat semua..
Saiful Nang- saya kira ia merupakan tagline kepada sebuah laman blog yang agak unik pengisiannya. Apa yang korang fikirkan bila baca tagline macam tu? Bayangkan tentang nama artis? Ataupun, kisah yang berkisarkan tentang mualaf? Walau apa pun yang korang bayangkan, mesti ada satu persamaannya dengan apa yang saya bayangkan.

Saya tertarik pengisian saudara saiful nang di ruangan Facebook beliau dan saya rasa saya perlu berkongsikan dengan rakan pembaca yang lain, kerana pengisianya amat menarik serta berfaedah. Beliau merupakan pemegaang  Ph.D Doc of Mgmt (UUM - Ongoing), MPA (UK), B.Sc (Media)(Hons) Film & Animation (MMU). 
Untuk mereka yang inginkan kepuasan disamping mencari ilmu, memantapkan ilmu, terutama dalam bab fotografi boleh ke laman www.candidsyndrome.com dan baca lah sepuas-puas hati. 
Sejujurnya saya suka dengan pendapat beliau mengenai isu pendidikan, jom baca di bawah.

VISI UNIVERSITI PERCUMA? LOGIK ATAU TIDAK?

Jika mahu baca, kena baca sampai habis dan bukan separuh jalan dan kemudian terus komen bukan-bukan. 

Baru selesai mempengerusikan meeting bersama anak-anak syarikat. Ada cetusan baru yang bakal mengubah haluan salah sebuah anak syarikat kami iaitu Saiful Nang Academy Sdn Bhd pada masa akan datang. Berbincang dengan CEO nya Saudara Syibli Fakih dan beberapa pengarah yang lainnya, memberikan sisi pandang baru kepada pembangunan ketamadunan pada kapasiti kami.

Visi kami sebelum ini untuk menjadi sebuah institusi pengajian tinggi swasta TELAH kami ubahsuai. Saiful Nang Academy akan berevolusi untuk menjadi sebuah Institusi Pengajian Tinggi untuk golongan-golongan autisme, anak yatim dan golongan asnaf. InsyaAllah kita boleh mulakannya dari golongan terpinggir ini dahulu.

PERKARA PALING MENCABAR ialah dalam keadaan kos pengajian semakin tinggi, penyedia pendidikan juga BUKAN DAPAT SEMUA FREE. Semuanya ada kos dan pasti kos itu akan dikembalikan kepada pelajar dan yang jelas, ibu bapa mereka yang perlu bayarkannya.

Sudah tentu anak yatim dan golongan asnaf tidak ada kemampuan untuk membiayai perbelanjaan itu sekalipun kami mahu jadi sebuah institusi yang tidak berasaskan keuntungan.

InsyaAllah, jika setiap antara kita mampu memberi biasiswa sebanyak RM100 sebulan sahaja dan jika ada 10,000 orang yang memberikan biasiswa yang sama dengan kadar RM100 sebulan secara INFAQ, maka kita akan mampu mengumpul RM1,000,000 sebulan dan 12 Juta setahun dan ini mampu untuk memberikan pendidikan kepada 1000 orang pelajar dari golongan asnaf dan anak yatim ini menjadi graduan yang berguna.

Itu sekadar satu contoh idea, RM100 jika disimpan dalam saku golongan pertengahan, ia mungkin sekadar kos yang boleh dipuasakan. Mungkin puasakan percutian bulanan dari 5 bintang turun ke 3 bintang, atau penjimatan tenaga elektrik di rumah, pengurangan merokok dan banyak lagi. Ia mampu memberi pendidikan kepada yang lain. Itu belum termasuk mereka yang mampu memberi tajaan kepada 10-20 orang pelajar secara peribadi.

Terus terang, pada hari ini...kami masih tidak mampu melakukannya. Tetapi pada masa akan datang, ia pasti mampu dilakukan jika usaha ini dijalankan secara bersama. Maka universiti ini mampu menggaji professor terbaik, pendidik terhebat dan pendidikan terulung dengan yuran pengajian RM0 sahaja kepada pelajar. Tidak perlu tunggu SM Albukhary untuk lakukannya, kita semua boleh lakukan.

ZAKAT kita setahun sekali, tetapi mengapa dalam Quran disebutkan zakat dan infaq itu dalam sebutan berlainan? Ramai sekali yang berzakat namun tidak berinfaq. Jika semua mampu berinfaq, tiadalah orang miskin atas bumi ini kerana semuanya terbela dengan pendidikan.

Itu kemahuan dan wawasan kami seiring dengan shareholder kami Rumah Pengasih Warga Prihatin dalam visi pembelaan asnaf dan anak yatim bagi membangunkan ketamadunan.

Maaf sekali lagi, kami tidak mampu lakukannya sekarang. Kursus-kursus yang kami tawarkan juga semuanya berkualiti tinggi dan kami tak mampu untuk korbankan kualiti pengajaran untuk merendahkan yuran di bawah kos sepatutnya bagi melihat institusi ini berkembang. Kami tak boleh bawa wawasan untuk kebajikan ini kepada TNB untuk bayar bil elektrik, tidak pula syarikat pembinaan mahu kami bayar dengan niat kebajikan untuk mereka bina kampus, pensayarahnya juga tidak pula boleh bergajikan air liur untuk menjayakan wawasan ini.

Mana fungsi kita semua?

Jika terlampau rendah yurannya, kami akan rugi dan akan terhentilah niat baik itu. Sekiranya tiada untung yang sepatutnya kami tidak pula mampu berkembang. Kecuali jika semua sudah mula memberi infaq pendidikan.

Itu visi baru yang kami tanamkan dalam program halatuju Saiful Nang Academy pada masa akan datang. Untuk pengetahuan, 90% keuntungan Saiful Nang Academy pada hari ini telah diakad wakaf kepada kebajikan asnaf & anak yatim juga. 10% lagi untuk pemegang saham kami yang lain.

Ini semua mungkin, tak perlu salahkan orang lain, tak perlu nak paksa kerajaan lakukan, tak perlu desak mansuhkan PTPTN, tak perlu tunggu jadi kaya semua boleh mula dengan usaha yang sedikit tetapi BERSAMA. Kita boleh lakukannya dan bukan sekadar mengharap orang lain lakukan semuanya untuk kita.

Jika ini masih tidak berlaku, jangan lihat orang lain...tapi lihatlah diri kita adakah telah kita berinfaq? atau sekadar bersuara tanpa melakukannya.

SAIFUL NANG
Pengasas
Saiful Nang Academy Sdn Bhd

p/s YAB Datuk Seri Idris harun, nombor telefon Hajjah yang tuan berikan itu sudah berpuluh kali kami hubungi dan kami tinggalkan SMS tetapi sampai ke hari ini tidak berjawab langsung. Sekian.
p/s : Selamat membaca dan jom join sekaki. Ye?..

2 Komen/Ulasan:

Agatha Marcellinus said...

Assalamualaikum Saiful Nang ingin sy bertnya anak lelaki sy berumur 16 thn pada 2017.Dia seorg mualap hnya bersekolh smpi tingkatan 1 selepas tu masuk seklh pondok kg.Tamau kota Belud selama 2 tahun.Di buang pondok kerana merokok.Adakh ruang utk anak sy menimba ilmu agama di tempat Saiful Nang ini.Buat pengetahuan sy ibu tunggal menjaga kesemua anak2 sy seramai 6 org.

saiful Runner said...

Maaf saudara. Saya bukan SAIFUL NANG, secara kebetulan nama kami sama "Saiful".. Apa pun saya dah hantarkan segala persoalan tuan pada Saiful Nang dan jika saudara inginkan link blog Saiful Nang saudara boleh klik pada URL yang saya lingkan pada tulisan di atas.. Terima kasih.. Saya doakan segala urusan saudara dalam mendidik dan membersarakan anak di permudahkan..

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular