skip to main | skip to sidebar
Powered by Blogger.

About

Mutiara Hati Insan

05 Febuari 2010 21:38...

 

"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Kawan vs Sahabat...

Wednesday, August 29, 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ini terlintas dibenak hati untuk menulis cerita kisah-kisah kehidupan yang semakin hari semakin banyak mengajar setiap insan untuk terus menghayati erti hidup dan menghargai kehadiran setiap sahabat yang datang menghulurkan salam..

Akhir-akhir ini, terlalu banyak suka duka yang ingin dikongsi bersama semua..tapi apakan daya, kesibukan mengatasi keinginan bila mana, tugasan harian menuntut komitmen yang tinggi dan kepenatan selepas bekerja memaksa diri untuk terus berehat seketika..

Harapan...Mudahan setiap pembaca yang singgah di sini, memahami sepenuhnya apa yang ingin saya sampaikan.  Tiada kata secantik bahasa yang ingin disusun seindah suasana pagi dihiasi kicauan burung menyemarakkan suasana.

Kesilapan....
Setiap yang hidup pasti akan melakukakan kesilapan kerana dari situ kita akan belajar mengenali erti hidup dan mematangkan fikiran..lagi lama hidup, lagi banyak yang di lalui..lagi banyak dugaan, lagi banyak pengajaran..cuma apa yang harus kita buat adalah, jangan menuding jari kepada orang lain untuk terus menghukum kesilapan seseorang.. Sebelum menuduh, sebelum menghukum orang lain, lihat diri kita sendiri terlebih dahulu.. sejauh mana kebenaran yang ada.. alangkah malunya sekiranya, terang-terangan kelihatan kita yang sebenar-benar silap, tapi beriya pula kita tidak ingin akui kesilapan itu..

Sahabat...
Kehadiran seorang sahabat dalam hidup, akan menyerikan kehidupan seseorang.. sahabat juga boleh bertindak sebagai tulang belakang.. tapi lihat juga jenis sahabat yang ada.. adakah ketika kita senang sahaja dia akan hadir, ataupun ketika kita susah dia sentiasa bersama.. namun, zaman sekarang, terlalu sukar memperoleh sahabat yang benar-benar sahabat.. kebanyakan yang kita ketemu adalah sahabat ketika kita senang sahaja.. ataupun bahasa Facebooknya fake friends.. ahaks.. 

Sepanjang hidup ini, terlalu ramai telah ditemui.. sahabat sejati, sahabat setia, sahabat susah senang, sahabat gembira berduka.. TAPI.. sahabat yang saya ada, pada saya semua terbaik..tanpa mereka, siapalah saya... tanpa mereka, tidak kenal lah saya apa itu erti hidup.. kerana, baik buruk sahabat saya, merekalah penyeri kehidupan harian saya.. baik buruk mereka, tetap buat hati saya gembira dan saya matang bila di duga dengan macam-macam karenah...

Sahabat selalu ada untuk ketawa menangis bersama.. selalu mendengar apa sahaja kisah dan cerita.. tanpa jemu.. tanpa lelah.. teman, saat ini, hati ni terlalu sayu.. merindui kalian.. kalian yang telah semakin jauh mengejar kehidupan masing-masing.. mengejar kebahagiaan diri dan keluarga.. kita terpisah dek jarak.. tapi tidak pada hati..

Sahabat mahupun teman..kawan mahupun apa sahaja panggilan..
Marilah kita menghargai silaturrahim yang dianugerahkan.. kerana tali pengikat antara kita adalah kenangan.. .kenangan yang tak dapat kita lupakan... hargai selagi ada.. apa sahaja yang kita lalui sepanjang kehidupan kita, siapa sahaja yang kita jumpa dalam hidup ini, kita takkan dapat nafikan walaubagaimanapun kehadiran seseorang dalam hidup kita.. .kehadiran mereka akan mewarnai setiap titik perjalanan kehidupan seharian seseorang individu tersebut...


kawan dan sahabat itu ada perbezaan. Sesiapa sahaja boleh menjadi kawan kita. Dan istilah kawan lebih kepada seseorang yang hadir dalam hidup kita, menyeri kehidupan kita.  Seperti sentiasa ada disisi kita disaat kita gembira. Tapi tak semua kawan adalah sahabat kita yang sentiasa berada di samping kita disaat kita amat memerlukan mereka untuk berada di sisi kita dan disaat kita berduka.

Menjadi seorang sahabat yang baik, tak mudah. Nak memiliki seorang kawan juga tak mudah. Andai kita nak memiliki kawan, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan.. Jangan mengharapkan seseorang untuk menjadi kawan baik kepada kita. Tapi kita tidak menjadi kawan yang baik kepada mereka. Kita kenalah mulakan sebuah persahabatan yang baik dengan seseorang yang baik orangnya untuk dijadikan sahabat baik untuk diri kita. Kerana seorang sahabat sangat berpengaruh dalam hidup kita. Salah memilih kawan, mungkin hidup kita akan hancur. 
Kita kena layan sahabat kita sebagaimana kita mahu dilayan oleh mereka. Andai sahabat kita melakukan kesilapan, tegur mereka dengan cara yang baik dan jangan mengaibkan mereka. Jadikan kesilapan yang mereka lakukan sebagai pengajaran kepada kita agar kita tidak melakukan kesilapan yang sama. 
Andai anda memiliki sahabat yang sentiasa ada disisi ketika susah dan senang. Tolong hargai kehadiran mereka. Jangan sampai anda kehilangan sahabat yang baik hanya kerana anda tak pernah menghargai kehadiran mereka dalam hidup anda. Sekali mereka pergi, mungkin sukar nak menjadi sahabat baik dalam hidup mereka lagi. Dan mungkin anda hanya akan menjadi seorang " kawan " dalam hidup mereka. 

Sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman..
0 Komen/Ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Sikap yang menjadikan seseorang itu berjaya dalam Hidup

Tuesday, August 28, 2012


Jangan berpuashati dengan keadaan baik yang ada pada kita sekarang melainkan kita telah berusaha keras untuk menjadikan yang baik itu menjadi lebih baik.


Sentiasa belajar untuk memperbaiki hidup agar matlamat ini tercapai. Belajar tidak semestinya melalui sekolah formal atau buku-buku mahal tetapi cukup dengan pengalaman hidup kita sehari-harian atau melalui pengalaman orang lain. Bak kata pepatah, belajarlah daripada kesalahan-kesalahan orang lain kerana kita tidak akan hidup lama untuk melakukan kesalahan-kesalahan itu sendirian. Apa yang saya ingin kongsi di sini ialah hasil tulisan seorang penulis yang saya kira sangat baik untuk dikongsi bersama. Tulisan beliau ini berkisar tentang nasihat dalam surat kuno yang ditulis oleh Zhuge Liang (181 m-234 m) kepada anaknya. Menurut analisa penulis dari surat kuno tersebut, berikut adalah sikap-sikap yang menguatkan hidup seseorang manusia:-
1. Tenang - Sikap tenang boleh menjernihkan fikiran dan membulatkan tindakan yang lebih tepat. Berbanding dengan orang yang tidak tenang fikirannya kusut dan ragu-ragu dalam melakukan sesuatu tindakan.
2. Berhemat - Sikap berhemat menjamin kesinambungan hidup yang lebih teratur berbanding dengan orang yang boros. Orang yang boros selalu ditimbuni hutang atau kesusahan.
3. Pandai Merancang - Orang yang pandai merancang kehidupan akan sentiasa meletakkan perkara penting sebagai keutamaan dalam hidup berbanding dengan orang yang tidak pandai merancang mereka selalu meletakkan perkara remeh sebagai keutamaan.
4. Sentiasa ingin belajar - Kemampuan seseorang manusia bukan berasal dari pembawaannya sejak dilahirkan, tetapi merupakan hasil dari proses pembelajaran yang dilakukannya secara konsisten sejak dari kecil. Oleh sebab itu jangan berhenti belajar sampai bila-bilapun. Di samping itu, dalam proses pembelajaran kita setiap hari kerendahan hati amat membantu kita untuk menyerap dengan mudah semua ilmu pengetahuan yang diinginkan.
5. Suka memberi - Dalam hidup ini kita tidak seharusnya hanya belajar menerima sesuatu dari orang lain. Kita Seharusnya belajar memberi yang terbaik kepada orang lain kerana ini akan membuatkan orang lain lebih menghargai kita.
6. Tidak berlengah - Sifat suka menunda atau melewat-lewatkan sesuatu usaha boleh melambatkan pencapaian sesuatu matlamat. Oleh itu, kita mesti sentiasa cepat bertindak kerana waktu itu adalah amat berharga.
7. Personaliti cemerlang - Perwatakan utuh itu adalah nadi kehormatan dan kegemilangan sesuatu bangsa. Seperti dalam pepatah orang Tionghoa, " Waktu yang diperlukan untuk menanam dan memelihara sebatang pohon adalah 10 tahun, tapi untuk membentuk watak yang utuh untuk sesuatu bangsa memerlukan waktu paling sedikit 100 tahun."
8. Berpandangan jauh - Hal ini juga pernah diucapkan oleh Albert Einstein, "Imagination is everything. It is the preview of life's coming attractions." Imiginasi adalah segalanya.
9. Bersederhana - "Success is the sum of small efforts, repeated day in and day out." - Kejayaan adalah hasil dari tindakan-tindakan sederhana yang diulang terus-menerus setiap hari.

Inilah beberapa inti pesan dalam surat-surat Zhuge Liang, yang ditujukan kepada anaknya agar anaknya mampu berfikir, bersikap dan bertindak lebih baik dalam hidup. Kita boleh menyerap pemikirannya untuk menjadi yang terbaik. Insya'allah.

nota : ada satu movie china ni, yang ada paparkan watak Zhuge Liang ni... skill perang dia memang bijak,.. Tajuk dia, The Red Cliff 1 & 2,. Just for info,..
2 Komen/Ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Attitude.

Salam sejahtera semua rakan pembaca.. sekadar meminta pendapat dan motivasi diri, cuba lihat gambar di bawah ini apa pendapat dan pandangan anda mengenai gambar ini?..



Kes : Parking di kawasan Flat / Appartment dan pemilik kereta menarik handbrake..
4 Komen/Ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Blog Rakan Baru

Untuk pengetahuan semua dari blog ini lah saya dapat mencurahkan segala isi hati untuk tatapan.. dan dari blog ini jugak lah saya dapat kenalan yang baru..

Hari ini saya berjaya mengajar Sahabat untuk membina blog walaupun tidak 100% terbaik, sekurangnya dia ada blog sendiri kan.. katanya berminat sangat dengan blog dan berkeinginan untuk mempunyai blog sendiri.. Saya ajar dia dengan cara maya saja.. cerdik jugak dia ni bab Program Komputer senang diajar dan senang dapat.. 

Kalau ada rakan-rakan yang terbaca layari lah blog rakan baru kita ni Abu Unaisah untuk memberi sebarang bentuk pendapat mahupun komen yang membina.. dan buat rakan ku Yus selamat mencuba... jgn hangat-hangat tahi ayam sudah hahaha...

0 Komen/Ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Salam Aidilfitri

Friday, August 17, 2012


Selamat menyambut hari Raya Aidulfitri dari saya dan keluarga.. 




Menyeberang lautan melintas negeri,

Terbang jauh dari Itali,

Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.


Dingin di perigi waktu pagi,
Berkokok ayam ditengah laman,
Aidil fitri menjelma lagi,
Tamatlah ujian bagi yang beriman.


Lemah lembut tuan puteri,
Berhias pandai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.


Buah pauh di tengah bendang,
Jadi dagangan di tengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita


Aidilfitri hari kemaafan,
Menghapus kesalahan sesama insan,
Memupuk perpaduan sesama ehsan,
Mengikat tali keakrapan.


Tanpa mengira miskin kaya,
Pangkat kedudukan hamba bernyawa,
Sama-sama menyambut raya,
Maaf-maafan dihari bahagia.


Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!


Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?


lampu merah lampu biru,
berkelip kelip bagi amaran,
bawak kereta jangan melulu,
moga dapat sambut lebaran..

0 Komen/Ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Iklan Raya 2012

Tuesday, August 14, 2012

Assalammualaikum sedar tak sedar bulan Ramadhan hanpir berlalu, minggu terakhir ini kebanyakan dari kita hanya nampak kampung halaman dan suasana beraya..betul tak?..

Seperti tahun sebelumnya, saya ni suka tonton iklan raya. Tahun 2012 ni kebanyakan iklan raya memang menyentuh perasaan..

iklan ini membuatkan saya tertarik untuk shere dengan rakan semua.. Bagi saya iklan yang disiarkan ini seperti memperingati..

Iklan BERNAS.. (3:00 minit)


Selepas tengok iklan ini saya rasa kita perlu bersyukur dengan apa yang ada.. Serius bila tengok Iklan Raya dari Bernas nie buat air mata mengalir.. Touching uolss. Realiti yang mungkin kita tidak sedar ianya berlaku..

Masih rasa sebak dan bermain-main dalam fikiran.. Walaupun kurang upaya, tapi hati diorang bersih.. Tahniah BERNAS kerna buat iklan yang mamtop nie.. mudahan ia dapat menyedarkan kita sebagai manusia.. 
0 Komen/Ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

-Surat Untuk Abang Dan Adik-

Thursday, August 9, 2012

Kisah yang menyayat hati.. bertul lah perpatah orang tua "Air di cincang tak akan putus"



 Mengisahkan kisah seorang adik yg selalu tulis surat kat abang dia..Dan dia xtau pon abg dia balas surat tu….hmmm..;(

Aku ada abg..Dah lama berpisah..Tapi aku selalu utus surat kat die yg kat kampong..Satu pon x berbalas..

2 Tahun lepas..Aku menikah tanpa izin abang..Sebab puas aku cari tapi x jumpa dia..Sepanj…ang perkahwinan aku..Aku x tenang..

Cuti sekolah yang lepas..Aku ajak suami aku balik kampong..Aku nak bersihkan rumah pusaka makl dan ayah.. Semasa membersih rumah using tu..Aku tersapu surat yang aku kirimkanpada abangku 2 tahun yang lalu..Sebelum aku menikah…suratnya macam ni..

“Khas buat abangku,

Abg, ko ingat lagi x..

Mak ngan ayah meninggal mase aku Darjah 5..ko plak Tingkatan 5.., Masa tu diorang eksiden sebab nak beli kek befday aku sebab aku baling semua perhiasan kat umah kite, sampai mak terpaksa pegi beli ngan ayah..Tapi aku hairan mase tu, ada satu bekas kaca yg aku pecahkan..tbe2 banyak air keluar..Tapi ko cepat2 lap lantai umah kite..Tapi aku x amik kisah pon sal hal tu..

Sebelum pegi, diorang cium kita berdua. Diorang cakap

“ Abg, ko jaga adik. Jangan bagi nangis. Kalo mak dah xde, ko jangan tinggal die. Ingat sket mak ngan ayah ko ni..Jangan sesekali biar die sorang-sorang “

Ko ingat x..

Sebelum diorang pegi beli kek, ko balik dari sekolah, ko belikan aku pengikat rambut warna biru, sebab ko ske warna biru kan..Tapi aku campak kat longkang belakang umah kite, Sebab aku suke warna pink. Lepas kejadian tu..ko x penah ucap bufday kat aku lagi..Sampai sekarang..

Abg, ko ingat x..

Kita hidup 2 orang je lepas tu, ko x sekolah lagi..Ko pegi mana pon aku xtau..Tapi malam malam baru ko balik dan xpernah cakap ngan aku, Ingat tak, aku masak untuk ko, Tapi ko xmakan pon..Last2 pagi esok aku nampak ayam2 yg makan.Ko x penah ucap terima kasih kat aku.

Abg, ko ingat x..

Pernah sekali aku mintak duit nak pegi sekolah, Tapi time tu ko tengah tido..Aku amik Dua riggit dalam poket jeans ko..Masa balik sekolah, ko lempang aku sampai mulut aku darah. Tapi ko x pujuk aku balik pon..Tapi keesokannya,nasib baik luka tu dah elok..

Abg, ko ingat x..

Semasa umur aku 18 tahun..ko hantar aku kat Kuala Lumpur, umah Pak Long..ko cakap ko ada hal..Tapi sampai sekarang ko x datang amik aku..Berpuluh surat aku titipkan bersama airmata aku pada kau..Kenapa tiada sebarang balasan..Kenapa abg??

Sekarang umur aku dah mencecah 26 tahun, dan umur ko dah pon 32 tahun, aku sudah pon disunting orang..Ketika hajat untuk menikah aku sampaikan surat lagi pada engkau..Kenapa kau diam je? Kenapa ko x cakap apa2? Aku perlu izinmu sebagai wali aku..

Abg,

Jika kau dapat surat ni..Katakanlah pada aku..Ada apa sebenarnya yg sedang berlaku..

Salam sayang,

Adik.”

Aku mula terasa yg teringin nak selongkar rumah pusaka ni…Yelah.. Nak balik jarang sangat..

Masa aku buka balik almari aku yang buruk yang dah kena makan anai2..Tibe ada satu kotak besar jatuh and banyak kotak2 kecik serta sampul2 surat..

Dan tiba2 aku terpandang satu surat yang cantik sangat…dan aku buka…

“Assalamualaikum..

Kehadapan adikku yang jauh di mata ..

Maafkan abg kerana tidak membalas satu pon surat yang engkau kirimkan..Kerana aku tidak berdaya sayang..

Aku masih ingat detik kemalangan mak dan ayah kita..Iye, kau pecahkan perhiasan rumah..Tahukah kau salah satu perhiasan di situ adalah hadiah untukmu?? Mesti kau tidak perasan..Yang pecah itu adalah sebuah balang ikan emas yg telah aku, ayah dan mak belikan untuk kau..Tahukah kau ayah masih berhutang dengan apek yg jual ikan tu di pekan..

Adikku sayang..

Aku tau kau tak suka warna biru..Tapi aku beli pengikat rambut itu untuk kau..Supaya kau akan ingatkan aku sentiasa bila kau pakai pengikat rambut itu..Walaupon kau dah campakkan pengikat rambaut tu..Aku dah ambil balik, dan basuh..dan telah aku letakkan dalam sebuah kotak kecil di rumah kita..Nanti kau ambil ya..

Adikku sayang..

Jangan lah kau bersedih kerana aku sudah tidak ucapkan lagi tanggal hari jadi mu..Kau pon sudah lupa ya..Pada tarikh itulah kedua orang tua kita meninggal..Aku tak sanggup melihat tangisan engkau bila aku ucapkannya..Aku harap kau mengerti..

Adikku sayang..

Tahukah kau kenapa aku hanya balik bila malam saja..Kerana aku bekerja di pekan..Mengangkat guni2 untuk letak dalam lori..Untuk menyara engkau..Untuk membeli buku sekolah engkau, makan kau, baju-baju engkau dan semua persiapan kau..Kerana masa itu,..Kau sangat terkenal dengan kecantikan kau, Ramai yg memuji..Aku harus sediakan perhiasan untuk kau..Supaya kau tidak rasa malu..Aku tidak pulang siang hari kerana aku takut jika engkau dicerca kerana abangmu yg kelihatan seperti pengemis ini..

Adikku sayang,

siapa cakap yg aku tidak menjamah masakan kau..Aku akan makan masakan itu sebelum subuh..Sebab aku perlukan tenaga untuk siang hari, dan aku makan semasa engkau tidur..Supaya jari-jarimu tidak tercedera dan kasar semasa basuh pinggan dan matamu tidak bengkak kerana menemani aku makan..

Adikku sayang,

aku malu untuk ucapkan terima kasih..Kerana engkau banyak berkorban untukku..Kau menyediakan makanku dan segalanya..Adakah ucapan itu cukup untuk membayar semuanya?? Jika aku ucapkan terima kasih..Biarlah aku ucapkan di akhir hayatku..Kerana terima kasihku untukmu adalah ntuk semua yg kau lakukan semasa hidupku..

Adikku sayang,

Maafkan aku kerana aku memukulmu..Tahukah kau mencuri dan mengambil barang tanpa kebenaran adalah berdosa? Aku tidak sanggup untuk mengherdik kau lalu aku putuskan untuk memberi pengajaran yg akan kau ingat sampai bila-bila..Betulkan..selep
as kejadian itu..Kau sudah tidak mengambil barang orang lain sesuka hati kan?? Itu tandanya perbuatanku tidak sia sia kerana aku dapat mendidikmu..Dan tahukah kau aku berhempas pulas menyapu minyak dibibirmu pada malam itu ketika kau tidur?Aku keluar mencari pucuk jambu batu dan menggilingnya sehingga batu lesung itu turut menggiling tangan aku..Sakit yang amat sangat..Tapi aku tetap teruskan dan Alhamdulillah..aku Berjaya mencuci kesan minyak dan ubat itu sebelum kau bangun..Aku tidak mau bengkak itu mencacatkan wajahmu yang cantik itu..

Adikku sayang..

Maafkan aku kerana terpaksa memisahkan kau dari aku, sebenarnya..aku menghantar kau kerana aku jatuh sakit ketika itu..Mungkin kerana ketika aku bekerja kontrak di tempat pembinaan menyebabkan aku sangat terdedah pada debu dan simen..Aku terjatuh semasa kerja dan dikejarkan ke hospital..Doktor mengesahkan aku menghidapi barah peparu dimana badan ku tidak berupaya untuk memikul barang yg berat, serta pernafasan aku sudah tak selancar dulu..Patutlah aku selalu batuk batuk, sesak nafas dan pandanganku yg makin kabur..Aku terpaksa dirawat dihospital walaupon doktor menjangkakan aku xkan bertahan lama..

Sayangku..

Aku titipkan surat ni di rumah pusaka, ketika ini aku di hospital..Jika suatu hari nanti engkau pulang ke rumah kita..Bacalah semua surat2 dan bukalah semua hadiah yg aku belikan setiap tahun lebih kurang 9 tahun dahulu..Dan maafkan aku jika tidak dapat sediakan hadiah untukmu pada tahun ini..

Adikku sayang..

Mungkin tika kau membaca surat ini..Aku sudah pon tiada..Jangan kau bersedih..Di sini ada beberapa perkara yang ingin aku katakan..

Untuk menyapu rumah kita ketika aku pulang dengan pakaian dan kotor serta debu, TERIMA KASIH.

Untuk mengelap setiap barang yg aku sentuh supaya sentiasa bersih dan tiada kuman, TERIMA KASIH.

Untuk membasuh pakaianku yg busuk dengan peluh ku, TERIMA KASIH.

Untuk melemparkan senyuman dan salaman ketika aku pulang dr kerja, TERIMA KASIH.

Untuk memasak lauk kegemaranku yg kau sangka aku tidak suka, TERIMA KASIH.

Untuk mengingatiku dan menulis surat yg tidak bisa aku balas, TERIMA KASIH.

Untuk menjadi adik yang sangat aku sayangi, TERIMA KASIH.

Untuk segalanya yang kita tempuhi, suka mahupon duka, TERIMA KASIH.

Adikku sayang..

sekiranya engkau disunting seseorang..Biarkan pakcik kita menjadi walimu..Kerana aku mungkin sudah tiada..

Bahagiakanlah dirimu..Kerana itu yg aku mahukan..Jagalah suamimu dan jangan kau ingkarinya..

Salam sayang sedalam-dalamnya,

Abang.”

Di rumah pusaka itu..Aku termenung bersama jernihan airmata yg mengalir..Lantas..Aku buka satu persatu hadiah yang dikatakan..

Semuanya berwarna pink..Dan semuanya di tulis nama aku dengan tulisan yg sangat indah..Ya Allah…Aku meraung sambil menatap hadiah itu..

Ya Allah..dimanakah dapat ku cari insan semulia abangku...
1 Komen/Ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Gambar anak yatim



Gambar yang amat menyentuh hati..
seorang anak yatim melukis gambar "ibu"nya dan tidur bersama lukisan itu :( 

Ya Allah sekiranya kita ternampak anak-anak yatim berikanlah mereka bukan hanya barangan material seperti makanan, tapi pelukan & ciuman yang jarang mereka dapat tetapi amat diperlukan dan dirindui....


Rasulullah S.A.W yang kita cintai begitu prihatin terhadap anak-anak yatim. Bahkan Baginda merupakan seorang yatim paitu sejak kecil. 
Pada zaman jahiliah, penduduk kufar Quraisy Makkah sering memperlakukan kezaliman terhadap anak-anal yatim. Anak yatim pada zaman itu seperti anak yang tiada halatuju kehidupan. Sekirannya ibu seorang anak yatim dinikahi oleh lelaki lain, warisan berupa harta si anak dihabiskan oleh bapa tirinya sehingga mengakibatkan si anak yatim hidup merempat.
Namun, kedatangan Islam telah merubah semua persepsi negatif terhadap anak-anak yatim ini. Sebagaimana firman ALLAH SWT :

كَلَّا بَل لَّا تُكْرِمُونَ الْيَتِيمَ
“Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya); “

وَلَا تَحَاضُّونَ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ
Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin;


وَتَأْكُلُونَ التُّرَاثَ أَكْلاً لَّمّاً

Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya),
وَتُحِبُّونَ الْمَالَ حُبّاً جَمّاً
Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba!
[Surah AL-Fajr : 17-20]

Menurut Muqatil, seorang ahli tafsir ayat tersebut menjelaskan mengenai kisah Qudamah bin Maz’un, yang merupakan seorang anak yatim diperlakukan dengan kejam oleh Umayyah bin Khalaf seorang pembesar Quraisy yang zalim.
Peringatan-peringatan dari ALLAH Subhanahu Wa Taala banyak ditegaskan mengenai kewajiban dan berhati-hati dalam mengendalikan harta anak yatim sebagaimana firman ALLAH Subhanahu Wa Taala :
“Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai ia dewasa dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungjawabannya”
[Surah al-Isra : 34]

ALLAH Subhanahu Wa Taala tidak pernah mempersiakan kekasih NYA dan berfirman :

أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيماً فَآوَى
“Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? “
Mari kita fahami dahulu keadaan anak yatim piatu di zaman sebelum kedatangan Islam sebelum saya kongsikan kisah Junjungan Mulia yang kita cintai Sayyidina Rasulullah bersama anak yatim di pagi Syawal. Barangkali kita boleh bandingkan nasib anak-anak yatim piatu di zaman kita ini, artikal ini saya perolehi dari satu blog kisah Rasulullah s.a.w.
Ahmad Musthafa Al-Maraghi dalam tafsirnya menyebut, apabila seseorang bergelar yatim di Makkah, maka kehidupan mereka ibarat sudah di yakinkan akan gelap gelita. Ini termasuklah kerosakan akhlak, kehidupan yang disia-siakan dan tekanan perasaan kerana kehilangan ayah dan ibu. Ini disebabkan tiada sesiapa yang mengambil peduli akan untung nasib anak-anak yatim kerana masing-masing sibuk mementingkan diri sendiri. Anak-anak yatim ketika itu menjadi sesat disebabkan pengaruh jahiliah arab kufar. Walaubagaimanapun tidak kepada Rasulullah yang dipelihara kemaksumannya oleh ALLAH Subhanahu Wa Taala Yang Maha Mulia.
Kisah ini terjadi di Madinah pada pagi Hari raya Aidulfitri. Sebagaiamana yang diketahui, betapa Rasulullah s.a.w amat menyintai anak-anak yatim piatu. Diriwayatkan pada suatu  Hari raya Aidulfitri   ketika Baginda keluar dari rumah untuk menunaikan solat sunat  Hari raya Aidulfitri.  Baginda telah melihat sekumpulan kanak-kanak girang bermain, tertawa meraikan kehadiran lebaran. Kanak-kanak itu mengenakan pakaian baharu.
Tiba-tiba, Rasulullahs.a.w terpandang kepada seorang kanak-kanak berpakaian lusuh, compang-camping yang duduk sendirian dan menangis tersedu-sedu. Baginda mendekat gadis kecil itu dan mengusap kepalanya dengan tangan Baginda yang mulia dan bertanya dengan suaranya yang lembut; 

”mengapa engkau menangis nak…”. Rasulullah s.a.w yang memiliki hati yang lemah lembut turut pilu.
Anak itu terkejut kehairanan dan menjawab tanpa menoleh kearah yang bertanya, tanpa mengetahui kekasih ALLAH sedang berbicara dengannya :
“Biarkan aku sendirian.” Dia berkata lagi dengan perlahan : “Ayahku telah mati dalam pertempuran bersama Nabi S.A.W dan ibuku berkahwin lagi. Harta ku habis dimakan oleh suami ibuku dan aku diusir dari rumahnya. Pada hari raya yang suci ini, semua anak pasti menginginkan beraya dengan kedua orang tuanya. Aku melihat rakan-rakanku begitu gembira, bahagia bersama keluarga mereka. Sedangkan aku, tidak seperti mereka yang beruntung. Aku teringatkan ayah. Itu sebabnya aku menangis.
Andai ayahku masih bersamaku, tentu dia tidak membiarkaku seperti ini. Hari raya tahun lalu, dia membelikanku baju berwarna hijau lengkap bersepatu. Aku sangat bahagia ketika itu, namu kini aku tidak mendapatkannya lagi untuk selama-lamanya. Aku telah menjadi anak yatim….”
Mendengarkan kisah gadis kecil itu, Rasulullah S.A.W semakin sedih. Tanpa disedari airmata Baginda yang mulia menitis membasihi wajahnya. Kemudian dengan penuh kasih sayang Baginda membelai rambut anak gadis itu sambil berkata : “anakku, hapuskan airmatamu, angkatlah kepalamu dan dengarlah apa akan kusampaikan kepadamu. Apakah engakau ingin aku menjadi ayahmu? Apakah engkau ingin agar Fatimah R.A menjadi kakakmu? Dan apakah engkau ingin Aisyah menjadi ibumu? Bagaimana pandapatmu mengenai cadanganku ini wahai anakku? ”
Mendengarkan ucapan itu, gadis tersebut berhenti menangis. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya dan memandang dengan takjub wajah penuh bercahaya manusia agung yang berdiri dihadapannya. MASYAALLAH… orang yang turut bersedih bersamanya ialah Sayyidina Rasulullah s.a.w. Betapa anak gadis ini telah mencurahkan segala isi hatinya kepada kekasih ALLAH Subhanahu Wa Taala.
Katakanlah tuan-puan, hati mana, jiwa mana yang akan menolak pelawaan daripada manusia mulia ini. ALLAHU ALLAH. Anak gadis itu tersenyum dan tanpa kata dan mengganggukkan kepalanya perlahan sebagai tanda persetujuan.
Kemudian Rasulullah s.a.w memimpin tangan anak itu menuju ke rumah Baginda, Sepanjang perjalanan, gadis itu tersenyum riang dan terhapus kesedihan diwajahnya.
Setibanya di rumah Rasulullah s.a.w gadis kecil itu disambut dengan mesra oleh Sayyidah Fatimah Az-Zahra. Sayyidah Fatimah membersihkan tubuh gadis kecil itu, menyisir rambutnya dan memakaikan baju baharu dan sepatu yang indah.
Bahkan, Ummul Mukminin, Aisyah R.A menyediakan makanan khas bersempena  Hari raya Aidulfitri.  Rasulullah s.a.w juga memberikan wang saku kepada si anak. Setiap ahli keluarga Baginda menyantuninya dengan penuh kasih sayang. ALLAHU ALLAH. Betapa girangnya gadis kecil itu memiliki ayah seperti Rasulullah s.a.w. Begitu pula Rasulullah s.a.w Sayyidah Aisyah dan Sayyidah Fatimah begitu gembira meraikan kegembiraan anak gadis kecil itu.
Begitulah keperibadian Rasulullah s.a.w sebagai panduan kita dalam kehidupan. Betapa hampirnya Baginda s.a.w dengan anak-anak yatim-piatu. Kini, cuba kita letakkan perasaan anak-anak yatim tersebut sebagai diri kita Atau anak-anak yatim piatu yang berdekatan, raikanlah mereka semampunya. Tidak perlu sehingga berbelanja besar, membuat majlis-majlis besar, cukup mengikut kadar kemampuan yang ada.
0 Komen/Ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Belajar dari ARTIS dan ATLET..

Monday, August 6, 2012

Assalammualaikum dan salam Ramadhan...

Saya terjumpa artikel ini dan rasanya menarik untuk dikongsikan dalam perspektif corak pemikiran penulis artikel. Ada satu sudut cara penulis melihat yang agak menarik pada pandangan mata saya.. Sedikit perkongsian..
Ada dua perkara yang saya belajar daripada golongan karyawan.
Pertama adalah FOKUS... dan yang....
Kedua adalah PENGHAYATAN.
Seorang pelakon apabila membaca skrip lakonannya, dia membaca dengan begitu fokus dan penuh penghayatan. Usaha untuk menguasai watak lakonan di dalam skrip, membolehkan seorang gadis clubbing melakonkan watak ustazah hingga kelihatan lebih ustazah daripada ustazah. Mereka membaca dengan khusyuk, sanggup menguruskan badan atau menggemukkannya untuk melakonkan watak yang diberi.
Impak membaca seorang pelakon, lebih dahsyat berbanding impak membaca seorang pelajar Syariah di dalam kuliah universiti jam 8 paginya!

ATLET OLIMPIK
Apa yang saya belajar daripada seorang ATLET OLIMPIK?
Petikan KOSMO! ONLINE bertarikh 27 Julai 2012 menjelaskannya:
“…Menyentuh soal disiplin pula, perkara ini sangat penting untuk jadi seorang juara. Makan tak boleh seperti orang biasa, tidur tak boleh macam orang biasa. Untuk jadi seorang juara dunia, pelumba kita mesti lakukan perkara yang berbeza dengan orang lain. Kalau mereka lihat, orang biasa tidur pukul 12 tengah malam, mereka pun nak tidur pukul 12 tengah malam, kalau mereka lihat orang makan di kedai mamak, mereka pun nak makan di kedai mamak.
Kalau mereka buat perkara yang sama seperti orang biasa, mereka tak mungkin jadi juara dunia. Kalau mereka nak jadi juara, mereka mesti lakukan perkara yang luar biasa. Kalau nak jadi 10 pelumba terbaik di dunia, mereka mesti lakukan perkara yang luar biasa daripada orang lain. Jika mereka sekadar nak berkayuh di kampung, mereka boleh minum teh tarik dan roti canai. Pengorbanan itu sangat penting kalau mahu berjaya. Mereka tak boleh bersuka ria seperti orang biasa.
Kalau mereka dah sanggup berkorban, barulah kita boleh bercerita soal mahu jadi juara dunia…”

KUALITI JUARA
Kualiti fokus, bekerja keras, disiplin itu jugalah kualiti yang diperlukan untuk menjadi JUARA AKHIRAT.
SYURGA FIRDAUSI hanya menerima keahilan orang-orang hebat.
Kehebatan kualiti itu saya tidak belajar daripada AGAMAWAN yang hanya BERCAKAP. Sebab itu saya tidak teragak-agak untuk merendahkan diri di hadapan golongan-golongan tersebut. Jika saya seorang ustaz dan mahu berdakwah kepada masyarakat, juga kepada golongan KARYAWAN dan ATLET, cara terbaik untuk mengajar mereka ialah belajar daripada mereka, terlebih dahulu.
Sebab itu saya teruja dengan Olimpik London 2012.
Saya tidak peduli kepada sejarah Olimpik.
Saya tidak nampak gangguan berita penyebaran kondom kepada atlet seperti yang diwar-warkan media.
Saya hanya nampak wajah-wajah juara.

Nor Suryani Mohamad Taibi - foto kredit http://i.telegraph.co.uk/

Saya nampak Penembak Negara, Nur Suryani Mohamad Taibi yang merupakan seorang ibu, sedang sarat mengandung lapan bulan, mengejar Pingat Emas, dengan penuh keyakinan.
Beliau menjadi wanita paling sarat mengandung dalam sejarah penyertaan Olimpik dunia!

 
Azizulhasni Awang. Foto kredit http://www.baikbike.com/

Saya nampak Pelumba Basikal Negara, Azizulhasni Awang  yang semenjak Tingkatan Tiga, menolak tiga tawaran MRSM dan Sekolah Sains, masuk ke Sekolah Sukan Negara Bukit Jalil kerana sangat jelas apa yang beliau mahu. Cita-cita asal untuk menjadi seorang doktor, diketepikan kerana fokus serta komited dengan cita-citanya menjadi Juara Lumba Basikal Dunia.

Dan Pocketrocketman, pada usia 24 tahun sudah pun bergelar Juara Dunia.

Demikian juga dengan Dato’ Lee Chong Wei (Badminton), Josiah Ng (Lumba Basikal) dan lain-lain.

TERBAIK, KEKAL TERBAIK
Semuanya mengingatkan saya kepada perbualan yang berlaku di antara Rasulullah S.A.W bersama para sahabat:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قِيلَ : ” يا رَسُولَ اللَّهِ ، أَيُّ النَّاسِ أَكْرَمُ ؟ قَالَ : أَكْرَمُهُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاهُمْ . قَالُوا : لَيْسَ عَنْ هَذَا نَسْأَلُكَ . قَالَ : فَعَنْ مَعَادِنِ الْعَرَبِ تَسْأَلُونَنِي ؟ قَالُوا : نَعَمْ . قَالَ : خِيَارُكُمْ فِي الْجَاهِلِيَّةِ خِيَارُكُمْ فِي 
الإِسْلامِ إِذَا فَقِهُوا 

Daripada Abu Hurairah RA, katanya, Rasulullah SAW ditanya, siapakah manusia yang paling mulia? Baginda menjawab, “Orang yang paling bertaqwa di antara mereka.” Lalu mereka (yang bertanya) berkata : “Bukan itu yang kami maksudkan.” Maka sabda baginda lagi, “Daripada keturunan Arabkah yang kamu hendak tanyakan? Mereka yang terbaik semasa Jahiliah adalah terbaik semasa Islam apabila mereka benar-benar memahami syariat Islam.” [muttafaq 'alayhi]

Yang terbaik akan terus kekal yang terbaik, apabila mereka benar-benar memahami Syariat Islam.

Sebab itu saya amat bersungguh, apabila atlet negara menghubungi saya bertanyakan garis panduan berpuasa semasa Olimpik musim panas di Kota London.

Isunya bukan sekadar hukum Fiqh. Isunya ialah daripada soalan Fiqh itu saya mahu memotivasikan mereka.

Kerana mereka telah terdahulu amat memotivasikan diri saya!
SEERU ‘ALAA BARAKATILLAAH!

0 Komen/Ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook

Bazar dan Bazir



Dan Cuba Pula Renungkan kisah di bawah

Seorang kanak-kanak di Selatan Sudan mengheret mayat ibunya sambil menangis tanpa mengetahui bahawa ibunya telah meninggal dunia akibat dahaga dan kebuluran.. (T_T)

Apa nilai gambar ini di mata anda jika anda masih membazir makanan walaupun sebiji nasi atau setitis air?

Astaghfirullahhala'zim...~

Sedih aku tengok gamar ini.. terfikir apa kesudahan dengan cerita budak ini?.. Dimana dia nak bergantung?..

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui...
0 Komen/Ulasan Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

10 Artikel Popular

  • Makanan Untuk Kesihatan kanak-kanak 1-6 Tahun..
    Dalam entry yang lepas mengenai Pemakanan Nestum bagi kanak-kanak  ada seorang pembaca bertanyakan mengenai pemakanan anak-anak di peringka...
  • Jangan Jika Belum Sampai Waktunya
    Cuba mendapatkan sesuatu sebelum sampai waktunya kerap kali hanya akan membawa kerugian. Logikanya mudah sahaja, cuba nenikmati buah-b...
  • Sajak Nukilan A.Samad Said - Hai Melayu
    Gambar : A.SAMAD SAID Cantik sajak Pak Samad nii.... Terbaca tulisan dari sebuah buku hasil nukilan sasterawan negara. Selepas membaca ...
  • KONGSI PENGALAMAN : "MAKAN NESTUM".... Diambil dari Email..
    Re: Makan nestum honey, saya buat website.. bisnes kecik2 je... --- In ibu@yahoogroups.com , Hani Fadhlina Abdul Rahman wrote: > ...
  • Sejarah dan asal-usul Hari Ibu (Mesti baca !)
    JANGAN SAMBUT HARI IBU Hari ibu yang disambut pada 21 haribulan Mac setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali ...
  • Nasihat Ayah : Inilah erti kehidupan
    S emalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan. Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di ...
  • Pantang Larang ketika mengandung..
    Sebagai manusia tempoh pantang memang suatu jangkamasa yang membosankan. Banyak perkara-perkara yang sebelum ini menjadi kebiasaan terpaksa...
  • Rezeki bukan sekadar Duit..
    Semalam aku bersembang dengan Isteri aku dan aku ada menyetakan "Bilalah reseki kita nak bertambah".. tapi isteri aku cakap, Rezek...
  • Kursus di FRAM Ipoh Perak D.R..
    Biasa lah bagi kakitangan Kerajaan macam aku ni kena pergi kursus.. Tapi ni bukan kursus sebarangan kerana kursus ni memerlukan fizikal yang...

List Blog

  • Amazing Interior Design
    Crafting the Perfect Classic Bathroom Retreat With Designer Hayley Servatius - Bathrooms that make you stop and stare in awe — that’s the dream, right? The ones that feel like a little slice of heaven, perfect for soaking away the d...
    1 week ago
  • Hami Asraff
    Kenangan, Rindu, Ujian, Harapan. -
    3 weeks ago
  • Islam Itu Indah
    7 Perkara Perlu Diingat Ibu Bapa Dalam Perjalanan Membesarkan Anak-anak - Perjalanan membesarkan anak-anak adalah perjalanan yang penuh warna-warni. Ada cabaran, ada kegembiraan dan pasti ada juga detik-detik yang menyedihkan. ...
    1 year ago
  • TUNGKARAN HATI
    Apa Tun M Cakap Benar Belaka - DI MANA kesetiaan jika setiap hari bercakap bahasa ibunda? Di mana kesetiaan jika setiap tonton saluran negara China dan India? Di mana kesetiaan jika set...
    1 year ago
  • Kisah Islam
    𝗔𝗣𝗔 SEBENARNYA 𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗔𝗔𝗕𝗔𝗛 ? - Kaabah merupakan kiblat bagi setiap umat Islam di dunia. Setiap kali menunaikan solat, umat Islam wajib menghadap Kaabah tidak kira di mana dia berada. Wal...
    4 years ago
  • Ustz Sharhan Shafie
    Prediksi Villarreal vs Espanyol 3 Februari 2019 - Prediksi Villarreal vs Espanyol 3 Februari 2019 – Pagelaran lanjutan Divisi Primera tahun 2018/2019 kini telah memasuki pekan ke 22 dan akan mendatangkan d...
    6 years ago
  • Hannah Johary
    Be Careful What You Wish For - Satu ketika dulu, masa saya duduk berbual-bual with my mom, saya bilang something like,* Best kan kalau jadi orang kaya? Banyak duit. Bila-bila nak pergi s...
    7 years ago
  • it's all about missy elly
    2016 : My first Entry - Haish...its been a long time iolss tak hapdet..huhuhu... Makin lama makin baloq liat (pemalas tahap teruk) nk buat coretan... Alhamdulillah 2016 bermula...
    9 years ago
  • Dia yang SEBELAH lagi.
    Adam Harith Si Pejuang Kecil. - Sewaktu mengetahui kewujudan Adam Harith dalam rahim, masa tu baru dalam sebulan kami sekeluarga pulang dari mengerjakan umrah. Seingat aku, memang ada d...
    9 years ago
  • SILAT Kelab Cikgu Halim
    Kejohanan Silat Olahraga Remaja KCH -
    9 years ago
  • Suara Hati...
    Ambil kira ‘malang tak berbau’ ketika percutian.. - Percutian adalah waktu untuk menenangkan minda dan menikmati suasana baru di luar kebiasaan atau rutin harian. Waktu itu juga kebiasaannya dimanfaatkan un...
    9 years ago
  • Ini Cerita Hidupku
    kita semakin menjauh.. - Salam.,, Kita makin jauh,, Ya,. Aku mula merasakannya.. Tiada lagi sapa dari mu Begitu jua aku, Janggal rasa bila bertemu Padahal dulu kita satu,. Kita ...
    10 years ago
  • mahani's journey
    Aidilfitri bersama adik ipar baru - Salam Aidilfitri. Dah lama tak update cerita-cerita syok sendiri ;p Aidilfitri 1434 Hijrah ni Mhni beraya bersama adik ipar baru, sambutan raya kali ni pun...
    11 years ago
  • AmierNazarie PHOTOcLick
    Wedding :l: Shida ♥ Joe 9.june.2012 -
    12 years ago
  • Cahaya Petunjuk
    "SEDIHNYA PABILA SATU KETIKA "........... - *"Sejenak kita kongsi bersama......Semoga kegembiraan akan muncul walaupun sekali ~~"* Sedihnya terasa hati ini bagaikan ingin...
    13 years ago
  • Himpunan Hadis Rasullullah SAW
    Himpunan Hadis - Hadis Rasullullah 14 - *TEPUNG TAWAR,MEMUJA PANTAI DAN MANDI SAFAR* *Tidak ada kepercayaan adanya jangkitan , tidak ada kesialan , tidak ada hal - hal tak baik kerana burung...
    14 years ago
  • fuhh! kini menyengat di blogspot
    -
  • aziqyaya
    -
  • caLLiZ's photography
    -
Show 5 Show All

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.












Animated Photo Generator

STAVA

Strava

Blog Archive

  • ►  2018 (4)
    • ►  October (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (2)
  • ►  2017 (5)
    • ►  May (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2016 (4)
    • ►  December (2)
    • ►  September (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2015 (14)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  April (3)
    • ►  January (4)
  • ►  2014 (47)
    • ►  December (3)
    • ►  November (3)
    • ►  October (3)
    • ►  September (7)
    • ►  August (7)
    • ►  July (13)
    • ►  June (3)
    • ►  May (7)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (83)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (4)
    • ►  June (1)
    • ►  May (11)
    • ►  April (28)
    • ►  March (13)
    • ►  February (6)
    • ►  January (11)
  • ▼  2012 (123)
    • ►  December (5)
    • ►  November (5)
    • ►  October (12)
    • ►  September (23)
    • ▼  August (11)
      • Kawan vs Sahabat...
      • Sikap yang menjadikan seseorang itu berjaya dalam ...
      • Attitude.
      • Blog Rakan Baru
      • Salam Aidilfitri
      • Iklan Raya 2012
      • -Surat Untuk Abang Dan Adik-
      • Gambar anak yatim
      • Belajar dari ARTIS dan ATLET..
      • Bazar dan Bazir
      • Kisah Sahabat – Uwais al-Qarni Wali Yang Sangat Ta...
    • ►  July (19)
    • ►  June (15)
    • ►  May (20)
    • ►  April (6)
    • ►  March (1)
    • ►  February (4)
    • ►  January (2)
  • ►  2011 (149)
    • ►  December (10)
    • ►  November (18)
    • ►  October (12)
    • ►  September (13)
    • ►  August (21)
    • ►  July (11)
    • ►  June (19)
    • ►  May (10)
    • ►  April (5)
    • ►  March (25)
    • ►  February (4)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (18)
    • ►  September (5)
    • ►  June (5)
    • ►  May (5)
    • ►  April (1)

Komen-Komen Pembaca :

Get this Recent Comments Widget
get this widget here

.:: Aku & Dia ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Nurul Iman

Lilypie Premature Baby tickers

Nurul Izzati

Lilypie Premature Baby tickers

Nu'man Basyer

Lilypie First Birthday tickers

Bloggroll

  • Movie Dowload
  • Blogaroozer free blog
  • pyzam.com
  • supershareware
  • wIDGET
  • www.wix.com

Jum Skodeng

free counters
 

Copyright © 2010 Mutiara Hati Insan

Blogger Templates by Splashy Templates | Design by Dellustrations