"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Perancangan Allah, adalah yang terbaik

Friday, November 14, 2014

Permulaannya sudah banyak dugaan yang menerpa. Perjalanan yang penuh dengan onak dan duri. Ternyata ianya bukan seperti yang dipinta tapi memangnya begitu ketentuan dariNYA.

Ketahuilah, apapun yang belaku.. terimalah hakikat "Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya".. Dan Allah adalah sebaik-baik perancangNya. Yang pastinya, janganlah bersedih bila apa yang kita rancang itu tidak menjadi kenyataan.

Sebaiknya cuba belajar menerima hakikat kerana itulah istilah dalam kehidupan. Jika difikirkan kembali, Tak semua perkara yang kita sangka akan datang sekelip mata dan ada juga perkara yang kita tak sangka sudah datang sekelip mata. Semuanya bermula dengan penerimaan kita. Jika baik sangkaan dan penerimaan kita, maka baiklah jadinya dan baiklah jalan untuk menghadapinya. 

Mengeluh perkara biasa dalam kehidupan, adakalanya kita tak suka benda tu datang kepada kita. Kemudian kita mula mengeluh, tak puas hati, tak selesa, tak keruan dan menjadi tekanan. Dari sekarang, cuba tanamkan dalam diri agar sentiada bersedia kerana dalam kehidupan banyak ragamnya. Bersedialah untuk menerima hakikat. Itulah dugaan dalam kehidupan.

Kalau kita tak mampu, bukan sebab kita tak boleh tapi kita sudah terapkan dalam diri sendiri "memang tak boleh". Jadi hasilnya pun akan mengecewakan. Setiap dugaan dan perkara yang datang kepada kita pasti ada jalan penyelesaian. Cuma kita sahaja yang perlu mencari jalan tersebut. Mungkin sukar dan mungkin gagal menemuinya tetapi kena ingat, permulaan kepada kejayaan akan menghadapi kegagalan. Maka dari kegagalan itu kita jadikan pengajaran untuk kita berusaha mencari jalan yang lebih baik lagi. Namun, kadang kala bila sudah gagal kita malas bangkit. Kita sudah menganggap kita memang tak mampu berusaha lagi.
Saya suka memetik dari mutiara kata, ‘sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal apa itu kemanisan‘.

Kita akan rasa pahit atau gagal dahulu sebelum mengenal kemanisan atau kejayaan. Adakalanya orang merasai dahulu kemanisan barulah kepahitan dan begitu juga sebaliknya. Hidup umpama putaranroda, sejenak berada di atas, sejenak berada di bawah. Itulah ceritanya kehidupan..

Sejauh mana kita memanfaatkan ketika kita sejenak berada di atas, adakah kita sebelum ini telah melakukan yang terbaik sehingga kita berada di tahap atas? Kemudiannya apabila kita berada di bawah, adakah kita telah melakukan sesuatu yang menyebabkan kita berada di bawah kerana sebelum ini kita berada di atas?...

Kita mampu merancang sebaik mungkin segala usaha tetapi Allah yang lebih berhak menentukan sebaik-baiknya. Dan Allah jugalah sebaik-baik perancang dalam kehidupan tetapi kena ingat sentiasalah mendekatkan diri kepadaNya. Mudahan kita sentiasa diberi kekuatan dalam menempuh kehidupan.
“kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan“.

Sebab itu bila dugaan atau perkara yang kita sangka datang kepada kita, gunakanlah kebijaksanaan untuk menghadapinya. Jangan hanya menggunakan kebijaksaan untuk diri sendiri tapi kebijaksanaan dalam situasi keberadaan kita, tak dapat dilaksanakan sebaiknya. Seringkali beranggapan, kita tak mampu, kita tak boleh, kebijaksanaan hanya untuk kita maka penderitaanlah yang kita kena tanggung.
Belajarlah untuk menghadapi sesuatu perkara yang kita tak sangka datang kepada kita, belajar dalam erti kata cuba untuk menyesuaikan diri dengan perkara tersebut. Hadapinya dengan keyakinan dan usaha yang tegar. Bukan berdolak dalik, bukan mencemuh, bukan mengeluh. Semua itu adalah dugaan dalam kehidupan di dunia ini. Kita selalu mengkehendaki apa yang kita mahukan sahaja, tapi kita tak sedar, kadang kala apa yang kita mahukan sebenarnya diinginkan oleh orang lain.

KEMAHUAN!!! mungkin masanya belum tiba, mungkin masa ini milik orang lain. Pastinya pada masa akan datang, masanya sudah tiba maka kemahuan kita akan datang sendiri hasil kesabaran, ketaqwaan dan usaha ke arah kemahuan tersebut. Apa yang sepatutnya kita jadikan ikhtibar, Allah memberikan apa yang kita perlukan dan Allah memberi peluang kepada kita untuk kita lebih berusalah dan mendekatkan diri kepadaNya bagi mencapai apa yang kita inginkan.
Adakalanya kita mengharapkan kemahuan tetapi usaha kita tak sehebat kemahuan yang kita nak capai sebab itulah Allah mendidik kita untuk mengenal erti penat lelah berusaha bagi mencapai kemahuan dalam hidup. Jangan bersedih dengan keperluan yang telah kita ada, tetapi bergembiralah kelak kemahuan yang kita inginkan akan tercapai berkat kesabaran kita. Permulaan Sabar Adalah Pahit, Insya'Allah kemanisan akhirnya akan mucul..

Allah beri kita hujan lebat yang disertai dengan petir dan kilat serta guruh. Tetapi, selepas itu, Allah beri kita pelangi yang sangat indah. Subhanallah, indahnya aturan Allah.

"...Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir." ( Yusuf, 12:87)

" ..boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 2:216)




0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.