"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Terjemahan Bacaan Talkin

Wednesday, June 23, 2010




Maksud (dalam RUMI) talkin yang selalu dibaca utk orang yg meninggal dunia. Masa baca tu, sebut2lah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang
mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan
baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat,
InsyaAllah WALLAHU A'LAAMM.



Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan
Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan
yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang
kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada
orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan
binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum,
manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA,
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa
bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri
Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu
Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada
kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah
berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah
kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah
Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyuruh kamu
duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis
terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah
bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran
ikutanku, Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua
orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup
hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur
rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia
suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal
didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan
semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat
Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian
kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar
adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam
air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha
berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat
tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan
jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala
menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu
yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi
keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan
kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu
supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin. Setiap yang bernafas, Pasti akan Mati - "Kullu
nafsin za iqatul maut" Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya
manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan
yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-A'sr .. Dari Abdullah
bin 'Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun
satu ayat..."

Disebutkan didalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur "masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN" dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'."
Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan
debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu
kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu
tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan
memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui
bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.Disebutkan oleh hadith
Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya:

TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati

1. Para Nabi

2 Para Ahli Jihad

3. Para Alim Ulama

4. Para Syuhada

5. Para Penghafal Al Quran

6. Imam atau Pemimpin yang Adil

7. Tukang Azan

8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya

10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:"Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba
Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.
Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan
syurga.

"Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan
sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada
mereka sambil mengucap sebagaiman yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah
Al-Haqqah bermaksud "Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang
telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah
Al-Baqarah : 237 Untuk renungan dan amalan bersama .. "LAA ILAHA ILLA ANTA
SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"

0 Komen/Ulasan:

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.