Yakin diri, adalah satu jati diri yang seharusnya ada dalam setiap individu. Yakin diri disini tidak bermaksud meninggi diri tetapi lebih kepada kepercayaan terhadap keupayaan sendiri dalam melakukan sesuatu. Walau apapun matlamat yang ingin anda capai, jika anda yakin dengan potensi dan kelebihan diri sendiri, insyaAllah hasil yang anda hasilkan pasti hebat. Di dalam artikel ini ZL ingin berkongsi 10 tips meningkatkan keyakinan diri yang boleh anda cuba.
1. Mulakan hari anda dengan positif
Tiada apa yang lebih mengecewakan apabila anda memulakan hari anda dengan perasaan yang tidak elok. Kadangkala kerana marahkan kepada pemandu lain di jalan raya, diri anda yang menerima kesan buruknya. Ia boleh menghancurkan mood anda sepanjang hari tersebut! Jadilah seorang yang positif dan jangan biarkan perkara-perkara yang remeh menjadi penggugat hari anda.
2. Simpan matlamat harian anda
Setiap hari ketika anda bangun dari tidur anda harus mempunyai matlamat yang anda ingin lakukan pada hari tersebut. Seeloknya anda harus mempunyai senarai “to-do list” yang anda tuliskan sebelum anda tidur setiap hari. Senarai itu harus mengandungi segala perkara yang anda ingin lakukan apabila anda bangun tidur nanti. Dengan setiap tugasan yang berjaya anda lakukan, sama ada anda sedar ataupun tidak, anda telah meningkatkan keyakinan anda.
3. “Hadiahkan” diri anda
Untuk setiap tugasan besar yang berjaya anda siapkan, hadiahkan diri anda dengan perkara-perkara yang anda sukai. Sebagai contoh jika anda berjaya menyiapkan sebuah manuskrip, tulisan, ataupun jika anda berjaya dalam peperiksaan anda hadiahkan diri anda dengan melakukan perkara yang anda suka seperti melancong, menonton wayang, ataupun anda boleh beli barangan fizikal sebagai ingatan. Dengan ini anda akan lebih berkeyakinan dalam meneruskan tugasan seterusnya.
4. Tekankan kepada penampilan anda
Tentu ada sebabnya kenapa sesetengah orang yang berjaya kelihatan segak dan berpenampilan menarik. Ia kerana penampilan yang meyakinkan dapat memberikan anda sesuatu yang “extra” dalam tindakan anda. Anda tidak perlu untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pakaian yang berjenama ataupun pergi ke salun kecantikan untuk kelihatan menarik. Memadai dengan mengenakan pakaian yang anda rasa selesa dan kelihatan kemas.
5. Pilih sahabat yang positif
Rakan dan sahabat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang. Rasulullah s.a.w. juga mempunyai sahabat yang sentiasa menyokong baginda dalam tugas menyampaikan Islam kepada manusia. Bayangkan betapa besarnya peranan sahabat sehingga ada dari kalangan mereka yang dijanjikan syurga. Sahabat yang baik adalah sahabat yang memberi nasihat dan galakan kepada kita. Sahabat yang positif akan memberikan kita keyakinan!
6. Bergaul dengan masyarakat
Ada sesetengah dari kita tidak suka bergaul dengan masyarakat dan lebih suka menjadi kera sumbang. Ia bukan sahaja menyebabkan kita tidak disenangi malah boleh manjatuhkan keyakinan diri kita lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan orang lain. Dengan bergaul bersama masyarakat, rakan-rakan anda boleh meningkatkan “social skills” anda dan cara anda berinteraksi dengan orang lain. Dengan ini anda akan lebih yakin diri.
7. Dapatkan hobi atau pelajari skill baru
Mempunyai hobi ataupun mempelajari skill tertentu banyak membantu dalam miningkatkan tahap keyakinan dalam diri kita. Apabila anda mempunyai hobi tentu sekali kita akan berasa seronok dan teruja. Perasaan ini dapat memberikan kita keyakinan tambahan pula apabila kita dapat berinteraksi dengan mereka yang mempunyai hobi yang sama.
8. Bersenam dan mengamalkan hidup sihat
Sama ada anda percaya ataupun tidak bersenam dapat memberikan keyakinan pada diri kita. Bukan sahaja dari segi penampilan tetapi juga secara dalaman. Apabila kita bersenam kita akan mengeluarkan hormon – testosteron dan endorphin yang membuatkan kita rasa hebat dan di dalam keadaan positif. Ia juga dapat menyihatkan tubuh badan kita dan memberikan kita tenaga dalam aktiviti harian.
9. Membaca dan menuntut ilmu
Menuntut ilmu dengan membaca atau menghadiri kelas dapat memberikan kita keyakinan apabila bercakap. Perbanyakkan membaca untuk membolehkan kita bercakap dengan pelbagai latar belakang orang yang mempunyai pelbagai kepakaran. Dengan itu kita tidak akan kekok apabila berbual dengan mereka. Dengan membaca kita dapat memperolehi “modal” dalam berbicara.
10. Sentiasa melihat kebelakang
Kita dinasihatkan untuk sentiasa melihat kebelakang apabila mengalami sebarang kesusahan ataupun kepayahan hidup. Ini kerana pasti ada mereka yang lebih susah daripada kita. Dengan ini kita dapat merefleksi diri dan membina keyakinan bahawa walau apapun yang berlaku pasti ada mereka yang lebih teruk daripada kita. Jadikan itu sebagai satu motivasi untuk menjadi orang yang lebih baik.
Get this widget!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 Artikel Popular
-
Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ...
-
Sejak beberapa hari ni fikiran aku asik terganggu je.. kerana aku takut dengan bayang2 diri sendiri, aku takut jika ada orang di pesekitaran...
-
Kali ni saya nak berkongsi kelebihan surah Yusuf ayat 4, ianya bagus diamalkan jika kita sentiasa perlu berjumpa orang atas urusan kerja. ...
-
Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’ dengan banyaknya Zikir yang paling utama dan tinggi darj...
-
AMALAN IBU IMAM SHAFIE KETIKA MENYUSUKAN BELIAU 1) Menyusukan beliau dalam kead aan berwudhu' 2) Membaca Surah Luqman ayat 16 ketik...
-
Re: Makan nestum honey, saya buat website.. bisnes kecik2 je... --- In ibu@yahoogroups.com , Hani Fadhlina Abdul Rahman wrote: > ...
-
Pagi ni Hot.FM ada memainkan lagu kumpulan Westlife - Flying Without Wings.. Kalau tak silap lagu ni popular sejak saya di zaman sekolah men...
-
BEBERAPA orang mengayuh basikal di Brusseles BRUSSELS, Belgium - Beberapa batang jalan raya di bandar raya ini tidak dilalui sebuah...
-
As salamu'alaikum buat sahabat yang di kasihi.. Pagi ni Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ada menyatakan tentang ...
-
Yang Pertama HARI KEMARIN Kita tak bisa mengubah apa pun yang telah terjadi. Kita tak bisa menarik perkataan yang telah terucapkan. ...
List Blog
-
-
Creating Focal Points: The Art of Styling Entertainment Units - Introduction Entertainment units serve as natural focal points in living spaces, yet many homeowners struggle to style these functional pieces beyond sim...2 months ago
-
7 Perkara Perlu Diingat Ibu Bapa Dalam Perjalanan Membesarkan Anak-anak - Perjalanan membesarkan anak-anak adalah perjalanan yang penuh warna-warni. Ada cabaran, ada kegembiraan dan pasti ada juga detik-detik yang menyedihkan. ...1 year ago
-
Apa Tun M Cakap Benar Belaka - DI MANA kesetiaan jika setiap hari bercakap bahasa ibunda? Di mana kesetiaan jika setiap tonton saluran negara China dan India? Di mana kesetiaan jika set...1 year ago
-
𝗔𝗣𝗔 SEBENARNYA 𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗔𝗔𝗕𝗔𝗛 ? - Kaabah merupakan kiblat bagi setiap umat Islam di dunia. Setiap kali menunaikan solat, umat Islam wajib menghadap Kaabah tidak kira di mana dia berada. Wal...5 years ago
-
Prediksi Villarreal vs Espanyol 3 Februari 2019 - Prediksi Villarreal vs Espanyol 3 Februari 2019 – Pagelaran lanjutan Divisi Primera tahun 2018/2019 kini telah memasuki pekan ke 22 dan akan mendatangkan d...7 years ago
-
Be Careful What You Wish For - Satu ketika dulu, masa saya duduk berbual-bual with my mom, saya bilang something like,* Best kan kalau jadi orang kaya? Banyak duit. Bila-bila nak pergi s...7 years ago
-
2016 : My first Entry - Haish...its been a long time iolss tak hapdet..huhuhu... Makin lama makin baloq liat (pemalas tahap teruk) nk buat coretan... Alhamdulillah 2016 bermula...10 years ago
-
Adam Harith Si Pejuang Kecil. - Sewaktu mengetahui kewujudan Adam Harith dalam rahim, masa tu baru dalam sebulan kami sekeluarga pulang dari mengerjakan umrah. Seingat aku, memang ada d...10 years ago
-
-
Ambil kira ‘malang tak berbau’ ketika percutian.. - Percutian adalah waktu untuk menenangkan minda dan menikmati suasana baru di luar kebiasaan atau rutin harian. Waktu itu juga kebiasaannya dimanfaatkan un...10 years ago
-
kita semakin menjauh.. - Salam.,, Kita makin jauh,, Ya,. Aku mula merasakannya.. Tiada lagi sapa dari mu Begitu jua aku, Janggal rasa bila bertemu Padahal dulu kita satu,. Kita ...11 years ago
-
Aidilfitri bersama adik ipar baru - Salam Aidilfitri. Dah lama tak update cerita-cerita syok sendiri ;p Aidilfitri 1434 Hijrah ni Mhni beraya bersama adik ipar baru, sambutan raya kali ni pun...12 years ago
-
-
"SEDIHNYA PABILA SATU KETIKA "........... - *"Sejenak kita kongsi bersama......Semoga kegembiraan akan muncul walaupun sekali ~~"* Sedihnya terasa hati ini bagaikan ingin...14 years ago
-
Himpunan Hadis - Hadis Rasullullah 14 - *TEPUNG TAWAR,MEMUJA PANTAI DAN MANDI SAFAR* *Tidak ada kepercayaan adanya jangkitan , tidak ada kesialan , tidak ada hal - hal tak baik kerana burung...15 years ago
-
-
-
-
Peringatan :
Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.














0 Komen/Ulasan:
Post a Comment
Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .