"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Rezeki bukan sekadar Duit..

Tuesday, September 13, 2011

Semalam aku bersembang dengan Isteri aku dan aku ada menyetakan "Bilalah reseki kita nak bertambah".. tapi isteri aku cakap, Rezeki bukan sekadar duit.. aku terfikir.. betul jugak..
Aku selalu memikirkan mengenai wang, harta atau sebagainya. Tipulah kalau aku katakan tidak pernah memikirkannya. Ia adalah lumrah sebagai seorang yang bergelar manusia.
sebagai MANUSIA, aku tak terlepas dari sering bimbang mengenai rezeki. Apakah ada atau tidak cukup? Tetapi apakah itu rezeki? Adakah harta atau wang ringgit itu rezeki?
Menurut Islam, Allah swt mahu kita supaya bercakap benar dan jangan melakukan yang batil. Buatlah apa yang diredai Allah dan ketahuilah bahawa rezeki kita berada di tangan-Nya. Tidak seorang pun yang boleh mengambil atau menyekat rezeki kita.
Allah telah menerangkan kepada kita bahawa Ia mengurniakan Qarun dengan harta yang banyak. Namun Qarun tidak pernah puas kerana angkuh. “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, kerana ilmu yang ada padaku.
‘ Dan apakah ia tidak mengetahui bahawasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? (Surah Al-Qasas: 78)
Sesungguhnya rezeki itu tidak berperanan pada harta, darjat, keturunan atau pangkat saja, malah ia memainkan peranan mendapatkan keredaan Allah dari segi percakapan dan amalan. Di sinilah kita dapat memahami maksud firman Allah yang berikut, yang bermaksud:
Dan jadilah orang-orang (yang sebelumnya) itu mencita-citakan kedudukan Qarun itu berkata: Aduhai, benarlah Allah telah melapangkan rezeki bagi sesiapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan menyempitkannya. Kalau Allah tidak melimpahkan kurnia-Nya atas kita, benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula).
Aduhai, benarlah! Tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (nikmat Allah). (Surah Al-Qasas:82)
Allah telah mengurniakan orang-orang yang bermaksiat terhadap-Nya dengan harta yang banyak atau darjat keduniaan yang tinggi. Untuk apa. Tepuk dada tanya hati dan iman?
Adakah istidraj? iaitu apabila Allah memberikan harta yang banyak, darjat keduniaan yang tinggi dan rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.
Sebenarnya Allah hendak menguji hamba-hambaNya yang beriman.
Amalan-amalan baik dan taqwa kita juga akan menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Banyakkan istigfar, bersangka baik selalu kepada Allah... Kerana Allah akan memberi rezeki pada bila-bila masa. Banyakkan selawat, ayat seribu dinar serta sentiasa bersyukur dengan apa yang diterima seadanya.
Rezeki kita sudah ditentukan!!
Ya Allah ampunkanlah Dosa ku.. jadikanlah aku seorang hamba yang bersyukur..

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.