"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Tanggan Nurul Izzati Melecur

Monday, January 7, 2013

Pada 29 Disember 2012 saya seperti biasa lah, mengambil tanggungjawab Isteri untuk menjaga dua puteri kesayangan kerana Isteri saya bekerja..

Nak dijadikan cerita ketika aku masak Izzati dan Iman tengah main di ruang tamu rumah, saya sentiasa akan pastikan keselamatan puteri dahulu sebelum melakukan apa-apa tugasan. Tapi pada kali ini, saja jadi terlepas pandang.. sedang asik melayan Nurul Iman (anak perama) tak perasan yang Izzati sudah meluru ke dapur dan menghampiri periuk nasi yang mendidih.

Dengar je suara tangisan Nurul Izzati saya terus belari menuju ke dapur untuk mengetahui apa yang berlaku, dah sampai dapur tengok Izzati menangis sambil mengangkat tanggan kanan dan berada berhampiran periuk Nasi. Fikiran saya terus menyatakan yang izzati memegang meriuk panas, apa lagi saya capai Izzati dan terus mengalirkan air pada tanggan.

Alhamdulillah Izzati diam seketika.. Ini lah kali pertama anak saya terkena kecederaan yang melecur ni jadi tak tentu lah saya (tak tahu nak buat apa)..

Tanggan Izzati mengelembung
Saya sangkakan ia kecederaan biasa, jadi saya biarkan sahaja hingga gelembung pada tanggan Izzati pecah. Dengan sangkaan ia kan baik.. tapi lain pulak jadinya..

Malam tu saya lihat tangan Izzati mula menanah, rasanya kesan dari luka yang tidak kering tambahan Izzati sekarang sudah pandai merangkak.. Sya dan Isteri teru bawak Izzati ke Klinik Az-Zahra di Taman Tun Hussin Oon.. Alhamdulillah Doktor cakap luka ni biasa je..

Takut jugak saya, jadi sesuatu pekara yang tak diingini pada puteri kesayangan hehhehee..

Hari ke dua kami bawak Izzati untuk proses menyuci luka di Klinik Az-Zhara di Bangi, kerana Az-Zahra di Hussin Onn tutup.. Lagi pun saya tak berapa yakin le dengan perawat ydng bertugas di Klinik Az-Zahra Hussin Onn tu hehee..

Hari ke tiga saya sendiri buat rawatan untuk Izzati, selepas tanya dan lihat cara rawatan yang dilakukan.. Kosnya memang lah mahal.. untuk 2 hari tu kami dah habiskan RM 70 ringgit.

Alhamdulillah semalam semasa menyuci luka Izzati aku lihat lukanya semakin kering dan baik.. Langkah yang kami ambil untuk ianya tidak berulang kami membeli penghadang dapur.

Hari pertama selepas mendapat rawatan
Hari ke-2 selepas rawatan
Hari ke-3 selepas rawatan (Buat Rawatan sendiri)
 

Rawatan Kecemasan
Bagi kebakaran atau melecur yang melibatkan hanya bahagian luar kulit dan kawasan yang terlibat tidak melebihi 2 inci per segi, ia diangap kecederaan darjah pertama. Jika kawasannya  besar, ia masuk ke dalam kategori lebih serius.  Bila kecederaan seperti ini berlaku, tanggalkan barang-barang perhiasan seperti jam, gelang dan cincin sebelum ia membengkak.
Apa yang boleh dibuat ialah sejukkan bahagian yang tercedera di bawah air yang mengalir (bukan ais), atau letakkan kompres sejuk yang diperbuat daripada kain bersih  atau tuala. Kemudian disaran supaya disapukan permukaan yang terbakar atau melecur tadi dengan krim antiseptik.
Selepas itu, tutupkan kawasan lecur dengan pembalut atau pad steril. Jangan sekali-kali cuba pecahkan kesan lepuh-lepuh. Jika simptom kelihatan serius, dapatkan bantuan perubatan.

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.