"Mutiara Hati Insan"








"Sekiranya anda datang dari lurah yang dalam dan bercita-cita menakluki puncak tinggi, itu bukan mimpi. selagi berpegang kepada visi dan matlamat yang jelas, berkomited untuk meneruskan perjalanan, berkemungkinan besar anda tetap akan berjaya. kalau pun tidak dapat mencapai puncak anda sebenarnya mangkin hampir kepadanya. itu lebih baik daripada MENDIAM DIRI "

MEMORY

MEMORY

..............

..............

.............

.............

Running

Running

Get this widget!

Musim Buah Golok di Pekan..

Monday, June 2, 2014

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua.. Alhamdulillah hari ni sekali lagi kita diberi peluang bernafas, mudahan kesempatan yang diberi ini kita gunakan untuk jalan kebaikan dan menjadi bekalan untuk dibawa ke akhirat kelak.

Di kesempatan malam ni, saya cuba berkongsi entry terbaru buat semua. Maaf lah jika ada tulisan yang salah ejaan sebab saya guna telefon pintar je. Seperti yang dijanjikan saya cuba berkongsi kisah Buah Gajus sebagai santapan dan pengetahuan pembaca. Insya'Allah yang baik itu dari Allah yang salah itu datang dari khilaf diri saya sendiri.. Mudah-mudahan sedikit sebanyak ianya memberi manafaat.

Buah Gajus atau nama panggilannya Buah Golok. Kenapa di panggil buah golok?, nak tahu? Sobar.. baca entry saya sampai habis ye.. Insya'Allah saya akan kongsi apa yang perlu untuk pengetahuan bersama. Dia pantai timur antaranya Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang, Buah Gajus amat terkenal dengan masakan Sayur Lemak Buah Gajus. Boleh dikatakan setiap kali musim buah anak-anak tempatan pantai timur yang gemar masakan sayur lemak akan bercuti untuk menikmati musim buah yang difahamkan hanya belaku setahun sekali. bagai pesta dibuatnya.. Biasanya musim buah gajus berbuah atau masak sama dengan musim nelayan mencandat sotong.

Mungkin agak asing bagi orang yang bukan asal dari pantai timur terutama penduduk Negeri Perak macam saya, yang terkenal dengan Buah Durian. Jika di sebut pokok buah gajus, saya hanya tergambar pucuk muda gajus yang sedap dibuat ulam dan biji buah gajus yang boleh didapati dipasaran. Saya yakin ramai yang tak pernah rasa masak lemak buah gajus terutama bagi penduduk yang bukan dari pantai timur, saya sendiri pun baru tahu buah gajus boleh menjadi menu masakan nasi campur yang sedap!!. Untung dapat jodoh dengan orang pantai timur ni, jauh perjalanan.. makin luas pengetahuan kan.. 

Seingat saya.. Dulu semasa zaman persekolahan, sebenarnya saya tak panggil buah gajus tapi lebih kepada jagus. Masa tu tak terfikir pun sama ada panggilan jagus tu betul atau tidak, yang penting saya dan orang lain faham apa yang saya nak sampaikan.. hehehe.. Dah berkahwin ni baru sedar, mugkin saya salah. Di Terengganu dan Pahang panggil buah gajus lebih dikenali dengan buah Jambu Golok, di Negeri Kelantan pula terkenal dengan nama Ketereh atau buah Terre.

Kali pertama rasa menu masakan sayur lemak buah gajus ni.. Masya'Allah memang sedap!!. Rasa sekali nak lagi.. Tak tahu lah sama ada buah tu memang sedap di masak sayur lemak atau air tangan chef yang menjadikan masakan tu sedap. sampai sekarang saya masih terliur sambil menulis cerita blog ni dan terbayang rasa masakan tu. Allah hu akhbar... Maklumlah.. kalau mak dah biasa hidang masakan macam ni sejak dari zaman isteri budak-budak lagi, tentulah jadi dah terbiasa walaupun masakan ini bermusim. 

Tapi untuk pengetahuan semua mak mertua saya memang hebat dalam penyediaan makanan ni. Kadang-kadang tu saya pulak mengidam nak makan masakan mak melebihi isteri.. hehehee.. 

BIJI BUAH GAJUS.
Tu baru cerita buahnya.. dah terliur.. kan.. belum lagi bijinya.. 

Selalunya bila buahnya dimasak lemak, biji gajus pula disimpan atau dikumpul kemudian digoreng sama seperti menggoreng buah belinjau dan buah berangan.  Bila dah masak.. biji gajus diketuk untuk mendapatkan isi di dalamnya.
Iman pun tolong membelah biji untuk mendapatkan isi.



kalau sebut isi biji buah gajus.. semua orang tahu rasanya kan?.. Di Pekan pahang.. kampung isteri saya, biji gajus di goreng atas tanah (maksud saya di luar rumah) dengan menggunakan kuali/kawah/bekas khas tak pun zink bumbung. Teringat pesanan dan nasihat mak mertua pada saya semasa pertama kali cuba goreng biji gajus di halaman rumah.

"kalau nak goreng biji buah gajus.. jangan gunakan kuali yang diguna untuk masak hari-hari, Takut kotor terkena getah bijik gajus. Masa menggoreng perlu berhati-hati sebab buah gajus ni kadang kala akan meletop."

Dapat jugak saya rasa cara membakar dan makan biji buah gajus yang dibakar sendiri.. Nak beli dekat kedai memang tak puas hati. Dari segi rasa memang sedap giler, tak sama macam yang dibuat sendiri. Tapi harganya jangan cakap lah, agak mahal tak padang dengan kuantitinya. Maklumlah kalau makanan sedap, tak cukup kalau makan sikit-sikit. Nak makan biar puas hati..

Sebenarnya sebelum ni saya dah terdengar banyak yang diperkatakan orang ramai tentang cara penghasilan biji buah gajus ni. Ada yang kata, biji buah gajus ditanam bersama-sama bara dalam tanah... Ada yang kata, goreng bersama-sama dengan pasir.... Ada yang kata, gaul dengan bara dan tunggu sampai bara habis, barula biji buah gajus tadi diambil... Macam-macam cara untuk mendapatkan isi dalam biji buah gajus ni. Lain cara penghasilan, lain la rasanya.

Kalau diberi pilihan cara masak biji gajus ni, saya lebih suka bakar.. sebab banyak part-part yang mendebarkan semasa proses pembakaran biji buah gajus ni. Situasi semasa pembakaran biji buah gajus ni, memang tak dapat saya ceritakan sebab ianya kompleks. Hehe... Korang kena cuba sendiri baru korang tahu. Yang pasti, asap banyak, bunyi meletup “pop” dan banyak lagi lah. Keadaan rumah dah macam jerebu peringkat tertinggi Haha... Mujur kawasan rumah luas dan rumah jiran jauh antara satu rumah dengan rumah yang lain.. tidak rasanya ramai yang bertandang nak menjamah sekali hahha..


p/s : Ok lah sampai di sini dulu.. mata pun dah mengantok ni.. Insya'Allah jika ada masa dan pengalaman yang menarik, saya akan kongsikan bersama mudahan menjadi sebahagian dari ilmu untuk kita.

Nota : Nama saintifiknya ialah Anacardium occidentale dan ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae. Jambu Golok mendapat namanya dari bentuk bijinya yang berada di luar buah dan berbentuk bengkok seperti hulu golok. Pokok ini berasal dari negara Brazil dan ditanam untuk mendapatkan bijinya. Biji buah gajus yang digoreng atau dipanggang adalah sejenis makanan ringan yang boleh didapati di pasaran. Ia juga boleh digunakan sebagai hidangan masakan dan kuih. Buah Jambu Golok boleh dimakan tetapi bijinya lebih laris dipasarkan. Buahnya lembut dan banyak mempunyai air, dan sering digunakan sebagai sayur dalam masakan. Bijinya mempunyai kulit yang keras dan benih di dalamnya mempunyai rasa lemak seperti kacang.
Bijinya mempunyai getah bisa yang boleh mengakibatkan kudis. Bijinya perlu diproses dengan digoreng dengan pasir, supaya tidak hangus, sebelum dimakan.
Pucuk muda gajus berwarna merah boleh dimakan mentah dicecah bersama sambal belacan, budu, cencalok atau mana-mana pencecah yang lain. Rasanya lemak-lemak kelat.

2 Komen/Ulasan:

adda syuhada said...

Sedapnya..sy kt kelantan buah ni buah masak lemak putih ngn sotong..

Saiful Runner said...

Ooo mesti sedapkan.. boleh share resepi..

Post a Comment

Terima Kasih melayari blog Mutiara Hati Insan
Thank you for visiting the blog Mutiara Human Liver .

10 Artikel Popular

List Blog

Peringatan :

Segala perkataan, gambar atau komen berunsur lucah, mengamcam atau memfitnah dengan niat untuk menjatuhkan, menganiaya, mengugut dan menggangu privasi penulis atau menggunakan mana-mana aplikasi secara beterusan atau tidak tanpa atau dengan mendedahkan identiti diri sebenar dengan niat yang sama juga menggunakan atau mencuri gambar, entri dan juga yang apa jua persamaan tanpa izin penulis blog ini sendiri, adalah melakukan kesalahan dan tindakan boleh dimabil mengikut AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998.