"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Mendidik anak

Tuesday, December 10, 2013

Assalamualaikum..
Salam ceria untuk semua Ibubapa dan Pembaca semua.. Sedar tak sedar kita hampir menutup tirai untuk tahu 2013 dan membuka lembaran baru dengan azam dan impian yang tinggi untuk tahun 2014. 


Sebagai seseorang ayah saya mempunyai impian yang tinggi untuk anak-anak dan keluarga, dan saya percaya pembaca yang lain juga memiliki impian yang sama terutama dari sudut mendidik anak-anak. 
Dalam kita mendidik dan membesarkan anak-anak pasti banyak cabaran dan dugaan yang dihadapi dan menjadi lumrah Manusia biasa kita sebagai ibu bapa sememangnya tak dapat lari dari  melakukan kesilapan terutama dalam hal mendidik. 

Melalui pembacaan dan perkongsian maklumat dari pengalaman rakan-rakan di luar saya ingin berkongsi beberapa kesilapan yang patut dielakkan oleh kita sebagai ibubapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak untuk peringatan dan ikhtibar kita semua :
1. Kurang berdoa semasa mengandung dan membesarkan anak. Banyak doa yang boleh diamalkan seperti doa Saidul Istighfar, memohon rahmat, memohon zuriat yang baik dan sebagainya.
2. Memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (dorongan atau motivasi). Biasanya ibu bapa mengambil jalan mudah dengan menakut-nakutkan anak dengan sesuatu agar anak mendengar kata-kata mereka. Antara perkara tarhib yang mereka gunakan ialah menakutkan anak dengan hantu, binatang yang berbisa dan sebagainya.
3. Tidak tegas dalam mendidik anak-anak iaitu tidak mendisiplinkan anak-anak dengan hukum agama terutamanya solat dan aurat sejak mereka kecil.
4. Menegur anak secara negatif dengan menggunakan kata-kata yang kasar dan menjatuhkan maruah mereka. Hal ini harus dielakkan kerana kata-kata ibu dan bapa merupakan doa buat anak mereka.
5. Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan intelektual.
6. Kurang memberi sentuhan kepada anak-anak seperti menghabiskan masa yang berkualiti untuk anak-anak kerana sibuk bekerja.
7. Penampilan diri ibu bapa yang tidak manis untuk anak-anak. Walaupun punya talian darah, etika berpakaian tetap harus dijaga dan batas pandangan antara anak dan ibu bapa harus dipelihara.
8. Institusi kekeluargaan yang tidak harmoni menyumbang peribadi yang tidak seimbang dalam jiwa anak-anak.
9. Tidak mengawasi aktiviti anak-anak. Ibu bapa tidak mengambil tahu apa yang dilakukan oleh anak-anak di luar rumah, rancangan yang ditonton di televisyen dan sebagainya.
10. Memberi tanggungjawab memelihara anak kepada pembantu rumah sedangkan ibu bapa telah diamanahkan oleh Allah SWT untuk memelihara dan mendidik anak-anak.
Sumber : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
SHARE kepada semua ibubapa. Semoga bermanfaat.

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.