Hai!!

"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi anda berpegang kepada visi dan memiliki matlamat yang jelas, anda berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya.kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Google+ Followers


Get this widget!

Falsafah berkawan

Tuesday, January 8, 2013

Falsafah berkawan.. Bagi saya berkawan adalah satu lumrah hidup kemanusiaan, tetapi pernahkan kita bertanya pada diri, kita berkawan atas dasar apa?.. Namanya?.. Pangkat?.. Jumlah hartanya mungkin?.. Rupa paras?.. Korang rasa nilai seseorang kawan, letaknya di mana? Hmm, mungkin kita masing-masing ada pendapat berbeza kan? Biasalah, kita pun ada citarasa berlainan. Tak mungkin ada dua manusia yang serupa sifat dan perangainya di bumi Allah ini.
Kita sebagai Manusia selalunya akan terperangkap dengan manusia yang dibekalkan oleh Allah kacak dan terpesona dengan cantik. Cantik atau kacak akan membuatkan kita tertipu dan terperangkap samaada mahu mendekati dan berkawan dengannya atas dasar Ikhlas atau tidak.
Namun bila sudah berkawan, bergaul dan bercakap-cakap dengannya, kita sudah tidak kagum lagi. Kerana cantiknya mungkin ditenggelamkan oleh mulutnya yang celupar. Kacaknya menjadi hodoh mungkin dengan sikapnya yang kasar dan tidak menghormati.
Inilah nilai akhlak kita yang bergelar MANUSIA.
Kita akan resah dan gelisah bersama si jelita dan sang kacak yang tidak berakhlak. Kita pasti gembira dan tenang bersama dia yang ‘hodoh’ namun memiliki akhlak mulia yang menawan hati kita.
Ironinya Manusia sememangnya inginkan kecantikan dan kacak. Tidak salah bila berkeinginan. Itu fitrah semulajadi. Nabi Muhammad SAW ada memberitahu dalam hadis Baginda yang ALLAH itu indah dan DIA suka pada keindahan. ALLAH itu cantik dan DIA suka pada kecantikan.
Namun sebagai manusia, kita kerap meletakkan nilai cantik itu pada ukuran yang salah. Cantik itu dinilai pada wajah dan tubuh badan semata-mata sedangkan Islam menilai cantik itu pada akhlak yang luhur. Akhlak yang disalut dengan syariat dan disepuh dengan iman. Inilah kecantikkan hakiki.
Kita dah maklum dan tahu bahawa wajah cantik akan berkedut bila dimamah usia. Tubuh badan yang segak akan lemah bila usia meningkat. Sedangkan akhlak akan kekal dan disebut-sebut orang walaupun seseorang itu sudah tiada lagi di dunia ini. Namun kita tetap membuat pilihan yang salah.
Bila kita timbulkan persoalan, "Awak ikhlas ke berkawan dengan saya?", mesti kita akan jawab,"Tentulah."
Mustahil kita akan cakap sebaliknya kan?

Kononnya hendak menjaga perasaan saudara-mara/kawan/pasangan kita. Namun, kelakuan, tindak-tanduk dan percakapan di luar sedar kita tidak selari dengan kenyataan keihlasan sebelum ini. Dalam hendak menjaga perasaan supaya tiada orang terluka, kita sebenarnya melukai hati orang lain. Itulah hakikatnya.

Allah mencipta manusia penuh dengan perasaan dan setiap perasaan ada lawannya. Allah bagi perasaan sayang dan kasih. Lawannya Allah bagi perasaan benci, gembira lawannya sedih, marah lawannya sabar.

Kita tidak mampu mengelak perasaan ini kerana kita manusia yang lemah. Kadang-kadang kita rasa sangat terbeban dengan perasaan kecewa, sedih, marah sehingga kita lupa sebenarnya perasaan itu Allah kurniakan kepada kita untuk kita pelajari sesuatu.
Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. (al-Baqarah 286)

Fitrah manusia akan menyukai apabila setiap perkara dan perlakuan mengikut kehendaknya. Apabila sesuatu bertentangan dengan kehendaknya, maka konflik akan berlaku. Manusia akan mula bergaduh, bermusuh, berdendam dan perasaan tidak suka malah tidak puas hati akan mula timbul. Akhirnya silaturrahim mulai terlerai tanpa kita sedari. 

Mula-mula berdiam diri, kemudian tidak bertegur sapa, kemudian tidak pernah bertanya khabar dan akhirnya terputus hubungan. Maka bersoraklah syaitan kerana berjaya memutuskan satu lagi tali persaudaraan. Mudahan kita tidak tergolong dalam golongan ini.. Amin..


Saya akur setiap manusia punyai ego tetapi yang membezakan setiap manusia adalah bagaimana menguruskan ego. 


Tanyalah pada diri..
Salahkah kita menerima teguran dari sahabat kita? 
Sedarkah kita bahawa mereka mengumpul kekuatan untuk menegur kita kerana mereka menyayangi kita? 
Tahukah kita betapa susah hati mereka jika kita sering terleka dan berbuat silap? 

Mungkin teguran yang diberi tidak menggembirakan hati kita. Tetapi ambillah masa sejenak. Berfikirlah dengan mata hati. Tidak salah kan? Tetapi kita sering takut untuk mengakui kesalahan sendiri. Sehingga sanggup mengorbankan nilai persahabatan.
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi  boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (Al Baqarah: 216)

Selalu kita dengar,‘Berkawan Biar Seribu, Berkasih Biar Satu’.. Kawan ketawa keliling pinggang, kawan menangis sukar dicari menunjukkan betapa berharganya memiliki kawan yang sejati.  Namun, mungkin hanya segelintir daripada kita sahaja yang amat bertuah memiliki kawan atau sahabat sejati yang sanggup bersama di kala susah dan senang.


Nota : Sebelum kita berharap untuk menemui sahabat yang sejati, pastikan diri kita juga bersedia untuk menjadi seorang sahabat yang baik untuk kawan kita. :)

Saya suka dengan lirik Lagu UNIC - mencari sinar..


Ketika diri mencari sinar 

Secebis cahaya menerangi laluan 
Ada kalanya langkahku tersasar 
Tersungkur di lembah kegelapan 



Bagaikan terdengar bisikan rindu 
Mengalun kalimah menyapa keinsafan 
Kehadiranmu menyentuh kalbu 
Menyalakan obor pengharapan 



C/O 1: 
Tika ku kealpaan 
Kau bisikkan bicara keinsafan 
Kau beri kekuatan, tika aku 
Diuji dengan dugaan? 
Saat ku kehilangan keyakinan 
Kau nyalakan harapan 
Saat ku meragukan keampunan Tuhan 
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala 



(*) Menitis airmataku keharuan 
Kepada sebuah pertemuan 
Kehadiranmu mendamaikan 
Hati yang dahulu keresahan 



Cinta yang semakin kesamaran 
Kau gilap cahaya kebahagiaan 
Tulus keikhlasan menjadi ikatan 
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan 



C/O 2: 
Titisan air mata menyubur cinta 
Dan rindu pun berbunga 
Mekar tidak pernah layu 
Damainya hati 
Yang dulu resah keliru 
Cintaku takkan pudar diuji dugaan 
Mengharum dalam harapan 
Moga kan kesampaian kepada Tuhan 
Lantaran diri hamba kerdil dan hina 



Ulang (*) 



Syukur sungguh di hati ini 
Dikurniakan teman sejati 
Menunjuk jalan dekati-Nya 
Tika diri dalam kebuntuan 



Betapa aku menghargai 
Kejujuran yang kau beri 
Mengajarku mengenal erti 
Cinta hakiki yang abadi 



Tiada yang menjadi impian 
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan 
Yang terbias pada ketulusan 
Sekeping hati seorang insan

Bernama teman

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular