Hai!!

"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi anda berpegang kepada visi dan memiliki matlamat yang jelas, anda berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya.kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Google+ Followers


Get this widget!

Erti hidup kita sebenar.

Thursday, June 6, 2013

Salam Jumaat 28 Rejab 1434.. 

Saya percaya, semua dari kita sering akan terus mencari dan mencuba untuk menjadi yang terbaik. Terbaik dalam erti kata lain adalah menjadi seorang insan yang hebat samaada dari segi penampilan, tingkah laku, pergaulan, kejaya atau apa sahaja. Walaupun hakikatnya kita sedar ianya tidaklah sebaik dan sehebat mana.

Teringat pesanan Cikgu Sa'adih yang merupakan guru Bahasa Melayu semasa saya di tingkatan 5, kata-katanya cukup umum tapi memberi seribu makna. 

"Janganlah kita mencuba sekiranya tidak berdaya. Kerana risiko itu terlalu besar. Nampak tiada apa-apa tetapi sebenarnya mampu memberi kesan yang mendalam. akhirnya kecewa dan dikecewa."

Perkataan itu sudah cukup untuk meletakkan saya di kedudukan mana dan sehingga sekarang ianya masih kekal dalam jiwa.

Harapan disandar demi keegoan. Seringkali kita terlepas dalam mentafsir kenyataan. Hakikatnya amat menyedihkan. Kesedihan tidak tertanggung. Keupayaan tidak mampu diharung. Khilafan menggunung. Pencarian terkurung.

Emm.. Ini lah kehidupan.. 

Indahnya kehidupan. Hamparan telah terbentang luas. Jalan sudah diberi. Cuma harus teruskan berjalan, berlari untuk ke destinasi. 

Carilah destinasi itu. Mudahan kita menemuinya tanpa kesesatan dan di pandu keImanan..Amin..

Minta maaf belum sempat nak update yang sesungguhnya update. InsyaAllah i will.


0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular