"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Bercuti di Cameron Highland

Monday, January 28, 2013


Lokasi percutian keluarga kali ini adalah Tanah tinggi Cameron Highland, sebenarnya dah lama Isteri tercinta nak ke sini sejak kami berkahwin lagi (saban tahun).. Tapi saya tak dapat bawak kerana urusan peribadi hehee.. (Faham2 le)..

Alhamdulillah dengan kuasa Allah, perancangan yang boleh dikatakan 40% sahaja berkemungkinan jadi untuk ke Lokasi percutian kali ini, berjaya jugak.. Bukan main senyum si Isteri ku, betullah kata orang tua-tua.. si Lelaki (suami) ni kalau Isteri yang di sayangi suka (senyum).. Si lelaki akan lebih gembira.. tak tahu lah pada orang lain tapi itu lah yang terjadi pada saya...huhuhuu. kalau tak caya, tepuk dada tanya hati si suami hahaa..

Nak dijadikan cerita tujuan kami ke Perak adalah untuk menghadiri Majlis Perkahwinan rakan lama Isteri saya di Simpang Pulai, kebetulan ke sana terus kami merancang untuk bercuti dan bermalam di Cameron Highland.. 

Alhamdulillah sampai jugak kami di pekan Brinchang selepas 2 jam setengah tersangkut dalam traffic jam!!.. Sampai je di Pekan Brinchang, pekara yang kami lakukan adalah cari penginapan, sebenarnya takut jugak tidak kesampaian untuk bermalam di sini al maklumlah musim cutikan.. Pilih punya pilih akhirnya kami check-in di hotel Chua Gin (hotel bujet) yang terletak betul-betul di tengah bandar Brinchang.. 


Bilik kami menghadap pasar dan kedai-kedai, walaupun pemandangan dari bilik tak berapa menarik tapi kami bersyukur kerana masih boleh meneruskan niat untuk bermalam walaupun hanya semalam.. huhuu.. Walaupun Hotel bujet Toilet dan suasana dalam bilik bersih, kira selesa lah untuk bawak keluarga bercuti..

Sebenarnya ada beberapa orang yang pernah ke Cameron Highlands memberitahu saya bahawa mereka agak bosan di sana dengan tiada banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Bagi saya, Memang lah tidak terdapat  aktiviti ekstrem seperti terjun bungee atau menunggang rollercoaster.. tetapi pengalaman di Cameron Highlands agak lebih ke arah sifat ketenangan. mana tidaknya kita dapat melakukan aktiviti dengan keluarga dengan melawat Ladang Strawberry untuk memetik buah-buahan sendiri, selain makan hidangan tempatan yang lazat menikmati cuaca musim sejuk adalah topik utama kenapa kami memilih Cameron Highland..

Kebetulan kami di Pekan Brinchang jatuh pada hari Ahad, ada pasar malam. Pasar malam ni terkenal dan hanya dikenali sebagai Pasar Malam Brinchang. Ia terletak hanya bertentangan Kuarters Polis dan berdekatan Balai Bomba jadi agak mudah untuk mengesan. Parking boleh menjadi sakit di sini kerana ia akan dibanjiri dengan orang. Saya mencadangkan bahawa jika anda tidak keberatan berjalan, letak kereta anda beberapa meter dari pasar malam dan berjalan..

Pasar malam dibahagikan kepada 2 bahagian utama. Satu seksyen adalah untuk buah-buahan dan sayur-sayuran segar, dan satu bahagian lagi di seberang jalan adalah untuk makanan yang baru dimasak. Di antara seksyen 2, anda akan mendapat untuk membeli pakaian dan pakaian serta barangan cenderamata lain. Apa yang saya suka terutamanya di sini adalah segar jagung manis mereka, anda boleh dikatakan boleh makan mereka tanpa keperluan untuk memasak. Kesegaran buah-buahan di sini sama seperti strawberi, tidak bertahan lama.. jika merancang untuk membeli untuk seseorang, pastikan ianya tidak dalam masa 1 atau 2 hari kerana kualiti buah tu akan rosak.

Senarai Pasar di Daerah Cameron Highlands

Tempat
Hari
Masa
Pasar Malam
Lembah Bertam
Ahad
3.00 ptg - 11.30 pm
RingletSelasa3.00 ptg - 11.30 pm
Tanah RataAhad, Sabtu3.00 ptg - 11.30 pm
BerinchangJumaat dan Sabtu3.00 ptg - 11.30 pm
TringkapJumaat3.00 ptg - 11.30 pm
Kuala TerlaRabu3.00 ptg - 11.30 pm
Kampung RajaIsnin3.00 ptg - 11.30 pm
Pekan Sehari
Pasar Pagi Tanah RataAhad7.00 pg - 12.00 t/hari
Pasar Pagi BrinchangIsnin7.00 pg - 12.00 t/hari

Akibat bertolak dari Majlis Kahwin lewat di tambah dengan traffic jam kami hanya berjalan ke pasar malam pada hari pertama sampai.. Malam tu sedang asik memilih barang di pasar malam, hujan lebat pulak, jadi kepuasan berjalan kami pandamkan je untuk esoknya.. Iman dan Izzati nampak bukan main suka seolah-olah faham sangat2 yang kami sedang bercuti di tempat menarik hehe..

Antara tempat yang sempat kami pergi Pasar Malam Brinchang, Taman Rose, Landang Teh Boh, Ladang Strawberry.. 

Seriously bermalam di sini semalam rasa memang tak cukup je, dan terlintas difikiran nak mintak untuk bertugas di sana je bila dah sampai Cameron Highland, dengan Cuaca sejuk, tenang dan aman.. sempat berangan jugak saya malam tu if ada duit nak beli tanah/rumah untuk tinggal di sana, al maklumlah nak duduk oversea tak mampu.. Adakah akan menjadi kenyataan?.. Kuasa Allah, siap tahu kan heheee..

Insya'Allah jika umur panjang, saya rancang untuk bercuti di Cameron Highland bersama keluarga untuk kali ke-2.. kali mungkin untuk 2 ke 3 malam..

Ok lah... Nak bercerita pengalaman di Camreon Highland memang tak habis.. tapi cukuplah saya ceritakan susana percutian keluarga di Cameron Highland melalui gambar je...

Pemandangan dari Hotel

Berehat sebentar sebelum ke Pasar Malam Brinchang..

Tangkap gambar dulu sebelum bersiap ke Pasar Malam
Gaya Nurl Iman & Nurul Izzati
Bergambar di Laman Strawberry.
Taman Rose

Ladang Teh Boh, Cameron Highland
Dengan gaya tersendiri.

Pada yang nak bergi Cameron Highland dan Hotel Bajet, saya rekemen Hotel ni, kira berbaloi dengan harga, lokasinya pun strategik dan terdapat kemudahan yang cukup dari stesen Minyak, ATM, kedai makan, pasar pagi, karaoke (bagi yang berminat berkarok lah).. boleh klik link di bawah untuk info..Hotel Chua Gin

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.